Patut lah restoran mamak cepat kaya.. Punya lah mudah dan murah jea kos buat roti puri.. Dia jual punya lah mahal...
Senang jea diorang buat keuntungan.. Semenjak kena kuarantin nih... Sue perhati... Byk ibu bapa berusaha utk belajar memasak sendiri... Sedikit demi sedikit.. Resepi mudah terbongkar diselongkar..
Jemput makan.. Batch pertama dah habis licin.. Ni sue uli utk batch kedua..
Makan sambil hafaz Asma Alhusna Gaya dan gerakan...
Makan dgn kuah kari.. Kuah kari korang boleh buat ikut citarasa korang sendiri lah yea..
Biasa makan roti jala jea... Sekali tengok Dato' Siti Nurhaliza buat roti kerca.. Alahai.. Teringin giler sue.. Sebab tak pernah dengar.. Tak pernah rasa.. Nampak mcm mudah.. Unit pulak makanan nih.. Membuak keinginan utk mencuba.. Apa lagi.. Terus mintak Asben belikan gandum.. Dia gelak terguling2 kat sue.. Katanya.. Belum ada rekod lagi kejayaan Sue dalam bab tepung gandum nih.. Kurang asam kan!! 😂
Asben siap update status kat fb.. Gelak kan sue.. Sue ketung ketang kat dapur tak sampai setengah jam.. Siap roti kerca.. Terbeliak biji mata Asben.. Kah3.. Tak percaya dgn kejayaan yg sue raih hari ni.. Kejayaan buat roti kerca!!!! Kah3... Maklum lah.. Rekod sue dgn tepung gandum sebelum ni.. 10 kali buat kek... 10 kali ke tong sampah.. Kah3.. Mau tak kena kutuk dgn laki kannn....
Asben sue bagi idea buat warna warni.. Haaaa.. Ni sue try buat warna pink belang kuning pulak..
10hb petang beeya terkena tempias hujan lebat masa ambik kat taska.. 11hb beeya terus demam.. Tak pergi sekolah.. 12hb masih batuk dan demam.. Cuti lagi..
13hb march (Jumaat) beeya pegi sekolah.. 14hb march Sabtu.. Beeya sakit mata.. demam.. Batuk.. Dan selsema... Sue Bagi ubat demam stok yang dalam peti ais.. tak ok jugak...
16hb March.. Bawa beeya ke klinik swasta.. Doc cakap tonsil bengkak.. Itu punca tak boleh mkn.. Ada demam dan batuk.. Cek darah dan terus dapat result.. Ada virus dan kuman dalam darah..
Doc check tak ada contact dgn covid-19. Doc bagi ubat demam, ubat batuk, ubat tonsil dan antibiotik.
Contact direct dgn orang positive Covid19 tu memang tak ada. Tapi.. Tapi.. Kita tak tahu kannn... Dalam mall tu sape yg pembawa Covid19 kan?
18hb rujuk lagi sekali dgn doc sebab demam beeya tak kebah.. Sejam Lepas makan ubat demam pun panas cecah 37.8c.. Doc bagi surat untuk rujukan hospital. Tak berani nak bawak beeya ke hospital.. Sebab takut beeya dpt virus Covid19.. Maklum lah.. Skrg semua padat dgn penyakit berjangkit.
Sue bincang dgn asben.. Kita kuarantin kat rumah shj.. Kalau masuk wad pun doc monitor dgn ubat demam dan antibiotik jugak.. Kalau nampak beeya lembik.. Sesak nafas.. Kurang Air dalam badan.. Kitorang bersedia untuk ke hospital utk masuk air.. Kalau terus ke hospital.. Sue risau.. Peralatan hospital hospital yg tak mencukupi.. Dan kakitangan hospital dah kepenatan dgn kes Covid19.
Sue tanya doc.. Setiap kali demam, beeya mesti kena ambik antibiotics baru kebah. Tak bahaya ke kerap sgt ambik antibiotics?
"susah nak jawab soalan awak.. Yang pastinya.. Tak ambik ubat lagi bahaya.."
Balik rumah bagi antibiotik dan ubat2 lain ikut masa yang ditetapkan.. Kalau masuk wad... Nurse akan bagi ubat on time jugak.. So.. Kitorang ikut spt dlm hospital.
Beeya tak sembuh jugak demamnya selepas 3 hari ambik antibiotics. Batuk.. Demam... Selsema.. Tonsil bengkak.. Muntah.. Dan cirit..
Masuk hari ke 5..Beeya dah lebam bawah mata..Seolah2 kurang air dalam badan. Doctor pun cakap.. Beeya macam susah nak bernafas.. Terpaksa bekerja keras utk bernafas.
Kitorang tak buat saringan Covid19... Tapi.. Apapun jenis virus.. Semua tak ada ubat... Semua akan sembuh dgn sendiri..
