Pages

Friday 27 March 2020

Resepi Roti Puri



2 cawan tepung gandum
1 sudu besar mauripan
1 sudu besar majerin
1 sudu besar minyak
1 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil garam
Setengah cawan air

Uli semua bahan kat atas tu.. Biar sampai jadi doh mcm donat.. Perap sejam... 

Pastu bentukkan bulat kecik2 dan leper kan... Terus goreng dgn minyak yang byk dan panas..  Siappp!!! 

#kuarantin #covid19 nih... Sue Makin pandai main2 dgn tepung laaa... Seronok giler rasanya...

 

Patut lah restoran mamak cepat kaya.. Punya lah mudah dan murah jea kos buat roti puri.. Dia jual punya lah mahal... 
Senang jea diorang buat keuntungan.. Semenjak kena kuarantin nih... Sue perhati... Byk ibu bapa berusaha utk belajar memasak sendiri... Sedikit demi sedikit.. Resepi mudah terbongkar diselongkar.. 


Jemput makan.. Batch pertama dah habis licin.. Ni sue uli utk batch kedua..

 
Makan sambil hafaz Asma Alhusna Gaya dan gerakan... 


Tata.. Titi.. Tutu... 

Monday 23 March 2020

Resepi Roti Kerca




Bahan utk buat roti kerca..
1 cawan tepung gandum
1 cawan setengah air
1 biji telur

Blender bahan2 di atas.. Masak mcm masak lempeng nipis2.. Pastu gulung mcm gulung laksam.. Pastu gunting mengiring...



Makan dgn kuah kari.. Kuah kari korang boleh buat ikut citarasa korang sendiri lah yea..

Biasa makan roti jala jea... Sekali tengok Dato' Siti Nurhaliza buat roti kerca.. Alahai.. Teringin giler sue.. Sebab tak pernah dengar.. Tak pernah rasa.. Nampak mcm mudah.. Unit pulak makanan nih.. Membuak keinginan utk mencuba.. Apa lagi.. Terus mintak Asben belikan gandum.. Dia gelak terguling2 kat sue.. Katanya.. Belum ada rekod lagi kejayaan Sue dalam bab tepung gandum nih.. Kurang asam kan!! 😂


Asben siap update status kat fb.. Gelak kan sue.. Sue ketung ketang kat dapur tak sampai setengah jam.. Siap roti kerca.. Terbeliak biji mata Asben.. Kah3.. Tak percaya dgn kejayaan yg sue raih hari ni.. Kejayaan buat roti kerca!!!! Kah3... Maklum lah.. Rekod sue dgn tepung gandum sebelum ni.. 10 kali buat kek... 10 kali ke tong sampah.. Kah3.. Mau tak kena kutuk dgn laki kannn....

Asben sue bagi idea buat warna warni.. Haaaa.. Ni sue try buat warna pink belang kuning pulak..
Roti kerca cicah susu.. Makan dgn kuah serawa telur pun sedap.. 
Asal jea kuih berasaskan tepung kosong.. Makan dgn apa pun sedap!! 

Ilmu masakan ni sgt penting.. Tak kira lelaki atau perempuan... Bila Time terdesak... Kita boleh niaga online..

Makan sambil dengar asma alhusna gaya dan gerakan tangan... 


Tata.. Titi.. Tutu...




Covid19 2020 - Kuarantin #the_sufi_family



Balik umrah 31 Jan 2020.. Beeya sihat spt biasa..

Hadir kenduri di Mall pada 29hb Feb 2020..

10hb petang beeya terkena tempias hujan lebat masa ambik kat taska.. 11hb beeya terus demam.. Tak pergi sekolah.. 12hb masih batuk dan demam.. Cuti lagi..

13hb march (Jumaat) beeya pegi sekolah.. 14hb march Sabtu.. Beeya sakit mata.. demam.. Batuk.. Dan selsema... Sue Bagi ubat demam  stok yang dalam peti ais.. tak ok jugak...

16hb March.. Bawa beeya ke klinik swasta.. Doc cakap tonsil bengkak.. Itu punca tak boleh mkn.. Ada demam dan batuk.. Cek darah dan terus dapat result.. Ada virus dan kuman dalam darah..
Doc check tak ada contact dgn covid-19. Doc bagi ubat demam, ubat batuk, ubat tonsil dan antibiotik.

Contact direct dgn orang positive Covid19 tu memang tak ada.  Tapi.. Tapi.. Kita tak tahu kannn... Dalam mall tu sape yg pembawa Covid19 kan?


18hb rujuk lagi sekali dgn doc sebab demam beeya tak kebah.. Sejam Lepas makan ubat demam pun panas cecah 37.8c.. Doc bagi surat untuk rujukan hospital. Tak berani nak bawak beeya ke hospital.. Sebab takut beeya dpt virus Covid19.. Maklum lah.. Skrg semua padat dgn penyakit berjangkit.

