Pages

Tuesday, 24 May 2022

Tugas Pengawas Pusat Sumber Sekolah - Nur Sufi Dhiahanna

 مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًايَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا,سَهَّلَ اللهُ لَهُ طَرِيْقًا إِلَى الجَنَّةِ . رَوَاهُ مُسْلِم

“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mendapatkan ilmu, maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim)







SENARAI TUGAS PENGAWAS PUSAT SUMBER

1. Membantu dalam pengedaran bahan buku (peminjaman dan pemulangan)
2. Membantu dalam penyusunan bahan-bahan di rak dan lain-lain
3. Menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah dan PSS
4. Menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang telah digunakan oleh para pengguna ketempat asal
5. Menjaga kebersihan PSS termasuk tugas kemas-mengemas
6. Membantu melakukan kerja memproses bahan-bahan seperti melabel, cop hak milik dan sebagainya
7. Membantu dalam penyemakan buku-buku, majalah, akhbar yang diterima daripada pembekal
8. Membantu menguruskan fail tegak/buku skrap
9. Membantu menguruskan alat pandang dengar termasuk perkakasan dan bahan perisian
10. Membantu mempromosikan PSS
11. Seranta dan mewujudkan perhubungan dengan para pengguna
12. Membantu pelanggan dalam penggunaan PSS
13. Membantu membaikpulih bahan-bahan rosak
14. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru PSS





PSS 2023








Monday, 23 May 2022

Tahniah Kakak Nur Sufi Hadaina - Penolong Ketua Pengawas 2

Ingat pesan mama dan ayah yea kakak..
Setiap jawatan yang di pegang.. pasti ada tanggungjawab.. setiap tanggungjawab adalah AMANAH.. AMANAH ni sangat berat.. kakak kena latih diri untuk disiplin diri sendiri sebelum mendisiplinkan rakan taulan.
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi.. 


Kakak seorang jadi seorang Leader kat sekolah... Bukan seorang boss tauu..

mama minta tolong sangat... jangan malukan cikgu... jangan hampakan kepercayaan cikgu.. jangan sia2 kan peluang yang cikgu beri ini... ingat tau!!! peluang yang baik takkan datang berulang kali... 

setiap masalah... setiap cerita... pasti ada jalan penyelesaian... berbincang dengan cikgu jika hal berkaitan di sekolah... berbincang dengan mama dan ayah... jika berkaitan dgn hal peribadi dan hal luar sekolah.




لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا٢١﴾

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)

ingat kakak... bila kita berada dibarisan hadapan... iaitu barisan pemimpin... kita akan berdepan dengan pelbagai kritikan yang pasti mengguris hati... maka... kakak terus mengingati Allah dan Rasul... lalu menyebut "HasbunallahawanikmalWakil... Cukup lah Allah tempat aku bertawakkal...



Tanggungjawab dan Tugas Pengawas

Ketua Pengawas

1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.

Penolong Ketua Pengawas

1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.

Setiausaha

1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas

Bendahari

1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.

Disiplin

1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.
5. Mengetuai Spot Check

Pengawas

· Mengawal disiplin pelajar.
· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
· Menjaga imej dan nama baik sekolah.
· Membantu guru, 
· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
· Mematuhi peraturan sekolah.
· Memimpin rakan-rakan pelajar.
· Mencegah kes jenayah di sekolah.
· Menghormati guru.
· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.




Terima kasih cikgu Hafirah sudi kongsi video terindah ini utk tatapan di hari kemudian... :)






Tahniah kakak... Terima kasih buat guru2 SK Taman Seroja kerana beri peluang dan kepercayaan kepada Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie untuk menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas 2.




Saturday, 16 April 2022

Jual tanah sawit beli tanah Sawah











Hasil dari jualan rumah teres dan tanah sawah... Hp sue dan asben tak henti2 scammer call offer itu.. offer ini... Sebelum kena scam... Cepat2 kami buat pelaburan kat tanah sawah.. Kalau tak beli sawah nanti asben beli kereta... Baik licin kan duit dia dulu jadi tanah.. sebelum dia merapu merapek beli Mercedes la.. BMW laa... Ohhhh.   Tidakkkk..  sue tak suka pembaziran pada kenderaan..

