Sue dah
biasa hidup di tempat tecorok… mula2 sue hijrah ke sepang pada tahun 2005..
keje di kosmoplek, Kawasan yang tercorok penuh dgn anjing… tinggal di rumah
flat Taman Dahlia yang waktu tu sangat tercorok.. 1 abad sue tinggal di Taman Dahlia..
Kawasan dah start membangun.. satu persatu taman perumahan dah naik…
sue akan start rasa rimas.. sue jual…
InsyaAllah…
jika taman perumahan ni dah maju… sue dan asben plan utk jual.. kami cari
tempat tercorok lagi… hihihi.. kami ni suka deko2 rumah tauuu… salah satu hobi
kami… Renovation dan Deko2 rumah sendiri... Kami akan Deko sepuashati pastu jual..๐
Sue hijrah
dengan niat utk keluar dari sepang… nak cari ilmu baru…tp Allah takdirkan di
Sepang lagi… beli tanah Lot tercorot lagi… hahahaha… tak ada perumahan lagi…
Allah tahu apa yg sesuai utk kami sekeluarga. sue keluar godek halaman rumah
tak perlu pakai tudung… dapat lah merasa ala2 org free hair keluar rumah..hehehe..
Mesti
korang terlintas dgn soalan “tak takut ke duduk jauh drp orang?”
Pertama… Ia akan mendidik hati kita penuh bertawakal pada Allah setelah dikelilingi pagar besi tajam, pintu guna security door.. rumah sue pulak memang tak ada simpan cash dan tak ada simpan emas pun… banyak kali kontraktor mintak kitorang bayar cash rm20k.. kami cakap… bisness kami tak ada melibatkan cash satu sen pun…. Kami memang tak ade cash lah..
kontraktor ada la cakap
“buat pagar
dikelilingi dgn besi tajam ni sekadar untuk keselamatan diri jea ni… orang nak
masuk merompak pun tak berbaloi… cash tak ada… tak ada emas… setakat curi sofa
pun tak berbaloi…” hahaha..
“betul… yg
penting keselamatan diri… zaman sekarang ni cukup menbacar… kita tido kat atas…
kang anak bawak boyfriend tido kat bawah… sue tak nak letak kepercayaan 100% atas
kelembutan anak2… nak2 zaman IT nih..”
Dapur rumah
ini di depan seiring dengan pintu masuk utama. hahaha... Puas berperang jugak lah dgn asben... asben cakap mana ada orang buat dapur kat depan... dapur memasak kena mengadap belakang.
sue cakap... sue nak dapur mengadap pintu pagar depan senang nampak abang balik keje... hehehe..
Alhamdulillah... asben luluskan... hik3... memang tepat!! tetamu masuk jea rumah tak nampak dapur memasak terus... mcm tersorok sikit.
Kenapa sue suka dapur kat depan? Sebaris dengan ruang tamu utama... Nampak terus ruang tamu ke tiga?
Bila tetamu datang... Sue akan jemput makan di meja makan dapur terus... Sebelah dengan dapur memasak... Kita tak pasti tetamu dtg dlm keadaan kenyang atau lapar... Nak Masak byk takut tetamu jamah sikit... Nanti makanan membazir... Nak Masak sikit nampak kedekut... Susah nak ramalkan?
Contoh tetamu datang hari raya kedua..
Bila tetamu makan kat dapur... Kami hidang kari udang, lemang dan serunding daging.
Bila nampak makanan nak habis... Sue terus Bakar lock ching... Bila nampak lock ching habis... Sue goreng keropok lekor... Semua dpt makan panas2.. seronok tengok tetamu makan dengan kenyang.
Sambil goreng sambil borak... Tak de lah Kita nak buat air satu jug pun tinggalkan tetamu kat depan. Tak de lah Kita pening kepala nak sediakan meja makan kat depan.. nak angkut nak susun makanan kat depan... Lecehkan?
Bila makan kat dapur ni... Siap satu hidangan terus angkut ke sinki.. terus sambung hidangan lain pulak... Sampai tetamu cakap... Cukup2.. jangan Masak lagi... dah kenyang ni ๐ ...
