Balik umrah 31 Jan 2020.. Beeya sihat spt biasa..
Hadir kenduri di Mall pada 29hb Feb 2020..
10hb petang beeya terkena tempias hujan lebat masa ambik kat taska.. 11hb beeya terus demam.. Tak pergi sekolah.. 12hb masih batuk dan demam.. Cuti lagi..
13hb march (Jumaat) beeya pegi sekolah.. 14hb march Sabtu.. Beeya sakit mata.. demam.. Batuk.. Dan selsema... Sue Bagi ubat demam stok yang dalam peti ais.. tak ok jugak...
16hb March.. Bawa beeya ke klinik swasta.. Doc cakap tonsil bengkak.. Itu punca tak boleh mkn.. Ada demam dan batuk.. Cek darah dan terus dapat result.. Ada virus dan kuman dalam darah..
Doc check tak ada contact dgn covid-19. Doc bagi ubat demam, ubat batuk, ubat tonsil dan antibiotik.
Contact direct dgn orang positive Covid19 tu memang tak ada. Tapi.. Tapi.. Kita tak tahu kannn... Dalam mall tu sape yg pembawa Covid19 kan?
18hb rujuk lagi sekali dgn doc sebab demam beeya tak kebah.. Sejam Lepas makan ubat demam pun panas cecah 37.8c.. Doc bagi surat untuk rujukan hospital. Tak berani nak bawak beeya ke hospital.. Sebab takut beeya dpt virus Covid19.. Maklum lah.. Skrg semua padat dgn penyakit berjangkit.
Sue bincang dgn asben.. Kita kuarantin kat rumah shj.. Kalau masuk wad pun doc monitor dgn ubat demam dan antibiotik jugak.. Kalau nampak beeya lembik.. Sesak nafas.. Kurang Air dalam badan.. Kitorang bersedia untuk ke hospital utk masuk air.. Kalau terus ke hospital.. Sue risau.. Peralatan hospital hospital yg tak mencukupi.. Dan kakitangan hospital dah kepenatan dgn kes Covid19.
Sue tanya doc.. Setiap kali demam, beeya mesti kena ambik antibiotics baru kebah. Tak bahaya ke kerap sgt ambik antibiotics?
"susah nak jawab soalan awak.. Yang pastinya.. Tak ambik ubat lagi bahaya.."
Balik rumah bagi antibiotik dan ubat2 lain ikut masa yang ditetapkan.. Kalau masuk wad... Nurse akan bagi ubat on time jugak.. So.. Kitorang ikut spt dlm hospital.
Beeya tak sembuh jugak demamnya selepas 3 hari ambik antibiotics. Batuk.. Demam... Selsema.. Tonsil bengkak.. Muntah.. Dan cirit..
Masuk hari ke 5..Beeya dah lebam bawah mata..Seolah2 kurang air dalam badan. Doctor pun cakap.. Beeya macam susah nak bernafas.. Terpaksa bekerja keras utk bernafas.
Kitorang tak buat saringan Covid19... Tapi.. Apapun jenis virus.. Semua tak ada ubat... Semua akan sembuh dgn sendiri..
Ini caran utk mematikan CORONA ‼️‼️
virus 19 ni bertahan dalam badan kita selama 14 hri saja.. Lepas 14hari dia akan mati sendiri..klau org yang antibodi kuat ..dia akan lawan blk virus dengan sendiri..tapi virus tu masih ada dalam badan org tu..klau dia bersentuhan dengan org yang antibodi yang lemah..virus ni akan serang org yang badan lemah jadi bahaya la kat orang yang antibodi lemah..sebab tu sapa yang ada virus ni doktor suruh kuarantin selama 14 hari sampai virus tu mati dengan sendiri.. kementerian kesihatan pesan tadi... kita kena banyak minum air panas atau suam banyak2 sebab virus ni kalah dengan panas ..bila kita minum air panas..air panas tu akan bawak virus tu ke perut..bila virus tu sampai ke perut..virus tu akan mati sebab perut kita banyak asid..asid tu akan bunuh semua jenis virus..virus ni hanya hidup di dalam badan manusia....😂 Kalau paru2 kita lemah.. Virus akan singgah di paru-?paru.. Itu yang jadi sesak nafas..
