Pages

Thursday, 7 February 2013

Cerita pasal susu kambing lagi...


Assalamualaikum...
Entry kali ni, sue nk kongsi pengalaman minum susu kambing...
sambung utk entry sblm ni....

masa checkup kat klinik kesihatan...
nurse mintak jaga kesihatan... sbb kalau kepekatan darah terus turun...
ini akan membahayakan keselamatan sue ketika bersalin nanti... takut darah mengalir tanpa henti dan boleh membawa maut...

di sebabkan sue utamakan kerja... tak nak mkn gaji buta...
dan tak nak jadikan masalah kesihatan personal jd prestasi keje merosot...
sue tak ikut nasihat doc...
maklumlah... keje private payah cuti...
  
bln dec 2012... kena checkup 2 kali seminggu sbb berat badan naik tak ikut jadual di klinik kesihatan... takut ada kencing manis la... takut itu... takut ini.. mcm2 nurse bebel..

gambar kat atas ni... utk penambahan berat badan yg ideal..
berat badan sue pulak naik 3.5kg sebulan...
pun sue tak buat checkup jugak... sbb utamakan keje... 

bln Jan sue terpaksa rujuk ke pakar kat hospital putrajaya krn uri bawah...
sue terpaksa langgar appointment tu sbb boss kata ada hal urgent di opis
iaitu "simulation pengurusan opis"
okey... cancel jugak...

appoitment kat kpmc pulak... terpaksa cancel jugak...
supplier UBS acc nk install akaun pd 29hb jea..
tak dpt tunda hari lain... sbb jadual diorang penuh...
pun cancel jugak... akaun pulak dah pending 7bln...

sue ambik cuti tahunan pd 25hb Jan 2013...
awal2 thn dah guna cuti tahunan...hambeekkkk kauuu!!!

 
kononnya nk checkup kat kpmc la...
Si Bad mintak masuk opis... katanya hal urgent sgt...
iaitu mintak berurusan dgn supplier utk kurangkan harga..
dah ambik cuti... terpaksa cancel... kejelah separuh hari.... kul 3 kuar opis..
hmmm... ni dah mcm tak cuti kan?..
Doc jamil dah tutup klinik...
hmmmmm...

sue mohon cuti 3 hari ni... utk selesaikan hal yg pending2 ni...

dalam 365 hari setahun ni...
boss pilih utk meeting hari sue mintak cuti...
okey... korang nampak tak note tu..
"All to attend without excuses"..
hmmmm... terpaksalah sue cancelkan cuti lg...


dlm dok stress dgn bebelan nurse sbb darah cair dan berat badan bertambah.. sue terbaca kat fb adik sue sendiri...
pasal susu kambing...
terbuka hati sue utk amalkan minuman sunnah ni...
Alhamdulillah...
berat dah tak naik mendadak...
ketegori tak nampak gemuk lah...
hasilnya pd kepekatan darah sue :
taddaaaa....
hamil ketika 26 minggu
kepekatan darah sue 11.6
sue amalkan minum susu kambing 2 kali sehari...
pagi dan malam...

hamil ketika 30 minggu
Alhamdulillah.... naik 12.6
nurse pun dah tak bebel... hati pun dah tenang...
sue mula minum sekali sehari (pagi shj)...
sue xnak baby kuar besar mcm daina dulu...
trauma siukkk...

hamil ketika 34 minggu
kepekatan darah masih kekal ditahap 12.. ketogori tahap "normal"
yg penting jgn kurang dari 12...

.................................checkup kat klinik salak..................................

"kepekatan darah awak dah normal... teruskan ambik vitamin yea.."

"sy ambik obimin 3 hari sekali jea... selebihnya sy amalkan susu kambing"

"nampaknya susu kambing dah serasi ngan awak... teruskan minum susu kambinglah... awak tak minum susu utk ibu mengandung?"

"tak... 5 bln pertama sy minum susu ibu mengandung... berat badan sy naik 3.5kg sebln... lepas sy amalkan susu kambing berat badan sy naik 2kg sebulan..."
..................................................................................................................