Dari tahun lepas kami cari tanah sawah... Boleh dikatakan setiap minggu ke sekinchan Dan sungai besar survey tanah sawah... Tp satu pun tak jumpa.. Last2 kami buat keputusan utk Simpan cash dalam asb...  Sue cakap kat asben.. "kita simpan lah duit dulu.. lepas ni mesti ramainya orang nak jual sawah padi sebab generasi kedua tak nak uasahakan sawah... Confirm diorang jual utk pembahagian harta pusaka .. waktu tu... Kita tolong lah beli utk memudahkan urusan diorang .. " (semoga Allah memudahkan urusan kita nanti... Amin3)




Antara pilihan pelaburan yang kami pertimbangkan.. 

1)Kalau beli tanah lot di sepang ni... Tak akan dapat profit keuntungan kecuali jual balik.

2)kalau beli tanah kebun tak larat merumput.. 

3)kalau beli tanah sawah... Pawah kat org... Keje kami berdoa kpd Allah spy murah rezeki dapat hasil padi lumayan... Secara tak langsung kita akan dapat Pahala berdoa... Niat dihati juga,  setiap ekosistem dalam sawah kita yang mendapat manfaat.. spt cacing... Belakang... Unggas2...  Semuanya diniatkan sedekah kerana Allah... Allah akan menilai dosa pahala kita walaupun sebesar zarah.

Tiba2 ada sorang pak cik ni call asben sue bagitahu nak jual tanah sawah utk pembahagian pusaka... Sebagaimana niat kami sebelum ni utk bantu pembahagian pusaka... Kami pun setuju nak beli walaupun tanah tu sedikit ke dalam... Parit 8Setengah... Lawat tapak sebelum Ramadhan... Setuju utk beli..

Selang seminggu... Sorang lagi mak cik ni call asben sue nak jual tanah sebab ada masalah kewangan. Timang Sana.. timang sini... Drp tolong orang bagi pinjam duit yang belum tentu boleh bayar balik... Lebih baik kami tolong beli tanah sawahnya... 

Tang ting tung... Hambek kauuu... Beli tanah sawah 6 ekar sekali Gus... licin duit...

Hasil dari apa yg sue study pasal sawah ni... 

Hasil sawah tak menguntungkan seperti hasil sawit. Dengan 6 ekar ni... Hasil nya cukup utk makan cara kehidupan di kampung... Tak mungkin dpt bermewah lah. Daun pandan... Daun Kari... Lengkuas... Kunyit .. tanam lah sendiri... Baru lah jimat. Duduk kat Bandar ni... Nak guna daun pandan sehelai jea... Tp kena beli seikat... Penuh dgn pembaziran...

Usahakan Sawah ni lebih rumit... Upah pekerja sawah yang sangat mahal... Biasanya org pawah laaa... Anak2 muda zaman IT nih... Rela tak keje drp usahakan sawah emak ayahnya... Meracun.. membaja... Semua dibuat oleh Bangla.... Remaja kampung rela tido drp ambik upah meracun. Bangla pun kemain tekan harga upah sebab anak muda kampung tak nak buat keje sawah. 

Cuma ada sedikit kebaikannya beli sawah ni... Perbelanjaan akan ikut hasil tanaman.. duit pokok tak habis.. nak ke mekah ke... Nak melancong ke... Kumpul lah duit hasil sawah dulu baru lah booking pakej. 

Kami dah bosan beli rumah ikut harga/sqf di sepang... Kami Ikhtiar utk keluar kawasan sikit .. beli tanah dalam bentuk ekar lah pulak... menikmati kesegaran kampung dengan kicauan burung.. kehijauan padi sayup mata memandang.

Bila dah ada tanah yang luas... boleh lah buat homestay sebagai pekerjaan di usia tua nanti. Tak kan nak buat sale medical sampai umur 50 kot .. umur 40 ni pun sue dah rasa segan nak jumpa client... Rasa malu sgt nak bersaing dgn jurujual yg muda tang2... Huhuhu... Orang lelaki jadi sale rep Makin tua makin power... Sue ni perempuan... Perempuan buat sale.. makin tua makin customer bosan 🙊🙊🙊

Nasihat sue. Setiap pembelian aset hendaklah melalui lowyer... Bayar deposit pun ke lowyer juga... Bayar ke dalam akaun lowyer utk elakkan berlaku pembatalan urusan jual beli selepas bayar deposit. Jgn sekali2 percaya pada penjual utk beli tanah tanpa lowyer sekali pun penjual itu pakai kopiah tebal.. jubah seret lantai... Penipuan boleh berlaku tanpa lowyer dengan cara.. hari ni kita bayar deposit .. esok dia tak jadi jual.. kita minta deposit dia cakap duit dah habis pastu nak bayar balik secara ansuran...  Kan dah kena tipu tu...

