Pages

Sunday, 10 May 2020

Pastikan Ibu Riba Tangan dihari Raya..



Tahun 2020 wabak Covid19.. Raya di Musim PKPB.. Tak boleh merentas negeri.. Ini bermakna pertama kali kami sambut Aidilfitri di rumah sendiri...

Tang ting tung.. Tahun ni sue test bakat buat ketupat palas sendiri lah pulakkkkk... Maklum lah raya kat rumah sendiri.. Pada sue.. Tak de ketupat tak raya.. Pada Asben.. Tak de rendang tak raya..

Anak soleh dan solehah pastinya Berpegang teguh dgn ayat ni kan?
"Masakan ibunda tiada tandingan"...

Yea lah.. Kita membesar dgn air tangan ibu.. Macamana pun ibu masak.. Tetap sedap.. Berbeza dgn emak sue manja dgn sue.. Bila emak sue tahu sue dan asben pandai masak dan suka memasak.. Ehem3.. Masakan kami sedap pulak tuh.. Ehem3.. Terus emak sue riba tangan setiap kali raya dgn kitorang.. Emak sue cuma buat ketupat shj... Hohoho.. Terpaksa lah sue lupa kan air tangan bonda tercinta.. Skrg Sue pulak sediakan hidangan yg sedap2 utk bonda tercinta setiap kali raya..

Utk mengekalkan kesedapan masakan Sue dan Asben.. Terpaksa lah sue buat penyediaan bahan2 masakan dari rumah sue sendiri... Tak larat nak ke kedai utk beli beli bahan masakan.. Pastu sampai rumah nak memasak pulak... Belum kira serabut dengab anak2 lagi...



Apa yang sue buat sebelum balik rumah emak..
Pes kari frozen
Pes rendang frozen
Pes kuah kacang frozen
Bahan untuk memasak.. Bawang, halia, minyak masak.. Beras.. lengkuas..
Guna santan kotak atau susu segar
Sampai kat rumah emak.. Terus campak jea...
Ayam jea beli kat klate...

Semua kitorang akan beli sendiri..  Dah jadi kebiasaan... Musim raya ke.. Tak raya ke.. Dengar jea kitorang nak balik.. Emak sue terus jadi manja... Terus tak sabar nak makan air tangan kitorang.. Dan2 lah dapur nya tak berasap dan tak de bahan memasak... Emak.. Emak... Muahahaha.. Itulah kerenah orang tua.. Sama spt lakonan seorang kanak2...

"kak cik.. Bila nak balik...?"
"InsyaAllah.. Minggu depan emak.."
"ok... Rumah emak tak de apa dah ni... Emak tak nak masak... Setakat minyak.. Beras.. Bawang sebutir dua.. Ada laaa.."
"tak pe mak... Orang bawak balik semua bahan... Emak raya riba tangan jea.. Emak buat ketupat jea.. Yg lain2 kitorang settle kan.." hik3...

Itu lah keranah orang tua... Ada anak yg jenis suka membeli... Dia akan riba tangan.. Ada anak yg balik lenggang kangkung.. Dia akan tlg masak.. Sebenarnya... Semua org tua sama jea.. Dia dah bosan nak makan masakan sendiri... Sampai satu tahap dia nak riba tangan.. Dan merasa air tangan setiap famili anak2 nya...

Kita sebagai anak... Kena sentiasa hiburkan hati ibu walau dalam apa jua keadaan... Sue tak mampu bersama emak 24jam kerana di perantauan... Balik sekali sekala.. Sue akan pastikan emak riba tangan..

Sue buat ikut kemampuan laaa... Kadang2 plan nak balik seminggu rumah emak... Tp tak larat nak masak... Nak keluar beli bahan.. Nak Urus anak2... Terpaksa jadi 2 malam jea...

Sue pernah mengadu pada pak kiyai..
Permintaan seorang ibu.. Kadang2 tak munasabah permintaan nya..

"Apa yg ibu minta.. Tunaikan mengikut kemampuan... Andainya tak mampu.. Tolak lah secara baik..."

Percaya tak? Kehendak ibu bapa ni.. Kalau boleh nak raya kat rumah dia jea tiap2 tahun.. Tapi kita sebagai anak... Cuba buat yg terbaik utk bergilir spy tidak melukai hati ibu kandung dan ibu mertua...

Raya di Kelantan terkorban tahun 2020.. Ingat boleh balik dgn kereta terbang.. Rupa2nya.. Kena PKP lah pulak.. 🤣🤣🤣

Panjang umur.. Murah rezeki.. Sihat tubuh badan.. InsyaAllah.. Tahun depan kena buat jadual baru..

Kena Laplilap tamplon atau kena bincang dgn adik beradik utk susun selang seli semula spy kedua-dua belah orang tua tak raya berseorangan...

Kami beraya kontra dgn adik beradik untuk mengelakkan orang tua kesunyian dihari raya pertama... Adik beradik semua berkumpul utk raya sama-sama... Kitorang memilih utk mengisi kekosongan hati orang tua.. Ketika adik beradik beraya di rumah mertua Masing2.. Kami memilih teman emak...

Ramai yg tegur.. Tak meriah lah raya tak ada adik beradik... Tak pe.. Asalkan emak tak sunyi dihari raya.. Meriah atau tidak letak nya niat di hati.. Ramai tak semestinya meriah.. Sedikit tak semestinya sunyi... 😊😊😊

Maklum lah.. Kita ni manusia.. Bukan malaikat... Kita ni di dunia.. Bukan di akhirat... Tahun ni raya di perantauan.. Tak mampu utk buat emak riba tangan...




No comments:

Post a Comment