Ini caran utk mematikan CORONA ‼️‼️
virus 19 ni bertahan dalam badan kita selama 14 hri saja.. Lepas 14hari dia akan mati sendiri..klau org yang antibodi kuat ..dia akan lawan blk virus dengan sendiri..tapi virus tu masih ada dalam badan org tu..klau dia bersentuhan dengan org yang antibodi yang lemah..virus ni akan serang org yang badan lemah jadi bahaya la kat orang yang antibodi lemah..sebab tu sapa yang ada virus ni doktor suruh kuarantin selama 14 hari sampai virus tu mati dengan sendiri.. kementerian kesihatan pesan tadi... kita kena banyak minum air panas atau suam banyak2 sebab virus ni kalah dengan panas ..bila kita minum air panas..air panas tu akan bawak virus tu ke perut..bila virus tu sampai ke perut..virus tu akan mati sebab perut kita banyak asid..asid tu akan bunuh semua jenis virus..virus ni hanya hidup di dalam badan manusia....😂 Kalau paru2 kita lemah.. Virus akan singgah di paru-?paru.. Itu yang jadi sesak nafas..
Inilah yg sue faham pasal virus... Sebelum ni kakak dah kena beguk.. Jadi sue tanya pasal ubat kat semua klinik.. Kat semua farmasi dalam eon nilai.. Semua pegawai farmasi cakap tak ada ubat... Baru lah sue faham "virus tiada ubat"..
Doktor buat surat utk rujuk hospital. Sue memang berat hati nak hantar ke hospital sebab takut beeya kena duduk dlm bilik sorang2.. Takut beeya ambik virus dari pesakit lain... Boleh gila sue kalu procedure macam tu. Kami memilih Kuarantin kat rumah.. Sue dan Asben sentiasa pujuk spy beeya sentiasa makan biar pun sedikit.. spy tak dehidrasi. Sue syak ubat batuk yang tak serasi dgn Beeya.. setiap kali mkn ubat batuk beeya akan muntah dan cirit... Bila tukar jenis ubat batuk.. Alhamdulillah.. Tak ada lagi muntah dan cirit birit..
Keburukan pada Sue lah bila masuk wad ni.. Badan akan jadi semakin lemah... Makan baring.. Makan baring... Orang yang menjaga pesakit pun jadi lemah nak mati jugak.. Kebosanan... Hari2 keje tunggu result darah jea.. Tapi... Bila melibatkan susah bernafas... Terpaksa ke hospital utk guna alat bantuan pernafasan.
Bila kat rumah ni.. Boleh lagi psikologi anak2.. Byk bermain sama.. Santai2 tengok TV.. Sambil makan.. Alih kan pandangan spy tidak melayan sgt sakit demam. Bila beeya dah boleh start boleh jalan.. Ayahnya pujuk beeya main motor elektrik.. Riuh rendah lah di ruang mainan.. Bagi beeya seronok.. Keceriaan juga salah satu terapi utk sihat.. InsyaAllah.
Sebelum tidur malam.. Sue paksa semua anak2 kumur dgn air garam.. Dengan harapan.. Air garam shj yg mampu bunuh virus.. Sue pulak mudah di serang sakit tekak.. Bengkak tonsil... Lambat minum air masak jea.. Terus sakit tekak.. Malam kumur air garam yg pekat.. Pagi esok akan keluar kahak hijau.
Langkah2 kuatkan antibodi kat rumah..
Banyakkan makan buah buahan tempatan..sayur sayuran..
Persekitaran dalam rumah mesti bersih.. Tak boleh berhabuk langsung. Kalau ada habuk sikit jea.. Ia akan ganggu pernafasan beeya. Paru-paru nya sgt sensitif sebab ada rekod terkena jangkitan paru2 ketika umur 6bulan.
Setiap pagi kami akan Vacum lantai.. Mop dan steam lantai dgn dettol... Sekali sekala spray antivirus dalam rumah... Ikhtiar utk sihat.
Pastikan beeya mendapat cahaya matahari.. Setiap pagi sue akan bukak jendela di pagar utk cahaya matahari masuk ke dalam rumah. Bila rasa haba panas tengah hari dah masuk.. Tutup balik jendela tu. Kalau haba panas sgt dalam rumah.. Demam beeya akan naik..
22hb beeya dah pulih dari demam 100%. Cuma batuk masih lagi bunyi kahak.
Hari ni 23hb beeya pulih dari batuk kahak semakin kurang..
Alhamdulillah... Sangat berkesan kuarantin diri sendiri atau ahli keluarga.
Berkonsepkan :
"Covid19 akan mati dalam masa 14hari jika tiada perumah baru = manusia"
Patuhi arahan kerajaan kuarantin kan diri supaya Covid19 mati dengan sendiri kerana tiada perumahan baru..
Orang kampung semua sibuk bertanya sue.. Kenapa tak balik masa majlis tahlil... Adakah kami lupa daratan?
Adakah kami anak derhaka?
Adakah kami menantu hantu?
Tahu tak!
Kami kuarantin kan keluarga kami sebagai ikhtiar utk sembuh dan sihat Bagi mengelakkan adanya majlis kenduri arwah utk makcik2 bawang selepas ini... Sekian!
Sue buat pagar rumah penuh sebab serabut dgn kucing dok kencing berak kat dalam pagar dan
ada jugak yang suka membakar sampah... Cuba bayang.. Pagi basuh langsir... Tengahari gantung langsir.. Esok pagi ada orang bakar sampah.. Menangis ooo... Anak2 main kejar2 terpegang langsir.. Hitam tangan dan muka sebab terkena jelaga yg melekat pada langsir... Boleh ke sue marah kat orang yang bakar sampah?.. Tak boleh kan? Sebab dia membakar dalam kawasan rumah dia.. Masalah asap masuk ke ruang rumah sue.. Itu adalah hukum alam.. Asap akan mengikut arah angin.. Macamana nak elakkan? Buat pagar penuh laaaa... Settle kan?
