Allah izinkan kakak merasai Johan Daerah Sepang dalam sukan Ping pong... Ini tahun kedua kakak Johan .. Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah...
Alhamdulillah... Terlalu byk air mata kakak dan dekna .. kena marah... Kena paksa berlatih untuk sampai tahap ini.
Gambar bersama dengan Atlet SK Cyberjaya.
Tahniah juga pada dekna yang terpilih menjadi wakil daerah Sepang (MSSD) utk bertanding di peringkat Selangor (MSSS) pada usia 9thn. Ingat dekna! Ingat kakak!! Jangan leka... Jangan terlalu yakin diri tu hebat.. setiap hari pasti ada pencabar baru yang tak pernah bosan dgn latihan untuk mantapkan skill.
Latih kakak & dekna untuk wakil Sepang dibawah BKC... Dah macam orang Sewel sue mengamuk utk diorang disiplin dalam latihan... Paksa utk nutrition jaga badan... Paksa senaman untuk kuatkan lengan. Pernah berlatih sehingga 12 jam sehari.. berganti2 dgn dekna. Ini baru lepas level BKC Sepang.
Cuba bayang... Bagaimana latihan keras utk Atlet yang dah berjaya ke Open Selangor atau wakil Malaysia???..
Kongsi rezeki dengan atlet ping pong
SK Taman Seroja
Uncle Safie belanja makan....
Round 16 - Bertemu adik beradik...
Nur Sufi Hadaina & Nur Sufi Dhiahanna
Quater Final
Semi Final
Final
Pengumuman nama yang tersenarai ke MSSS
Ucapan penutup dan pengumuman kejohanan MSSD Sepang.
Alhamdulillah.. selesai jugak rakaman Da'ie Cilik kakak Daina... Puas menangis.. merajuk... Dapat jugak kakak selesaikan tugasan nya sebagai wakil sekolah Da'i Cilik.
Rakaman Daie Cilik 2022
Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie, 11 tahun
SK Taman Seroja
Kakak hafaz dalam masa seminggu utk 5 Minit rakaman iaitu 3 muka surat A4. Itu pun puas merajuk dan menangis dgn sue lah... sekali dia jadi tenggiling.. Allahu... Stress nak mati sue.. buat buat keras.. kayu.. membatu.. macam tenggiling... Kalau kita tegur atau marah dia.. kita yg sakit nanti.. mujur dia tak mengguling macam tenggiling siot... 😬😬😬
Nak melepasi step pertama.. iaitu step hafaz text... Allahu... Puas menyinga... Nasib baik lah cik su(mak sedaranya) bagi semangat..
"Boleh kakak.. mesti boleh... Kalau kakak fokus.. 5 helai pun boleh ingat.." - Nasihat cik su nya...
Disebalik tabir...
Sampai masa buat latihan depan cikgu... Dia menangis pulak depan cikgu... Sebab tak boleh bawak sajak... Dia tak terus terang dgn cikgu tak boleh bawak sajak.. dia pegi menangis.. sekali cikgu wasap gambar dia menangis... Sue dah tahu punca nya... Ni mesti bab sajak.. hahahaha... Bincang dgn ustaz sajak tukar ke syair... Alhamdulillah... Kakak semakin seronok gaya kan persembahan ni... Kalau sajak kena tegas dan garang.. kakak tak suka... Kalau syair mendayu2 merintih meleret2... Itu memang dia punya kemahiran lah kan.. mendayu2 lambang keayuannya 🤪.
Gambar sama ustazah2nya..
Petang rabu.. tergerak hati sue nak setting benang mesin jahit tepi... Lama dah mesin jahit tepi tu tersadai tak terguna pun.. sebab Aichan ubah setting.. tiba2 tergerak nak setting... Belajar melalui YouTube.. pukul 5 petang mesin jahit tepi dah ok... Ya Allah... Rasa Lega betul... rupa2nya malam tu tergerak hati nak jahit baju kurung utk Kakak.