Alhamdulillah... kepekatan darah dah normal...
uri dah naik... peluang utk bersalin normal sgt cerah...
yg tinggal cuma...."HasbunaAllah ha wanikmalwakil"...
.......................................................................................................................
 
 
ada gosip sikit ni... jom layan...
si ibu bangga dpt bg susu formula soya kat babynya..
katanya "sy tak bagi anak sy susu lembu nanti anak jd perangai mcm lembu..."

kalu kita dengar org ckp mcm ni...
jwb dgn baik kat dia..."Nabi Muhammad minum susu kambing berakhlak mulia jea.. tak perangai mcm kambing pun"

kalu geram sgt tambah sikit lagi ayat tu "anak awak minum susu kekacang tu... berakhlak mulia ke?"
kikiki... jgn jwb cam ni... nanti mengeruhkan keadaan.. hahaha..


susu soya bukan susu...
soya itu sejenis kekacang...
org yahudi... melebalkan soya itu susu sbb selepas pemprosessan soya... rupanya spt susu...
jgn terpedaya yea...
jika harga buah badam tu murah... sudah pasti diorang akan prosess badam jd susu badam...
hmmm... renung2kan... :)

Tahukah Anda Keburukan Kacang Soya?

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya ya...ng mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:
•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .

Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka. Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal. Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh! banyak tu…

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
See more...




jom kita sama2 amalkan  minuman sunnah style SUEperb MaMa!!!...

tata... titi... tutu...



New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di





Tuesday, 22 January 2013

Khasiat susu kambing

Assalamualaikum....

jom kita layan khasiat susu kambing utk entry kali ni....
daripada kita makan supliment yg tak tahu asal usulnya... baik kita makan yg jelas khasiatnya dan bahan buatannya... iaitu Susu kambing minuman Rasulullah SAW..

org cakap susu kambing ni panas la... kolestrol tinggi.. pembohong belaka tu... sebenarnya negara barat mengeluarkan statement spy kita beralih ke susu soya... sbb diorang pengeluar terbesar susu soya... rakyat diorang tak nak minum susu soya... so, diorang promote kat negara lain yg cetek dgn kajian dan mudah lalai dgn kelebihan Sunnah nabi...

haaa... satu lg yg sue nk kongsi... apa2 product yg melibatkan direct selling... sebenarnya ubat tu murah jea... kos dlm RM2/botol... tp pengilang direct selling akan kuarkan dlm bentuk botol atau packaging yg mahal... iaitu harga botol dan packaging RM8... jumlah modal sebotol suppliment RM10 shj... kebiasaannya...
punca harga jd mahal bila sampai ke pengguna ialah... komisyen agent2... ada yg pangkat Diamond la... ada yg pangkat Gold la... ada yg pangkat Silver la.. sehingga mencecah harga ratusan ringgit.. (sue dpt info ni dr pemilik syrkt direct selling sendiri)
hmmm... satu lagi pemilik company direct selling ckp..  diorang sgt suka keluarkan product utk wanita... sbb wanita adalah kaum yg mudah terpedaya dalam hal penjagaan kecantikan...kologen la... spirulina la... gamat2 la.. mcm2lah..

skrg kita jgn tertipu lg dgn iklan dan packaging yg cantik2... kita direct ke sunnah nabi dan makanan minuman yg ori shj...


Susu Kambing Disebut Dalam Al-Quran

"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; iaitu susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang-orang yang meminumnya" -maksud firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 66.

Minuman Makanan Sunnah Nabi

SUSU KAMBING, MADU LEBAH, BUAH TAMAR (KURMA) ada disebut didalam Al-Quran. 

Sue amalkan minum Better Goat...
sbb yg ni yg paling murah buat masa ni...
Pek ekonomi!!!

yg dlm botol kecik tu susu kambing fresh... sue baru minum...
memang terasa dan bau kambing sgt2...
itu menandakan susu kambing ori...
kalu tak bau kambing... itu susu tiruan!!!

sukatan utk minum ada di tulis kat botol...

ada yg perasa asli dan ada yg perasa coklat..
 Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja


Jom kita layan khasiat susu kambing dgn lebih detail lagi...


