Pages

Sunday 25 September 2022

Impian tercapai - Selesaikan hutang bila cecah usia 40..

Alhamdulillah... Tercapai sudah cita2 sue utk selesai kan hutang dengan Bank di usia 40. 


Kat sini sue nak kongsikan Tips utk bayar hutang dengan Bank selepas jual Salah satu  Aset😅

Sue dapat langsaikan hutang ni sebab jual premis G373 tauuu... Bukan hasil dari bisness Medical... Alaaa .. bisness Medical tu dapat lepas2 gaji sue jea... Bukan untung sangat sebab company kecik jea..

Tips nya.. 

*Hari ni dapat duit hasil jualan Aset... Hari ni jugak pegi ke bank untuk langsaikan hutang yang ada.

*Kurangkan nafsu bergaya mewah.. sebelum ni kita pakai handbag coach rm1200 (asben yg belikan... Nak harap sue yg beli... Sempat kiamat dulu...)😅🤣🤣.. kita set dalam kepala.. guna handbag tu sampai rosak .. selagi tak rosak jangan beli baru.. sekali pun guna duit suami... Bila handbag dah rosak... Jangan beli guna duit kita... Kita kena guna duit suami🤭... Kalau suami bagi rm100 bajet utk handbag... Kita beli dan pakai handbag yang berharga rm100 jea lah.. sue tak pernah rasa malu pakai benda yang murah... Biasanya asben yg akan rasa malu... 😅🤭🤭🤭

*Bab makan pulak... Amalkan suka makan kat rumah... Suka makan makanan kampung... Sayur yg paling sue suka adalah pucuk ubi cicah budu.. sebab pucuk ubi sue tanam sendiri.. jimat 😁😁😁.. elakkan set dalam kepala untuk makan makanan mewah seperti makan kat hotel... Kalu teringin sangat nak makan makanan mahal... Doa banyak2 supaya suami yang rasa teringin.. pastu kita tumpang sekali...😅🤭🤭... Alhamdulillah.. makanan tu akan rasa lebih sedap drp kita beli sendiri...🤣

*Pakaian pulak... Semua sue beli yg murah2 jea... Satu set pakaian tak lebih rm100... Sue akan guna sampai lunyai... Takkan beli baru selagi baju lama ada 20 pasang dalam satu masa... Buang sepasang sebab baju dah lunyai... Baru sue beli sepasang lagi... 

*Ambil hikmah disebalik pendamik COVID-19... Bajet melancong disimpan rapi untuk bayar hutang kedai😅😅🤭.. Alhamdulillah..  bila kita mencari kebaikan di atas Takdir yg Allah tetapkan... InsyaAllah... kita akan temui kebaikannya.

Kenapa sue Selesaikan hutang Kedai A081 walaupun sue dah ambik MRTA?

- sue tak nak habiskan sisa hidup sue bekerja semata2 untuk bayar hutang... Lepas umur 40... Sue cuma nak keje sekadar untuk tuntutan hidup shj... (Sekadar untuk makan bukan untuk bermewah). 

Adakah sue akan settle kan hutang kereta Velfire?

- Tak... Sue akan guna velfire sehingga mampu shj... Sampai masa rasa tak nak... Sue akan trade in.. Dan beralih ke apa2 kereta murah.. spt Serena... Advanza... Apa2 kereta terkini dan munasabah mengikut pendapatan sue.. 😅


Jom kita susuri jalan akibat suka berhutang.

AD-DIN

4 ancaman untuk orang berhutang, kata-katanya juga dusta

Jumaat, 06 Disember 2019 8:37 AM

Oleh: DR NUR MOHAMMAD HADI ZAHALAN


Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya. Gambar Sekadar Hiasan

ISLAM mengharuskan seseorang itu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup khususnya dalam perkara-perkara daruriyyat (tersangat penting).


Umat Islam pula dituntut mengamalkan sikap tolong menolong antara satu sama lain termasuk memberikan bantuan sama ada melalui sedekah ataupun pinjaman bagi meringankan bebanan dan memenuhi keperluan yang ditanggung.