Ada pulak yg sindir.. "Sue.. Engko nak mati kat Kelantan ke? Pagar penuh rumah dah macam tak nak berkawan dgn berjiran.." pulakkk dahhhh..
Terkedu kejap.. Sebab sue pun tak tahu sue akan mati kat mana.. Andai kata sue boleh meminta dgn Allah utk mati di mana.. Sudah pasti sue minta utk ditakdirkan mati di mekah atau madinah.. Krn di situ sebaik2 tempat kematian.. Tapi tak pe.. Kita kena sentiasa ambil positif apa yang orang sindir.. Orang sindir kita pasal mati? Itu maknanya.. Allah minta kita mengingati Mati.. Maka.. Kita kena berterima kasih pada org yang sindir kita tentang mati.
Sebelum sue pasang pagar penuh..
Ada jugak yg menyindir.. Rumah macam dalam penjara.. Anak2 tak boleh berkawan dgn anak2 jiran.. Sue punya konsep.. Anak2 nak berkawan dgn kengkawan hanya kat sekolah shj.. Setuju atau tidak.. Wajib setuju!!! Kalau #the_sufi_sisters_and_aichan membantah.. Dia kena pegi sekolah dgn baju kedut.. Hik3.. Ingat tauu.. Balik rumah wajib berkawan dgn Mama, ayah dan Adik beradik.. Kalau luar waktu sekolah sibuk nak main dgn kengkawan lagi... Jadi.. Bila masa nak mengenali ahli keluarga sendiri? Takkan nak jadikan rumah sebagai tempat lapar pegi dapur.. mengantuk pergi ke bilik tidur.. Nak tengok TV pergi ke ruang tamu... nak bercakap .. cari kawan kat luar???? Ohhh.. Tidak!!! itu bukan cara Sue!! Sebab tu.. Sue dan Asben.. Sedaya upaya utk elak buat kerja atau jumpa client di luar waktu kerja kecuali keje boleh bawa anak2.. contoh keluar makan dgn client sambil makan mlm dgn anak2.
Kita tak boleh halang org nak bela kucing.. Apa yg perlu kita buat ialah adakan benteng spy kucing tak masuk rumah kita.. Ada pelbagai cara utk halau kucing.. Burung.. Tupai... Beli alat halau binatang, cecair semburan atau pagar penuh untuk halau atau elak kucing masuk ruangan kawasan rumah kita. Senang kan? Kita jgn salah kan orang lain... Tapi kita perbaiki diri kita.
ini contoh semburan untuk halau binatang liar..
Jika kita menghalang org bela kucing.. Itu Bermakna kita menghalang org tu berbuat kebaikan terhadap kucing.. Kita menghormati minat jiran pun dapat pahala. jgn kita asyik berfikir tentang hak kita sebagai jiran shj..
Kerana kucingnya datang berak rumah Sue.. Datang kencing kat rumah sue.. Balik2 jea rumah.. Anak2 terpijak tahi kucing.. Huhuhuhu.. Menyirap darah merah oiiii.. Apa yang perlu Sue buat.. Sue beli alat yang halau kucing daripada bersarang di rumah sue.. Tp tak berkesan... Sue beli semburan.. Tak berkesan.. Nak senang cerita.. Sue buat pagar penuh dan pekak kan telinga dgn apa yg org kata. Yesss.. Pagar penuh dpt selesaikan masalah tahi kucing.. Tapi ada satu lagi masalah besar.. Muahahaha.. Tak ada kucing.. Maka adalah tupai dan tikus.. Haaaa.. Macamana nak selesaikan masalah tu...
Hak jiran cuma dlm pagar jiran shj.. Sue sendiri tak boleh tegur org yg parking terjolor makan jalan raya.. Sempit lagi menyempit kan di jalan selengkoh.. Krn itu bukan hak sue persendirian kan... Selagi orang tak kacau parking dalam pagar rumah sue.. Selagi tu sue kena abaikan orang nak berebut parking di ruang selengkoh. tanggungjawab kita ape? berhati2 bila disengkoh...
Kita tak boleh salah kan orang lain.. Melainkan kita mencari kesalahan diri sendiri.. Tupai bersarang kat rumah sue puncanya daripada orang menanam pokok berbuah atau kerana bumbung rumah sue berlubang?
Nak tutup lubang tupai bersarang tu.. Kalau sue panjat dan jatuh.. Boleh ke sue salah orang yang menanam buah buahan dalam taman perumahan sebagai punca sue jatuh nak tutup lubang tupai? Tak boleh kan... Punca sue jatuh adalah atas kecuaian sendiri... Boleh ke sue halang semua orang taman perumahan supaya berhenti menanam apa2 jenis pokok buah buahan bagi mengelakkan tupai bersarang di rumah sue? Tak boleh kan? Permintaan sue agak tidak munasabah.
Begitulah dengan hal burung.. Kita tak boleh salahkan orang bagi makan burung... Sekiranya rumah kita berlubang yang memberi ruang utk burung buat sarang... Sebab orang tak bagi makan burung dalam kawasan rumah kita pun... Ok bye!!