Kelebihan Susu Kambing

- Susu yg paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing 
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari (ini mnyebabkan boleh memulihkan tenaga batin dan awet muda)
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing

Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin












Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)











VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043



sekian sahaja...

perkongsian minuman berkhasiat dari SUEperb MaMa!!
Tata... Titi.. tutu...

Optttttssss... jgn lupa bukak link di bawah ni... ada sambungan pasal susu kambing lg.... :)
http://sueperbmama.blogspot.com/2013/02/cerita-pasal-susu-kambing-lagi.html

 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di




Thursday, 17 January 2013

Restoran Rasa Thai - The Royal Bintang

Assalamualaikum...

ari ni nk kongsi makan malam yg penuh nikmatnya bersama dgn client asben...
makan kat RASA THAI @ The Royal Bintang...

Alhamdulillah... syukur dgn nikmat pemberianNYA...
kalu dah namanya royal... harga tu memang royal lah yea... kalu nk harap kuarkan duit poket utk mkn ngan family... hmmm... tak merasa la... sbb rasa mcm membazir la pulak... 3 org mkn sampai seratus lebih... makan tmpt royal2 ni.. baik kita mkn time intertaint client jea... hihihihi...

ini lah restorannya kat The Curve... bersebelahan Ikea...

masa utk buat order...
ikan senangin 2 ekor...
ikan bawal 2 ekor...
tom yam 2 periuk...
sayur 3 pinggan... kangkung... bayam.. lobak... campur..
bla..bla..bla...
hihihihihi.

ketang ketung... ketang ketung...
tunggu makanan sampai... sempat sue snap gambar hiasan di restoren ni...

tengok dinding tuuuu...
hiasan gambar gajah hitam putih didinding... terasa spt berada di zaman P Ramlee..


hiasan meja yg sgt simple...
tu daina dah tunjukkan kekreatifannya...
inilah hasilnya...
alas pinggang cuma dr kertas A3 yg bercorak simple (photostate)..
hmmmm... memang simple... 
benda2 yg simple ni sesuai utk restoran royal2 jea tau...
jgn korang praktik kat rumah pulak...
kang gelak tergolek terlentang tetamu tengok... hahaha

okey... air kopi tarik dah sampai..

Pn jaja order air biasa jea... Tembikai...
Asben sue pulak... lagi biasa... air bandunggggg.... hahaha

ini air SUEperb MaMa!!!!
Air Kelapa Kocak
(ish... ini bkn mencarut tau!!! dah memang nama air tu mcm tu... kat klate panggil KOCOK)
best sangattttt.... rasa tak cukup segelas... malu nk order lg... hihihihi
Jaja try seteguk... tanpa segan silu... dia tambah order utk dia jugak...muahahaha...

sue ni... kalu dah masuk kedai royal... tak sah kalu tak order air yg royal...
kalu makan yg tak royal tak pe... air mesti royal punyer.... baru berbaloi masuk kedai royal... hahaha..
kalu nk cari air mcm ni kat restoran di BBST... hmmmm... kiamat lerrr...

2 periuk Tom Yam ori dr Thai dah sampai...
sue baru tahu nk bezakan tomyam ori Thai atau Tom yam Malay...
itu pun suami Pn Jaja yg bgth...
tom yam ori thai ni sgt cair... mcm kuah singgan ikan... pastu masam...
tom yam yg pekat tu dah diubah ikut selera org melayu...
selama ni... sue ingatkan tom yam cair dr restoran Thai tu.. tak pandai memasak...
rupa2nya sue yg tak pandai bezakan yg mana ori dan yg mana tiruan... kikiki

Daging Goreng Thai

Ayam Goreng Thai...
Telur Dadar Thai... ada isi ayam..
Ikan senangin masak Thai...
isinya rasa mcm ikan terubuk...