Alhamdulillah.. makanan tak membazir... Tetamu pun kenyang... ๐๐ฅฐ
Senang kan??
Lagi satu... Seronoknya dapur kat depan...Senang nak monitor anak2 sambil Masak atau makan... Kalau diorang bergaduh.. sue toleh kiri jea... Terus boleh baling dgn selipar jepun.. senang kan?๐
Kenapa sue
tak letak meja study utk anak2 dalam bilik?… sue nak elak diorang menipu membaca…
padahal habiskan masa dengan mengelamun. Kami belikan satu meja makan khas yg
simple… semua buat keje sekolah kat meja tu… sue dan asben pun buat keje opis
kat situ juga. Dari dapur sue dah Nampak diorang focus atau tidak Ketika
membaca buku. Kakak dgn dekna nih sekongkol… beeya dan aichan sekongkol…
diorang nih saling cover line sesame diorang… hahaha… ini je acara utk pecahkan
kongkolan diorang… hahahaha…
Ruang bilik antara bilik… semua ada slidding.. anak2 masih kecil diorang takut nak tido sendiri dalam bilik, takkan lah semua nak longgok dlm satu bilik… jadi kami buat slidding… kalau diorang dah besar, perlukan privasi.. baru lah slidding ditutp secara kekal dgn dinding atau tutup dengan cabinet baju yang kekal. Sekarang ada 5 bilik tidur yang hanya ada katil, bantal dan selimut… pakaian, nak tukar pakaian dan peralatan sekolah longgok dlm satu bilik pakaian yg dikhaskan…
ini adalah
salah satu cara sue nak kekalkan kekemasan bilik tido ala2 hotel.
Setiap slidding bilik dipasang wall plastic ala2 rumah org jepun. Kalau kakak dan dekna nak privasi… diorang akan tutup lah… lama sangat diorang privasi, sue terjah bilik diorang… dua2 terkejut beruk… hik2… sekali diorang bukak hp… sue rampas terus lah… no kompromi!
Katil.. bantal.. selimut jea??? Iyea… itu jea yg ada dalam bilik weiii… duit dah habis buat rumah! Hahaha..
Masa jual rumah teres dulu… berlagak jual fullyfunish weiii… keluar bawak pakaian jea… dah masuk rumah baru… menangis nak beli brg… mahal nak mati… katil pun togel jea… kepala katil pun tak de… hahaha… hiasan dinding apatah lagi…. Biarlah bilik togel gitu janji tak de hutang… tilam dan katil beli yg harga rm2k satu set… cuba bayang sekali beli 1set king 4 set queen dan 2 set single… hahhh! Meraung lah kat situ… hahaha
Kenapa buat
rumah cash? Tak sayang kat duit ke?
Bila kami
dah sepakat jual 4 aset sekali gus… kami takut duit hangus kena scam, jadi kami
cepat2 habiskan duit buat rumah lah… pastu ambil insurans kebakaran sebagai
ikhtiar utk menjaga rezeki yg Allah bagi ni.
Hasbunallahawanikmalwakil...
Kami nak capai tahap ini bukan sehari Dua... Tapi 13thn kami bersabar dgn hal2 kewangan... Langit tak selalu cerah.. kadang2 diuji dgn masalah kewangan.. kami diam.. kami berdoa pada Allah spy Allah ketemukan jalan penyelesaian...
Sepatah perkataan pun tak pernah mengadu kesusahan pada org tua... Satu sen pun tak mintak rolling modal dgn org tua...
Kami balik kampung disaat hati tenang yg tiada dibelengu masalah...
Jangan ada rasa hasad dgn pencapaian kami hari ini sebelum susuri perjalanan onak duri kami yang sebelum ini... Bab kena tipu dah terlalu lali utk di sebut2 sehingga ambil jalan berdiam diri dan hanya berserah pada Allah... sambil berkata "Biarlah Allah yang membalas.."
Aktiviti dihalaman rumah...
Semoga rumah ini jadi tempat ibadah yang selesa sementara menunggu mati... Amin3
No comments:
Post a Comment