Inilah yg sue faham pasal virus... Sebelum ni kakak dah kena beguk.. Jadi sue tanya pasal ubat kat semua klinik.. Kat semua farmasi dalam eon nilai.. Semua pegawai farmasi cakap tak ada ubat... Baru lah sue faham "virus tiada ubat"..
Doktor buat surat utk rujuk hospital. Sue memang berat hati nak hantar ke hospital sebab takut beeya kena duduk dlm bilik sorang2.. Takut beeya ambik virus dari pesakit lain... Boleh gila sue kalu procedure macam tu. Kami memilih Kuarantin kat rumah.. Sue dan Asben sentiasa pujuk spy beeya sentiasa makan biar pun sedikit.. spy tak dehidrasi. Sue syak ubat batuk yang tak serasi dgn Beeya.. setiap kali mkn ubat batuk beeya akan muntah dan cirit... Bila tukar jenis ubat batuk.. Alhamdulillah.. Tak ada lagi muntah dan cirit birit..
Keburukan pada Sue lah bila masuk wad ni.. Badan akan jadi semakin lemah... Makan baring.. Makan baring... Orang yang menjaga pesakit pun jadi lemah nak mati jugak.. Kebosanan... Hari2 keje tunggu result darah jea.. Tapi... Bila melibatkan susah bernafas... Terpaksa ke hospital utk guna alat bantuan pernafasan.
Bila kat rumah ni.. Boleh lagi psikologi anak2.. Byk bermain sama.. Santai2 tengok TV.. Sambil makan.. Alih kan pandangan spy tidak melayan sgt sakit demam. Bila beeya dah boleh start boleh jalan.. Ayahnya pujuk beeya main motor elektrik.. Riuh rendah lah di ruang mainan.. Bagi beeya seronok.. Keceriaan juga salah satu terapi utk sihat.. InsyaAllah.
Sebelum tidur malam.. Sue paksa semua anak2 kumur dgn air garam.. Dengan harapan.. Air garam shj yg mampu bunuh virus.. Sue pulak mudah di serang sakit tekak.. Bengkak tonsil... Lambat minum air masak jea.. Terus sakit tekak.. Malam kumur air garam yg pekat.. Pagi esok akan keluar kahak hijau.
Langkah2 kuatkan antibodi kat rumah..
Banyakkan makan buah buahan tempatan..sayur sayuran..
Persekitaran dalam rumah mesti bersih.. Tak boleh berhabuk langsung. Kalau ada habuk sikit jea.. Ia akan ganggu pernafasan beeya. Paru-paru nya sgt sensitif sebab ada rekod terkena jangkitan paru2 ketika umur 6bulan.
Setiap pagi kami akan Vacum lantai.. Mop dan steam lantai dgn dettol... Sekali sekala spray antivirus dalam rumah... Ikhtiar utk sihat.
Pastikan beeya mendapat cahaya matahari.. Setiap pagi sue akan bukak jendela di pagar utk cahaya matahari masuk ke dalam rumah. Bila rasa haba panas tengah hari dah masuk.. Tutup balik jendela tu. Kalau haba panas sgt dalam rumah.. Demam beeya akan naik..
22hb beeya dah pulih dari demam 100%. Cuma batuk masih lagi bunyi kahak.
Hari ni 23hb beeya pulih dari batuk kahak semakin kurang..
Alhamdulillah... Sangat berkesan kuarantin diri sendiri atau ahli keluarga.
Berkonsepkan :
"Covid19 akan mati dalam masa 14hari jika tiada perumah baru = manusia"
Patuhi arahan kerajaan kuarantin kan diri supaya Covid19 mati dengan sendiri kerana tiada perumahan baru..
Orang kampung semua sibuk bertanya sue.. Kenapa tak balik masa majlis tahlil... Adakah kami lupa daratan?
Adakah kami anak derhaka?
Adakah kami menantu hantu?
Tahu tak!
Kami kuarantin kan keluarga kami sebagai ikhtiar utk sembuh dan sihat Bagi mengelakkan adanya majlis kenduri arwah utk makcik2 bawang selepas ini... Sekian!
No comments:
Post a Comment