Pages

Saturday, 8 October 2022

Stroke Haba - Nur Sufi Dhiahanna 9thn

 

Sue nak kongsi pengalaman stroke haba yang berlaku kat Nur Sufi Hadaina 2 hari lepas.. 



#the_sufi_sisters_and_aichan memang tak suka breakfast setiap pagi... Sebabnya... Mama dan ayahnya pun tak sempat breakfast pagi... Diorang pun terikut tak breakfast.. 

Biasanya sue akan paksa diorang minum segelas air masak setiap pagi. Pagi khamis ada perhimpunan yang lama di sekolah sebab ada pertunjukkan Bomba.. 

Apa  yang dekna cerita kat sue... Dekna minta izin dgn ustaznya utk minum air.. tp ustaznya tak bagi... Yea.. Sue faham... Ustaz ya tak bagi sebab tak budak2 berkeliaran.. Kalau bagi sorang minum air... Nanti semua hilang drp perhimpunan tu.. Sebab semua pelajar akan ke kelas Masing2 utk minum air... Nak kumpul balik pelajar bukan senang... Yea sue faham... Tapi... Tapi... Tahu tak akibat tak minum air yg cukup di bawah panas terik mentari? Stroke Haba... Stroke Haba... 

Dekna balik dari sekolah pagi... Dekna cakap tak nak pegi sekolah petang sebab penat katanya.. Sue bagi lah dia tido sejam.. Pastu kejut dia utk ke sekolah sesi petang..... Dekna menangis tak nak pegi... Sue pun suruh dia rehat dan tidur sampai ke petang... 

Malam ada training ping pong... Baru start training sejam.. Nafas dekna laju sangat... Bawak ke klinik.. Doc tak boleh kesan sakit ape.. doc terus buat surat refer ke hospital.

Sue bawak ke hospital.. sue explain Aktiviti dekna bermula drp pagi - malam...  Doc terus cakap "stroke haba".. Doc masuk air dalam badan sebotol... Alhamdulillah kelajuan nafas dan nadi kembali kpd normal.

Dekna Masih lagi dalam tempoh pemulihan.. Dekna tak boleh buat Aktiviti lasak.. kalau dekna lasak sikit... Terus nafasnya jadi laju.. semoga kesihatan dekna kembali normal dan dekna dapat buat Aktiviti lasak spt biasa.. Amin3... 

13 Oct 2022.. perhimpunan sempena Maulidur Rasul.. pihak sekolah telah menggalakkan murid2 bawak botol air masing2 ketika perakan sebagai alternative untuk mencegah Stroke Haba..

Terbaik SRA BBST!!!



Jom kita belajar tentang stroke haba supaya kita beringat dan lebih berhati2..



Info Sihat oleh YB Dr Izani: Strok Haba | Heat Stroke

Malaysia mengalami pemanasan global atau fenomena ekuinoks 2 kali setahun (Mac dan September). Pendedahan suhu yang tinggi memberi risiko mendapat heat stroke (strok haba), iaitu suhu badan meningkat melebihi 40.5 oC. (Suhu normal 37 oC). Golongan yang berisiko ialah kanak-kanak (<5 tahun), ibu hamil, ibu menyusu dan golongan tua (>65 tahun).


Tanda-tanda strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu yang panas, denyutan nadi yang pantas dan boleh menyebabkan sawan, koma serta kematian. Dehidrasi yang teruk menyebabkan kegagalan buah pinggang, otak, jantung dan hati.

Tips bagi mengelakkan strok haba ialah banyakkan minum air, lebihkan masa berada di dalam rumah (hadkan aktiviti luar), mandi, membuka kipas/pendingin hawa dan memakai pakaian yang ringan/longgar. Semasa berada di luar, gunakan topi/payung dan memakai losyen yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB. Segera ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut sekiranya mengalami simptom strok haba.

Doa Ketika Cuaca Panas :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ، مَا أَشَدَّ حَرَّ هَذَا الْيَوْمِ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ

Maksudnya : (Tiada tuhan melainkan Allah, Alangkah panasnya cuaca pada hari ini, Ya Allah Ya Tuhanku Jauhkanlah aku daripada panasnya neraka jahannamMu

Penulis ialah EXCO Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan

No comments:

Post a Comment