Sue pegang kata2 pak kiyai Albar Salim..
"permintaan orang tua yg tidak munasabah... Kita tunaikan sekadar kemampuan... Seandainya tak mampu.. Hendaklah kita menolak dgn baik"
Sehingga ke hari ini.. Sue masih lagi berlatih utk bersabar dan belajar menolak dgn cara yang baik.. Allah bagi sue anak2 yg ramai bukan setakat ia satu Anugerah.. Tetapi.. ia juga sebagai pengajaran.. "jika hari ini kita menyakit kan hati org tua.. Suatu hari nanti kita akan di sakiti oleh si anak kecil.
Di kukuhkan lagi dgn kata kata berhikmah dari Asben Sue "Yang nak masuk syurganya Kita.. Yang nak Redha Allahnya Kita.. Yang nak Syafaat Rasulullah SAW nya Kita.. Jadi.. Biarkan mereka dgn kata kata mereka.. Kita tetapkan diri dgn pendirian kita"
Ketika diri berusaha untuk mencipta pahala di awal pagi...
Kemudian dihalang...
Jangan bersedih.. Kerana pahala MENGHORMATI ITU LEBIH BESAR DAN LEBIH MENGUNTUNGKAN DARI PAHALA MEMBERI..
Kerana.. Kerana.. Menghormati orang tidak perlukan modal.. Ngeng3.
aduhhh... nak cakap tupai buat sarang kat rumah sue jea... tapi celotehnya sampi ke USA tuhhh
ini sue sediakan senarai nama-nama Allah dgn susunan dua-dua untuk memudahkan anak2 menghafaz... selamat beramal... semoga kita sama2 mendapat Redha Allah dan Syafaat Rasulullah di dunia hingga ke akhirat... Amin3..
Beeya antara pelajar yang paling teruk menangis di minggu pertama sekolah... sue dan asben terpaksa berhati kering... Buat2 sibuk kat opis utk elakkan pikir pasal beeya di sekolah..
Utk elakkan kita membuat pilihan yg salah... Sebagai org islam.. doa dan solat istikharah itu "berpisah tiada" ... Kita berdoa supaya bertemu dgn orang yang baik hati dalam mendidik anak2 kita.
Setelah di timbang2... Akhirnya sue dan Asben hantar jugak beeya ke sekolah tahun ini di tadika di Taman perumahan sue.. walaupun berat hati sgt sebab beeya masih berpempers.. tapi cikgu sara bagi keyakinan boleh handle beeya..
Sepanjang bulan 12... Sue jadi suri rumah utk melatih beeya bercakap... 24jam latih beeya bercakap... Perbaiki sebutannya.. sehinggalah beeya pandai mengadu apa yang dia tak puas hati dengan kakak2nya.
sue byk latih beeya menghafaz asma al husna versi kanak-kanak... muzik yg rancak.. ada gaya gerakan yang membawa maksud terjemahan... bagus utk kanak2 yang lambat bercakap...
Masa November... Beeya cuma boleh sebut..
"Mama.. Tengok kakak ni..." sambil menangis menjerit2 sebab tak puas hati...
Penghujung December... Beeya mampu buat ayat..
"Mama... Dekna pijak kaki beeya..." beeya dah mampu bagitahu apa yang dia tak puas hati..
Sebelum ni.. Jatuh sikit.. Dah menangis melalak mcm baby...
Skrg jatuh gedebak gedebuk.. Beeya cuma cakap "adoii... Cakit nya..."
"uikkk... Beeya jatuh ke?" sue buat2 tanya.. Muahhaha
"beeya jatuh laaaa... Cakit bontot beeya.."
"sakit kat bontot ke beeya?"
"Cakit laaa.. Ish.. Mama nihhhh... Tu pun tak tau ke?"
Selepas 2 minggu sekolah... Beeya dah pandai buat ayat... Kebiasaan ayatnya..
"ayah.. Beeya nak buku mcm kakak... Mcm nana..."
Selepas 2 minggu sekolah... Beeya cakap
"ayah... Beeya nak buku macam kakak DAN macam nana"...
Wahhh... Teruja sue bila beeya pandai guna perkataan Dan...
Alhamdulillah... Bila beeya pandai balas jawapan... Baru lah sue yakin utk hantar dia ke sekolah walaupun berpempers...
Survey punya survey last minit... Terjumpa tadika ni.. Tengok pada persekitaran dan aktiviti sekolah... Memang menarik perhatian Sue dan Asben.. yang paling teruja sebab ada teakwando utk kanak2..
Latihan Teakwando... Beeya dah pandai berlatih sama-sama.. Sue dah pesan kat cikgu.. Kalau beeya bosan.. Jgn paksa dia... Sebab beeya terlalu kecil utk ikut step kanak2 umur 6tahun...
Seperti biasa... Sue tak pandang silebes mata pelajaran utk kanak2 berumur 4 dan 5thn... Cukuplah diorang pandai bercakap.. Berkawan... Pandai ikut arahan cikgu... Beeya Seronok ke sekolah.. Itu lah kejayaan seorang cikgu dalam mendidik beeya... So.. Cikgu jgn stress2 yea... 4 dan 5thn.. Sue tak kisah beeya dah pandai membaca atau belum... Relaks2 saje...
Beeya ni... 2020 umur nya 4thn.. Tp hakikat ikut usia bulanan nya.. Baru 3thn 2 bulan.. Manja dan gaya baby tu tak habis lagi... Dapat pulak pengasuh yg baik... Lagi lah manja...
Masa hari pertama sekolah.. Beeya menangis teruk... Gelumpur nak hantar sekolah waktu pagi... Time lunch pulak mengamuk lagi... nak ikut kakak2nya pegi sekolah sesi petang... Kakak dan dekna cakap.. Sedih sgt tengok beeya menangis meraung2.. Nak ikut kakak dan dekna ke sekolah petang.. Alahai... Kesiannya... Demi kabaikan Beeya.. Terpaksa sue dan asben keringkan hati... Hasbunallahawanikmal wakil.. Itu jea lah yg kami mampu..
Bila tengok beeya.. Rasa kasihan sgt paksa sekolah... Tp lepas beeya sekolah seminggu... Byk perubahan positif pada diri beeya..
Pandai buat homework sama-sama dgn kakak2nya
Pandai bezakan mana barang sendiri.. Mana barang orang lain...
Disebabkan sue dah cuti sebulan bulan 12.. Bulan Jan 2020.. Terlalu byk Lambakan kerja yg sue tanggung sampai sue tak boleh kerja halfday... Terpaksa biarkan beeya dgn air mata utk serasi kan diri dengan suasana taska.
Bila Sampai rumah petang.. Berkali kali beeya sebut.. "papa tak cayang beeya.. Mama tak cayang beeya..." haduiii... Syahdunya... Sabar yea sayang... Mama dan ayah buat keputusan ni sebab mama sgt sayangkan beeya... Mama nak beeya petah bercakap mengikut usia beeya skrg... beeya tak boleh habis kan masa beeya utk berkawan dgn baby yg umur 6bulan... nanti beeya akan merangkak mcm gaya baby... bercakap gaya baby jugak... nanti beeya tak membesar ikut usia sebenar..
Semua ibu bapa akan rasa sebak bila anak2 yg umur 3 atau 4 thn menangis ketika pergi sekolah... Risau.. Kesihan.. Itu normal laaa.. (yang paling takut.. Takut cikgu tak larat dan tak sabar) Sebab umur mcm ni memang beri kesan trauma pada kanak2 kalau diorang tak suka... Beza dgn kanak2 yg sekolah rendah... Diorang boleh bagitahu ibu bapa apa yg diorang tak puas hati.. tapi... kalau kanak2 yg belum petah bercakap tak puas hati... dia boleh murung dan menyendiri..
Tahun lepas... Sue try hantar beeya sekolah spy pandai berkawan... Sue tunggu beeya kat sekolah... Sue tunggu bukan sebab tak percaya kat cikgu2.. Tapi sue perhatikan gerak geri beeya... Boleh terima arahan cikgu atau tidak.. Cikgu faham tak apa yg beeya nak...
Pernah sekali tu.. Beeya tak pandai cakap lagi... Beeya tengok murid2 dpt mangkuk masa nak makan.. Beeya pun tunjuk kat cikgu yg dia nak mangkuk jugak.. Tp cikgu tak faham... Cikgu bagi sandwich yg dlm mangkuk tu...yea lah.. Kalau ikut logik pun.. Mana ada budak nak mangkuk kosong.. Mestilah budak nak makanan kan... Hahaha
Beeya tak pandai mkn Sandwish... Sue perhati jea... Cikgu tak salah... Tapi Beeya yang tak layak bersekolah lagi.... Niat asal nak bagi beeya bersekolah spy berkawan dgn seusia nya spy makin petah bercakap... Tapi.. belum sesuai lagi utk bergaul dgn kanak2 5 dan 6thn... sue tak hantar sekolah ketika usianya 3thn (2019)
Sue??? Sue memang garang dgn anak2.. Masa gurau senda.. Sue akan bergurau... Tapi bila Sue bagi arahan mesti buat.. Sue start guna rotan bila anak2 umur 7tahun.. Itu pun rotan kat kaki ketika diorang pakai seluar panjang... Selebihnya sue akan rotan sekuat hati kat meja.. Sofa.. Utk tunjuk kat diorang yg sue betul2 marah dgn kesalahan diorang.. Supaya diorang serik dan tak buat lagi..
Harga pulak... Sue akan pilih yg paling Munasabah dgn service yg dibagi.. Contoh.. Ada sebuah taska tu.. Bagi harga rm280 utk 4jam shj.. Tak ada breakfast.. Pukul 8 - 12.. Lunch pukul 1pm... Maknanya harga tak termasuk lunch dan breakfast... Hohoho.. Tak Munasabah utk sue dan di rekemen kpd kengkawan... Bila sue survey.. Taska.. Transit... Ada jea yg harga murah..
rupa-rupanya... Kalau tadika dan transit dekat dgn sekolah... Memang mahal.. Cuba cari jauh sikit dari sekolah... Kita kena support yg murah!! Sebab??? Spy diorang tak cekik darah!!! Muahahaha..
sue sgt kesian pada ibu2 yg bekerja... ada setengah tu.. ngam2 gaji habis utk bayar taska dan transit...
