Pages

Saturday 6 February 2021

Pengalaman 16thn dalam bidang pembekal

 



Sue ingan menjawab sindiran yang di ajukan pada Sue...

"asyik beli brg dgn sue jea.. Dia yang pakai vellfire.. Kita jugak yg dok pakai saga jea.. Hmmm.. Lepas ni kita kena mohon bajet khas kat KKM utk sue.." 

Fuhh.. Bagaikan dihiris sembilu beracun.. Sue tak salah kan org yg bercakap tu.. sue muhasabah diri... Itu adalah peringatan dari Allah... Adakah tidak mencukupi lagi apa yg Allah sudah sediakan selama ini...

Sini sue nak explain... Bukan sesuka hati harga Sue lebih mahal dari harga pasaran.. Sue beli dgn kuantiti yang kecil dari kilang... Harga memang sue dapat dua kali ganda lebih mahal dari company besar. Beli brg kat kilang China dgn kuantiti lori 3 tan.. Itu adalah sgt kecil... Ia diketegori peniaga kecil dlm bidang medical... 

Company gergasi yang ada staff berpuluh org beli dgn kilang yg sama dgn sue kuantiti 160000pcs setahun.. Sedangkan Sue yang masih bersampan hanya dgn kuantiti puluh ribu shj... 

"Ada yang tegur sue, company sue jual product mahal... Kod no sama... Product sama... Sah2 saya pilih yang murah.." 

"saya tak salahkan tuan memilih yg lebih murah.. Jika sy di tempat tuan.. Saya juga pilih murah.. Jika sy di pihak supplier... Sy juga akan bagi harga murah pada customer yang beli satu kontena.." 

"Kalau ini harga ko... Mcmana ko nak bersaing... Sue.. Ko bersedia ke kena sailang semua customer ko dgn supplier giant ni" 

"Hasbunallahawanikmalwakil... Sudah bersedia.. Krn dunia ini bukan tempat bersenang lenang buat saya.. Tiada yang kekal dgn kita.. Setiap pertemuan ada perpisahan.. Syarikat yang besar boleh runtuh.. Apatah lagi Sue yg bergerak sendirian.. Airport yg semua org cakap stabil pun buang pekerja... Apatah lagi sy yg lemah ni.." 

" Apa tindakan Sue jika company Sue dicantas oleh company giant" 

"Pencen.. Cita2 sue memang nak pencen di usia 40 pun" 

"tak rasa rugi ke pencen awal.. Sedangkan masih mampu bekerja untuk mendapat good income?" 

"tak rasa rugi sedikit pun.. Saya bersyukur jika sy ditakdirkan pencen awal... 8thn saya bepenat lelah.. Saya pencen dlm keadaan bergaji spt org kerajaan.. Jika sy jadi kuli selama 16tahun sekali pun.. Saya tak akan ada apa yg sy ada skrg.. Sy tak akan rasa apa yg saya rasa skrg... " 


Ini lah permainan dlm perniagaan.. 

"supplier besar beli" penapis udara" dgn kuantiti 200 ribu pcs.. Satu kontena masuk.. Kos mungkin yg dia dpt rm1.5/pcs.. Dia jual rm3.50/pcs

Sue sebagai player kecil.. Yg dah penat dgn kutukan... Beli dgn kuantiti 20 ribu pcs shj... Sudah pasti harga yg Sue dpt jauh lebih mahal dari player besar.. Harga kos brg rm3.50.. Dan sue pun markup rm2/pcs juga.. Sue jual dgn harga rm5.50/pcs.. Itu pun dah cukup utk "Kalah Mati" 

Ini juga adalah Silent Killer onak duri perniagaan.. 

Player besar akan offer kuantiti yg byk kat kilang yg dibeli oleh player kecil.. Sengaja... Sedangkan... Player besar mampu beli dikilang yg lebih bagus product sebab ada kuantiti... Tp tetap dituju pada kilang yg player kecil ni beli... Kenapa?.. Tujuan utk Kalah Mati.. 

