Pages

Wednesday 7 August 2019

Spa Unisex Halal


Semalam sue buat facial product forever dgn kak ina.. Sebelum ni kak ina dah bagitahu tentang product ni.. Sue tak endah pun.. Maklum lah.. Dah pernah tukar product yg kat farmasi Kulit jadi teruk.. Penuh berjerawat dan sakit2 kat muka.. Jadi sue setia nak mati kat mustika ratu lah.. Dah 14thn pakai mustika ratu.. 
Cumanya.. Kulit dok takat tu.. Tunggu masa dimamah usia..

Buat facial kat opis sebab ada anak bertuah kat sebelah ni...
Kalau kat opis baring atas karpet.. Senang nak jaga.. Kalu buat kat spa.. Baring atas katil.. Sue Terlelap kang.. Jatuh Aisar nanti... Nauzubillah... 


Ada 1 lagi skill yg terpendam dalam diri Sue.. Iaitu skill facial.. Sue pernah bekerja di salon kerabat di raja.. Kalau sue nak bukak spa.. Ini sebagai hobi shj.. Bukan sumber pendapatan utama.. Sebab spa unisex yg sue nak buat ni.. Comfirm tak dpt sambutan.. Muahahaha.. Tak pe... Spa unisex jugak menjadi fardhu kifayah skrg.. Sebab ramai org stress dan perlukan suasana Spa dan releks.. 

Memandangkan bisness Medical sue tak jumpa client hari2.. time free kat opis layan customer facial..

Nak jual nasi kerabu.. Family tak terurus.. Anak2 kecik lagi.. Kalau buat spa.. Customer dtg ikut appointment.. Kalau su tak jumpa client medical.. Sue terima customer facial..
Mcm ok je buat spa unisex kan? Alaaaa.. Kalau tak ada customer.. Bilik spa tu boleh jadi bilik privasi Sue.. Nak relaks2.. Nak tenang2...

"Spa Muslim Unisex".. Opts.. Utk mengelak dosa.. Bilik utk customer lelaki bercermin... Terapis jugak dikalangan lelaki... Tapi.. Ada ke customer lelaki nak dgn terapis lelaki? Lelaki membelai muka lelaki.. Muahahaha.. Cer pikir.. Cer pikir... Hahaha.. Tak sanggup kannnnn...

Cuba bayang.. Skrg ni.. Spa unisex hanya diusahakan oleh org bukan Muslim shj.. Zaman skrg pompuan dah bekerja mcm lelaki.. Lelaki pulak jaga kecantikan dah mcm perempuan.. Buat facial setiap bulan.. Ambik pakej tu.. Ambik pakej ni.. Maklumlah kat kedai bukan Muslim.. Bilik facial nya tertutup..tutup lampu.. Dikira berkhalwat kan? Mcm2 fitnah boleh timbul kan? Kalau dah gosok2 muka.. Gosok2 telinga.. Gosok2 leher... Picit2 kepala.. Korang rasa yg kendur boleh tegang tak? Opts... Kenapa Org pergi spa? Sebab nak releks kan? Kat rumah bersepah sebab anak2 ramai.. Yg sue herannya.. Kenapa nak kena tutup lampu baru relaks? Kalau Sue laaa... Buat spa dgn lelaki pastu tutup lampu.. Lari tak cukup tanah oiiii... Takut pencegah maksiat dtg.. Jeng3...

Kat spa unisex Muslim ni.. Suami isteri boleh berdua kat dlm dan tutup lampu.. Mesti yg cakap.. Kalau mcm tu.. Baik buat kat rumah jea kan? Dgn tegas Sue jawab.. Beza.. Beza sgt.. Kat rumah tak ada suasana Spa.. Tak ada bilik yg wangi.. Tak ada mesin yg urut muka.. Tak ada tuala2 spa... Tak ada katil Spa..

Kalau mcm tu.. Baik buat bilik Spa sendiri kat rumah.. Dgn tegas Sue jawab.. Beza.. Beza.. Kalau hari2 suami isteri tengok bilik spa kat rumah.. Akan rasa bosan.. Kalau Jarang2 dtg ke spa unisex yg halal.. Suasana akan rasa lain... Bila isteri urut suami dalam suasa kenikmatan spa nya lain macam... Hehehe.. Kalau isteri sentuh geli2.. Itu lain macam kan? .. Dgn Terapis perempuan elok jea disentuh.. Pelik kan?
Tak payah pikir lelaki yg jd customer.. Cuba pikir perempuan yg jadi Terapis tu.. Dok gosok2 muka lelaki.. Agak2 menggeletar tak.. Dari muka jatuh ke leher.. Nak pulak terapi tu janda.. Bujang.. Atau  isteri tengah gaduh dgn suaminya... Ermmm... ada ke suami bagi isteri keje kat spa unisex?  Kuat sgt ke iman seorang lelaki yg serah diri di atas katil terbaring di tutupi tuala... Sue sendiri buat facial tak bukak baju.. Segan sesama org perempuan luar.. Kalau bukak baju.. Confirm diurut sampai ke leher.. Kalau ditanya sue.. Sue memang tak sanggup nak gosok muka lelaki lain kecuali suami shj..

