Wednesday, 26 October 2022
Pergerakan Kreatif dan Manipulating - Nur Sufi Raihannah 6tahun
Sunday, 9 October 2022
Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Selangor - Puay Chai 2022 - Nur Suf Dhiahanna 9 thn
Pertandingan Hope Selangor...
Semua perserta dah penat berlatih dengan latihan yang keras dan professional.. dah penat kena marah.. sekarang dah sampai masa.. semua peserta menaruh harapan yang tinggi untuk menang...
Masing2 takut kena marah dengan ibubapa dan coach masing2 kalau kalah.. hahaha
Apa yg sue terapkan pada diri Kakak Dan Dekna... "Hasbunallahawanikmalwakil"... "Cukuplah ALLAH tempat kita bertawakkal"...
Adat bertanding ada Kalah ada Menang...
Cuba buat yang terbaik... Andaikata kena marah kerana kalah nanti... Terimalah dgn hati terbuka dan perbaiki permainan lagi.. hadap jea... bangkit balik...
"Kita di Dunia.. Bukan di Akhirat.. Kita Manusia Bukan Malaikat"
Percayalah!!.. Menang atau Kalah.. Dipuji atau Dikeji... semua itu adalah Takdir Dari Allah utk menyedarkan tahap keimanan kita...
Jika kita Masih lagi terasa hati tentang hal2 Dunia... Itu bermakna Iman kita ditahap kanak2...π
Saturday, 8 October 2022
Stroke Haba - Nur Sufi Dhiahanna 9thn
Sue nak kongsi pengalaman stroke haba yang berlaku kat Nur Sufi Hadaina 2 hari lepas..
#the_sufi_sisters_and_aichan memang tak suka breakfast setiap pagi... Sebabnya... Mama dan ayahnya pun tak sempat breakfast pagi... Diorang pun terikut tak breakfast..
Biasanya sue akan paksa diorang minum segelas air masak setiap pagi. Pagi khamis ada perhimpunan yang lama di sekolah sebab ada pertunjukkan Bomba..
Apa yang dekna cerita kat sue... Dekna minta izin dgn ustaznya utk minum air.. tp ustaznya tak bagi... Yea.. Sue faham... Ustaz ya tak bagi sebab tak budak2 berkeliaran.. Kalau bagi sorang minum air... Nanti semua hilang drp perhimpunan tu.. Sebab semua pelajar akan ke kelas Masing2 utk minum air... Nak kumpul balik pelajar bukan senang... Yea sue faham... Tapi... Tapi... Tahu tak akibat tak minum air yg cukup di bawah panas terik mentari? Stroke Haba... Stroke Haba...
Dekna balik dari sekolah pagi... Dekna cakap tak nak pegi sekolah petang sebab penat katanya.. Sue bagi lah dia tido sejam.. Pastu kejut dia utk ke sekolah sesi petang..... Dekna menangis tak nak pegi... Sue pun suruh dia rehat dan tidur sampai ke petang...
Malam ada training ping pong... Baru start training sejam.. Nafas dekna laju sangat... Bawak ke klinik.. Doc tak boleh kesan sakit ape.. doc terus buat surat refer ke hospital.
Sue bawak ke hospital.. sue explain Aktiviti dekna bermula drp pagi - malam... Doc terus cakap "stroke haba".. Doc masuk air dalam badan sebotol... Alhamdulillah kelajuan nafas dan nadi kembali kpd normal.
Dekna Masih lagi dalam tempoh pemulihan.. Dekna tak boleh buat Aktiviti lasak.. kalau dekna lasak sikit... Terus nafasnya jadi laju.. semoga kesihatan dekna kembali normal dan dekna dapat buat Aktiviti lasak spt biasa.. Amin3...
13 Oct 2022.. perhimpunan sempena Maulidur Rasul.. pihak sekolah telah menggalakkan murid2 bawak botol air masing2 ketika perakan sebagai alternative untuk mencegah Stroke Haba..
Terbaik SRA BBST!!!
Jom kita belajar tentang stroke haba supaya kita beringat dan lebih berhati2..
Penulis ialah EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan
Sunday, 25 September 2022
Impian tercapai - Selesaikan hutang bila cecah usia 40..
Alhamdulillah... Tercapai sudah cita2 sue utk selesai kan hutang dengan Bank di usia 40.
*Ambil hikmah disebalik pendamik COVID-19... Bajet melancong disimpan rapi untuk bayar hutang kedaiπ π π€.. Alhamdulillah.. bila kita mencari kebaikan di atas Takdir yg Allah tetapkan... InsyaAllah... kita akan temui kebaikannya.
Kenapa sue Selesaikan hutang Kedai A081 walaupun sue dah ambik MRTA?
- sue tak nak habiskan sisa hidup sue bekerja semata2 untuk bayar hutang... Lepas umur 40... Sue cuma nak keje sekadar untuk tuntutan hidup shj... (Sekadar untuk makan bukan untuk bermewah).
Adakah sue akan settle kan hutang kereta Velfire?
- Tak... Sue akan guna velfire sehingga mampu shj... Sampai masa rasa tak nak... Sue akan trade in.. Dan beralih ke apa2 kereta murah.. spt Serena... Advanza... Apa2 kereta terkini dan munasabah mengikut pendapatan sue.. π
Jom kita susuri jalan akibat suka berhutang.
AD-DIN
4 ancaman untuk orang berhutang, kata-katanya juga dusta
Jumaat, 06 Disember 2019 8:37 AM
Oleh: DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN
Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya. Gambar Sekadar Hiasan
ISLAM mengharuskan seseorang itu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara daruriyyat (tersangat penting).
Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.
Firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 2: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.
ARTIKEL BERKAITAN: Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang berhutang
Terdapat dua keadaan seseorang yang ingin berhutang:
1. Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.
2. Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi.
Ada yang menerima ugutan dan terpaksa mendapatkan bantuan peguam gara-gara tidak melangsaikan hutang. Gambar Sekadar Hiasan
Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:
• Haram
Jika digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.
• Makruh
Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.
• Wajib
Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.
Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya.
Sebaik-baiknya janganlah berhutang untuk perkara tidak berfaedah.
Disebabkan itu terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai ancaman bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:
1. Tidak akan terangkat amalannya
Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. - [HR tarmizi]
2. Dosa hutang tidak akan diampunkan
Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. - [HR muslim]
3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim
Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. - [HR Al-Bukhari]
4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang
Anas bin Malik berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."
Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” - [HD At-Tabrani]
Bersempena dengan cuti sekolah ini, maka perlulah kita berhemah di dalam perbelanjaan seharian supaya tidak terjerat didalam beban hutang. Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan.
Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar setiap tindak tanduk yang kita lakukan tidak akan memusnahkan diri sendiri.
Baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma'thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang. - [HR Daud]
Baginda juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. - [HR Al-Bukhori]
Monday, 19 September 2022
Baju Puteri Perak - Nur Sufi Raihannah 6thn - Hari Malaysia di Pra Jais BBST
Barisan pemenang... Beeya dapat no 5.
Sunday, 14 August 2022
MSS Selangor 2022 Ketegori BKC- Nur Sufi Hadaina Dan Nur Sufi Dhiahanna Tempat Ketiga Bersama
kontigen ping pong U12 - wakil Sepang ke peringkat selangor MSSS 2022
Mainan lego cantum2... Ergggg... Pening mama..
Mug sorang satu... Hadiah dari mama...


.jpg)
.jpg)












