Sue bincang dgn asben.. Kita kuarantin kat rumah shj.. Kalau masuk wad pun doc monitor dgn ubat demam dan antibiotik jugak.. Kalau nampak beeya lembik.. Sesak nafas.. Kurang Air dalam badan.. Kitorang bersedia untuk ke hospital utk masuk air.. Kalau terus ke hospital.. Sue risau.. Peralatan hospital hospital yg tak mencukupi.. Dan kakitangan hospital dah kepenatan dgn kes Covid19.



Sue tanya doc..  Setiap kali demam, beeya mesti kena ambik antibiotics baru kebah. Tak bahaya ke kerap sgt ambik antibiotics?
"susah nak jawab soalan awak.. Yang pastinya.. Tak ambik ubat lagi bahaya.."

Balik rumah bagi antibiotik dan ubat2 lain ikut masa yang ditetapkan.. Kalau masuk wad... Nurse akan bagi ubat on time jugak.. So.. Kitorang ikut spt dlm hospital.

Beeya tak sembuh jugak demamnya selepas 3 hari ambik antibiotics. Batuk.. Demam... Selsema.. Tonsil bengkak.. Muntah.. Dan cirit..
Masuk hari ke 5..Beeya dah lebam bawah mata..Seolah2 kurang air dalam badan. Doctor pun cakap.. Beeya macam susah nak bernafas.. Terpaksa bekerja keras utk bernafas.



Kitorang tak buat saringan Covid19... Tapi.. Apapun jenis virus.. Semua tak ada ubat... Semua akan sembuh dgn sendiri..

Ini caran utk mematikan CORONA ‼️‼️
virus 19 ni bertahan dalam badan kita selama 14 hri saja.. Lepas 14hari dia akan mati sendiri..klau org yang antibodi kuat ..dia akan lawan blk virus dengan sendiri..tapi virus tu masih ada dalam badan org tu..klau dia bersentuhan dengan org yang antibodi yang lemah..virus ni akan serang org yang badan lemah jadi bahaya la kat orang yang antibodi lemah..sebab tu sapa yang ada virus ni doktor suruh kuarantin selama 14 hari sampai virus tu mati dengan sendiri.. kementerian kesihatan pesan tadi... kita kena banyak minum air panas atau suam banyak2 sebab virus ni kalah dengan panas ..bila kita minum air panas..air panas tu akan bawak virus tu ke perut..bila virus tu sampai ke perut..virus tu akan mati sebab perut kita banyak asid..asid tu akan bunuh semua jenis virus..virus ni hanya hidup di dalam badan manusia....😂 Kalau paru2 kita lemah.. Virus akan singgah di paru-?paru.. Itu yang jadi sesak nafas..

Inilah yg sue faham pasal virus... Sebelum ni kakak dah kena beguk..  Jadi sue tanya pasal ubat kat semua klinik.. Kat semua farmasi dalam eon nilai.. Semua pegawai farmasi cakap tak ada ubat... Baru lah sue faham "virus tiada ubat"..



Doktor buat surat utk rujuk hospital. Sue memang berat hati nak hantar ke hospital sebab takut beeya kena duduk dlm bilik sorang2.. Takut beeya ambik virus dari pesakit lain... Boleh gila sue kalu procedure macam tu. Kami memilih Kuarantin kat rumah.. Sue dan Asben sentiasa pujuk spy beeya sentiasa makan biar pun sedikit.. spy tak dehidrasi. Sue syak ubat batuk yang tak serasi dgn Beeya.. setiap kali mkn ubat batuk beeya akan muntah dan cirit... Bila tukar jenis ubat batuk.. Alhamdulillah.. Tak ada lagi muntah dan cirit birit..

Keburukan pada Sue lah bila masuk wad ni..  Badan akan jadi semakin lemah... Makan baring.. Makan baring... Orang yang menjaga pesakit pun jadi lemah nak mati jugak.. Kebosanan... Hari2 keje tunggu result darah jea.. Tapi... Bila melibatkan susah bernafas... Terpaksa ke hospital utk guna alat bantuan pernafasan.

Bila kat rumah ni.. Boleh lagi psikologi anak2.. Byk bermain sama.. Santai2 tengok TV.. Sambil makan.. Alih kan pandangan spy tidak melayan sgt sakit demam. Bila beeya dah boleh start boleh jalan.. Ayahnya pujuk beeya main motor elektrik.. Riuh rendah lah di ruang mainan.. Bagi beeya seronok.. Keceriaan juga salah satu terapi utk sihat.. InsyaAllah.