Hari Jumaat nak buat rakam... Malam khamis baru terfikir pasal baju siot... Hahahaha... Nak pakai baju raya tak sesuai... Sebab baju raya tu sebenarnya kecik dari badannya tp sue terpaksa beli demi potret raya 2022.
Asben sue sebut pasal kain songket... Sue dah lupa tersorok kat mana.. asben bawak turun kain songket sue yg dah lebih 12thn simpan tersorok... Dah bau busuk terperap dlm almari kayu dah... Belek punya belek.. siap ada selendang.. Alhamdulillah.. terbaik aturan rezeki kakak... Lepas breakfast pagi jumaat terus beli kain utk baju shj 2 meter. Sue kira cuti lah hari jumaat.. dr pagi sampai petang jahit baju kakak.. kekok siot lama tak menjahit.
kakak terkejut sue siapkan baju kurung songket utk nya...
"Aikkk... mama pnadai jahit baju ke?.. kakak ingat mama pandai ulter jea..."
"hebat tak SUEpermama!!!... serba bolehhhh..."
hahaha...
Tak sempat nak beli sarung lengan... Belek dalam gerobok... Ya Allah.... Rezeki kakak... Jumpa sarung lengan yang dah berzaman tu... Warna pun ikut tema... 💜 Purple.....
Bila dia dah hafaz text dgn lancar.. ayahnya hadiahkan alat mekap utk dia.. bukan utk dia jea... Set mekap utk sorang satu weiii.. kemain seronok dekna dan beeya... dapat main mekap2...
Dah siap rakaman.. sue hadiah kan baju maxi merah.. setiap kali sue pakai baju dress maxi... Kakak pandang sambil cakap
"u always make me jealous.."
Dah menang... Sengih2 pulak... Masa menghafaz dan berlatih... Kemain menangis...
Hahahaha... dia tak sabar nak ikut gaya mama.. Kakak oh Kakak... Kakak Masih kanak2 yg berusia 11 tahun laaa.. mana boleh bergaya mcm mama yg dah 40thn ni...
Kakak kecik lagi lah.. mana boleh nak bergaya mcm org tua... Kakak baru 11 thn laaa... Kakak.. Jgn lah cepat sangat besar sebelum usia.. pls...
“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim)
SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER
1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan) 2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain 3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS 4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal 5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas 6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya 7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal 8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap 9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian 10. Membantu mempromosikan PSS 11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna 12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS 13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak 14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS
Setiap jawatan yang di pegang.. pasti ada tanggungjawab.. setiap tanggungjawab adalah AMANAH.. AMANAH ni sangat berat.. kakak kena latih diri untuk disiplin diri sendiri sebelum mendisiplinkan rakan taulan.
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Kakak seorang jadi seorang Leader kat sekolah... Bukan seorang boss tauu..
mama minta tolong sangat... jangan malukan cikgu... jangan hampakan kepercayaan cikgu.. jangan sia2 kan peluang yang cikgu beri ini... ingat tau!!! peluang yang baik takkan datang berulang kali...
setiap masalah... setiap cerita... pasti ada jalan penyelesaian... berbincang dengan cikgu jika hal berkaitan di sekolah... berbincang dengan mama dan ayah... jika berkaitan dgn hal peribadi dan hal luar sekolah.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)
ingat kakak... bila kita berada dibarisan hadapan... iaitu barisan pemimpin... kita akan berdepan dengan pelbagai kritikan yang pasti mengguris hati... maka... kakak terus mengingati Allah dan Rasul... lalu menyebut "HasbunallahawanikmalWakil... Cukup lah Allah tempat aku bertawakkal..."
Tanggungjawab dan Tugas Pengawas
Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.
Penolong Ketua Pengawas
1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.
Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas
Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.
5. Mengetuai Spot Check
Pengawas
· Mengawal disiplin pelajar.
· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
· Menjaga imej dan nama baik sekolah.
