Ingat pesan mama dan ayah yea kakak..
Setiap jawatan yang di pegang.. pasti ada tanggungjawab.. setiap tanggungjawab adalah AMANAH.. AMANAH ni sangat berat.. kakak kena latih diri untuk disiplin diri sendiri sebelum mendisiplinkan rakan taulan.
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Jawatan yang di Amanahkan.. bukan untuk dibanggai... Tapi kakak kena pegang sesuatu jawatan utk melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan menyelesaikan setiap tugasan dengan jayanya... Kakak... Ingat pesan mama... Jadilah seperti pokok Padi.. semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Kakak seorang jadi seorang Leader kat sekolah... Bukan seorang boss tauu..
mama minta tolong sangat... jangan malukan cikgu... jangan hampakan kepercayaan cikgu.. jangan sia2 kan peluang yang cikgu beri ini... ingat tau!!! peluang yang baik takkan datang berulang kali...
setiap masalah... setiap cerita... pasti ada jalan penyelesaian... berbincang dengan cikgu jika hal berkaitan di sekolah... berbincang dengan mama dan ayah... jika berkaitan dgn hal peribadi dan hal luar sekolah.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا٢١﴾
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kalian pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (rahmat) Allah dan (balasan baik) pada Hari Akhirat, serta dia juga menyebut-nyebut dan mengingati Allah sebanyaknya (ketika masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab: 21)
ingat kakak... bila kita berada dibarisan hadapan... iaitu barisan pemimpin... kita akan berdepan dengan pelbagai kritikan yang pasti mengguris hati... maka... kakak terus mengingati Allah dan Rasul... lalu menyebut "HasbunallahawanikmalWakil... Cukup lah Allah tempat aku bertawakkal..."
Tanggungjawab dan Tugas Pengawas
Ketua Pengawas
1. Memastikan aktiviti Lembaga Pengawas berjalan dengan lancar.
2. Memastikan ahli Lembaga Pengawas menjalankan tugas yang telah ditetapkan.
3. Mempengerusikan Mensyuarat Lembaga pengawas
4. Menyelia aktiviti Lembaga Pengawas
5. Mengadakan perbincangan dgn Exco Tertinggi utk membuat tindakan yang melibatkan
kepentingan semua pengawas.
6. Mengetuai segala upacara rasmi Lembaga Pengawas.
7. Menjadi lambang kecekapan Lembaga Pengawas
8. Mnjadi teladan dan panduan kepada ahli Lembaga Pengawas dan pelajar lain.
Penolong Ketua Pengawas
1. Menjalankan semua tugas-tugas Ketua Pengawas sewaktu ketiadaan beliau
2. Membantu Ketua Pengawas dalam pelbagai aspek Lembaga Pengawas
3. Membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan ahli Lembaga Pengawas
4. Menjadi teladan kepada ahli Lemabaga Pengawas dan pelajar lain.
Setiausaha
1. Membuat urusan surat menyurat berkenaan Lembaga Pengawas
2. Menguruskan Mesyuarat Lembaga Pengawas
3. Menyediakan Minit Mesyuarat
4. Membuat laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan
5. Memastikan pengurusan Lembaga Pengawas didokumenkan
6. Menyediakan jadual bertugas pengawas
Bendahari
1. Menyimpan rekod kewangan Lembaga Pengawas dengan baik
2. Mengutip bayaran yuran bulanan, dan lain-lain bayaran setelah mendpt keizinan dari guru pengawas.
3. Menjadi penasihat kepada Ketua Pengawas dan Pen. Ketua Pengawas.
4. Menyerahkan rekod kewangan kepada guru penasihat bila diperlukan.
5. Memastikan keadaan kewangan Lembaga Pengawas dalam keadaan stabil.
Disiplin
1. Membantu pihak sek. dalam menguatkuasakan Peraturan Sekolah.
2. Menjalankan pemeriksaan terhadap pelajar .
3. Berbincang dgn pljr yang bermasalah dgn cara diplomasi.
4. Memastikan disiplin pelajar dalam keadaan terkawal bagi membentuk persekitaran yang harmoni.
5. Mengetuai Spot Check
Pengawas
· Mengawal disiplin pelajar.
· Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
· Menjaga imej dan nama baik sekolah.
· Membantu guru,
· Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
· Mematuhi peraturan sekolah.
· Memimpin rakan-rakan pelajar.
· Mencegah kes jenayah di sekolah.
· Menghormati guru.
· Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
· Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
· Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
· Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
· Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
· Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
· Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
· Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
Terima kasih cikgu Hafirah sudi kongsi video terindah ini utk tatapan di hari kemudian... :)
No comments:
Post a Comment