Setiap jawatan yang di pegang.. pasti ada tanggungjawab.. setiap tanggungjawab adalah AMANAH.. AMANAH ni sangat berat.. kakak kena latih diri untuk disiplin diri sendiri sebelum mendisiplinkan rakan taulan.
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Kakak seorang jadi seorang Leader kat sekolah... Bukan seorang boss tauu..
mama minta tolong sangat... jangan malukan cikgu... jangan hampakan kepercayaan cikgu.. jangan sia2 kan peluang yang cikgu beri ini... ingat tau!!! peluang yang baik takkan datang berulang kali...
setiap masalah... setiap cerita... pasti ada jalan penyelesaian... berbincang dengan cikgu jika hal berkaitan di sekolah... berbincang dengan mama dan ayah... jika berkaitan dgn hal peribadi dan hal luar sekolah.
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)
ingat kakak... bila kita berada dibarisan hadapan... iaitu barisan pemimpin... kita akan berdepan dengan pelbagai kritikan yang pasti mengguris hati... maka... kakak terus mengingati Allah dan Rasul... lalu menyebut "HasbunallahawanikmalWakil... Cukup lah Allah tempat aku bertawakkal..."
Tanggungjawab dan Tugas Pengawas
Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.
Penolong Ketua Pengawas
1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.
Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas
Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.
5. Mengetuai Spot Check
Pengawas
· Mengawal disiplin pelajar.
· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
· Menjaga imej dan nama baik sekolah.
· Membantu guru,
· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
· Mematuhi peraturan sekolah.
· Memimpin rakan-rakan pelajar.
· Mencegah kes jenayah di sekolah.
· Menghormati guru.
· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Terima kasih cikgu Hafirah sudi kongsi video terindah ini utk tatapan di hari kemudian... :)
Tahniah kakak... Terima kasih buat guru2 SK Taman Seroja kerana beri peluang dan kepercayaan kepada Nur Sufi Hadaina binti Mohd Safie untuk menggalas jawatan Penolong Ketua Pengawas 2.
Hasil dari jualan rumah teres dan tanah sawah... Hp sue dan asben tak henti2 scammer call offer itu.. offer ini... Sebelum kena scam... Cepat2 kami buat pelaburan kat tanah sawah.. Kalau tak beli sawah nanti asben beli kereta... Baik licin kan duit dia dulu jadi tanah.. sebelum dia merapu merapek beli Mercedes la.. BMW laa... Ohhhh. Tidakkkk.. sue tak suka pembaziran pada kenderaan..
Dari tahun lepas kami cari tanah sawah... Boleh dikatakan setiap minggu ke sekinchan Dan sungai besar survey tanah sawah... Tp satu pun tak jumpa.. Last2 kami buat keputusan utk Simpan cash dalam asb... Sue cakap kat asben.. "kita simpan lah duit dulu.. lepas ni mesti ramainya orang nak jual sawah padi sebab generasi kedua tak nak uasahakan sawah... Confirm diorang jual utk pembahagian harta pusaka .. waktu tu... Kita tolong lah beli utk memudahkan urusan diorang .. " (semoga Allah memudahkan urusan kita nanti... Amin3)
Antara pilihan pelaburan yang kami pertimbangkan..
1)Kalau beli tanah lot di sepang ni... Tak akan dapat profit keuntungan kecuali jual balik.
2)kalau beli tanah kebun tak larat merumput..
3)kalau beli tanah sawah... Pawah kat org... Keje kami berdoa kpd Allah spy murah rezeki dapat hasil padi lumayan... Secara tak langsung kita akan dapat Pahala berdoa... Niat dihati juga, setiap ekosistem dalam sawah kita yang mendapat manfaat.. spt cacing... Belakang... Unggas2... Semuanya diniatkan sedekah kerana Allah... Allah akan menilai dosa pahala kita walaupun sebesar zarah.