Ikan Bawal masak ala Thai...
Daina nk udang!!... Daina nak Udang!!
ternganga mulut daina tengok uncle zul menangguk udang... hahaha

nyum.. nyum... sopannya anak ayah ni...
sampai client asben yg Pengarah tu pun tegur...
" wahhh... u beranak ramai pun tak pe la... sbb asben u bapa mithali..."
"Lurppp..."


semua sekali RM350 hingget... memang berbaloi...
order ngam2... tak de pembaziran...
makan utk 8 orang...
Boss company asben pulak tak kisah bawak family... janji keje siapp!!!
apa lagiiii... I followwwww.... :)




Jom Jalan2 makan2 style SUEperb MaMa!!
tata... titi... tutu...


New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di
ROSSEcouture

 
 
















Tuesday, 15 January 2013

Burger Sardin atau Sosej

Assalamualaikum...

jom kita kongsi menu breakfast pulak... sgt senang dan sedap...
main masak2 di pagi hujung minggu... kalu rasa dapur dah lama tak bersepah... baik sepahkan sekali sekala... kang tak pasal2.. dapur tu berhantu sbb tak usik lebih dr seminggu... hahaha... jom layannnnn....

bahan-bahannya :
roti john mini
butter
sardin/sousage
buah tomato
telur dadar nipis
sos cili


sapu butter pd roti depan dan belakang
goreng... mcm goreng burger
pastu... letak telur dadar kosong yg nipis..

kmd... letak sardin dan buah tomato...
atau pun letak sosej...
siappppp!! dah boleh makan skrg...

hammbekkk kauuu... nk masaknya roti sardin jea...
tp perang satu taman ngan budak bertuah ni...
dia pun sibuk nk masak jugak... haduiiiii...

skrg sue faham la... kenapa budaya makan dikedai menjadi tren skrg...
kecuali suri rumah...
bg ibubapa yg bekerja dan ada anak kecil... 
kadang2 tak sampai hati nk marah anak dgn kesalahan yg kecil..
sbb kita cuma jumpa anak dr pukul 6ptg hingga 10mlm jea...
selebihnya waktu tido... dgn 4 jam tu lah... anak kita nk bermanja... bercerita... mengadu...
dan bergurau senda...

roti siap... dapur pun bersepah dgn bawang kat lantai... huhuhu
kalu setakat nk mkn cekodok singget tu... baik beli lerrr...
inilah daina... kejenya nk bergurau 24 jam...
dia tak pikir dah... mama dan ayahnya penat...
yg dia tahu... 8 jam mama dan ayah tinggalkan daina... 
jd... mama dan ayah kena bergurau senda sampai daina ngantuk tauuuu!!!
saboooo jea laaaa...
terlepas pandang sikit... mcm ni lah gayanya...
tak dpt main air dlm kolam... masuk dlm besen kecik pun jadilah...
pastu tumbang... pastu jerit sekuat hati... padahal jatuh sendiri.... hahaha
alahai si manja akuuuu niiii... muaaahhhh!!!


jadi... nasihat sue pada suami2 yg cerewet diluar sana tu...
jgn memaksa isteri memasak pd waktu mlm... sbb sama2 penat bekerja... sama2 berdepan dgn anak yg tengah menarik perhatian... umur anak 2thn dan 4thn...
jika suami tak de tolak ansur... bermulalah episod "Cinta Semakin Mundur"...
sue pernah bersembang dgn seorang janda yg bekerja... 
diorang byk bergaduh... krn permintaan suaminya...
kena masak waktu pagi dan mlm...
sedangkan suaminya masih tido lepas subuh..
isteri pulak kena siapkan anak utk ke taska dan hantar anak ke taska..
petang pulak... suaminya baring terlentang baca paper sambil tengok tv...
isteri kena beli brg dapur balik keje dan kena masak... 
pastu nk iron baju pulak... nk basuh baju... nk jemur baju... nk kemas rumah...
kesian... Mahligai yg dibina selama 9thn runtuh krn hal yg kecil...
semoga janda ni temui kebahagian selepas perpisahan... Amiiinn..




sekian sudah... 
resepi dan pokpek2 dr SUEperb MaMa!!!
tata...titi... tutu...





Monday, 14 January 2013

Barut bayi atau bekung bayi


Assalamualaikum...

entry kali ni sue nak ajar cara buat barut bayi...
barut yg sgt sesuai utk bayi ----->>> barut cortton bertali... jommmmm layaannnnnn!!!