Jual Beli harta adalah salah satu sumber pendapatan keluarga SUEperbMaMa.

Sue tertarik dgn tulisan Shahrudin Penang .. org lelaki.. kalau ada duit... Mesti jenama2 kereta mewah dalam kepala dia.. sebelum asben bawak sue masuk showroom kereta... Baik sue sailang dengan tanah sawah ni... Hik3... Beli kereta habis duit bulanan... Beli sawah dapat income 3 bulan sekali... Ulalalala...



Tak yah lah nak perlekehkan orang pakai kereta mahal sebab nak nunjuk.. Mahal tu pada kita ja.. Bagi dia tak mahal mana pun.. Jangan sama kan gaji kita dengan income dia.. Dia mampu beli kereta mahal sebab memang income dia pun mahal.. Kita rasa kereta tu mahal sebab gaji kita murah.. Faham ke dak ? 

Sekarang ni tak yah nak sakit hati tengok orang beli kereta mahal.. Naikkan income kita sampai kita dapat beli kereta mahal.. Baru betul.. 

“Aku.. kalau duit banyak, aku tak beli kereta-kereta mahal ni”.. 

Toksah dok sembang la bang bab KALAU-KALAU ni.. Hang kerja bagi income naik 20k - 30k sebulan dulu.. Pasni kita sembang, nak tgk kereta apa hang mengidam.. 

Gaji kecik mindset kita kecik ja fikir.. Bila gaji besaq,  mindset automatik jadi besaq.. Tak caya ? Naikkan income dulu nak tgk betoi ke tak.. 

Sebab tu orang tua-tua kata “Bila periuk besaq kerak pun turut besaq”.. tapi kalau periuk kecik gagah nak bg kerak besaq jawab nya makan kerak la hang.. 

“Sekadar peringatan untuk diri sendiri”.. 😊

#UD
#kalaubukankitasiapalagi
#KalauBukanSekarangBilaLagi





Sunday, 20 March 2022

Resepi Scallops Masak sambal merah

Rebus scallops dengan serai, halia Dan garam sehingga mendidih... Pastu toskan..


Bahan untuk sambal

Tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai,.. pastu masukkan tomato.. sos cili... Sos tiram... Bahan perasa.. garam.. gula... Sedikit air..  Masak hingga mendidih... 

Ambik 1 sudu kuah sos tadi.. suap masukkan ke dalam scallops yang dah ternganga tu... 


Isi putihnya rasa macam isi ketam... Sedap! 

Selamat mencuba...








Wednesday, 23 February 2022

Founder Media Smart Healthcare Resources

 

Welcome to Media Smart Healthcare

“Sourcing for top quality healthcare products globally and making them available domestically, we play a significant role in the ever-demanding, rapidly growing and sophisticated healthcare industry in Malaysia”

header 2

8x12t-up_9258



” Ms Rossuzilawatey Hasein, born in 1982, is the Managing Director at Media Smart Healthcare. Graduate from University Sultan Zainal Abidin in Business Administration. She experience in sales and marketing of especially in medical disposable items. She also experienced in setting up the account system and in charge of account department.  ”                                               

 

Ms Sue, Founder 

Office Is Equipped With Fully Computerized Data UBS System

Sunday, 13 February 2022

Nur Sufi Hadaina Tempat ke Lima pertandingan BOLING TENPIN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2021




Alhamdulillah... Tahniah kakak dapat tempat ke lima pertandingan boling.. tak lupa juga ribuan terima kasih kepada cikgu Mashitoh dan Cikgu Lela yang beri peluang kepada Nur Sufi Hadaina utk bertanding boling peringkat BOLING TENPIN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2021

Cikgu Mashitoh... Kakak Daina... Cikgu Lela...











Jangan sedih tak dapat Johan.. jadikan pesaing kita sebagai mercu cabaran diri utk membina kekayaan kelak... 





Semoga kakak dan kawan kakak dapat Johan dalam boling untuk pertandingan di masa akan datang.. Amin3 🤲☺️



 

Monday, 10 January 2022

Kelebihan Playschool - Ahmad Sufi Aisar 3 tahun pada 2022

 


Kenapa sue pilih playschool pada usia 3thn?

ada 3 kebaikan yang sue nilai..

