Pages

Wednesday 26 October 2022

Pergerakan Kreatif dan Manipulating - Nur Sufi Raihannah 6tahun

Terima kasih cikgu Ida kerana mencalonkan Beeya dlm latihan ini dan terima kasih cikgu Adha kerana byk bersabar ketika melatih Beeya.. 

Cikgu polish Beeya sampai berani buat persembahan kat depan... Alhamdulillah.. terima kasih cikgu2... 

Beeya ni lahir hujung tahun.. jadi perangai baby nya memang lambat habis sebab dia target dia bongsu kannn... sekali tak jadi bongsu πŸ˜…πŸ˜

Beeya seronok ke sekolah tu.. sue dah syukur sangat.. 

Ni dah level berani buat persembahan kat depan ni.. ini dikira outstanding performance.. πŸ‘πŸ‘πŸ‘hebatlah cikgu2 Pra Jais BBST..








setiap kali balik dr sekolah beeya akan sibuk bercerita.. cikgu Adha bagi gula2 laaa.. jajan laa.. ais krim laaa...  selepas buat latihan... Kemain seronok dia... πŸ˜….. walaupun hari2 ayahnya belikan gula2... Tp yang cikgu bagi jugak yg paling sedap walaupun gula2 tu sama jea.. πŸ˜…

Beeya suka melukis dan menari.. kat rumah bersepah dgn pencil warna Dan kertas Sana sini... tong sampah asyik penuh dgn kertas jea... pernah jugak sue terfikir nak hantar beeya ke kelas tarian utk kuatkan fizikal dia.. tapi bila fikir balik.. Kang beeya minat berjoget sampai ke dewasa.. aduhai... Tak tertanggung dosa sue nanti...πŸ˜….. 

Tak pe lah.. sue joget2 Zumba dgn #the_sufi_sisters kat rumah jea... Sekarang ni sue stop sekejap berzumba sebab takut Aichan terpengaruh nak ikut joget gelek sekaliπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…... parahhhh.. gara2 si hero Aichan sorang ni.. semua Aktiviti gurgul kitorang terpaksa ditangguhkan sehingga Aichan tahu beza mana sesuai utk lelaki dan mana sesuai utk perempuan...


Tata.. titi.. tutu...
 



Sunday 9 October 2022

Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Selangor - Puay Chai 2022 - Nur Suf Dhiahanna 9 thn

Alhamdulillah... Dekna berada Top 4 di 
Kejohanan Ping Pong Tunas Harapan Selangor - Puay Chai 2022



TOP 4 selepas buat selection 
Inilah barisan yang akan mewakili negeri selangor ke 
Kejohanan Ping Pong MILO Tunas Harapan Malaysia ke 33



Naik podium untuk TOP 8
sebulum buat selection untuk wakil Negeri Selangor.







keputusan selection
Dekna berada di tempat ke 3..



mintak ayahnya ambik gambar utk kenangan...
tak kira dah gambar gelap ke... cerah ke... hadoiii...

Terima kasih kepada SK Taman Seroja.. kerana sudi memilih Dhiahanna mewakil sekolah ke peringkat MSSD... 

Terima kasih juga pada pihak pengurusan MSSD Sepang kerana memilih Dhiahanna ke peringkat MSSN walaupun kecundangan awal bila bertemu dengan kakak Hadaina.


Terima kasih coach Akmal... terima kasih coach Waffie.. terima kasih Coach Rosdi.
terima kasih kerana terima kakak dan dekna sebagai pelatih Ping Pong..

tak lupa juga... terima kasih kpd student usim Najmi.. Hazwan dan kengkawan... 

jasa baik tuan2 sangat kami sanjung tinggi...

kat sini sue nak cerita sikit lah pengalaman yang disusun oleh Allah...
macamana kakak dan dekna bertemu dengan ketiga-tiga coach ini...

selepas sue berhenti dari academi lama disebabkan masalah jadual masa yang tak ngam dgn keluaga sue... sue tercari2 academy baru yang serasi dengan masa sue sekeluarga..