Planning spa unisex yg sue nak buat ni... Memupuk kemesraan antara suami isteri.. Bila dtg ke spa sue.. Isteri yg akan urut muka suami.. Bukan sue yg urut.. Sue cuma ajar isteri teknik mengurut shj.. Lelaki tak dibenarkan masuk spa kecuali bersama isteri.. Spa unisex halal namanya.. 😁😁😁 Lelaki tak dibenarkan masuk kecuali bersama isteri.. Akan ditulis besar2 kat depan tu.. Mesti tunjuk kad kahwin baru dpt masuk.. Sue tak nak lah tanggung dosa.. Apa yg paling sue bangga adalah bila melihat pasangan yg makin tua makin romantik... Makin ramai anak.. Makin romantik...

Tujuan bukak spa unisex ni.. Utk galakan suami isteri buat facial sama-sama.. Bukannya.. Suami ke spa senyap2 digosok oleh terapis pompuan.. Isteri pulak ke spa senyap2 di gosok oleh terapi lelaki.. Lama2 rosak rumahtangga.. Masing2 diselubungi dosa penuh di muka.. Jatuh ke leher.. Dan boleh merebak lagi ke kawasan2 lain..
Tp Org lelaki pun nak buat facial jugak kan?

Haaaa... Sue ada idea.. Nama spa kasih sayang.. Isteri buat facial utk suami.. Hanya isteri yg gosok suami.. Sue cuma monitor step by step buat facial shj..

Bila di usia yg nabi suruh beringat ni.. Di usia nabi suruh menghitung pahala setiap hari.. Sue pulak menghitung dosa dok tenyeh muka Org lelaki.. Nauzubillah.. Belum kira spa kena bakar sebab isterinya cemburu....

Ingat satu perkara.. Ini antara slogan yg akan terpampang kat depan bilik spa.. Hahahaha

"Sekali suami pandang perempuan lain cantik.. Ramai lagi lelaki lain pandang isteri kamu cantik"
Apa perasaan anak2 bila tengok ayahnya diurut perempuan lain.. Ibunya diurut dengan lelaki lain.. Bangga tak anak2 tengok bila ibunya urut ayahnya.. Mencari keberkatan dalam hidup itu tanggung jawab pasangan .. 

Sue tengok lelaki yg dtg spa ni.. Sayu jea hati bila ingat isteri diorang kat rumah... Cuba korang bayang kan.. Si suami dah buat isterinya mengandung Beranak.. Mengandung beranak.. Berderet2 anak.. Tp suaminya ambik package spa utk diri sendiri.. Bukan untuk isteri.. Pastu complain isteri serabai.. Inilah namanya meletakkan sesuatu tidak kena pd tempatnya... Mungkin suami nya terlupa.. Terlepas pandang.. Badan atau muka yg patut direpair adalah isterinya.. Bukan suaminya.. Tepuk dahi Sue tengok diorang... Aduh mak aiiii..

Kesian isterinya.. Dah rasa cukup sempurna melayan suami.. Pandang suaminya seorang insan yg mulia.. Tp suaminya keluar diurut pempuan lain.. Padahal kat spa tu boleh buat couple dlm satu masa.. Maksudnya suami isteri boleh buat sama-sama.. Kenapa suaminya dtg sorang2.. Mesti ada selingkuh di hati si suami kan? Itulah namanya nafsu.. Suaminya pandang pompuan lain cantik.. Tp tak sedar.. Ramai lagi lelaki pandang isterinya cantik.. Hidup kan seperti roda..

Yg paling ditakuti.. Hilangnya kepercayaan.. Isteri boleh jadi kurang hormat...
Biasa kita pernah dengar isteri anak 6 ada skandal dgn rakan sepejabat.. Yg kita nampak isterinya jahat kan? Kita tak tahu cerita sebenar.. Entah2 suaminya suka ulang alik rumah urut.. si isteri yg stress nak Mati ni.. Apa lagi.. Gosok rakan lelaki sepejabat lah kannn... Aduhhh.. Rosak rumah tangga...

Terapis kat spa muslimah.. Pakaian dan mekap biasa2 jea.. Tp.. Kalau kat spa unisex.. Mak aiiii... Pakaian nya... Seksi ni.. Yea lah.. Nak urut jantan nak kena cantik2 kannn.. Nak tunjuk cantik kat sesama perempuan nanti ada unsur2 dengki.. Tunjuk cantik kat lelaki.. Lelaki terpesona...
Islam suka kan kita bersih.. Cantik.. Tp biarlah kena dgn cara yg betul...

Sue pernah pergi spa unisex kat port dgn client masa bujang dulu.. Bawak client lelaki... Masa tu diberi pilihan.. Nak Terapis lelaki atau perempuan.. Alhamdulillah... Allah jaga sue.. Sue pilih Terapis perempuan.. Yg client lelaki.. Sue wajibkan ambik Terapis lelaki... 

Sue pernah jumpa dgn seorang sales rep lelaki.. "You are so lucky Sebab Tak terjebak dgn benda2 haram ketika buat marketing" 

Sue jawab.. Bukan luck.. Tp Allah jaga saya... 

Menjadi fardhu kifayah utk bukak spa unisex yg halal... Sekali jea perempuan buat facial dgn terapi lelaki.. Menjadi Fitnah selama-lamanya... Begitu lah sebaliknya...



No comments:

Post a Comment