Pages

Sunday 23 May 2021

Telur Dadar Rangup

 

Resepi telur dadar rangup macam kat restoran tom yam.. (syok goreng telur dadar rangup.. Sampai lupa nak letak bawang cili  weiii...) 😇😇😇

Telur ayam

Garam / perasa

Ais ketul

Bawang

Cili


Semua bahan di atas ikut sukatan sendiri lah.. Kacau hingga sebati dgn sekuat hati... Goreng dengan minyak yang panas berasap.. Confirm rangup!!!.




Friday 14 May 2021

Raya Aidilfitri 2021 PKP 3.0


Olololooo.. .. Tolong butang kan baju Melayu... Teringat pulak gambar masa makan beradab hari bersanding 06062010 suatu ketika dahulu...
Raya kat rumah sendiri ke... Raya kat rumah emak sendiri ke.. Raya kat rumah mertua ke... Memang sue dan Asben yang masak utk hidupkan hari raya... Kami tak pernah kenal erti riba tangan walau di mana shj beraya.. 😁 
Anak2 sue tanya.. 

"kenapa setiap kali kita balik raya.. Mesti cik Sue.. Ayah ngah.. Dan mak long tak ada.." 

"Mama memilih utk jaga hati orang tua... Mama tak nak tok mak sunyi dihari raya Kalu mama ikut jadual yang lain.. InsyaAllah.. Kita akan bahagia jika kita senang kan hati orang tua... " 

Alhamdulillah.. Lama kelamaan anak2 Sue semakin faham... Dan terima seadanya beraya tanpa saudara mara.. 




Sambut raya si musim PKP ni.. Tak pernah kekok pun pada Sue sekeluarga... Sebab 11 thn sue kahwin... Maknanya 10thn keluarga Sue beraya hanya dgn orang tua tanpa adik beradik... Ibarat macam sue ni anak tunggal... Giliran rumah mertua pun rasa macam kahwin dgn anak tunggal.. Memang anak2 sue beraya tanpa sepupu sepapat..  

Kenapa jadi sedemikian? Bukan bergaduh dgn adik beradik.. Tp kami pilih utk teman orang tua.. Dia saat.. Semua adik beradik beraya dgn mertua.. Sue pilih beraya dgn emak Sue... Si saat semua ipar duai  sebelah mertua beraya dgn mertua Masing2.. Kami pilih beraya dgn mertua.. 

Alhamdulillah.. Orang tua Sue dan mertua  tak pernah sunyi di hari raya.... Dan Sue akan pastikan anak2 tetap gembira dihari raya walaupun tanpa sepupu sepapat..  

Ciptakan aktiviti hari raya utk #the_sufi_sisters_and_aichan . Sue latih anak2 mengemas rumah..cuci rumah.. Memasak.. Gotong royong sambil berseronok utk sambut berhari raya.. Lepas siap semua keje rumah, sue bagi upah main bunga api..  

Bagi anak2 susun kuih raya dalam balang biskut... Haaaa..  Part ni.. Diorang cukup seronok... Hiasa meja Makan Beradap cantik2.. Guna peralatan paling cantik apa yg kita ada... Tak beli baru pun tak pe... Janji perkakas tu yg jarang dipakai.. Anak2 rasa ada kelainan... Baru lah hari raya... 😁 

Bersatu hati pakai baju warna sama.. Pastu ambik gambar sama-sama sebagai kenangan. Insya Allah.. Bahagia dan seronok akan Tercipta.. 😉

Di pagi raya.. Sue wajibkan semua makan sama-sama.. Ala2 "Makan Beradap" lah.. 
Yang mana bermasam muka.. Yang bergaduh.. Bersemuka bersalaman... Lupa kan selisih faham.. Kita bersatu hati dan menyayangi kerana Allah.. Sama juga dgn adik beradik kita.. Tak dapat raya bersama pada hari raya pertama tak apa... Yang penting... Ada satu hari yg selisih masa bertemu... Contohnya hari raya kedua... Ada yg nak bertolak balik... Ada yang baru sampai.. So.. Pagi raya kedua.. Masak dan makan beradap sama-sama.. InsyaAllah.. Silaturahim tak akan terputus... Salah faham akan terhapus... 

Bagi mengelakkan rasa beban nak sambut raya... Sue dah latih anak2.. Baju raya hanya sepasang seorang sahaja... Kita raya hanya sehari shj iaitu pagi raya hingga ke tengahari... (atau hingga siap bergambar di pagi raya).. Jarang sekali Diorang dapat dua pasang baju raya. Kalau dpt dua pasang pun jika ada makan beradap utk ahli keluarga kat rumah tok mak, atuk dan nenek nya.. Time PKP nih... Tak jumpa ahli keluarga.. So tak perlu lah baju lebih.. 

