Pages

Saturday, 8 October 2022

Stroke Haba - Nur Sufi Dhiahanna 9thn

 

Sue nak kongsi pengalaman stroke haba yang berlaku kat Nur Sufi Hadaina 2 hari lepas.. 



#the_sufi_sisters_and_aichan memang tak suka breakfast setiap pagi... Sebabnya... Mama dan ayahnya pun tak sempat breakfast pagi... Diorang pun terikut tak breakfast.. 

Biasanya sue akan paksa diorang minum segelas air masak setiap pagi. Pagi khamis ada perhimpunan yang lama di sekolah sebab ada pertunjukkan Bomba.. 

Apa  yang dekna cerita kat sue... Dekna minta izin dgn ustaznya utk minum air.. tp ustaznya tak bagi... Yea.. Sue faham... Ustaz ya tak bagi sebab tak budak2 berkeliaran.. Kalau bagi sorang minum air... Nanti semua hilang drp perhimpunan tu.. Sebab semua pelajar akan ke kelas Masing2 utk minum air... Nak kumpul balik pelajar bukan senang... Yea sue faham... Tapi... Tapi... Tahu tak akibat tak minum air yg cukup di bawah panas terik mentari? Stroke Haba... Stroke Haba... 

Dekna balik dari sekolah pagi... Dekna cakap tak nak pegi sekolah petang sebab penat katanya.. Sue bagi lah dia tido sejam.. Pastu kejut dia utk ke sekolah sesi petang..... Dekna menangis tak nak pegi... Sue pun suruh dia rehat dan tidur sampai ke petang... 

Malam ada training ping pong... Baru start training sejam.. Nafas dekna laju sangat... Bawak ke klinik.. Doc tak boleh kesan sakit ape.. doc terus buat surat refer ke hospital.

Sue bawak ke hospital.. sue explain Aktiviti dekna bermula drp pagi - malam...  Doc terus cakap "stroke haba".. Doc masuk air dalam badan sebotol... Alhamdulillah kelajuan nafas dan nadi kembali kpd normal.

Dekna Masih lagi dalam tempoh pemulihan.. Dekna tak boleh buat Aktiviti lasak.. kalau dekna lasak sikit... Terus nafasnya jadi laju.. semoga kesihatan dekna kembali normal dan dekna dapat buat Aktiviti lasak spt biasa.. Amin3... 

13 Oct 2022.. perhimpunan sempena Maulidur Rasul.. pihak sekolah telah menggalakkan murid2 bawak botol air masing2 ketika perakan sebagai alternative untuk mencegah Stroke Haba..

Terbaik SRA BBST!!!



Jom kita belajar tentang stroke haba supaya kita beringat dan lebih berhati2..



Info Sihat oleh YB Dr Izani: Strok Haba | Heat Stroke

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks 2 kali setahun (Mac dan September). Pendedahan suhu yang tinggi memberi risiko mendapat heat stroke (strok haba), iaitu suhu badan meningkat melebihi 40.5 oC. (Suhu normal 37 oC). Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak (<5 tahun), ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua (>65 tahun).


Tanda-tanda strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas, denyutan nadi yang pantas dan boleh menyebabkan sawan, koma serta kematian. Dehidrasi yang teruk menyebabkan kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Tips bagi mengelakkan strok haba ialah banyakkan minum air, lebihkan masa berada di dalam rumah (hadkan aktiviti luar), mandi, membuka kipas/pendingin hawa dan memakai pakaian yang ringan/longgar. Semasa berada di luar, gunakan topi/payung dan memakai losyen yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB. Segera ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut sekiranya mengalami simptom strok haba.

Doa Ketika Cuaca Panas :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

Maksudnya : (Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Penulis ialah EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan

Sunday, 25 September 2022

Impian tercapai - Selesaikan hutang bila cecah usia 40..

Alhamdulillah... Tercapai sudah cita2 sue utk selesai kan hutang dengan Bank di usia 40. 