Sue ada pengalaman kerja sebagai cikgu tadika pada tahun 2004... Sue memang tak yakin dgn sekolah tadika private... Sebab apapun service yg dibuat oleh pihak swasta mesti mengutamakan keuntungan.. Kat mana tadika swasta kurang kan bajet? Kat makanan lah... Hari2 akan bagi biskut... Kalau sekolah yg dibawah pantauan organisasi yang besar.. Spt sekolah PASTI atau PRA Jais.. Makanan diorang lebih bagus sebab di pantau oleh banyak pihak... diorang ada bajet makanan nya tersendiri... beza dgn tadika persendirian... makanan dipantau oleh pemilik tadika shj... jika pemilik nya jujur... insyaAllah berkat lah anak2 kat situ.
Karektor beeya sekarang ni... memang tak sesuai utk sekolah dalam organisasi yang besar.. Beeya perlukan cikgu yg dekat nya... jadi.. sue dan asben beralih ke tadika yg kecil... Beeya jadi senang nak tanya direct dan mesra dgn cikgu. betul lah kata asben sue "kita tak boleh nak besarkan anak2 dengan satu karektor shj... ada yg petah mcm daina.. ada agresif mcm dekna.. ada slow manja mcm beeya... masing2 kita hantar sekolah mengikut kemampuan masing2... Kita tak boleh nak ubah system tadika utk kesesuaian anak kita.. Tp kita kena pilih tadika yg sesuai utk anak2 kita.."
Setiap kali berbual dgn org sekeliling... Ramai yg bertanya...
"#the_sufi_sisters sekolah kat International school ke?..."
"tak... sekolah yang kerajaan sediakan jea... "
semua terkejut... maklum lah pergi umrah.. melancong satu family tp anak2 sekolah biasa jea...
Asben Sue ada angan2 nak anak2 sekolah International school... Tapi sue tak berminat langsung... Sebab? Sue tak nak ada rasa terdetik sedikit pun dalam hati... "Anak yg ramai adalah beban".
Setiap anak rezekinya berbeza... Kakak 3thn sekolah di pasti... Dekna 1 tahun di pasti... 2 tahun di PRA Jais... Beeya pulak tak sesuai utk sekolah yg pelajar nya ramai.. Sebab masih berpempers dan tak pandai berdikari lagi.. Manja tak habis lagi.. Kami beralih ke sekolah persendirian... kerana itu lah yg terbaik utk beeya.
4 orang anak di sekolah biasa sama dgn perbelanjaan 1 orang di sekolah swasta...
Beban atau tidak ada anak ramai ni... Ia terletak pada tangan ibu bapa itu sendiri memilih perbelanjaan persekolahan yg mahal atau memilih yg percuma (apa yg kerajaan sediakan)
Pinjam company... Mesti kena bayar sewa sekali pun nak pinjam alamat.. Itu adalah polisi syarikat Media Smart Healthcare Resources.
Kenapa sue mintak bayaran... Sue nak ada 2 office di tahap sekarang... Sue dah habis rm400k... Sue tak dpt percuma... Jadi bila korang dtg mengadap Sue utk bincang pasal bisness.. Jgn dtg dgn air liur... Sebab sue mulakan bisnes bukan dgn air liur... Sue mulakan dgn
Duit didalam tabung haji... ikat perut... Berjimat cermat... Sebab tu sue sgt hargai dan syukur apa yg ada pada hari ni..
Tiada percuma di zaman kini...
Andaikata sue bagi guna company secara percuma... Sudah pasti meja sue akan berada di kaki lima di depan pejabat sendiri... Sebab semua org guna ruang pejabat mengikut kepentingan diri sendiri tanpa memikir hak tuan punya pejabat.. Asyik2 dtg atas lesen "kawan" utk guna pejabat secara percuma. Cuba bayang...
Nak dapat lesen eperolehan bukan senang sekarang ni... Perlukan modal yg besar... Wajib ada pejabat.. Tak boleh buat dari rumah.. Nak sewa office... Kena register telekom.. Api.. Air... Suasana kena betul2 office.. Meja pejabat sebutir pun dah rm500.. Apatah lagi yg lain... Cuba pegi sewa kedai dgn agent.. 6+1 dan Rm1k deposit api air... Rasa nak Mati kan? Habis tu... Dtg kat sue utk mintak percuma? Nk Sewa opis space Rm300 sebulan pun tak boleh ke?
Utk berada di tahap ini... Berapa byk air mata sue menitis.. Dikhianati.. Dibenci... Difitnah... Cuba korang bayang kan... Hari ni kita duduk berbincang dgn supplier... Planning Sekian2... Setuju utk bekerjasama... Esoknya supplier call.. Ubah planning... Tiba2 nak bagi laluan kepada syarikat lain pulak... Yes.. Persaingan ada di mana2 dalam apa jua bidang... Bagaimana kita kena hadapi dgn berlapang dada jika kita dikhianati... Cuma yg buat sue kecewa bila Kita bertemu dgn orang yg jenis... "Didepan peluk cium di belakang memfitnah...".. Sue kenal dgn Satu supplier.. Supplier bocorkan info pada si fulan... Si fulan Buruk2 kan sue... Fitnah sana sini... last2 Si fulan dpt sale.. Sue hilang sale... Jika sue letak rezeki sue di tangan manusia... Di tangan customer... Sudah pasti Sue akan bergaduh, tarik muka, bertikam lidah... Tapi.. Bila kita malatih diri utk jadi org yg beriman... Hendak lah kita doa spy kita menjadi org yang berlapang dada dgn rezeki yg Allah sudah takdirkan... Apa yg berlaku adalah onak duri kehidupan sementara menunggu mati... Semoga Allah gantikan dgn rezeki yg lebih besar.. Amin3.