· Membantu guru,
· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
· Mematuhi peraturan sekolah.
· Memimpin rakan-rakan pelajar.
· Mencegah kes jenayah di sekolah.
· Menghormati guru.
· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Terima kasih cikgu Hafirah sudi kongsi video terindah ini utk tatapan di hari kemudian... :)
Tahniah kakak... Terima kasih buat guru2 SK Taman Seroja kerana beri peluang dan kepercayaan kepada Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie untuk menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas 2.
Hasil dari jualan rumah teres dan tanah sawah... Hp sue dan asben tak henti2 scammer call offer itu.. offer ini... Sebelum kena scam... Cepat2 kami buat pelaburan kat tanah sawah.. Kalau tak beli sawah nanti asben beli kereta... Baik licin kan duit dia dulu jadi tanah.. sebelum dia merapu merapek beli Mercedes la.. BMW laa... Ohhhh. Tidakkkk.. sue tak suka pembaziran pada kenderaan..
Dari tahun lepas kami cari tanah sawah... Boleh dikatakan setiap minggu ke sekinchan Dan sungai besar survey tanah sawah... Tp satu pun tak jumpa.. Last2 kami buat keputusan utk Simpan cash dalam asb... Sue cakap kat asben.. "kita simpan lah duit dulu.. lepas ni mesti ramainya orang nak jual sawah padi sebab generasi kedua tak nak uasahakan sawah... Confirm diorang jual utk pembahagian harta pusaka .. waktu tu... Kita tolong lah beli utk memudahkan urusan diorang .. " (semoga Allah memudahkan urusan kita nanti... Amin3)
Antara pilihan pelaburan yang kami pertimbangkan..
1)Kalau beli tanah lot di sepang ni... Tak akan dapat profit keuntungan kecuali jual balik.
2)kalau beli tanah kebun tak larat merumput..
3)kalau beli tanah sawah... Pawah kat org... Keje kami berdoa kpd Allah spy murah rezeki dapat hasil padi lumayan... Secara tak langsung kita akan dapat Pahala berdoa... Niat dihati juga, setiap ekosistem dalam sawah kita yang mendapat manfaat.. spt cacing... Belakang... Unggas2... Semuanya diniatkan sedekah kerana Allah... Allah akan menilai dosa pahala kita walaupun sebesar zarah.
Tiba2 ada sorang pak cik ni call asben sue bagitahu nak jual tanah sawah utk pembahagian pusaka... Sebagaimana niat kami sebelum ni utk bantu pembahagian pusaka... Kami pun setuju nak beli walaupun tanah tu sedikit ke dalam... Parit 8Setengah... Lawat tapak sebelum Ramadhan... Setuju utk beli..
Selang seminggu... Sorang lagi mak cik ni call asben sue nak jual tanah sebab ada masalah kewangan. Timang Sana.. timang sini... Drp tolong orang bagi pinjam duit yang belum tentu boleh bayar balik... Lebih baik kami tolong beli tanah sawahnya...
Tang ting tung... Hambek kauuu... Beli tanah sawah 6 ekar sekali Gus... licin duit...
Hasil dari apa yg sue study pasal sawah ni...
Hasil sawah tak menguntungkan seperti hasil sawit. Dengan 6 ekar ni... Hasil nya cukup utk makan cara kehidupan di kampung... Tak mungkin dpt bermewah lah. Daun pandan... Daun Kari... Lengkuas... Kunyit .. tanam lah sendiri... Baru lah jimat. Duduk kat Bandar ni... Nak guna daun pandan sehelai jea... Tp kena beli seikat... Penuh dgn pembaziran...
Usahakan Sawah ni lebih rumit... Upah pekerja sawah yang sangat mahal... Biasanya org pawah laaa... Anak2 muda zaman IT nih... Rela tak keje drp usahakan sawah emak ayahnya... Meracun.. membaja... Semua dibuat oleh Bangla.... Remaja kampung rela tido drp ambik upah meracun. Bangla pun kemain tekan harga upah sebab anak muda kampung tak nak buat keje sawah.
