Sue buat pagar rumah penuh sebab serabut dgn kucing dok kencing berak kat dalam pagar dan
ada jugak yang suka membakar sampah... Cuba bayang.. Pagi basuh langsir... Tengahari gantung langsir.. Esok pagi ada orang bakar sampah.. Menangis ooo... Anak2 main kejar2 terpegang langsir.. Hitam tangan dan muka sebab terkena jelaga yg melekat pada langsir... Boleh ke sue marah kat orang yang bakar sampah?.. Tak boleh kan? Sebab dia membakar dalam kawasan rumah dia.. Masalah asap masuk ke ruang rumah sue.. Itu adalah hukum alam.. Asap akan mengikut arah angin.. Macamana nak elakkan? Buat pagar penuh laaaa... Settle kan?
Ada pulak yg sindir.. "Sue.. Engko nak mati kat Kelantan ke? Pagar penuh rumah dah macam tak nak berkawan dgn berjiran.." pulakkk dahhhh..
Terkedu kejap.. Sebab sue pun tak tahu sue akan mati kat mana.. Andai kata sue boleh meminta dgn Allah utk mati di mana.. Sudah pasti sue minta utk ditakdirkan mati di mekah atau madinah.. Krn di situ sebaik2 tempat kematian.. Tapi tak pe.. Kita kena sentiasa ambil positif apa yang orang sindir.. Orang sindir kita pasal mati? Itu maknanya.. Allah minta kita mengingati Mati.. Maka.. Kita kena berterima kasih pada org yang sindir kita tentang mati.
Sebelum sue pasang pagar penuh..
Ada jugak yg menyindir.. Rumah macam dalam penjara.. Anak2 tak boleh berkawan dgn anak2 jiran.. Sue punya konsep.. Anak2 nak berkawan dgn kengkawan hanya kat sekolah shj.. Setuju atau tidak.. Wajib setuju!!! Kalau #the_sufi_sisters_and_aichan membantah.. Dia kena pegi sekolah dgn baju kedut.. Hik3.. Ingat tauu.. Balik rumah wajib berkawan dgn Mama, ayah dan Adik beradik.. Kalau luar waktu sekolah sibuk nak main dgn kengkawan lagi... Jadi.. Bila masa nak mengenali ahli keluarga sendiri? Takkan nak jadikan rumah sebagai tempat lapar pegi dapur.. mengantuk pergi ke bilik tidur.. Nak tengok TV pergi ke ruang tamu... nak bercakap .. cari kawan kat luar???? Ohhh.. Tidak!!! itu bukan cara Sue!! Sebab tu.. Sue dan Asben.. Sedaya upaya utk elak buat kerja atau jumpa client di luar waktu kerja kecuali keje boleh bawa anak2.. contoh keluar makan dgn client sambil makan mlm dgn anak2.
Kita tak boleh halang org nak bela kucing.. Apa yg perlu kita buat ialah adakan benteng spy kucing tak masuk rumah kita.. Ada pelbagai cara utk halau kucing.. Burung.. Tupai... Beli alat halau binatang, cecair semburan atau pagar penuh untuk halau atau elak kucing masuk ruangan kawasan rumah kita. Senang kan? Kita jgn salah kan orang lain... Tapi kita perbaiki diri kita.
ini contoh semburan untuk halau binatang liar..
Jika kita menghalang org bela kucing.. Itu Bermakna kita menghalang org tu berbuat kebaikan terhadap kucing.. Kita menghormati minat jiran pun dapat pahala. jgn kita asyik berfikir tentang hak kita sebagai jiran shj..
Kerana kucingnya datang berak rumah Sue.. Datang kencing kat rumah sue.. Balik2 jea rumah.. Anak2 terpijak tahi kucing.. Huhuhuhu.. Menyirap darah merah oiiii.. Apa yang perlu Sue buat.. Sue beli alat yang halau kucing daripada bersarang di rumah sue.. Tp tak berkesan... Sue beli semburan.. Tak berkesan.. Nak senang cerita.. Sue buat pagar penuh dan pekak kan telinga dgn apa yg org kata. Yesss.. Pagar penuh dpt selesaikan masalah tahi kucing.. Tapi ada satu lagi masalah besar.. Muahahaha.. Tak ada kucing.. Maka adalah tupai dan tikus.. Haaaa.. Macamana nak selesaikan masalah tu...
Hak jiran cuma dlm pagar jiran shj.. Sue sendiri tak boleh tegur org yg parking terjolor makan jalan raya.. Sempit lagi menyempit kan di jalan selengkoh.. Krn itu bukan hak sue persendirian kan... Selagi orang tak kacau parking dalam pagar rumah sue.. Selagi tu sue kena abaikan orang nak berebut parking di ruang selengkoh. tanggungjawab kita ape? berhati2 bila disengkoh...
Kita tak boleh salah kan orang lain.. Melainkan kita mencari kesalahan diri sendiri.. Tupai bersarang kat rumah sue puncanya daripada orang menanam pokok berbuah atau kerana bumbung rumah sue berlubang?
Nak tutup lubang tupai bersarang tu.. Kalau sue panjat dan jatuh.. Boleh ke sue salah orang yang menanam buah buahan dalam taman perumahan sebagai punca sue jatuh nak tutup lubang tupai? Tak boleh kan... Punca sue jatuh adalah atas kecuaian sendiri... Boleh ke sue halang semua orang taman perumahan supaya berhenti menanam apa2 jenis pokok buah buahan bagi mengelakkan tupai bersarang di rumah sue? Tak boleh kan? Permintaan sue agak tidak munasabah.
Begitulah dengan hal burung.. Kita tak boleh salahkan orang bagi makan burung... Sekiranya rumah kita berlubang yang memberi ruang utk burung buat sarang... Sebab orang tak bagi makan burung dalam kawasan rumah kita pun... Ok bye!!
Sue pegang kata2 pak kiyai Albar Salim..
"permintaan orang tua yg tidak munasabah... Kita tunaikan sekadar kemampuan... Seandainya tak mampu.. Hendaklah kita menolak dgn baik"
Sehingga ke hari ini.. Sue masih lagi berlatih utk bersabar dan belajar menolak dgn cara yang baik.. Allah bagi sue anak2 yg ramai bukan setakat ia satu Anugerah.. Tetapi.. ia juga sebagai pengajaran.. "jika hari ini kita menyakit kan hati org tua.. Suatu hari nanti kita akan di sakiti oleh si anak kecil.
Di kukuhkan lagi dgn kata kata berhikmah dari Asben Sue "Yang nak masuk syurganya Kita.. Yang nak Redha Allahnya Kita.. Yang nak Syafaat Rasulullah SAW nya Kita.. Jadi.. Biarkan mereka dgn kata kata mereka.. Kita tetapkan diri dgn pendirian kita"
Ketika diri berusaha untuk mencipta pahala di awal pagi...
Kemudian dihalang...
Jangan bersedih.. Kerana pahala MENGHORMATI ITU LEBIH BESAR DAN LEBIH MENGUNTUNGKAN DARI PAHALA MEMBERI..
Kerana.. Kerana.. Menghormati orang tidak perlukan modal.. Ngeng3.
aduhhh... nak cakap tupai buat sarang kat rumah sue jea... tapi celotehnya sampi ke USA tuhhh
muahhhh... bye2
No comments:
Post a Comment