Peralatan yang digunakan :
kain cortton
gunting
tali barut
benang
contoh barut bayi
mesin jahit (yg tengah tunggu masa nk kena humban ke laut tuuu...)
kecodok (kalu tengah lapar)
air bandung (kalu tengah hausssss)

ini peralatannya... mesin jahit sue thn 2005
masa tu sue beli rm250... 
sebelum kena humban... biarlah di memorikan kat blog ni yea... hihihi

kain cortton td di lipat dua... sblm di gunting

dah siap gunting...
biar jd mcm ni... okey?
corak terang belah dalam...
corak pudar belah luar...
kain tu dijahit dlm keadaan terbalik... corak pudar kat luar...
pastu terbalik kan semula... biar corak terang kat luar...
jahit tindih tepi... dan pasang tali...
Siap!!!
senangkan??


 ilmu ni utk bakal2 ibu yg bajet dan pandai menjahit shj...
kalu yg tak pandai menjahit tu... boleh buat tempahan dgn sue...
hubungi sue melalui email sueperbmama@gmail.com
or
msg melalui fb Rossuzilawatey Hasein (ada kat page depan blog ni)

pesanan sue...
jgn beli barut bayi spt ni...  nanti barut tu naik sampai ke dada atau turun ke bawah perut... 



selamat mencuba jahitan barut style SUEperb MaMa!!!
tata... titi... tutu...

sebelum sue cikidautttt... jom layan lagu ni... best tauuuuu!!!

New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di



Restoran Makanan Laut di Bagan Lalang Siri II

Assalamualaikum...

Minggu lepas... SUEperb MaMa jln2 dan makan2 sekali lagi kat Bagan Lalang...
kali ni dgn PMO opis asben... makan2... bersantai2 dgn famili dan anak2...

maklumlah... 5 hari bekerja... 5 harilah anak kita terperap kat dlm rumah pengasuh, kesiannn..
jadi... baik kita luangkan masa sehari dalam seminggu utk bergurau senda dgn anak2...


Restoran pilihan PMO :
"Restoran terapung"
Restoran HM Sri Bagan Sdn Bhd

restoran ni sentiasa penuh... jd kena pilih lauk yg mentah dulu, tempah jenis masakan,
booking tmpt duduk... pastu bayar deposit la...hik3..

barulah boleh jln2 di tepi pantai...
Sue + Pie = Daina
Ini Persatuan Ibu2 PMO Biztari...
1 family lg lupa nk hantar jemputan...
hahaha... sory yea...
ini geng PMO
yg rambut tak berapa nk ada tu... suami Pn Jaja..
kusyuk ambik gambar... mungkin dia nk wak blog jugak kot... hahahaha

Ini Daina... pertama kali main pasir... daina tunjuk tangannya yg kotor dan tak selesa...
kat rumah pengasuhnya tak de habuk...
mop lantai hari-hari...
jadi... kali sue nk ajar daina utk bezakan pasir bersih dan pasir kotor... 
pastu... bila masa yg sesuai utk bermain pasir...

terpaksalah sue duduk bersila sekali... spy daina main pasir...
sambil tu sue pujuk... 
"Daina main la pasir... pasir ni bersih... Allah jadikan pasir... Allah jadikan Air laut..."

pastu... barulah daina main slow2...


semua anak2 dah kotor... pakaian dah kotor...
apa lagi... bekebut pakat mandikan anak masing2...hahaha...
sebelum ke meja makan yg kami tempah td...


hidangan utk 3 family
kerang bakar 2 pinggan
ikan jeket
pepahat 2 pinggan
sayur goreng ikan masin 2 pinggan
udang goreng 2 pinggan
sotong goreng tepung 2 pinggan
Anak ikan pari
2 jug air tembikai...
makan dgn nikmatnya...


ngam2... licin... tak kurang tak lebih... tak membazir...
terbaik punyer bajet!!


Jom bersantai2 style SUEperb MaMa!!
tata... titi... tutu...
 
New batch will b soft awning+plain colour.. It's cool..! Can mix n match easily rite?.. Stay tuned peeps, we will update soon..! HOOHIE hanya di