Cuma ada sedikit kebaikannya beli sawah ni... Perbelanjaan akan ikut hasil tanaman.. duit pokok tak habis.. nak ke mekah ke... Nak melancong ke... Kumpul lah duit hasil sawah dulu baru lah booking pakej.
Kami dah bosan beli rumah ikut harga/sqf di sepang... Kami Ikhtiar utk keluar kawasan sikit .. beli tanah dalam bentuk ekar lah pulak... menikmati kesegaran kampung dengan kicauan burung.. kehijauan padi sayup mata memandang.
Bila dah ada tanah yang luas... boleh lah buat homestay sebagai pekerjaan di usia tua nanti. Tak kan nak buat sale medical sampai umur 50 kot .. umur 40 ni pun sue dah rasa segan nak jumpa client... Rasa malu sgt nak bersaing dgn jurujual yg muda tang2... Huhuhu... Orang lelaki jadi sale rep Makin tua makin power... Sue ni perempuan... Perempuan buat sale.. makin tua makin customer bosan 🙊🙊🙊
Nasihat sue. Setiap pembelian aset hendaklah melalui lowyer... Bayar deposit pun ke lowyer juga... Bayar ke dalam akaun lowyer utk elakkan berlaku pembatalan urusan jual beli selepas bayar deposit. Jgn sekali2 percaya pada penjual utk beli tanah tanpa lowyer sekali pun penjual itu pakai kopiah tebal.. jubah seret lantai... Penipuan boleh berlaku tanpa lowyer dengan cara.. hari ni kita bayar deposit .. esok dia tak jadi jual.. kita minta deposit dia cakap duit dah habis pastu nak bayar balik secara ansuran... Kan dah kena tipu tu...
Jual Beli harta adalah salah satu sumber pendapatan keluarga SUEperbMaMa.
Sue tertarik dgn tulisan Shahrudin Penang .. org lelaki.. kalau ada duit... Mesti jenama2 kereta mewah dalam kepala dia.. sebelum asben bawak sue masuk showroom kereta... Baik sue sailang dengan tanah sawah ni... Hik3... Beli kereta habis duit bulanan... Beli sawah dapat income 3 bulan sekali... Ulalalala...
Tak yah lah nak perlekehkan orang pakai kereta mahal sebab nak nunjuk.. Mahal tu pada kita ja.. Bagi dia tak mahal mana pun.. Jangan sama kan gaji kita dengan income dia.. Dia mampu beli kereta mahal sebab memang income dia pun mahal.. Kita rasa kereta tu mahal sebab gaji kita murah.. Faham ke dak ?
Sekarang ni tak yah nak sakit hati tengok orang beli kereta mahal.. Naikkan income kita sampai kita dapat beli kereta mahal.. Baru betul..
“Aku.. kalau duit banyak, aku tak beli kereta-kereta mahal ni”..
Toksah dok sembang la bang bab KALAU-KALAU ni.. Hang kerja bagi income naik 20k - 30k sebulan dulu.. Pasni kita sembang, nak tgk kereta apa hang mengidam..
Gaji kecik mindset kita kecik ja fikir.. Bila gaji besaq, mindset automatik jadi besaq.. Tak caya ? Naikkan income dulu nak tgk betoi ke tak..
Sebab tu orang tua-tua kata “Bila periuk besaq kerak pun turut besaq”.. tapi kalau periuk kecik gagah nak bg kerak besaq jawab nya makan kerak la hang..
Rebus scallops dengan serai, halia Dan garam sehingga mendidih... Pastu toskan..
Bahan untuk sambal
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai,.. pastu masukkan tomato.. sos cili... Sos tiram... Bahan perasa.. garam.. gula... Sedikit air.. Masak hingga mendidih...
Ambik 1 sudu kuah sos tadi.. suap masukkan ke dalam scallops yang dah ternganga tu...