Pages

Tuesday 16 July 2019

Kisah BiYa - "Speech Delay"



lambat bercakap boleh memberi kesan kepada tingkah laku. 

sekarang biya dilevel faham dgn arahan.. tapi tak boleh nak luahkan dgn perkataan dr mulutnya..
contoh : " Biya ambil remote"
biya akan ambik remote dan hulur kat tangan ayahnya..

sekarang biya Susah untuk bagitahu apa yang dia nak ceritakan : Contoh : biya mengadu.. dekna tarik baju nya.. 
"ma.. ngok ni.. na ghik ju bi..na wakkk"
sue tak faham..
biya pun tunjuk gaya.. baju nya kena tarik.. baru lah sue paham..

sekarang biya terima arahan dengan betul.. tapi nak sampaikan kehendakny terpaksa dgn gaya bercakap yg pelat dan guna bahasa isyarat. baru lah sue faham..

Kesan negatif " Speech Delay"
 1) jika biya sekolah umur 4thn tapi masih lagi tak boleh bercakap dgn jelas dalam kelas... kengkawan tak faham apa yg biya sampaikan... cikgu tak faham apa yg biya adu kan..
biya akan stress dan mula memercilkan diri...biya akan mula asingkan diri... makin lama makin kurang bercakap... lama2 akan hilang kayakinan diri... 

2) jika dibiarkan tanpa terapi... risiko utk ulang ayat balik.. contoh : "hai.. biya." 
biya akan ulang balik ayat tu "hai biya.." 

(setakat ni.. Alhamdulillah... biya akan balas balik dgn "Hai ayah"...)

3).. dia akan kurang berinteraksi dgn org lain.. sebab dia tak mampu bercakap... tak mampu nak luahkan apa yg dia nak.. last2 dia akan memecilkan diri... sebelum bersekolah.. biya tak nak berkawan dgn kakak2nya... asyik nak berkepit dgn ayah jea...bila dah start sekolah.. biya mula bermain dgn kakak2nya..

speech delay boleh memberi kesan negatif kpd :
tingkahlaku.. penggunaan bahasa... interaksi sosial..

Dekna dulu pun sekolah masa umur  2thn setengah sebab petah bercakap.. Dekna yg tak sabar nak sekolah bila  tengok kakaknya pergi sekolah.. Biya pulak kena ke sekolah sebab lambat bercakap.. 





Biya dah dpt surat pengesahan doc tentang "speech delay".. Skrg kena buat terapi dan follow up dgn hospital. hmmmm.. ini lah punca yang paling besar tak niaga nasi kerabu... sebab tak nak Aisar pun tarabai jugak...


Sebak sue tengok video ni... Hanya satu dalam seribu.. Pengasuh yang manjakan anak asuhan spt ini.. Tak terbalas dgn wang ringgit.. Hanya mampu berdoa.. Semoga Redha Allah dan Syafaat Rasulullah mengiringi keluarga kak ti di dunia hingga akhirat.. 

Kenapa biya seronok kat rumah bersama Mama, ayah, dan dirumah ibu? 

Kerana.. Kerana.. Hanya kami dan keluarga kak ti shj yang faham kehendaknya.. Dan faham apa yg disampaikan.. 




setelah diteliti.. dipikir2.. kat mana silapnya... baru kami perasan bila tengok aisar mumbling.. masa biya umur 3 bulan.. biya tak mumbling mcm baby yang lain... biya diam dan menangis jea..

Bermula Nov 2018.. Sue dan Asben stop jual nasi kerabu.. Pastu fokus kpd melatih biya bercakap.. Alhamdulillah.. Biya Dah berdisiplin.. Tak tengok hp kecuali waktu mkn shj. 

Kalau hantar taska.. Takut biya jd semakin baby... Sebab berkawan dgn baby yg umur 3 thn ke bawah.. Kang balik rumah tiru gaya baby bercakap.. Tiru gaya baby makan mulut comot.. Tiru merangkak... Haduiii... Lagi parah..


Bila sue plan nak hantar ke tadika ketika usia biya 2thn setengah pulak.. Sue kena hantar betul2 ke tadika yg boleh monitor biya spy biya tak tertinggal dgn pelajar yg umur 4,5 dan 6thn.. Maklum lah budak 2tahun setengah dlm kelompok kanak2 4,5,6 tahun... Ketinggalan yg Sue maksudkan bukan dr sudut pembelajaran tp dari sudut berada dalam group.. Contoh : pelajar lain tengah makan.. Biya sibuk main ke lain.. Pelajar lain dlm kelas.. Biya bermain kat tangga.. Kalau tak seiring mcm tu.. Maknanya biya ada ciri ciri autism.. Alhamdulillah.. Biya seiring dgn rakan sekelas.. memang normal lah umur 2thn setengah.. Pelajar lain menulis.. Biya menconteng.. Muahahaha... 

minggu lepas siap boleh tinggal kat sekolah.. minggu meragam tak ank sekolah.. alahaiiii.. biya.. biya..



ceria dalam kereta utk pujuk biya seronok ke sekolah..



sue hantar sampai ke dalam kelas.. Biya protes baring sambil minum susu.. Mungkin biya terkejut tengok kawan2 baru..

