#the_sufi_sisters_and_Aichan
Thursday, 2 June 2022
Disebalik Tabir Da'i Cilik 2022 - Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie 11 Tahun
Alhamdulillah.. selesai jugak rakaman Da'ie Cilik kakak Daina... Puas menangis.. merajuk... Dapat jugak kakak selesaikan tugasan nya sebagai wakil sekolah Da'i Cilik.
Kakak hafaz dalam masa seminggu utk 5 Minit rakaman iaitu 3 muka surat A4. Itu pun puas merajuk dan menangis dgn sue lah... sekali dia jadi tenggiling.. Allahu... Stress nak mati sue.. buat buat keras.. kayu.. membatu.. macam tenggiling... Kalau kita tegur atau marah dia.. kita yg sakit nanti.. mujur dia tak mengguling macam tenggiling siot... 😬😬😬
Nak melepasi step pertama.. iaitu step hafaz text... Allahu... Puas menyinga... Nasib baik lah cik su(mak sedaranya) bagi semangat..Sampai masa buat latihan depan cikgu... Dia menangis pulak depan cikgu... Sebab tak boleh bawak sajak... Dia tak terus terang dgn cikgu tak boleh bawak sajak.. dia pegi menangis.. sekali cikgu wasap gambar dia menangis... Sue dah tahu punca nya... Ni mesti bab sajak.. hahahaha... Bincang dgn ustaz sajak tukar ke syair... Alhamdulillah... Kakak semakin seronok gaya kan persembahan ni... Kalau sajak kena tegas dan garang.. kakak tak suka... Kalau syair mendayu2 merintih meleret2... Itu memang dia punya kemahiran lah kan.. mendayu2 lambang keayuannya 🤪.
Hari Jumaat nak buat rakam... Malam khamis baru terfikir pasal baju siot... Hahahaha... Nak pakai baju raya tak sesuai... Sebab baju raya tu sebenarnya kecik dari badannya tp sue terpaksa beli demi potret raya 2022.
Asben sue sebut pasal kain songket... Sue dah lupa tersorok kat mana.. asben bawak turun kain songket sue yg dah lebih 12thn simpan tersorok... Dah bau busuk terperap dlm almari kayu dah... Belek punya belek.. siap ada selendang.. Alhamdulillah.. terbaik aturan rezeki kakak... Lepas breakfast pagi jumaat terus beli kain utk baju shj 2 meter. Sue kira cuti lah hari jumaat.. dr pagi sampai petang jahit baju kakak.. kekok siot lama tak menjahit.
kakak terkejut sue siapkan baju kurung songket utk nya...
"Aikkk... mama pnadai jahit baju ke?.. kakak ingat mama pandai ulter jea..."
"hebat tak SUEpermama!!!... serba bolehhhh..."
hahaha...
Tak sempat nak beli sarung lengan... Belek dalam gerobok... Ya Allah.... Rezeki kakak... Jumpa sarung lengan yang dah berzaman tu... Warna pun ikut tema... 💜 Purple.....
Bila dia dah hafaz text dgn lancar.. ayahnya hadiahkan alat mekap utk dia.. bukan utk dia jea... Set mekap utk sorang satu weiii.. kemain seronok dekna dan beeya... dapat main mekap2...
Dah siap rakaman.. sue hadiah kan baju maxi merah.. setiap kali sue pakai baju dress maxi... Kakak pandang sambil cakap
"u always make me jealous.."
Dah menang... Sengih2 pulak... Masa menghafaz dan berlatih... Kemain menangis...
Hahahaha... dia tak sabar nak ikut gaya mama.. Kakak oh Kakak... Kakak Masih kanak2 yg berusia 11 tahun laaa.. mana boleh bergaya mcm mama yg dah 40thn ni...
Kakak kecik lagi lah.. mana boleh nak bergaya mcm org tua... Kakak baru 11 thn laaa... Kakak.. Jgn lah cepat sangat besar sebelum usia.. pls...
Tuesday, 24 May 2022
Tugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah - Nur Sufi Dhiahanna
مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ . رَوَاهُ مُسْلِم
“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim)
SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS
11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS
Monday, 23 May 2022
Tahniah Kakak Nur Sufi Hadaina - Penolong Ketua Pengawas 2
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)
Tanggungjawab dan Tugas Pengawas
Saturday, 16 April 2022
Jual tanah sawit beli tanah Sawah
Sunday, 20 March 2022
Resepi Scallops Masak sambal merah
Rebus scallops dengan serai, halia Dan garam sehingga mendidih... Pastu toskan..
Bahan untuk sambal
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai,.. pastu masukkan tomato.. sos cili... Sos tiram... Bahan perasa.. garam.. gula... Sedikit air.. Masak hingga mendidih...
Ambik 1 sudu kuah sos tadi.. suap masukkan ke dalam scallops yang dah ternganga tu...
Isi putihnya rasa macam isi ketam... Sedap!
Selamat mencuba...
Wednesday, 23 February 2022
Founder Media Smart Healthcare Resources
Welcome to Media Smart Healthcare
“Sourcing for top quality healthcare products globally and making them available domestically, we play a significant role in the ever-demanding, rapidly growing and sophisticated healthcare industry in Malaysia”


” Ms Rossuzilawatey Hasein, born in 1982, is the Managing Director at Media Smart Healthcare. Graduate from University Sultan Zainal Abidin in Business Administration. She experience in sales and marketing of especially in medical disposable items. She also experienced in setting up the account system and in charge of account department. ”
Ms Sue, Founder
Office Is Equipped With Fully Computerized Data UBS System

