Tiba2 ada sorang pak cik ni call asben sue bagitahu nak jual tanah sawah utk pembahagian pusaka... Sebagaimana niat kami sebelum ni utk bantu pembahagian pusaka... Kami pun setuju nak beli walaupun tanah tu sedikit ke dalam... Parit 8Setengah... Lawat tapak sebelum Ramadhan... Setuju utk beli..
Selang seminggu... Sorang lagi mak cik ni call asben sue nak jual tanah sebab ada masalah kewangan. Timang Sana.. timang sini... Drp tolong orang bagi pinjam duit yang belum tentu boleh bayar balik... Lebih baik kami tolong beli tanah sawahnya...
Tang ting tung... Hambek kauuu... Beli tanah sawah 6 ekar sekali Gus... licin duit...
Hasil dari apa yg sue study pasal sawah ni...
Hasil sawah tak menguntungkan seperti hasil sawit. Dengan 6 ekar ni... Hasil nya cukup utk makan cara kehidupan di kampung... Tak mungkin dpt bermewah lah. Daun pandan... Daun Kari... Lengkuas... Kunyit .. tanam lah sendiri... Baru lah jimat. Duduk kat Bandar ni... Nak guna daun pandan sehelai jea... Tp kena beli seikat... Penuh dgn pembaziran...
Usahakan Sawah ni lebih rumit... Upah pekerja sawah yang sangat mahal... Biasanya org pawah laaa... Anak2 muda zaman IT nih... Rela tak keje drp usahakan sawah emak ayahnya... Meracun.. membaja... Semua dibuat oleh Bangla.... Remaja kampung rela tido drp ambik upah meracun. Bangla pun kemain tekan harga upah sebab anak muda kampung tak nak buat keje sawah.
Cuma ada sedikit kebaikannya beli sawah ni... Perbelanjaan akan ikut hasil tanaman.. duit pokok tak habis.. nak ke mekah ke... Nak melancong ke... Kumpul lah duit hasil sawah dulu baru lah booking pakej.
Kami dah bosan beli rumah ikut harga/sqf di sepang... Kami Ikhtiar utk keluar kawasan sikit .. beli tanah dalam bentuk ekar lah pulak... menikmati kesegaran kampung dengan kicauan burung.. kehijauan padi sayup mata memandang.
Bila dah ada tanah yang luas... boleh lah buat homestay sebagai pekerjaan di usia tua nanti. Tak kan nak buat sale medical sampai umur 50 kot .. umur 40 ni pun sue dah rasa segan nak jumpa client... Rasa malu sgt nak bersaing dgn jurujual yg muda tang2... Huhuhu... Orang lelaki jadi sale rep Makin tua makin power... Sue ni perempuan... Perempuan buat sale.. makin tua makin customer bosan 🙊🙊🙊
Nasihat sue. Setiap pembelian aset hendaklah melalui lowyer... Bayar deposit pun ke lowyer juga... Bayar ke dalam akaun lowyer utk elakkan berlaku pembatalan urusan jual beli selepas bayar deposit. Jgn sekali2 percaya pada penjual utk beli tanah tanpa lowyer sekali pun penjual itu pakai kopiah tebal.. jubah seret lantai... Penipuan boleh berlaku tanpa lowyer dengan cara.. hari ni kita bayar deposit .. esok dia tak jadi jual.. kita minta deposit dia cakap duit dah habis pastu nak bayar balik secara ansuran... Kan dah kena tipu tu...
Jual Beli harta adalah salah satu sumber pendapatan keluarga SUEperbMaMa.
Sue tertarik dgn tulisan Shahrudin Penang .. org lelaki.. kalau ada duit... Mesti jenama2 kereta mewah dalam kepala dia.. sebelum asben bawak sue masuk showroom kereta... Baik sue sailang dengan tanah sawah ni... Hik3... Beli kereta habis duit bulanan... Beli sawah dapat income 3 bulan sekali... Ulalalala...