Dah hampir setengah jam.. Sue dah mula give up.. Rasa nak bawak biya balik jea.. Tp Sir confirm boleh handle biya.. Bagi biya main mainan.. Semua biya tak layan.. Biya terus menyusu dan tak nak bangun.. Sue punya teknik pujuk kanak2 ni hanya dgn pelukan jea.. Tp sue tak boleh peluk biya.. Sebab tengah dukung Aisar.. Sekali dtg salah seorang birthday girl yg pakai baju princess.. Tlg pegang botol biya menyusu.. Usap kepala dan dada biya.. Pastu sue suruh aqilah ajak biya menari... Biya terus bangun dan letak botol sue dan menari.. Nak geng princess jugak yg pujuk.


Hari kedua.. Sue hantar sampai dlm kelas.. Tp biya tak nak masuk.. Sekali lagi sue jem nak pujuk sebab tengah dukung Aisar.. Biasanya.. Pujuk kanak2 dgn pelukan jea.. Termenung sekejap..  Sue mintak Aqilah yg pujuk.. Gaya aqilah pujuk biya.. Sama sebijik dekna layan biya. Tlg bukak kan kasut.. Tlg buka kan bag.. Ajar biya letak botol susu kat pantry..


Sue pernah jd cikgu tadika di Klang pada tahun 2004.. Abgnya umur 4tahun.. Adiknya umur 2tahun setengah yg tak pandai bercakap... Ikut abg nya pegi kelas.. Tak dipaksa belajar. Tp adiknya akan ikut arahan spt abg nya ikut arahan.. Setiap kali nak keluar kelas.. Abg nya akan pimpin tangan adiknya.. 

Hari pertama biya sekolah adalah hari birthday party Aqilah.. Baju princess Aqilah menarikkan perhatian biya.. 


Biya tak pandai ambil makanan sendiri..
Sebab tu sue cari sekolah yg siap hidangkan makanan.. Mangkuk sama.. Makanan mesti semua sama.. Sebab biya dah biasa kat rumah semua sama dgn kakak2nya... Kat situ biya akan belajar makan.. Tengok kawan2 makan dgn sedap nya. Biya akan makan jugak walaupun sedikit. Hari pertama biya di smart reader, aqilah suap biya makan..
.

Tujuan ke sekolah.. Biar pandai arahan dan peraturan jea... Org baris dia baris... Org menulis.. Dia pegang pencil.. Itu shj.. Yg penting pandai makan.. Makanan kena sama.. Itu sgt penting.. Kalau anak2 dah biasa makan lain dari yg lain.. Takut2 kebiasaan nanti.. Bila sampai rumah.. Kita masak lain dia nak makan benda lain.. Panas hati oiiii.. Semua makan cococruch dgn susu.. Biya akan belajar makan cococruch dgn susu... Biya tak suka sebenarnya.. Tp bila tengok ramai2 makan.. Semua jd sedap..

Biya wajib sekolah spy biya biasa dgn org luar.. Skrg ni biya cuma berani bercakap dgn Mama... Ayah.. Kakak.. Dekna.. Ibu asuhan.. Ayah Wan.. Skrg Sue nak latih biya spy berani menjawab pertanyaan org luar.. sebab genap biya 3thn.. biya kena jalani ujian "autism" dgn nurse. aduhhh.. gara-gara "Speech Delay".. dah kena buat test...


Pilihan sekolah atau taska pulak.. Memandangkan pengasuhnya sgt baik dan bukan senang nak jumpa org baik.. Tak sampai hati sue nak hantar Biya ke taska.. Lagi pun, biya di besar kan di rumah pengasuh memang susah nak serasi dgn taska. .. 

sekarang ni.. biya kena bergaul dgn ramai org spy biya tahu lebih byk perkataan dan berani untuk menjawab semua soalan dari nurse.

Kalau sue hantar Biya ke taska.. Biya akan bergaul dgn kanak2 bawah 4tahun.. Risiko biya akan tiru gaya baby makan yg comot.. Gaya baby merangkak.. Ooo.. Tak sesuai..

Kalau nak hantar ke tadika.. Tadika mana yg sanggup terima biya yg umur 2tahun setengah?
Kalau tak dimonitor dgn betul.. Silap hari bulan.. Biya akan mengacau budak2 lain nak belajar. Sebab budak umur 2thn setengah ni cuma tahu nak main jea..
Sir tanya biya..
"esok biya nak dtg school?"
Biya angguk...
"Biya nak belajar ke nak main?"
Biya jawab.. " nak main".. Hahaha jawapan yg jujur..

Kalau nak hantar ke pakar therapist speech delay... Masalah yg paling besar ialah.. Masa.. Nak hantar hari minggu.. Bukan senang utk kejar appointment dengan tepat oiiii.. Ada 3 org lagi yg perlu di uruskan. Lagi pun.. Kalau jumpa pakar.. Sudahnya.. Doc pakar akan cakap.. Kena hantar sekolah spy lebih byk bergaul.. Itu lah kesudahan yg Sue baca dalam group Facebook speech delay.



Memang kesihan tengok biya.. Terlalu kecil nak sekolah.. Tapi.. Lagi kasihan jika biya dibiarkan hanyut dgn kelemahan dirinya sendiri...

Tahun depan biya 4 tahun.. Kalau tahun depan baru start sekolah.. Biya akan ketinggalan dari groupnya dan menyusahkan cikgu.. Kanak2 lain dah pandai beratur.. Dah pandai mkn sendiri.. Dah pandai pegi tandas.. Tp biya masih lagi sikap baby nya..



Perubahan pada biya lepas sekolah :

bila Jatuhdah tak menangis manja..
kurang berkepit dgn ayahnya,
Ayahnya dah boleh masak kat dapur..
Pandai main dgn kakak2nya
Pandai tengok TV sendiri..


No comments:

Post a Comment