Sebelum tidur malam.. Sue paksa semua anak2 kumur dgn air garam.. Dengan harapan.. Air garam shj yg mampu bunuh virus.. Sue pulak mudah di serang sakit tekak.. Bengkak tonsil... Lambat minum air masak jea.. Terus sakit tekak.. Malam kumur  air garam yg pekat.. Pagi esok akan keluar kahak hijau.

Langkah2 kuatkan antibodi kat rumah..

Banyakkan makan buah buahan tempatan..sayur sayuran..

Persekitaran dalam rumah mesti bersih.. Tak boleh berhabuk langsung. Kalau ada habuk sikit jea.. Ia akan ganggu pernafasan beeya. Paru-paru nya sgt sensitif sebab ada rekod terkena jangkitan paru2 ketika umur 6bulan.

Setiap pagi kami akan Vacum lantai.. Mop dan steam lantai dgn dettol... Sekali sekala spray antivirus dalam rumah... Ikhtiar utk sihat.

Pastikan beeya mendapat cahaya matahari.. Setiap pagi sue akan bukak jendela di pagar utk cahaya  matahari masuk ke dalam rumah. Bila rasa haba panas tengah hari dah masuk.. Tutup balik jendela tu. Kalau haba panas sgt dalam rumah.. Demam beeya akan naik..

22hb beeya dah pulih dari demam 100%. Cuma batuk masih lagi bunyi kahak.



Hari ni 23hb beeya pulih dari batuk kahak semakin kurang..

Alhamdulillah... Sangat berkesan kuarantin diri sendiri atau ahli keluarga.

Berkonsepkan :
"Covid19 akan mati dalam masa 14hari jika tiada perumah baru = manusia"

Patuhi arahan kerajaan kuarantin kan diri supaya Covid19 mati dengan sendiri kerana tiada perumahan baru..

Orang kampung semua sibuk bertanya sue.. Kenapa tak balik masa majlis tahlil... Adakah kami lupa daratan?
Adakah kami anak derhaka?
Adakah kami menantu hantu?

Tahu tak!

Kami kuarantin kan keluarga kami sebagai ikhtiar utk sembuh dan sihat Bagi mengelakkan adanya majlis kenduri arwah utk makcik2 bawang selepas ini... Sekian!

Wednesday 11 March 2020

Tupai bersarang kat rumah lah pulak...



Sue buat pagar rumah penuh sebab serabut dgn kucing dok kencing berak kat dalam pagar dan
ada jugak yang suka membakar sampah... Cuba bayang.. Pagi basuh langsir... Tengahari gantung langsir.. Esok pagi ada orang bakar sampah.. Menangis ooo... Anak2 main kejar2 terpegang langsir.. Hitam tangan dan muka sebab terkena jelaga yg melekat pada langsir... Boleh ke sue marah kat orang yang bakar sampah?.. Tak boleh kan? Sebab dia membakar dalam kawasan rumah dia.. Masalah asap masuk ke ruang rumah sue.. Itu adalah hukum alam.. Asap akan mengikut arah angin.. Macamana nak elakkan? Buat pagar penuh laaaa... Settle kan?

Ada pulak yg sindir.. "Sue.. Engko nak mati kat Kelantan ke? Pagar penuh rumah dah macam tak nak berkawan dgn berjiran.." pulakkk dahhhh..
Terkedu kejap.. Sebab sue pun tak tahu sue akan mati kat mana.. Andai kata sue boleh meminta dgn Allah utk mati di mana.. Sudah pasti sue minta utk ditakdirkan mati di mekah atau madinah.. Krn di situ sebaik2 tempat kematian.. Tapi tak pe.. Kita kena sentiasa ambil positif apa yang orang sindir.. Orang sindir kita pasal mati? Itu maknanya.. Allah minta kita mengingati Mati.. Maka.. Kita kena berterima kasih pada org yang sindir kita tentang mati.

Sebelum sue pasang pagar penuh..

Ada jugak yg menyindir.. Rumah macam dalam penjara.. Anak2 tak boleh berkawan dgn anak2 jiran.. Sue punya konsep.. Anak2 nak berkawan dgn kengkawan hanya kat sekolah shj.. Setuju atau tidak.. Wajib setuju!!! Kalau #the_sufi_sisters_and_aichan membantah.. Dia kena pegi sekolah dgn baju kedut.. Hik3.. Ingat tauu.. Balik rumah wajib berkawan dgn Mama, ayah dan Adik beradik.. Kalau luar waktu sekolah sibuk nak main dgn kengkawan lagi... Jadi.. Bila masa nak mengenali ahli keluarga sendiri? Takkan nak jadikan rumah sebagai tempat lapar pegi dapur.. mengantuk pergi ke bilik tidur.. Nak tengok TV pergi ke ruang tamu... nak bercakap .. cari kawan kat luar???? Ohhh.. Tidak!!! itu bukan cara Sue!! Sebab tu.. Sue dan Asben.. Sedaya upaya utk elak buat kerja atau jumpa client di luar waktu kerja kecuali keje boleh bawa anak2.. contoh keluar makan dgn client sambil makan mlm dgn anak2.