- Mengajar Aichan untuk mengawal emosi ketika berkawan. Kanak2 di taska suka berkawan.. suka bermain bersama... dan jarang sangat berlaku pengasingan diri. InsyaAllah, bila anak2 berada dibawah didikan yang betul... anak2 akan tahu untuk menyelesaikan konflik ketika berkawan.

- Kelebihan kedua, Anak kita akan belajar bergaul dengan kanak2 ikut usianya... belajar berkomunikasi dengan rakan seusia nya...  kita kena pastikan anak2 kita berada di dalam kelompok yang betul untuk perkembangan usianya 3thn, jangan berada di dalam kelompok sekolah rendah sebab takut berlaku pembulian... jangan berada di dalam kelompok bayi sebab takut terbantut perkembangan sebagai kanak2 usia 3thn.

- Kebaikan ketiga, mengajar Aichan untuk mendengar arahan dari guru ketika berada dalam kumpulan seusianya. latih diri berdisiplin ketika belajar bersama2... melukis... menulis... menyanyi... bercerita.. hafazan2 surah pendek ketika berada dalam kumpulan. Aichan akan mengenali byk kumpulan... iaitu kumpulan adik beradik... kumpulan playschool... kumpulan ibubapa... kumpulan guru...

- Kebaikan keempat, dapat mengesan tahap perkembangan anak Speech Delay dan Autism lebih awal. 
bagi cikgu yang berpengalaman dalam pendidikan awal kanak2... cikgu akan maklum pada ibu bapa tahap anak2 ketika berada bersama rakan seusianya. kebanyak ibubapa yang sibuk bekerja keluar lepas subuh balik lepas maghrib, kadang2 keje lebih masa... tak akan sedar anak2 nya autism melainkan atas maklumat cikgu. pernah sue dengar, seorang doctor gigi terkejut bila guru tadika maklumkan padanya.. "Doc... anak doc ada sikap kelainan dari kanak2 yang usia 6thn.. Doc kena bawak check up tahap perkembangannya dengan doc pakar". bila result keluar... alangkah terkejutnya... anak seorang Doc gigi ada ADHD.

Hari ni hari pertama Aichan sekolah..  semoga Aichan seronok di sekolahnya.. umur baru 2thn 10bulan..  tapi dah mintak nak gaya hidup seperti kakak2 nya.  Nak pergi sekolah jugak.. 

Sue hantar Aichan ke sekolah tadika permata ixora. Alhamdulillah.. hari pertama sekolah sue tawakkal pada Allah.. semoga Aichan serasi lah dengan cikgu2 nya... 

Sue dan Asben hantar jea kat Pagar.. terus balik cepat2... Tak nak tengok dramanya.. 

Alhamdulillah.. follow up dgn cikgu di wasap... Cikgu nya cakap.. nangis sekejap kat luar..  pastu masuk kelas dan mula berkawan... Syukur Alhamdulillah.. 

Setiap kali #the_sufi_sisters_and_Aichan cecah usia 3thn... Sue memang betul2 dlm dilema... Nak teruskan hantar ke babysitter.. atau ke playschool.. kalau hantar ke babysitter anak sue akan jadi seperti kanak2 umur setahun.. suka merangkak.. menangis macam bayi umur setahun... Asyik merengek sepanjang masa.. paling parah tak nak bercakap... Menangis melalak dulu baru cakap nak ape .. 

Nak hantar ke playschool... Kena pilih betul2 sekolah yang bukan rojak... Kena pilih playschool yang asingkan budak2 transit dan budak2 tadika.. kalau tak... Sistem sekolah tu cacar merba... nak2 kalau cikgu bertugas tu sorang jea... 

Memandangkan... Aichan Masih lagi berpempers... Acap kali sue pesan kat cikgu ... 

"Cikgu... Kalau Aichan berak dalam pempers.. cikgu wasap lah saya... Nanti saya dtg cuci... Kesian cikgu nak membasuhnya..."

"Ishh.. tak pe.. itu memang keje kami..."

Alhamdulillah.. Lega rasa hati ni bila cikgu bagi jawapan spt ini... sangat jelas cikgu2 bertanggungjawab dengan tugasnya... semoga tadika ini terus maju jaya... Amin3.






sesi memujuk ke sekolah pada hari kedua...
baju sekolah pakai dalam kereta laaaa... hahaha...
bukan senang untuk seorang kanak2 beralih tempat...





Beeya, Aichan, Dekna... beriap ke sekolah..

kakak demam last minit... 
punyalah lama cuti... malam hari pertama sekolah jugak yang dia demam...