Tak yah lah nak perlekehkan orang pakai kereta mahal sebab nak nunjuk.. Mahal tu pada kita ja.. Bagi dia tak mahal mana pun.. Jangan sama kan gaji kita dengan income dia.. Dia mampu beli kereta mahal sebab memang income dia pun mahal.. Kita rasa kereta tu mahal sebab gaji kita murah.. Faham ke dak ?
Sekarang ni tak yah nak sakit hati tengok orang beli kereta mahal.. Naikkan income kita sampai kita dapat beli kereta mahal.. Baru betul..
“Aku.. kalau duit banyak, aku tak beli kereta-kereta mahal ni”..
Toksah dok sembang la bang bab KALAU-KALAU ni.. Hang kerja bagi income naik 20k - 30k sebulan dulu.. Pasni kita sembang, nak tgk kereta apa hang mengidam..
Gaji kecik mindset kita kecik ja fikir.. Bila gaji besaq, mindset automatik jadi besaq.. Tak caya ? Naikkan income dulu nak tgk betoi ke tak..
Sebab tu orang tua-tua kata “Bila periuk besaq kerak pun turut besaq”.. tapi kalau periuk kecik gagah nak bg kerak besaq jawab nya makan kerak la hang..
Rebus scallops dengan serai, halia Dan garam sehingga mendidih... Pastu toskan..
Bahan untuk sambal
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, serai,.. pastu masukkan tomato.. sos cili... Sos tiram... Bahan perasa.. garam.. gula... Sedikit air.. Masak hingga mendidih...
Ambik 1 sudu kuah sos tadi.. suap masukkan ke dalam scallops yang dah ternganga tu...
“Sourcing for top quality healthcare products globally and making them available domestically, we play a significant role in the ever-demanding, rapidly growing and sophisticated healthcare industry in Malaysia”
” Ms Rossuzilawatey Hasein, born in 1982, is the Managing Director at Media Smart Healthcare. Graduate from University Sultan Zainal Abidin in Business Administration. She experience in sales and marketing of especially in medical disposable items. She also experienced in setting up the account system and in charge of account department. ”
Ms Sue, Founder
Office Is Equipped With Fully Computerized Data UBS System
Alhamdulillah... Tahniah kakak dapat tempat ke lima pertandingan boling.. tak lupa juga ribuan terima kasih kepada cikgu Mashitoh dan Cikgu Lela yang beri peluang kepada Nur Sufi Hadaina utk bertanding boling peringkat BOLING TENPIN PERINGKAT DAERAH SEPANG 2021
Cikgu Mashitoh... Kakak Daina... Cikgu Lela...
Jangan sedih tak dapat Johan.. jadikan pesaing kita sebagai mercu cabaran diri utk membina kekayaan kelak...
Semoga kakak dan kawan kakak dapat Johan dalam boling untuk pertandingan di masa akan datang.. Amin3 🤲☺️
- Mengajar Aichan untuk mengawal emosi ketika berkawan. Kanak2 di taska suka berkawan.. suka bermain bersama... dan jarang sangat berlaku pengasingan diri. InsyaAllah, bila anak2 berada dibawah didikan yang betul... anak2 akan tahu untuk menyelesaikan konflik ketika berkawan.
- Kelebihan kedua, Anak kita akan belajar bergaul dengan kanak2 ikut usianya... belajar berkomunikasi dengan rakan seusia nya... kita kena pastikan anak2 kita berada di dalam kelompok yang betul untuk perkembangan usianya 3thn, jangan berada di dalam kelompok sekolah rendah sebab takut berlaku pembulian... jangan berada di dalam kelompok bayi sebab takut terbantut perkembangan sebagai kanak2 usia 3thn.