Sama jugak.. Kalau korang dtg dekat sue dgn air liur... Jgn marah sue, jika Sue rejek mentah2.. Korang bertafakur sekejap dan berdoa lah utk berlapang dada.. Korang pegi lah cari modal dulu.. Pastu baru bincang dgn sue pasal bisness... ini sahaja cara nak latih korang spy berdikari..
Kenapa sue tak tukar kereta mewah? tak siapa pun yang tahu...Setiap kali di awal tahun.. Sue akan termenung keluar ofis.. Berapa lah sale tahun ni... Awal tahun dah kena sailang... Tp.. Asben selalu bagi semangat.. "Allah dah bagi kita banyak.. Bersyukur lah... Kalau ada rezeki Alhamdulillah... Kalau tak de.. Kita makan apa yg ada.. Jgn jadikan perniagaan adalah punca penyakit hati"
Bisness Medical bisness yg sgt kejam bila melibatkan perbincangan 3 pihak... Nak2 bila kita berdepan dgn persaingan yg sgt tamak... Langgar semua projek org... Hari ni kita bincang dgn si A, si B, Dan Sue... Esok jea.. Dtg si D.. Buruk2 kan kita... Terus tendang kita dr projek tu... Semua benda ni sue dah lalui tanpa orang sekeliling nampak pun air mata sue mangalir... Orang cuma tahu cakap.. Sue lupa daratan... Kengkawan cuma tahu cakap.. "alaaa... Sue tak pe laaa... Makan sorang jea...".. Betapa perit nya Sue... Bila berdepan dgn org yg depan kita peluk cium.. Belakang kita memfitnah... Last2.. Sue ambik keputusan menyendiri... Jauhkan diri dr persaingan... Cari makan sekadar utk meneruskan kehidupan sementara menunggu mati... Sue lebih suka org cakap kera sumbang drp HATI disakiti...
Bila usia menghampiri 40 ni... Lupakan "aku mesti menang..ini projek aku.. Ini kerja aku.. Aku mesti dpt kan Projek.. Jika masih lagi keras hati utk hal spt itu.. Maka sampai ke mati lah kita cintakan dunia.. "
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
“Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Secara jujur nya.. Org yang dapat benda percuma tak pernah hargai pun... Sue pernah bagi orang guna company utk buat projek secara percuma... Tak kena sebarang charges.. Bila nota minta masuk kat ep... Sue ingat projek sue... Sebab sama sebijik... Sekali projek kawan sue.. Pagi2 call sound sue... "kenapa masuk harga kat projek saya?" aikkkk... Itu projek sayas laaa... Hampir bertengkar... hospital yang sa,a... department yg berbeza... harga sue murah... harga nya mahal... sue kena marah sebab sue jual murah... meh sini sue nak cakap... sue jual kat agent lagi untung dari jual direct ke hospital... sebab? orang jumpa sue... confirm nak harga murah tauuu... sebab diorang ingat sue dah kaya... tak payah nak untung byk2 katanya... muahahaha...
Explain sana sini.. Ok lah.. Memandangkan benda percuma...korang tak hargai... sue keluarkan notis "Polisi Syarikat" "Stop guna company Media Smart Healthcare utk mana2 projek di kawasan hospital yang saya masuk"... Kalau saya bagi guna free... Tembak sy mcm ni... Tak payah guna lah... Bila tak bagi guna.. Kata kedekut.. tak boleh bekerja sama.... Fitnah sana sini... bila bagi guna... salah faham... terus melenting...
Asben sue selalu salah kan Sue.. Tak deal betul2 dgn supplier... Tak deal betul2 dgn customer... Pendek citer... Sue tak uruskan projek dgn baik lah... Okey.. Sue bagi Asben jd lead 1 tender... Asben pun deal kiri kanan hari tu... Esok supplier sailang... Hahahaha.. Asben pun cakap... Medical memang bidang yang sgt kejam... Hik3.. Asben Sue uruskan projek berjuta2.... Tp.. Nak uruskan projek yg puluhan ribu utk Medical punya... Ibarat ayam bertelur sebutir riuh sekampung... Punya lah berebut dan langgar jea projek org semata mata nak kejar Sale puluhan ribu jea..
Beza tau.. Sailang tak de rezeki dgn sailang khianat.
Contoh sailang tak de rezeki... Kita berniaga di simpang kiri dpt hasil rm100 sehari... Tiba2 ada orang baru berniaga di simpang kanan.. Dia tengok kita dpt hasil lumayan.. Dia pun niaga jugak... Rezeki kita drp rm100 jadi rm70.. ini dikatakan berkongsi rezeki... Si peniaga di simpang kiri kena belajar erti redha dan takdir. Sailang khianat pulak... Dia report kat majlis suruh angkat semua table si simpang A niaga ni sebab tak ada lesen... Terus si A ni tak boleh niaga... Pastu si B ambik tempat si A... Haaaa... Ini sailang khianat...