Firman Allah didalam Surah Al-Maidah ayat 2: Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaNya.


ARTIKEL BERKAITAN: Beratnya tak bayar hutang sehingga Nabi enggan solat jenazah si mati! Ketahui 10 perkara tentang orang berhutang


Terdapat dua keadaan seseorang yang ingin berhutang:


1. Seseorang yang terpaksa berhutang demi memenuhi keperluan kehidupan seperti mendapatkan makanan, tempat tinggal, pakaian, pelajaran dan seumpamanya.


2. Seseorang yang sengaja berhutang demi memenuhi tuntutan nafsu semata-mata seperti hiburan dan perhiasan, tambahan pula peluang pinjaman mudah diperolehi.


Ada yang menerima ugutan dan terpaksa mendapatkan bantuan peguam gara-gara tidak melangsaikan hutang. Gambar Sekadar Hiasan


Disebabkan itu hukum berhutang di dalam Islam dibahagikan seperti berikut:


• Haram


Jika digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.


• Makruh


Jika digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk atau penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang itu.


• Wajib


Jika seseorang itu amat memerlukan untuk menampung hidupnya dan keluarganya dalam memenuhi keperluan asasi seperti makan, minum, tempat tinggal, pakaian untuk menutupi aurat dan lain-lain.


Hukum membayar hutang adalah wajib. Ini kerana, hak mereka tidak boleh dinafikan melainkan jika mereka menghalalkannya.


Sebaik-baiknya janganlah berhutang untuk perkara tidak berfaedah.


Disebabkan itu terdapat banyak hadis yang menceritakan mengenai ancaman bagi mereka yang enggan membayar hutang antaranya:


1. Tidak akan terangkat amalannya


Sabda Rasulullah: Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya. - [HR tarmizi]


2. Dosa hutang tidak akan diampunkan


Sabda Rasulullah SAW: Akan diampunkan segala dosa orang yang mati syahid kecuali orang yang berhutang. - [HR muslim]


3. Bagi mereka yang mampu tetapi enggan membayar ia adalah zalim


Sabda Rasulullah SAW: Penundaan orang yang mampu (untuk membayar hutang), adalah perbuatan zalim. - [HR Al-Bukhari]


4. Solat Rasulullah ke atas mereka tidak dapat memberi manfaat bagi mereka yang ada hutang


Anas bin Malik berkata: "Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya; "Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?" Mereka menjawab, "Ya."


Lalu baginda bersabda: "Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” - [HD At-Tabrani]


Bersempena dengan cuti sekolah ini, maka perlulah kita berhemah di dalam perbelanjaan seharian supaya tidak terjerat didalam beban hutang. Elakkan daripada berbelanja melebihi kemampuan hanya semata-mata untuk berjalan-jalan.


Bak kata pepatah melayu, ukurlah baju di badan sendiri agar setiap tindak tanduk yang kita lakukan tidak akan memusnahkan diri sendiri.


Baginda Rasulullah mengajarkan kepada kita satu doa untuk melunaskan hutang dan doa ini terdapat dalam Al-Ma'thurat iaitu: Ya Allah,aku berlindung dengan-Mu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan perasaan takut juga dari bebanan hutang serta paksaan orang. - [HR Daud]


Baginda juga meminta perlindungan dari berhutang. Ini kerana sabda Nabi SAW: Sesungguhnya seseorang apabila berhutang dia akan cenderung berkata dusta dan berjanji lalu mengingkarinya. - [HR Al-Bukhori]

Monday 19 September 2022

Baju Puteri Perak - Nur Sufi Raihannah 6thn - Hari Malaysia di Pra Jais BBST








inilah gaya yang sue ajar kat rumah...

Dan... Ini gaya yg dia buat di pentas 😭😭😭


Beza gaisss... 
"Gaya kat rumah & gaya kat pentas.."

Boleh pulak dia senyum macam tu kat atas pentas...tang Kaki tuuu..😬😭 Bertuah punya budak!!.. tangan tu.. yang dok pulas2 kain dah kenapa???😬😬😬

 

Gambar bersama cikgu Ida


Barisan pemenang... Beeya dapat no 5.