- Kebaikan ketiga, mengajar Aichan untuk mendengar arahan dari guru ketika berada dalam kumpulan seusianya. latih diri berdisiplin ketika belajar bersama2... melukis... menulis... menyanyi... bercerita.. hafazan2 surah pendek ketika berada dalam kumpulan. Aichan akan mengenali byk kumpulan... iaitu kumpulan adik beradik... kumpulan playschool... kumpulan ibubapa... kumpulan guru...
- Kebaikan keempat, dapat mengesan tahap perkembangan anak Speech Delay dan Autism lebih awal.
bagi cikgu yang berpengalaman dalam pendidikan awal kanak2... cikgu akan maklum pada ibu bapa tahap anak2 ketika berada bersama rakan seusianya. kebanyak ibubapa yang sibuk bekerja keluar lepas subuh balik lepas maghrib, kadang2 keje lebih masa... tak akan sedar anak2 nya autism melainkan atas maklumat cikgu. pernah sue dengar, seorang doctor gigi terkejut bila guru tadika maklumkan padanya.. "Doc... anak doc ada sikap kelainan dari kanak2 yang usia 6thn.. Doc kena bawak check up tahap perkembangannya dengan doc pakar". bila result keluar... alangkah terkejutnya... anak seorang Doc gigi ada ADHD.
Hari ni hari pertama Aichan sekolah.. semoga Aichan seronok di sekolahnya.. umur baru 2thn 10bulan.. tapi dah mintak nak gaya hidup seperti kakak2 nya. Nak pergi sekolah jugak..
Sue hantar Aichan ke sekolah tadika permata ixora. Alhamdulillah.. hari pertama sekolah sue tawakkal pada Allah.. semoga Aichan serasi lah dengan cikgu2 nya...
Sue dan Asben hantar jea kat Pagar.. terus balik cepat2... Tak nak tengok dramanya..
Alhamdulillah.. follow up dgn cikgu di wasap... Cikgu nya cakap.. nangis sekejap kat luar.. pastu masuk kelas dan mula berkawan... Syukur Alhamdulillah..
Setiap kali #the_sufi_sisters_and_Aichan cecah usia 3thn... Sue memang betul2 dlm dilema... Nak teruskan hantar ke babysitter.. atau ke playschool.. kalau hantar ke babysitter anak sue akan jadi seperti kanak2 umur setahun.. suka merangkak.. menangis macam bayi umur setahun... Asyik merengek sepanjang masa.. paling parah tak nak bercakap... Menangis melalak dulu baru cakap nak ape ..
Nak hantar ke playschool... Kena pilih betul2 sekolah yang bukan rojak... Kena pilih playschool yang asingkan budak2 transit dan budak2 tadika.. kalau tak... Sistem sekolah tu cacar merba... nak2 kalau cikgu bertugas tu sorang jea...
Memandangkan... Aichan Masih lagi berpempers... Acap kali sue pesan kat cikgu ...
"Cikgu... Kalau Aichan berak dalam pempers.. cikgu wasap lah saya... Nanti saya dtg cuci... Kesian cikgu nak membasuhnya..."
"Ishh.. tak pe.. itu memang keje kami..."
Alhamdulillah.. Lega rasa hati ni bila cikgu bagi jawapan spt ini... sangat jelas cikgu2 bertanggungjawab dengan tugasnya... semoga tadika ini terus maju jaya... Amin3.
sesi memujuk ke sekolah pada hari kedua...
baju sekolah pakai dalam kereta laaaa... hahaha...
bukan senang untuk seorang kanak2 beralih tempat...
Beeya, Aichan, Dekna... beriap ke sekolah..
kakak demam last minit...
punyalah lama cuti... malam hari pertama sekolah jugak yang dia demam...
Pdpr guna handphone... Sebelum pdpr.. sue tak dedahkan handphone pada #the_sufi_sisters_and_Aichan.
perkara yang paling sue takut dah terjadi '#the_sufi_sisters adalah ketagihan hp..'
Tahun pertama pdpr sue memang tak layan homework sekolah anak2 dalam talian... Sampai cikgu2 sekolah wasap personal Tanya perkembangan anak2 sue..