Sue sgt berhati2 dgn perangai si B.. Kalau boleh sue tak nak bertentang mata atau berselisih bahu dgn org yg perangai mcm si B ni... Sebab? Bila hatinya ada kepuasan bila khianat kita dgn 1 perkara... Dia akan seronok utk khianat lagi.. Dia akan seronok utk sailang lagi... Org yg perangai khianat sailang ni... Dia tak dapat kita tak dapat tak pe... Jgn kita dpt dia tak dpt... Waaa... Itu jd mcm cacing kepanasan... Perangai jenis yg suka sailang khianat ni.. Time dia tak de projek... Tak dpt payment... Dia akan menangis dan merayu2 utk dpt kan payment... Bila dia dah senang... Dia akan tertawa kan org yang tak ada duit...
Zaman skrg sgt limited nak niaga medical... Setiap kali kita nak supply product yg beli dgn pengimport Malaysia... Hospital akan minta surat pengimport Malaysia... Sekali jea sue tunjuk surat lantikan kat user.. Pembelian kedua... User akan direct dgn supplier Malaysia.. So.. Sue dpt order yg pertama shj... Kita sebagai org islam... Kita kena redha itu shj rezeki kita.. teruskan berusaha lagi...jangan marah... kerana Allah sudah ganti yang lebih baik untuk kita. iaitu sikap BERLAPANG DADA...
Org sekeliling tak pernah nampak kesusahan yg Sue lalui... Yg org nampak.. Sue melancong 1 family... Sue pegi umrah 1 family... Setiap kali sue sekeluarga keluar negara sebenarnya utk mengubati hati yg duka lara... setiap kali sue melancong... mesti ada kes yg buat sue dan asben sgt stress dan sedih dgn sikap org sekeliling...kami keluar bertenang... lupakan hal dunia yg penuh dgn menipuan... untuk mengelakkan hati sue disakiti dan kata-kata sue menyakitkan hati orang lain. biasanya kami undur diri dgn "menyendiri".. mengalah bukan erti penakut... tetapi mengalah utk mengelakkan dosa.
Sampai skrg sue tak berani nak ambik staff tetap... tak bermakna sue makan sorang.. Atau tak berkongsi rezeki.. Dalam rezeki rm10 tu.
Rm1 - rezeki pekerja travel agent umrah dan pelancongan...
Rm1 - rezeki penerima zakat...
Rm1 - utk penerima sedekah...
Rm1 - utk simpanan masa hadapan...
Rm 5 modal...
Rm1 utk makna hari ni dan expensess syarikat..
Kalau sue makan rm10 sekali gus... Confirm dpt penyakit weiiii... kalu Sue mkn lobster setiap hari.. Dpt penyakit gout tau tak?(nak eja tak reti la...)
tiada istilah rehat diwaktu keja... semua digunakan dengan penuh smart dan hikmah.
Jangan lah fikir... Kongsi rezeki ialah kongsi dgn staff tetap shj... Contoh lah.. Kalau kita kongsi rezeki dgn staff tetap 3 org... 2 orang pandai mengampu.. Asyik minta naik gaji jea... 1 org staff ni tak reti mintak naik gaji.. Tp buat sale berjuta2... Bos tak naikkan gaji atas alasan tak mintak... Giler ke ape penilaian bos tu... Confirm majikan itu akan berdosa kerana tidak adil kan? Sue tak nak terjebak dgn dosa yang tak adil dalam menguruskan staff... Tu sebab sue tak nak ambik staff tetapi... Sue open utk freelance... Percaya tak? Freelance dgn sue... Dia naik Mercedes... Sue naik grand livina... Dia naik flight first-class.. Sue naik flight bisness class (baru sekali jea pun...)... Nampak tak sape lagi untung sebenarnya? Freelance atau sue? Adakah Sue makan sorang?
Tapi... Tapi... Ingat satu perkara... Org yang asyik mintak harga dgn sue... Tp tak pernah promote product... Pastu ulang lagi mintak harga... Sue cakap... Rujuk jea harga lama... Dia cakap... Hilang entah ke mana harga lama... Itu bermakna.. Anda tak berminat utk jual product sue... Jadi tak perlu tunjuk baik hati utk kerjasama... Ok bye!!
Bila korang berniaga... Korang elakkan supplier kenal atau bersua muka dgn customer korang... Kalau korang bagi jumpa juga.. Itu bermakna korang bagi info dan rezeki percuma dan korang akan berputih mata dgn peluang tersebut.
Byk kali freelance sue... Minta sue jumpa client dia... Mintak sue buatkan quotation ke client dia... Sue cakap "u belajar buat quotation sendiri.. Close deal sendiri... Kalau sue turun jumpa client u.. Takut2 client u nak deal direct dgn sue... Lama kelamaan u akan terkeluar secara tak langsung dalam projek ni."
akaun 2019 tak tersentuh lagi... hadududdu
sue buat akaun sendiri... itu adalah penjimatan... sangat jimat.. tujuan??? bukan untuk makan sorang... tp untuk berkongsi rezeki dgn pekerja travel agent umrah..
peluk cium baby... terapi semangat dalam mencari rezeki...