Kita tak boleh halang org nak bela kucing.. Apa yg perlu kita buat ialah adakan benteng spy kucing tak masuk rumah kita.. Ada pelbagai cara utk halau kucing.. Burung.. Tupai... Beli alat halau binatang, cecair semburan atau pagar penuh untuk halau atau elak kucing masuk ruangan kawasan rumah kita. Senang kan? Kita jgn salah kan orang lain... Tapi kita perbaiki diri kita.
Image result for kencing harimau halau tupai
ini contoh semburan untuk halau binatang liar..


Jika kita menghalang org bela kucing.. Itu Bermakna kita menghalang org tu berbuat kebaikan terhadap kucing.. Kita menghormati minat jiran pun dapat pahala. jgn kita asyik berfikir tentang hak kita sebagai jiran shj..

Kerana kucingnya datang berak rumah Sue.. Datang kencing kat rumah sue.. Balik2 jea rumah.. Anak2 terpijak tahi kucing.. Huhuhuhu.. Menyirap darah merah oiiii.. Apa yang perlu Sue buat.. Sue beli alat yang halau kucing daripada bersarang di rumah sue.. Tp tak berkesan... Sue beli semburan.. Tak berkesan.. Nak senang cerita.. Sue buat pagar penuh dan pekak kan telinga dgn apa yg org kata. Yesss.. Pagar penuh dpt selesaikan masalah tahi kucing.. Tapi ada satu lagi masalah besar.. Muahahaha.. Tak ada kucing.. Maka adalah tupai dan tikus.. Haaaa.. Macamana nak selesaikan masalah tu...

Hak jiran cuma dlm pagar jiran shj.. Sue sendiri tak boleh tegur org yg parking terjolor makan jalan raya.. Sempit lagi menyempit kan di jalan selengkoh.. Krn itu bukan hak sue persendirian kan... Selagi orang tak kacau parking dalam pagar rumah sue.. Selagi tu sue kena abaikan orang nak berebut parking di ruang selengkoh. tanggungjawab kita ape? berhati2 bila disengkoh...

Kita tak boleh salah kan orang lain.. Melainkan kita mencari kesalahan diri sendiri.. Tupai bersarang kat rumah sue puncanya daripada orang menanam pokok berbuah atau kerana bumbung rumah sue berlubang?

Nak tutup lubang tupai bersarang tu.. Kalau sue panjat dan jatuh.. Boleh ke sue salah orang yang menanam buah buahan dalam taman perumahan sebagai punca sue jatuh nak tutup lubang tupai? Tak boleh kan... Punca sue jatuh adalah atas kecuaian sendiri... Boleh ke sue halang semua orang taman perumahan supaya berhenti menanam apa2 jenis pokok buah buahan bagi mengelakkan tupai bersarang di rumah sue? Tak boleh kan? Permintaan sue agak tidak munasabah.

Begitulah dengan hal burung.. Kita tak boleh salahkan orang bagi makan burung... Sekiranya rumah kita berlubang yang memberi ruang utk burung buat sarang... Sebab orang tak bagi makan burung dalam kawasan rumah kita pun... Ok bye!!

Sue pegang kata2 pak kiyai Albar Salim..
"permintaan orang tua yg tidak munasabah... Kita tunaikan sekadar kemampuan... Seandainya tak mampu.. Hendaklah kita menolak dgn baik"

Sehingga ke hari ini.. Sue masih lagi berlatih utk bersabar dan belajar menolak dgn cara yang baik.. Allah bagi sue anak2 yg ramai bukan setakat ia satu Anugerah.. Tetapi.. ia juga sebagai pengajaran.. "jika hari ini kita menyakit kan hati org tua.. Suatu hari nanti kita akan di sakiti oleh si anak kecil.

Di kukuhkan lagi dgn kata kata berhikmah dari Asben Sue "Yang nak masuk syurganya Kita.. Yang nak Redha Allahnya Kita.. Yang nak Syafaat Rasulullah SAW nya Kita.. Jadi.. Biarkan mereka dgn kata kata mereka.. Kita tetapkan diri dgn pendirian kita"

Ketika diri berusaha untuk mencipta pahala di awal pagi... 
Kemudian dihalang... 
Jangan bersedih.. Kerana pahala MENGHORMATI ITU LEBIH BESAR DAN LEBIH MENGUNTUNGKAN DARI PAHALA MEMBERI.. 

Kerana.. Kerana.. Menghormati orang tidak perlukan modal.. Ngeng3. 


aduhhh... nak cakap tupai buat sarang kat rumah sue jea... tapi celotehnya sampi ke USA tuhhh


muahhhh... bye2