"Puan.. kenapa anak puan tak join Google meet? Sayang sgt.. anak puan cepat tangkap masa belajar..."
"Minta maaf cikgu... Sy terlalu sibuk keje dan hal rumahtangga... Tak pe... Saya akan pastikan diorang akan siap homework bila sekolah dah start pembelajaran secara bersemuka nanti"..
Masuk PKP tahun kedua.. kakak dan dekna dah tak selesa sebab byk ketinggalan dlm pembelajaran sekolah.. Diorang geledah rumah cari hp lama sue Dan asben... dan diorang jumpa.. diorang charges dan on sendiri hp tu... Hp tu berfungsi elok walaupan dah bertahun tak guna.
Sue beli no utk diorang monitor group wasap masing2... Sebulan pertama diorang semangat siapkan homework diorang... Masuk bulan seterusnya... Diorang Mula berani main game...
Sue dah start control.. hp dan tab wajib tinggal di ofis... Kawan nak call... nak wasap.. siang hari shj... Sape2 bawak balik rumah secara seludup hp... "Mama pecahkan hp tu.."
Kakak tak percaya syarat yang sue tetap kan.. mungkin dia ingat hp tu mahal.. tak mungkin sue buat..
Kakak kantoi buat balik hp ke rumah dgn letak dlm pencil box... Dia kantoi dengan dekna... Nasihat dan amaran yg lembut dikeluarkan serta merta..
Kakak kantoi Kali kedua... Alarm hp yang dia letak bawah bantal berbunyi pukul 3 pagi... Sue terus rampas... Nasihat dan amaran keras di keluarkan..
Kakak kantoi Kali ketiga bermain hp dlm tandas... Sue terajang pintu tandas.. alamak.. tak percah lah pulak pintu tandas .. yea lah... Kudrat badan ayam serama sue ni... Kuat mana sgt kannnn... kakak buka pintu dan serah diri tanpa sebarang alasan.. sue ambik hp terus hempas ke lantai sebanyak 5 Kali... Ayah nya sambung hempas sekali lagi... Hp vivo ni jenis yg tahan lasak... 6 kali hempas sekuat hati... Ini jea hancur nya..
ingat satu perkara Kakak... Dekna... Beeya... Aichan...
"Handphone atau game online ni.... boleh buat korang jadi gila..
Kalau tak gila hari ini... korang akan gila di masa akan datang...
mama lebih suka korang main benda2 yang boleh meransangkan otak dan buat diri jadi kreatif seperti main gunting2 kertas... melukis... main kejar2 dalam rumah... bergurau senda dgn adik beradik... dah sepahkan rumah... kemas balik... pandai beza mana sampah mana barang berharga...
itu lebih baik dari korang jadi biawak hidup yang suka main game.."
contoh permainan yang bagus utk kanak2..
Sue angkat jari telunjuk ke kakak.. "jangan sekali2 Salah kan mama dan ayah hp kakak hancur... Sebab kerosakan hp tu adalah punca dari diri kakak sendiri!!"
berapa kali nak mama ulang ayat ni???? berapa kali?????
Keburukan hp pada kanak2..
1) Degil - bila ibu bapa panggil susah menyahut sebab leka dgn hp ..
2) kurang ajar / biadap - bila kita bercakap dgn kanak2 main hp... Dia tak bertentang mata...
3) pemalas - Semua keje rumah diorang malas nak buat.. susah untuk minta tolong.. masing2 sibuk dengan dunia khayalan yang terkinjil2 kat tik tok... sibuk edit gambar muka yg penuh dgn kepalsuan...
Dekna pernah Tanya jugak.. "kawan dekna ada Tab sendiri.. diorang tak suka tengok tv... Emak ayah diorang bagi jea main tab sendiri.. kenapa mama dan ayah tak bagi kitorang main?"
