Pages

Wednesday 19 June 2019

Fotoshoot Raya 2019 - Tips ambil gambar raya dengan anak2 kecil








Alhamdulillah.. Dapat simpan gambar #the_sufi_familly... Di abadikan dalam frame dan letak kat office Media Smart Healthcare..

18 May 2019 adalah besday sue yang ke 37.. Celik mata pagi.. Asben tanya

"Ayang nak hadiah ape?"

"Ayang nak potret raya family.."

"okey.. Jom bersiap pakai baju raya.."

Kenapa sue tak mintak gelang emas bagai.. Gelang emas boleh mintak lain kali.. Muahaha.. Tapi.. Nak kumpul satu family ambik gambar sama2 ni jauh lebih susah drp nak beli barang kemas.. Sebab ia melibatkan byk pihak.. Nak2 melibatkan anak kecil yg bawah umur.. Suami isteri memang kena byk bersabar..

Syukur Alhamdulillah.. Anak2 bagi kerjasama dgn baik... Terutamanya Biya.. Dari rumah pakai tudung sampai lah siap ambik gambar.

Daripada awal perkahwinan lagi Sue teringin nak ambik gambar family setiap tahun. Tapi masa tu Sue tak yakin dengan kerenah kakak dan dekna utk bagi kerjasama.

Tahun ni tahun pertama kitorang mencuba nasib utk bergambar 1 family kat kedai.. Alhamdulillah.. Berjaya...

Tips untuk ambik gambar dengan anak kecil :

Malam dah bercakap dgn anak2.. Esok nak ambik gambar raya.. Semua dikehendaki bagi kerjasama..

1)tak boleh merajuk

2)tak boleh bergaduh..

3)semua kena ikut arahan yang tepat dari mama dan ayah.. Kalau mama kata duduk.. Kena duduk..

4)ambil gambar waktu pagi, tengahari budak2 dah penat..

5)siap pakai baju raya.. Terus ke kedai ambik gambar.. Jgn cuba tambah aktiviti lain.. Sebab emosi anak2 boleh berubah dalam masa 1 saat.

6)ibu dan ayahnya kena sentiasa ceria.. Anak2 akan ikut ceria.. Jgn marah dan garang sebelum ambik gambar.. Kalau anak2 buat salah.. Pejam mata jea dulu.. Lepas ambik gambar baru marah.. Itu pun kalau perasaan marah ada lagi.. Muahahaha

Alhamdulillah.. Pada hari raya pertama kami makan dgn tenang dan kenyang sebagai tanda kesyukuran selepas melaksakan ibadah puasa.. Tak perlu sibuk2 nak ambik gambar dah..

Sehari sebelum raya.. Kami shopping baju raya lelong.. Muahahaha.. Baju kanak2 rm35 sepasang.. Baju sue rm75 dan baju Asben Rm50.. Jadi lah utk pakai pagi raya otw balik kelantan.




Fesyen budak kampung.. 






Hmmm..  Bezakan gambar studio dan gambar ambik sendiri kan? .. Ngeng3 . 







No comments:

Post a Comment