Pages

Friday 27 October 2023

SU711E berwajah baru...


Alhamdulillah... Allah bagi merasa naik kereta yg selesa sementara menunggu mati...


Si hitam ni tengah cari tuan baru .. sebab sue tak suka ada lebihan kereta.... 
Ishhh... dia Salah susun no plate pulak... kecewa betul tu... dah satu keje nak kena pegi kedai tukar balik tu...
Walaupun kereta ni nak jual... no plate tetap pilih yg cun punya... SD bermaksud SoftDeal Sdn Bhd.. nama syarikat IT asben...

Masa mengandung 8 bulan si kembar hari tu... asben ajak sue survey Mercedes.. tp sue ni bukan jenis minat kat kereta sangat.. jadi tak berapa support lah asben masa pilih kereta hari tu... hahahaha πŸ˜‚.. sue jenis lebih pentingkan muatan. Saiz kereta..😁.. lagi pun apa yg ada skrg ni.. pada sue Alhamdulillah dah cukup...

Tengah sibuk nak siapkan rumah baru... bertindih pulak nak bersalin Kembar Aiyaz&Aiyiz.. sue tak exited lah pasal kereta...


Lepas bersalin... twins Aiyaz Aiyiz dah 5 bulan... asben survey dgn kawan dia lah kot... balik rumah..


"Abg dah bayar booking Mercedes..."


Mata sue jadi cenggini😳😲😳😲😳😲

Asben tahu..  kalau bawak sue survey kereta.. mesti tak jadi beli lagi πŸ˜…tapi.. kalau dah beli... hehehe.. sue lah org yg exited nak bergambar utk buat kenang kenangan... nak drive tu... 😬😬😬Mcm payah jea.. gear kat stereng weiii..



Asben cakap "kereta ni.. abg hadiah kan utk ayang sebagai tandas terima kasih lahirkan 6 org anak..."


Huhuhu.. "hasbunallahawanikmalwakil.. tawakkal lah bang berapa tempoh kereta ni dgn kita.. kita kan jenis suka jual beli barang kan.. "😝 (abg sambung lah)


Formula sue senang jea... kereta wajib ada 2.. tak boleh lebih.. membazir nanti... Honda CR-V dlm prosess utk dilepaskan... sape yg berkenan tu... Roger lah asben sue yea...😊


Masa mula2 kahwin.. asal jea naik kereta.. asben akan tunjuk 

"Ayang.. cantik tak kereta ni?"

"Mana... " sambil sue pandang ke depan..

"Belum lagi.. kejap lagi kereta tu lalu..."

Pastu kereta mewah pun melintas... 

"Laaa... kereta kat belakang lagi... "(sue ni jenis lurus bendul... asal jea tengok.. nak kena pandang ke depan..)


Kereta mewah melintas... sue pun cakap..

"Biasa jea bang... macam saga jea... pintu bukak mcm saga... Bonet bukak mcm saga.. tukar lambang jea tu.."


Asben gelak sambil cakap

"ayang ni memang betul2 buta jenama.."


Masa tu Sue memang buta jenama... kalau org tayang kereta

mewah... memang sue tak tergugat pun😁... sue cuma pandai bezakan

kereta kancil.. kelisa... myvi.. savy... proton saga πŸ˜….. jadi.. apa2 kereta yg bentuk nya sama mcm saga.. sue akan akan cakap proton sagaπŸ˜…..



Skrg ni... Aichan pulak ikut perangai ayahnya... naik jea kereta.. Aichan akan tunjuk lah kereta sport yg dia suka mcm Ferrari.. Tesla.. yg lalu lalang kat jalan raya tu... 😫😫








Monday 23 October 2023

Kuih lapis gediks

 Kuih lapis lembut gediks

  • 2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 11/4 gula
  • 4 cwn santan segar
  • Sedikit sirap ros (kalau nak terang letak pewarna merah sikit)
  • Sedikit garam

Cara buat Kuih Lapis

  1. Guna santan suam.. pastu Letak semua bahan ni di dalam bekas yang besar, kacau sebati dan tapis.
  2. Bahagi kepada dua bahagian merah dan putih
  3. Guna api kuat
  4. Loyang saiz 8 “sapu minyak (kukus dahulu)
  5. Tuang dulu lapisan putih (4 minit) diikuti lapisan merah (4 minit) ulang smpai habis
  6. Bahagian yang last sekali kukus 15 minit balut penutup dgn kain..
  7. Selepas itu buka tudung kukusan, buka api besar untuk keringkan air atas lapisan kuih lapis tadi selama 8 minit dan siap.
  8. Tunggu betu-betul  sejuk baru boleh potong kuih.
  9. Guna pisau plastik dan sapu sedikit minyak pada pisau, baru kita potong kuih nampak cantik.