"Itu undang2 rumah diorang... Ini rumah mama dan ayah... korang ikut undang2 rumah mama Dan ayah!!! Diorang dpt main hp dgn puas... Tapi diorang tak rasa apa yg korang rasa... Korang keluar breakfast sama2 dgn mama ayah... Dpt borak... Dapat gelak sama2... diorang yg dpt hp tak dpt apa yg korang dpt sebenarnya... Sape yg dpt hp diorang tiada komunikasi dgn baik dgn ibu bapa... Diorang ada Dunia diorang sendiri... kalau korang nak rasa jugak hidup dgn hp.. boleh... esok mama.. ayah... beeya.. aichan pegi opis korang berdua main hp kat rumah... korang mkn lah apa yg ada kat rumah ni... maggie... biskut... air kosong... korang bina lah dunia khayalan korang sendiri... Nak??????????
Hebat main game kat hp??? buktikan kat mama... apa yg korang boleh buat lepas hebat nya main game hp... tak payah nak cakap kat mama dengan "main game nak improve bahasa inggeris"... itu cuma 5% shj kakak oiiii... membaca buku... tengok tv .... komunikasi dgn orang sekeliling itu jauh lebih baik....
Apa keje yg korang boleh buat dgn pembelajaran yg merosok... Komunikasi cuma pandai yes no.. yes no jea... itu lah kesan sampingan game hp... Korang nak keje ape?
Ok laaaa... Korang berhenti sekolah... Pegi keje kat kedai makan... Pegi jadi cleaner... Pegi jadi security guard... pegi lah kutip botol... kutip kotak... Itulah pekerjaan yg layak utk korang yg suka main hp.. pegi lah!!! Dpt gaji.. korang beli hp sendiri.. haaa. Main lah hp tu sampai tak makan tak mandi... Itu duit korang kan.. mama tak kisah pun. Tak payah sekolah!!! korang nak jadi cikgu? Doctor? Peguam? tak layak sebab masih kanak2 yang tak cemerlang dalam pembelajaran.
Semua tak sanggup!!
Perkara yg paling sue takut bila ada pdpr sudah sue hadapi hari ini.. sue berharap belum terlambat lagi untuk Perbaiki disiplin diorang...
Sue ada bg laptop kat diorang... Masalah diorang tak cukup mahir dgn laptop.. sikit2 panggil sue.. tak tahu nak buat keje sekolah guna laptop... Sue pulak sibuk dengan keje2 opis waktu siang.. balik rumah sibuk dgn urusan rumahtangga .. Allahu Akhbar.. mencabar sungguh besar kan anak2 di zaman teknologi nih..
Tak salah kan diorang 100% bila teringin nak main hp.... Sebab ibu bapa pun dgn hp jugak 24 jam... Itu yg diorang teringin... Sambil keje kita belek fb... Sambil Masak kita bukak Instagram... Kadang2 kita tergelak bila tengok lawak jenaka kat media sosial ... Diorang pun teringin lah nak ada hp . Kita pulakkk skrg.. semua keje melibatkan hp... memang setiap saat kena tengok hp.. nak tengok jam pun tengok hp...
sue Berenggang dgn hp setengah jea... Sue charge hp pastu pegi mandi... Hp ter silent... Sebab Aichan usik setting... Asben call nak beli lauk ape utk makan malam... Sue tak dengar hp berbunyi... Aihhhh... Berbakul jugak lah kena bebel...
kat rumah dah ada 2 TV... satu utk ayahnya... satu TV yg ada youtube dan Njoy utk The Sufi Sisters dan Aichan. semenjak jadi ibu kpd 4 orang anak ni... sue dah tak pandai bukak TV... dah lupa dah cara nak cari channel...
Budak yang suka main hp... main game... nampak macam matang sebab tak riuh rendah dalam rumah... sebenarnya dia tengah membunuh sel2 otak untuk menjadi manusia yg normal.