Kita sebagai orang tua.. Kita yang aturkan majlis dan jadual raya utk anak2.. Jgn kita sebagai org tua jadi pencucuk satey kat anak2 pulak... Hancur lah pertalian Adik2 beradik nanti. 

Ini lah ikhtiar sue mendidik anak2 utk  berseronok dan bersederhana setiap kali di hari raya.. 






Potret Raya Aidilfitri 2021 PKP 3.0

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari Keluarga SUEperbMaMa..

Sue memupuk nilai2 kesederhanaan dalam keluarga Sue..


Sambut raya si musim PKP ni.. Tak pernah kekok pun pada Sue sekeluarga... Sebab 11 thn sue kahwin... Maknanya 10thn keluarga Sue beraya hanya dgn orang tua tanpa adik beradik... Ibarat macam sue ni anak tunggal... Giliran rumah mertua pun rasa macam kahwin dgn anak tunggal.. Memang anak2 sue beraya tanpa sepupu sepapat..  

Kenapa jadi sedemikian? Bukan bergaduh dgn adik beradik.. Tp kami pilih utk teman orang tua.. Dia saat.. Semua adik beradik beraya dgn mertua.. Sue pilih beraya dgn emak Sue... Si saat semua ipar duai  sebelah mertua beraya dgn mertua Masing2.. Kami pilih beraya dgn mertua.. 

Alhamdulillah.. Orang tua Sue dan mertua  tak pernah sunyi di hari raya.... Dan Sue akan pastikan anak2 tetap gembira dihari raya walaupun tanpa sepupu sepapat..  

Ciptakan aktiviti hari raya utk #the_sufi_sisters_and_aichan . Sue latih anak2 mengemas rumah..cuci rumah.. Memasak.. Gotong royong sambil berseronok utk sambut berhari raya.. Lepas siap semua keje rumah, sue bagi upah main bunga api..  

Menu Wajib utk hari raya ada 2 bahagian lah.. ada 1 menu Menu berat iaitu rendang ayam.. Suami Sue memang tak boleh tak ada rendang di hari raya.. Tak ada rendang tak rasa raya katanya...sue pulak tak boleh tak ada ketupat daun palas.. Tak ada ketupat.  Tak rasa raya tauuu... Itu jea menu berat... Tak boleh byk jenis.. Nanti Tak habis..  sue yg susah nanti nak mengemas simpan dlm peti ais.. Anak2 sue pulak.. Suka buat keje tapi makan sikit.  

Bagi anak2 susun kuih raya dalam balang biskut... Haaaa..  Part ni.. Diorang cukup seronok... Hiasa meja Makan Beradap cantik2.. Guna peralatan paling cantik apa yg kita ada... Tak beli baru pun tak pe... Janji perkakas tu yg jarang dipakai.. Anak2 rasa ada kelainan... Baru lah hari raya... 😁 

Bersatu hati pakai baju warna sama.. Pastu ambik gambar sama-sama sebagai kenangan. Insya Allah.. Bahagia dan seronok akan Tercipta.. 😉

Di pagi raya.. Sue wajibkan semua makan sama-sama.. Ala2 "Makan Beradap" lah.. 
Yang mana bermasam muka.. Yang bergaduh.. Bersemuka bersalaman... Lupa kan selisih faham.. Kita bersatu hati dan menyayangi kerana Allah.. Sama juga dgn adik beradik kita.. Tak raya dapat bersama pada hari raya pertama tak apa... Yang penting... Ada satu hari yg selisih masa bertemu... Contohnya hari raya kedua... Ada yg nak bertolak balik... Ada yang baru sampai.. So.. Pagi raya kedua.. Masak dan makan beradap sama-sama.. InsyaAllah.. Silaturahim tak akan terputus... Salah faham akan terhapus... 

Bagi mengelakkan rasa beban nak sambut raya... Sue dah latih anak2.. Baju raya hanya sepasang seorang sahaja... Kita raya hanya sehari shj iaitu pagi raya hingga ke tengahari... (atau hingga siap bergambar di pagi raya).. Jarang sekali Diorang dapat dpt dua pasang baju raya. Kalau dpt dua pasang pun jika ada makan beradap utk ahli keluarga kat rumah tok mak, atuk dan nenek nya.. Time PKP nih... Tak jumpa ahli keluarga.. So tak perlu lah baju lebih.. 

Kita sebagai orang tua.. Kita yang aturkan majlis dan jadual raya utk anak2.. Jgn kita sebagai org tua jadi pencucuk satey kat anak2 pulak... Hancur lah pertalian Adik2 beradik nanti. 

Ini lah ikhtiar sue utk anak2 seronok dihari raya... 






Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
-Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan 
suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam.
Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi.

Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluarga bersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak.
Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan pendudukMadinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya 
Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.