Bila player besar dah pegang harga yg murah.. Dia bagi harga lantai kat pengguna.. Player kecil akan mati terkubur hilang sale.. Bila player kecil mati.. Adakah Player besar akan kekalkan dgn harga murah utk tahun hadapan? Tidak... Player besar akan naik kan harga kpd pengguna setiap tahun.. Dalam masa dua tiga tahun akan datang.. Player besar akan pastikan Harga brg akan kembali kpd harga normal tanpa berasingan dgn player kecil. (Kerana... Player kecil sudah Kalah Mati).. Tp ingat.. Selagi player kecil hidup... Selagi tu lah player besar akan tabur harga lantai.. Contohnya.. 5thn player kecil bertahan.. 5thn lah player besar akan bagi harga lantai.. 

Yang paling Sue kecewa.... 

Sikap tidak telus pembekal... Guna lesen sue.. Tp import sendiri utk dptkan harga murah.. Jadi company sue tak achieve target dgn kilang krn sikap mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sue dah berdepan dgn permainan ni dua kali... 8thn ketika menjadi kuli... Dan 8tahun ketika bisness sendiri.. 2020 adalah sale kumuncak sue (sale yg paling tinggi selama 16thn Sue  dlm medical) ..

Bila dah sampai ke tahap kemuncak.. Kita kena bersedia.. ... Kita kena pilih... Nak terus bersaing utk kali ke tiga atau nak follow the flow. Kalau nak bersaing lagi.. Kena mula dgn brand yg baru contoh brand ZY... Dlm masa 3thn lagi.. Player besar akan ke kilang ZY lagi dan akan ulang sekali lagi permainan ini.. Kalau di fikir logik la... Player besar ada kuantiti.. Kenapa dia tak pegi ke kilang lain.. Kenapa kena pilih kilang yg sama dgn player kecil...?? 😁 😁 Org yg berbisness shj yg faham tentang silent killer..

Tepuk dada tanya iman... Bersyukur lah dgn apa yg Allah berikan selama 16thn ini.. 

Kembali kpd usia... Usia 40.. Nak kekal atau nak lepaskan... Sue pilih "Follow the Flow...".. Kalau sue bersaing utk kali ke tiga... Maknanya sue kena habiskan 10thn lagi masa Sue dgn persaingan... Kejar sale ke sana ke sini... Fuhhhh.. Penat.. Penat... 


Nabi suruh kita beringat ketika usia ini.. 

Sebagus mana kita bekerja dgn orang.. Suatu masa majikan atau rakan sekerja tetap tak puas hati dgn hasil keje kita... Terpaksa berhenti juga... 

Bila berbisness sendiri... Pesaing kita tak pernah berdiam diri.. 

Cita2 sue yg terpendam dari zaman bujang ialah Pencen yang bergaji bermula di usia 40 tahun.. Kenapa umur 40 Sue nak stop buat sale... 

1) regular customer sue dah pencen.. 

2) fokus pada rumahtangga... Sue ramai anak perempuan... Sgt bahaya jika Sue terlampau habiskan masa dgn kerja shj.. 

Andaikata rezeki kita setakat ini.. Samada berhenti keje... Berhenti perniagaan... Jgn sekali kali kita manyalahkan sesama manusia.. Sebab Dia buat begini.. Aku jadi begini... Kalau dia tak ada.. Aku dah maju... Sekali kita terlintas spt itu.. Maknanya kita lupa yg memberi rezeki pada kita ialah Allah.. Allah yg gerakkan hati customer utk beli dgn kita.. Apa yg ada pada kita??? ... Jaga lah relationships sebaik mana sekali pun bila Allah nak putuskan rezeki kita.. Ia akan terputus tanpa diduga... Dtg company besar offer harga modal kita pd customer kita... Apa kita boleh buat??? Melainkan Redha jika ia sampai di sini shj... 


Menang dalam persaingan.. Tapi hati tak tenang... Tiada gunanya hidup.... 

❤️**************❤️


Tenang di penghujung

Tenang di penghujung usia 30 an.


