Setelah dikaji kat fb dan Google.. Resepi roti jala yang ni paling terbaik punya... InsyaAllah.. Mesti jadi....
2 cwn tepung gandum
2 cwn air
1 biji telur
1 sudu besar minyak jagung/minyak masak
sedikit garam
sedikit esen vanila
pewarna
blender semua bahan... masukkan dlm acuan botol muncung 3 dan bolehlah menjala.. Kalau jala tak jadi.. Tiba2 macam menitik2 adunan dalam kuali.. Korang adjust kat ketinggian muncung acuan pada permukaan kuali.. Sambil picit botol tu.. Sambil tengok ketebalan adunan yg keluar.. Mula2 memang payah laaa... Setakat separuh adunan tu terbuang.. Perkara biasa lah.. Muahahaha..
Gaulkan tepung, marjerin, garam sehingga sebati... Pastu masukkan 3/4cawan air yg mendidih. (bab air ni jgn derhaka sikit pun.. Kuantiti air kena tepat yea..)
3) rehatkan dlm 15-30min
4) Dah rehat blehla bulat2kan sebesar telur gred A n canai guna penggelek tu bulat2(jangan nipis sgt agak2 sedang dah sebab kalau terlalu nipis capati akan keras bila dah sejuk)
5) Then terus bakar kat nonstick pan guna api sederhana besar..mase ni jgn terbalik2 kan die...nanti bleh keras...caranyer biar sebelah menggelembung dulu baru terbalikkan.. Sue hanya terbalikkan skali je...maksudnyer masak sebelah dulu...menggelembung..terbalikkan n tunggu masak sebelah lagi...siap...
selamat mencuba... Resepi ni lembut walaupun dah sejuk..... cuma lepas masak tu cover sume capati tu dgn aluminium foil so that die tak terdedah kat angin yg boleh wat kulit capati tu jadik keras....😉
Ni adunan kedua sue buat... Setelah gagal teruk adunan pertama.. Kesilapan adunan pertama ialah.. Terlebih sukatan air panas.. Tepung lembik, kembang, dan melekat kat tangan. So.. Tips nya.. Air panas mesti kurang dari separuh adunan tepung gandum.
Sue tak suka guna tepung atta.. Sebab capati jadi keras.. Sue guna tepung gandum.. Capati jadi cerah dan lembut.. Rasanya sama jea.. Muahahaha..
1. Campurkan tepung, gula dan garam. Kemudian masukkan telur dan air dan susu pekat.
2. Uli doh hingga tidak melekat (anggaran dalam 15-25 minit)
3. Bahagikan doh kepada bahagian kecil. Ni adunan 2 cawan sue dapat dlm 4 biji.
4. Susun doh dalam bekas yang dah disapu planta atau marjerin.
5. Simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk (lebih kurang 10jam - nak bagi doh cantik bila di canai. Nak senang prepare doh malam, esk pagi dh boleh tebar) .
6. Nak tebar kena siapkan lokasi untuk menebar. Sy guna dulang je. Nak tebar guna minyak masak.
8. Asas doh ni boleh guna untuk buat roti telur ke roti bawang ke roti sardin ke murtabak ke. Ikut selera masing2.
Kuah Dhal
Bahan-bahan
Bahan ni direbus
1) 1 cwn kacang dal (rendam semalaman)
3) 2 batang carrot dihiris (jangan nipis sangat)
3) 2 biji kentang dibelah
4 ) sedikit serbuk kunyit
Bahan ni utk menumis..
5)1 inci halia dihiris nipis*
6)2 biji bawang putih dihiris *
7)3-4 biji bawang kecil dimayang *
8) sedikit daun kari *
9) sedikit bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis *
10)1 sk biji sawi (mustard seed)*
11) 3 cili kering
12) 2 sudu besar serbuk kari..
minyak untuk menumis
garam dan gula sesedap rasa
Cara-cara
1. Rebus kacang dal dalam periuk sehingga empuk( dalam 45-1jam) dan masukkan serbuk kunyit.
2. Bila kacang dhal dah agak agak empuk, masukkan carrot dan kentang ke dalam rebusan dhal tadi dan teruskan merebus sehingga kesemuanya empuk.
3. Dalam kuali yang lain, panaskan minyak kemudian tumiskan bahan bahan yang bertanda * (termasuk cili kering) sehingga layu dan naik bau. Kemudian curahkan ke dalam rebusan sayur sayur tadi.
5. Rasakan garam dan gula ikut selera masing masing-masing dan siap.
Hari sue try lagi sekali buat roti canai.. Tak puas hati betul pasal doh yg tak jd ari tu... Puas sue pikir kat mana silap nya... Kaji resepi org lain.. Laaaa... Doh roti canai tak perlu letak mauripan wei.. Tak perlu... Tak perlu... Mauripan ni fungsi utk kembang kan doh... Kalau doh kembang.. Doh ada rongga angin.. Macamana nak tibai.. Terkoyak lah doh tuuuu.. Adoii...
Kulit ketayap ..
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak
Blend semua bahan utk kulit.. Guna kuali leper.. Bakar macam lempeng.. Jgn nipis sgt.. Jgn tebal sangat... Nipis Agak2 gulung tak pecah jea.. Kalau tebal sgt nanti jadi macam batang kayu balak... Tak cantik nanti....
Bahan untuk inti..
Kelapa setengah biji,
2 keping gula melaka.
Sedikit garam.
Panaskan atas api... Letak gula melaka ikut Manis sesedap rasa yang korang nak lah...
Borak laki bini sblm terlelap laa...
"Ayang.. Esok buat kuih ketayap.."
"okey... Ayg suka buat kuih.. Tp tak larat nak mkn sorang2...Budak2 tak suka.."
Terkejut beruk sue... 10 tahun kawin.. Pertama kali Asben mintak sue buat kuih... Selalu nya Sue yang bersungguh-sungguh nak buat kuih.. Pastu sue makan sorang2..
Kali ni Asben mintak buat kuih ketayap... Tak boleh nak tido sue malam td.. Maklum lah.. Takut kuih tak menjadi... Muahahaha.. Gagal buat roti canai... Tiga empat hari jugak lah Sue tak pandang tepung gandum... Gerammmmm.. Hik3... Hari ni kuih ketayap cantik bergedik... Semangat weiii... Semangat!!! Hidup tepung gandum! Hik3...
Makan sambil hafaz Asma Alhusna gaya dan gerakan tangan..