Pages

Wednesday 13 February 2019

Resepi Putu Halba Kelantan Ori



Putu halba Kelantan.. 

Putu halba ni hanya ada di Kelantan ketika musim hujan.. Bulan 12.. 

Sekarang tak payah nak tunggu musim hujan... tak perlu nak balik klate utk makan putu halba... buat sendiri dapat makan panas2... aloh laaa... senang semesek weiiii...

Kat Sepang ni.. Bersepah ubi kayu.. Tak perlu tunggu hujan lah.. 



Bahan2nya :

Ubi kayu
Halba
Gula melaka klate/siam
Kelapa
Garam


Ubi kayu yg diparut.. pastu perah buang air ubi kayu guna kain yg bersih.
siap perah tu... taburkan halba... letak byk sikit... aroma halba tu memang bangkitkan selera.

guna apa2 acuan yg boleh bentukkan bulat leper.. letak gula melaka kat tengah2.. gula melaka kena letak byk sikit... sebab ubi kayu tawar.. manisnya bergantung pd gula melaka..

sue kukus guna periuk nasi jea... 

Time kukus tu.. Bungkus guna kain.. Towel good day ke.. Bungkus serabai jea.. Tak payah bungkus mcm kafan jenazah... Cukup berbalut jea.. 

Lebih kurang 20minit.. Cuba cucuk dgn garfu.. Tengok masak dlm ke tak... 

Kalu dah masak tu.. Makan dgn kelapa yg digaul dgn garam... Perghhhh... Sedap weiii.. Mkn panas2..


Selamat mencuba.  Tata.. Titi.. Tutu.. 



Monday 11 February 2019

Urat simpul ketika hamil

Setiap kali mengandung.. Memang tak boleh lari dari urat simpul di belakang lutut .. Makin kerap hamil... Makin byk dan teruk urat simpul. Utk mengandung kali ke 7 anak ke empat ni.. Ya Allah.. Teruknya Sue kena urat simpul.. Biru tebal kat belakang lutut.. Pastu rasa sangat sakit untuk berdiri.

Punca urat simpul makin teruk kebiasanya berlaku pada ibu mengandung yg buat kerja2 melibatkan berdiri lama... Spt pekerja restoran... Pekerja pasaraya.. Terlalu byk berjalan dan kurang rehat (duduk). boleh terjadi jugak kpd wanita hamil yg kerja terlalu lama duduk dan kurang berdiri spt pekerja2 kaunter.

Mengandung kali ni.. Sue pulak uruskan restoran..  Aduhaii.. Memang penat betul.. Bangun pukul 5pagi tu.. Pukul 3pm pulak baru dpt rehat dan duduk kejap.. Itu pun kena sambung utk cuci restoran pulak.. Sedar2 urat tersimpul teruk dah..

Sue cuba urut sana sani.. Sesetengah tukang urut sgt percaya urat dan angin.. Byk angin dlm badan punca urat simpul.. Tukang urut akan urut urat simpul sampai lembutkan urat yg tegang... Alhamdulillah... kalau urat simpul yang tak teruk boleh sembuh dgn urut. kalau dah terlalu teruk... tak elok utk urut sebab takut urat pecah ketika tukang urut tekan di bahagian uarat bengkak.

Ada setengah tukang urut pulak.. Tengok urat bersimpul kebiruan tu.. Disangka kan ada SAKA dalam badan kita ni haaa... Hahahaha.. Itu sue tak nafikan lah.. Bab jin setan ni memang wujud.. Tp Sue ni jenis yg moden tp tak tinggalkan perubatan tradisional.. Sue akan berubat secara tradisional dan moden. Sue tak mudah percaya dan melatah dgn seorang pendapat shj.

ini sue petik darik artikal Baby Center

Apa itu urat simpul?

Anda mungkin pernah melihat sesetengah orang mempunyai salur darah berwarna ungu atau biru yang kelihatan nyata pada kaki mereka. Inilah urat simpul (vena varikos). Ia lebih banyak berlaku pada wanita berbanding lelaki. Urat simpul biasanya kelihatan pada kaki, betul-betul di bawah kulit, tetapi ia juga boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan anda. 

Salur darah atau vena mempunyai injap yang menghalang darah yang sedang menuju ke jantung daripada mengalir secara mengundur. Urat simpul berlaku apabila injap ini tidak berfungsi dengan betul dan dinding salur darah menjadi lemah. Darah terkumpul di tempat yang lemah ini. Apabila ini berlaku, dinding salur darah itu mula meregang dan kendur, salur darah itu sendiri membengkak dan anda boleh melihatnya di bawah kulit. 

Urat simpul berlaku kepada kira-kira satu dalam tiga wanita. Anda lebih berkemungkinan mengalaminya jika ia berlaku pada ahli keluarga yang lain atau jika berat badan anda berlebihan

Selepas urut sana sini.. Lega sikit.. Tp masih sakit lagi.. Sue mula minta consultants dgn doc yg pakar dalam bidang perbidanan.

Doc pertama yg sue jumpa.. Klinik Najihah.. Doc terus bagi 2 jenis ubat ni.. Yg dlm kotak utk kecutkan urat.. Yg dlm botol utk kuatkan urat... Tak sangka jugak boleh mkn ubat2 ni time mengandung. Sambil makan tu risau lah jugak... Takut beri kesan negatif pada kandungan. Kalau tak ikhtiar dgn ubat.. Takut urat makin bengkak nanti kena bersalin secara pembedahan.. Huhuhuhu . Lagi sue takut.



Sue mintak consultants dgn prof kat kpcm pulak.. 

"Doc.. Urat simpul teruk.. Kena bersalin czer ke? Sebab kalau urat pecah ketika meneran... Risikonya pendarahan yg teruk.. Betul ke doc?" 

"urat simpul teruk tak perlu czer.. Kalau urat pecah.. Kena jahit lah bahagian urat yg pecah tu.. Tak perlu bersalin czer.." 

"sy ada jumpa sorang doc... Doc suggests ambik ubat daflon utk kecutkan urat.. Boleh ke ambik time pregnant " . 

"boleh.. Makan laaaa..." 

Fuhhhh.. Lega sikit... 

Alah balik kpmc tu.. Singgah ke klinik Siti pulak.. Sambil scan utk simpan kenangan muka baby dlm perut.. Sue bertanya pasal urat simpul jugak... 

"doc.. Kalu urat simpul teruk.. Makan daflon time pregnant ok ke?" 

"Kalau ikut team sy kat hospital dulu.. Doc tak bg Mkn apa2 ubat ketika pregnant.. Sebenarnya boleh jea makan apa2 ubat bila kandungan dah cecah 7, 8 dan 9 bulan... Sebab pembentukan janin dah lengkap.. Tulang dah kuat... Kalau mengandung bawah 7 bulan.. Tak boleh ambik sebarang ubat sebab masa tu pembentukan bayi belum sempurna"

Alhamdulillah.. Dah dpt consultants dari beberapa doc.. Rasa lega sikit... 

Kat sini sue nak simpulkan.. Kalau nak buat rawatan alternatif (urut cara tradisional) boleh.. Tak salah.. Yg penting rawatan hospital jgn di tinggal... 

Hebatnya bidan atau tukang urut zaman sekarang.. Bila berlaku kecederaan yg kritikal... Akan rujuk ke hospital jugak.. Bidan dan tukang urut tak mampu nak jahit luka luar dah luka dalaman. 


tata.. titi..tutu... bye!