Masa saya umur 27 tahun, saya tengok rakan sekerja saya yang sudah masuk ke usia 37 tahun ke atas ni, memang 'temper' selalu. Saya tak faham kenapa. Benda kecil pun boleh melenting. 


Asyik melenting sahaja!


Tapi bila saya yang berada di tempat mereka sekarang ini, barulah saya faham.


Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, mamang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!


Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.

Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.

Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 


Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!


Pang!!


Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.


Kesihatan.

Keluarga.

Sahabat.

Kerjaya.

Ibubapa.

Adik-beradik.

Ipar duai.

Kebendaan.


Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.


 You have to face it!


Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.

Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 

Masa inilah ada yang hilang kerjaya.

Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.

Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.

Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 

Masa inilah kenderaan rosak.

Masa inilah rumah yang beli 5 tahun lepas dah kene 'repair' sana sini.

Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 


Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah yg dahsyat!


Menguji keimanan.

Menguji kesabaran.

Melatih diri dengan reda dan ikhlas.

Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 

Mengajar diri menjadi lebih beriman.


Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?


Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

               

ALLAH SAYANG-


DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.


DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?


Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!


Hati lebih sabar.

Hati lebih tenang.

Hati lebih ikhlas.

Hati lebih tawaduk.


Hidup lebih bahagia.

Hidup lebih sempurna.

Hidup lebih nampak arah tujunya.

Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 


Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 


Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.


Semua urusan diniatkan ibadah.

Sudah mula ke rumah Allah.

Sudah mula perbaiki diri.

Sudah mula perbaiki solat.

Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.

Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.


Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.


Take a second to think about how blessed you are.


Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.


Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.


Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.


Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.


Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 


Baik, 'kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you.

Friday 5 February 2021

Khatam Al Quran Nur Sufi Dhiahanna 8thn


Resepi Pulut kuning... Cuci beras sekilo... Masak mcm biasa dgn air selaras dgn pulut.. Letak pewarna kuning.. Pulut dah separuh masak.. Gaul dgn pati santan... Pastu kukus sampai masak... 




Alhamdulillah... Dekna Khatam Al Quran pertama kali hari ini.. ketika umur nya 8thn... Kakak khatam Al Quran kali kedua ketika umurnya 10thn..

Banyak air mata kakak dan dekna menitis di telekong solat sepanjang mengaji dgn sue dan ayahnya... Kadang2 senak biji mata Sue.. Asyik dok jenggil mata kat diorang tanda marah... Jenggil mata tak faham lagi... Sue jerit... Jerit tak faham lagi... Mula sepit ketam merayap... 

Diorang pun mengaji lah dgn air mata... Sambil tersedu2.. Teknik yg sue guna mengajar diorang ialah baca sama-sama... Seiring seirama kakak dan dekna.. Sape yang baca laju.. Dia kena marah.. Sape yg baca lambat sgt pun kena marah...  Seiring dan seirama... Ini untuk memudahkan dekna membaca Al Quran dgn lancar... Dekna akan belajar setiap patah ayat sebutan dari kakaknya... keje sue menegur bacaan hukum mad dan tajwid. 

Tahun 2021... Bermula lah episod utk Sue mengajar Al Quran dgn nama2 tajwid utk diorang ni... Lambat khatam tak pe.. Tp kena hafaz sekali dgn hukum tajwid.

Sambil raikan kejayaan kakak dan dekna Khatam Al Quran ... Kitorang masak lebih utk birthday abg Yem dan kak lin sekali.. Sepakat membawa berkat.. Asben sue masak kari ayam.. Sue masak pulut kuning.... Alhamdulillah.. Sedap giler.. Yess... Sedap giler..nyam2...










Kesian kat kakak dan dekna asyik kena marah time mengaji.. Sue bagi lah reward kat diorang "kolam mandi.. 



Seronok main kolam.. Lupa nak makan.... Diorang takut keluar kolam.. Takut sue buang air... Muahahaha... 


Hadiah pada anak2 juga dikira sedekah..  Semoga Allah terima amalan baik kita.. Semoga Allah ampunkan perbuatan buruk kita... Amin3..