mula sue terjumpa dengan student usim Najmi... ajak sparring kat ofis..
Najmi cuti Sem... Allah jumpa kan dengan Hazwan... 
hazwan pun cuti SEM..
Hazwan kenalkan sue dengan Coach di USIM..
Coach Ping Pong di USIM rekeman sue dengan Coach Akmal...
sue ambik training one to one utk pertandingan ke MSSN sebab group dah penuh.

sambil sue survey Table Tennis Centre di fb... terkeluar page coach waffie... 
try lah hantar sekali... jauh dan tercorot TTC tu... disebabkan coach waffie garang... asben sue seronok hantar... hahaha... 

sue tercari2 tempat untuk perlawanan pulak... servey sana sini.. Allah ketemukan dengan coach Rosdi utk pertandingan ping pong level kanak-kanak... asben tertarik dengan pengurusan kat situ... 
terus masukkan group...

Alhamdulillah... terima kasih YA Allah... ketemukan dengan Coach yang baik2..







Tak ada apa yang mampu sue katakan melainkan mengiringi doa utk kejayaan sahaja..

Pertandingan Hope Selangor...

Semua perserta dah penat berlatih dengan latihan yang keras dan professional.. dah penat kena marah.. sekarang dah sampai masa.. semua peserta menaruh harapan yang tinggi untuk menang... 

Masing2 takut kena marah dengan ibubapa dan coach masing2 kalau kalah.. hahaha

Apa yg sue terapkan pada diri Kakak Dan Dekna... "Hasbunallahawanikmalwakil"... "Cukuplah ALLAH tempat kita bertawakkal"...

Adat bertanding ada Kalah ada Menang... 

Cuba buat yang terbaik... Andaikata kena marah kerana kalah nanti... Terimalah dgn hati terbuka dan perbaiki permainan lagi..  hadap jea... bangkit balik... 

"Kita di Dunia.. Bukan di Akhirat.. Kita Manusia Bukan Malaikat" 

Percayalah!!.. Menang atau Kalah.. Dipuji atau Dikeji... semua itu adalah Takdir Dari Allah utk menyedarkan tahap keimanan kita... 

Jika kita Masih lagi terasa hati tentang hal2 Dunia... Itu bermakna Iman kita ditahap kanak2...😊 

kakak menangis lagi... kalah U13girls

kakak jenis yang berdisiplin dalam latihan.. jarang kena marah dengan coach dan ayahnya..
Redha jea lah... bukan rezeki kakak untuk naik podium lagi tahun ni...

Dekna budak yang culas sikit... dia lah yang paling byk kena marah dengan coach dan ayahnya.. kadang2 dekna buat Hal.. kakak kena marah sekali..
Alhamdulillah... Rezekinya naik podium tahun ni... tingkatkan lagi usaha dekna.... 
pihak lawan tak pernah berehat.. mereka sentisa berlatih bersungguh2 untuk berada di pentas...

setiap kali kakak dan dekna kena marah dengan ayahnya... sue lah jadi tukang backup diorang...
tersalah backup... dengan sue sekali bernanah telinga... 

Alhamdulillah... berkat bersabar dan berusaha... 
dapat melihat dekna naik podium tahun ni...

Dekna!!! kalau ko tak nak kena marah teruk kat pertandingan MILO ni... ko buat betul2... 
bukan telinga ko jea yg bernanah nanti... telinga mama... telinga kakak bernanah sekali tauuuu!!!

minta maaf lah video bergoyang... stand rosak katanya... hahaha..






Saturday 8 October 2022

Stroke Haba - Nur Sufi Dhiahanna 9thn

 

Sue nak kongsi pengalaman stroke haba yang berlaku kat Nur Sufi Hadaina 2 hari lepas.. 



#the_sufi_sisters_and_aichan memang tak suka breakfast setiap pagi... Sebabnya... Mama dan ayahnya pun tak sempat breakfast pagi... Diorang pun terikut tak breakfast.. 