Kat sini sue nak kongsikan Tips utk bayar hutang dengan Bank selepas jual Salah satu  Aset😅

Sue dapat langsaikan hutang ni sebab jual premis G373 tauuu... Bukan hasil dari bisness Medical... Alaaa .. bisness Medical tu dapat lepas2 gaji sue jea... Bukan untung sangat sebab company kecik jea..

Tips nya.. 

*Hari ni dapat duit hasil jualan Aset... Hari ni jugak pegi ke bank untuk langsaikan hutang yang ada.

*Kurangkan nafsu bergaya mewah.. sebelum ni kita pakai handbag coach rm1200 (asben yg belikan... Nak harap sue yg beli... Sempat kiamat dulu...)😅🤣🤣.. kita set dalam kepala.. guna handbag tu sampai rosak .. selagi tak rosak jangan beli baru.. sekali pun guna duit suami... Bila handbag dah rosak... Jangan beli guna duit kita... Kita kena guna duit suami🤭... Kalau suami bagi rm100 bajet utk handbag... Kita beli dan pakai handbag yang berharga rm100 jea lah.. sue tak pernah rasa malu pakai benda yang murah... Biasanya asben yg akan rasa malu... 😅🤭🤭🤭

*Bab makan pulak... Amalkan suka makan kat rumah... Suka makan makanan kampung... Sayur yg paling sue suka adalah pucuk ubi cicah budu.. sebab pucuk ubi sue tanam sendiri.. jimat 😁😁😁.. elakkan set dalam kepala untuk makan makanan mewah seperti makan kat hotel... Kalu teringin sangat nak makan makanan mahal... Doa banyak2 supaya suami yang rasa teringin.. pastu kita tumpang sekali...😅🤭🤭... Alhamdulillah.. makanan tu akan rasa lebih sedap drp kita beli sendiri...🤣

*Pakaian pulak... Semua sue beli yg murah2 jea... Satu set pakaian tak lebih rm100... Sue akan guna sampai lunyai... Takkan beli baru selagi baju lama ada 20 pasang dalam satu masa... Buang sepasang sebab baju dah lunyai... Baru sue beli sepasang lagi... 

*Ambil hikmah disebalik pendamik COVID-19... Bajet melancong disimpan rapi untuk bayar hutang kedai😅😅🤭.. Alhamdulillah..  bila kita mencari kebaikan di atas Takdir yg Allah tetapkan... InsyaAllah... kita akan temui kebaikannya.

Kenapa sue Selesaikan hutang Kedai A081 walaupun sue dah ambik MRTA?

- sue tak nak habiskan sisa hidup sue bekerja semata2 untuk bayar hutang... Lepas umur 40... Sue cuma nak keje sekadar untuk tuntutan hidup shj... (Sekadar untuk makan bukan untuk bermewah). 

Adakah sue akan settle kan hutang kereta Velfire?

- Tak... Sue akan guna velfire sehingga mampu shj... Sampai masa rasa tak nak... Sue akan trade in.. Dan beralih ke apa2 kereta murah.. spt Serena... Advanza... Apa2 kereta terkini dan munasabah mengikut pendapatan sue.. 😅


Jom kita susuri jalan akibat suka berhutang.

AD-DIN

4 ancaman untuk orang berhutang, kata-katanya juga dusta

Jumaat, 06 Disember 2019 8:37 AM

Oleh: DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN


Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya. Gambar Sekadar Hiasan

ISLAM mengharuskan seseorang itu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara daruriyyat (tersangat penting).


Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.


Firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 2: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.


ARTIKEL BERKAITAN: Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang berhutang


Terdapat dua keadaan seseorang yang ingin berhutang:


1. Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.


2. Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi.


Ada yang menerima ugutan dan terpaksa mendapatkan bantuan peguam gara-gara tidak melangsaikan hutang. Gambar Sekadar Hiasan


Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:


• Haram


Jika digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.


• Makruh


Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.


• Wajib


Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.


Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya.


Sebaik-baiknya janganlah berhutang untuk perkara tidak berfaedah.


Disebabkan itu terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai ancaman bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:


1. Tidak akan terangkat amalannya


Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. - [HR tarmizi]


2. Dosa hutang tidak akan diampunkan


Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. - [HR muslim]


3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim


Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. - [HR Al-Bukhari]


4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang


Anas bin Malik berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."


Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” - [HD At-Tabrani]


Bersempena dengan cuti sekolah ini, maka perlulah kita berhemah di dalam perbelanjaan seharian supaya tidak terjerat didalam beban hutang. Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan.


Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar setiap tindak tanduk yang kita lakukan tidak akan memusnahkan diri sendiri.


Baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma'thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang. - [HR Daud]


Baginda juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. - [HR Al-Bukhori]

Monday, 19 September 2022

Baju Puteri Perak - Nur Sufi Raihannah 6thn - Hari Malaysia di Pra Jais BBST








inilah gaya yang sue ajar kat rumah...

Dan... Ini gaya yg dia buat di pentas 😭😭😭


Beza gaisss... 
"Gaya kat rumah & gaya kat pentas.."

Boleh pulak dia senyum macam tu kat atas pentas...tang Kaki tuuu..😬😭 Bertuah punya budak!!.. tangan tu.. yang dok pulas2 kain dah kenapa???😬😬😬

 

Gambar bersama cikgu Ida


Barisan pemenang... Beeya dapat no 5.



Sunday, 14 August 2022

MSS Selangor 2022 Ketegori BKC- Nur Sufi Hadaina Dan Nur Sufi Dhiahanna Tempat Ketiga Bersama


Wakil Sepang yang bertanding di MSSS. 


Barisan Top 4 di Selangor U 12 - BKC



Tempat Ketiga Bersama
Hadaina & Dhiahanna 

Tempat pertama Dania dan kedua Aleesya... Memang semua atlet ping pong kenal tentang kehebatan kedua si Cilik ni..
Sangat mustahil utk Hadaina Dan Dhiahanna menandingi pemain2 hebat ini.

Cantik betul susunan yang Allah aturkan..
kakak dan dekna tak bertemu dalam perlawanan di peringkat awal..
 mereka bertarung dgn haluan yang berbeza dan akhirnya bertemu di pentas  berkongsi pingat Tempat Ketiga Bersama.

Permainan kakak dan Dekna sangat lemah jika dibandingkan dengan pemain lain yang dah matang..  Tapi..  Inilah Takdir Allah yang telah beri kemenangan Top 4 di MSSS. Semua game menang dalam keadaan tipis.. Terutamanya Dekna yang berdepan dgn 3-2... Set yg mata yg terakhir dekna 12.. Pihak lawan 10.


Apa yg sue nampak..  Permainan kakak dan Dekna biasa shj...  Cuma.. Pihak lawan melakukan Sedikit kesilapan menjadikan kakak dan dekna berada di Top 4.

Doa mama dan ayah.. sentiasa mengiringi setiap gerak langkah mu...



Gambar bersama ustaz Suhaimi dari SK Pinggiran Putra 

Nur Sufi Dhiahanna 9thn
Nur Sufi Hadaina 11thn
Adik beradik ini memegang pingat tempat ketiga.
Kakak teringin nak pakai cincin besar mcm Sue...  Biasalah kan. ...  Sue bagi pelbagai syarat lah  Nak elak drp beli utk diorang... 😁 

Sue tak yakin diorang dapat Top 4..
Dengan penuh keyakinannya..  Sue cakap.. 
"Kalau korang dapat Top 4 di MSSS...  Mama bagi hadiah cincin Rm2k sorang..." 


Sekali diorang dapat tempat ke tiga bersama...  Allahuuu...
😬😬😬😬 Terbang rm4k Sue weiii😭😭😭


kontigen ping pong U12 - wakil Sepang ke peringkat selangor MSSS 2022


Suzi... Safi.. cikgu Apan.. ustaz Suhaimi 


Terima kasih cikgu ana... Setia menunggu sampai ke petang..






Sebelum datang nya senyum... Kakak diiringi dgn air mata duka...

Ini pertandingan terbuka... Dalam Top 16.. kakak bertemu dgn anak pemain Malaysia.. agak mustahil utk Kakak menang.. tp terlalu sukar utk Kakak terima kekalahan awal tanpa penat dalam perlawanan Sebab konsepnya kalah mati. 


Pertandingan under U12 Bukan Keturunan Cina.. "BKC"


Semi Final - Bertemu dgn pemain cilik Ping Pong.. tidak asing lagi kehebatan Dania. Agak mustahil utk pemain baru mengalahkan nya.. masa ni Kakak dah bersedia utk kalah. Kakak dah tak menangis bila kalah. .







Keesokan harinya... Kakak & Dekna tuntut hadiah.. diorang nak ke kedai serbaneka..
Nak beli.. nak pilih.. nak pusing2 dalam kedai tu... Nak beli hadiah sendiri.. Dapat pilih mainan sendiri... Itulah kepuasannya.. 


Mainan lego cantum2...  Ergggg...  Pening mama.. 

Kakak lebih suka kepada peralatan sekolah.. 
Mug sorang satu...  Hadiah dari mama... 

Sue bagi hadiah mug yang bernilai rm20 setiap sorang.. Jangan dinilai pada harga.. tp nilailah pada kualiti dan keunikan nya... 












 

Thursday, 4 August 2022

Johan P12 MSSD Sepang 2022 - Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie 11 tahun, SK Taman Seroja

Alhamdulillah... 

Allah izinkan kakak merasai Johan Daerah Sepang dalam sukan Ping pong... Ini tahun kedua kakak Johan .. Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah...


Alhamdulillah... Terlalu byk air mata kakak dan dekna .. kena marah... Kena paksa berlatih untuk sampai tahap ini.

 

Gambar bersama dengan Atlet SK Cyberjaya.

Tahniah juga pada dekna yang terpilih menjadi wakil daerah Sepang (MSSD) utk bertanding di peringkat Selangor (MSSS) pada usia 9thn. Ingat dekna! Ingat kakak!! Jangan leka... Jangan terlalu yakin diri tu hebat.. setiap hari pasti ada pencabar baru yang tak pernah bosan dgn latihan untuk mantapkan skill. 

Latih kakak & dekna untuk wakil Sepang  dibawah BKC... Dah macam orang Sewel sue mengamuk utk diorang disiplin dalam latihan... Paksa utk nutrition jaga badan... Paksa senaman untuk kuatkan lengan. Pernah berlatih sehingga 12 jam sehari.. berganti2 dgn dekna. Ini baru lepas level BKC Sepang.

Cuba bayang... Bagaimana latihan keras utk Atlet yang dah berjaya ke Open Selangor atau wakil Malaysia???.. 




Kongsi rezeki dengan atlet ping pong 
SK Taman Seroja



Uncle Safie belanja makan....










Round 16 - Bertemu adik beradik...
Nur Sufi Hadaina & Nur Sufi Dhiahanna

Quater Final

Semi Final

Final

Pengumuman nama yang tersenarai ke MSSS

Ucapan penutup dan pengumuman kejohanan MSSD Sepang.

Selesai penyampaian hadiah... Asben belanja makan kfc sambil bergurau senda dgn anak2 ping pong skts..


__________________________________

Perlawanan Chinwoo SEL.&KL Tennis Championship 2022




Balik dari pertandingan... singgah rumah cikgu Lela... Cikgunya dah pindah sekolah.. tapi jasanya sentiasa ingati...