Biasanya sue akan paksa diorang minum segelas air masak setiap pagi. Pagi khamis ada perhimpunan yang lama di sekolah sebab ada pertunjukkan Bomba.. 

Apa  yang dekna cerita kat sue... Dekna minta izin dgn ustaznya utk minum air.. tp ustaznya tak bagi... Yea.. Sue faham... Ustaz ya tak bagi sebab tak budak2 berkeliaran.. Kalau bagi sorang minum air... Nanti semua hilang drp perhimpunan tu.. Sebab semua pelajar akan ke kelas Masing2 utk minum air... Nak kumpul balik pelajar bukan senang... Yea sue faham... Tapi... Tapi... Tahu tak akibat tak minum air yg cukup di bawah panas terik mentari? Stroke Haba... Stroke Haba... 

Dekna balik dari sekolah pagi... Dekna cakap tak nak pegi sekolah petang sebab penat katanya.. Sue bagi lah dia tido sejam.. Pastu kejut dia utk ke sekolah sesi petang..... Dekna menangis tak nak pegi... Sue pun suruh dia rehat dan tidur sampai ke petang... 

Malam ada training ping pong... Baru start training sejam.. Nafas dekna laju sangat... Bawak ke klinik.. Doc tak boleh kesan sakit ape.. doc terus buat surat refer ke hospital.

Sue bawak ke hospital.. sue explain Aktiviti dekna bermula drp pagi - malam...  Doc terus cakap "stroke haba".. Doc masuk air dalam badan sebotol... Alhamdulillah kelajuan nafas dan nadi kembali kpd normal.

Dekna Masih lagi dalam tempoh pemulihan.. Dekna tak boleh buat Aktiviti lasak.. kalau dekna lasak sikit... Terus nafasnya jadi laju.. semoga kesihatan dekna kembali normal dan dekna dapat buat Aktiviti lasak spt biasa.. Amin3... 

13 Oct 2022.. perhimpunan sempena Maulidur Rasul.. pihak sekolah telah menggalakkan murid2 bawak botol air masing2 ketika perakan sebagai alternative untuk mencegah Stroke Haba..

Terbaik SRA BBST!!!



Jom kita belajar tentang stroke haba supaya kita beringat dan lebih berhati2..



Info Sihat oleh YB Dr Izani: Strok Haba | Heat Stroke

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks 2 kali setahun (Mac dan September). Pendedahan suhu yang tinggi memberi risiko mendapat heat stroke (strok haba), iaitu suhu badan meningkat melebihi 40.5 oC. (Suhu normal 37 oC). Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak (<5 tahun), ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua (>65 tahun).


Tanda-tanda strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas, denyutan nadi yang pantas dan boleh menyebabkan sawan, koma serta kematian. Dehidrasi yang teruk menyebabkan kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Tips bagi mengelakkan strok haba ialah banyakkan minum air, lebihkan masa berada di dalam rumah (hadkan aktiviti luar), mandi, membuka kipas/pendingin hawa dan memakai pakaian yang ringan/longgar. Semasa berada di luar, gunakan topi/payung dan memakai losyen yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB. Segera ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut sekiranya mengalami simptom strok haba.

Doa Ketika Cuaca Panas :

Ω„َΨ§ Ψ₯ِΩ„َΩ‡َ Ψ₯ِΩ„َّΨ§ Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُ ، Ω…َΨ§ Ψ£َΨ΄َΨ―َّ Ψ­َΨ±َّ Ω‡َΨ°َΨ§ Ψ§Ω„ْيَوْΩ…ِ ، Ψ§Ω„Ω„َّΩ‡ُΩ…َّ Ψ£َΨ¬ِΨ±ْΩ†ِي Ω…ِΩ†ْ Ψ­َΨ±ِّ Ψ¬َΩ‡َΩ†َّΩ…َ

Maksudnya : (Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Penulis ialah EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan