Kenapa sue pilih playschool pada usia 3thn?
ada 3 kebaikan yang sue nilai..
- Mengajar Aichan untuk mengawal emosi ketika berkawan. Kanak2 di taska suka berkawan.. suka bermain bersama... dan jarang sangat berlaku pengasingan diri. InsyaAllah, bila anak2 berada dibawah didikan yang betul... anak2 akan tahu untuk menyelesaikan konflik ketika berkawan.
- Kelebihan kedua, Anak kita akan belajar bergaul dengan kanak2 ikut usianya... belajar berkomunikasi dengan rakan seusia nya... kita kena pastikan anak2 kita berada di dalam kelompok yang betul untuk perkembangan usianya 3thn, jangan berada di dalam kelompok sekolah rendah sebab takut berlaku pembulian... jangan berada di dalam kelompok bayi sebab takut terbantut perkembangan sebagai kanak2 usia 3thn.
- Kebaikan ketiga, mengajar Aichan untuk mendengar arahan dari guru ketika berada dalam kumpulan seusianya. latih diri berdisiplin ketika belajar bersama2... melukis... menulis... menyanyi... bercerita.. hafazan2 surah pendek ketika berada dalam kumpulan. Aichan akan mengenali byk kumpulan... iaitu kumpulan adik beradik... kumpulan playschool... kumpulan ibubapa... kumpulan guru...
- Kebaikan keempat, dapat mengesan tahap perkembangan anak Speech Delay dan Autism lebih awal.
bagi cikgu yang berpengalaman dalam pendidikan awal kanak2... cikgu akan maklum pada ibu bapa tahap anak2 ketika berada bersama rakan seusianya. kebanyak ibubapa yang sibuk bekerja keluar lepas subuh balik lepas maghrib, kadang2 keje lebih masa... tak akan sedar anak2 nya autism melainkan atas maklumat cikgu. pernah sue dengar, seorang doctor gigi terkejut bila guru tadika maklumkan padanya.. "Doc... anak doc ada sikap kelainan dari kanak2 yang usia 6thn.. Doc kena bawak check up tahap perkembangannya dengan doc pakar". bila result keluar... alangkah terkejutnya... anak seorang Doc gigi ada ADHD.
Hari ni hari pertama Aichan sekolah.. semoga Aichan seronok di sekolahnya.. umur baru 2thn 10bulan.. tapi dah mintak nak gaya hidup seperti kakak2 nya. Nak pergi sekolah jugak..
Sue hantar Aichan ke sekolah tadika permata ixora. Alhamdulillah.. hari pertama sekolah sue tawakkal pada Allah.. semoga Aichan serasi lah dengan cikgu2 nya...
Sue dan Asben hantar jea kat Pagar.. terus balik cepat2... Tak nak tengok dramanya..
Alhamdulillah.. follow up dgn cikgu di wasap... Cikgu nya cakap.. nangis sekejap kat luar.. pastu masuk kelas dan mula berkawan... Syukur Alhamdulillah..
Setiap kali #the_sufi_sisters_and_Aichan cecah usia 3thn... Sue memang betul2 dlm dilema... Nak teruskan hantar ke babysitter.. atau ke playschool.. kalau hantar ke babysitter anak sue akan jadi seperti kanak2 umur setahun.. suka merangkak.. menangis macam bayi umur setahun... Asyik merengek sepanjang masa.. paling parah tak nak bercakap... Menangis melalak dulu baru cakap nak ape ..
Nak hantar ke playschool... Kena pilih betul2 sekolah yang bukan rojak... Kena pilih playschool yang asingkan budak2 transit dan budak2 tadika.. kalau tak... Sistem sekolah tu cacar merba... nak2 kalau cikgu bertugas tu sorang jea...
Memandangkan... Aichan Masih lagi berpempers... Acap kali sue pesan kat cikgu ...
"Cikgu... Kalau Aichan berak dalam pempers.. cikgu wasap lah saya... Nanti saya dtg cuci... Kesian cikgu nak membasuhnya..."
"Ishh.. tak pe.. itu memang keje kami..."
Alhamdulillah.. Lega rasa hati ni bila cikgu bagi jawapan spt ini... sangat jelas cikgu2 bertanggungjawab dengan tugasnya... semoga tadika ini terus maju jaya... Amin3.
sesi memujuk ke sekolah pada hari kedua...
baju sekolah pakai dalam kereta laaaa... hahaha...
bukan senang untuk seorang kanak2 beralih tempat...
Beeya, Aichan, Dekna... beriap ke sekolah..
kakak demam last minit...
punyalah lama cuti... malam hari pertama sekolah jugak yang dia demam...
No comments:
Post a Comment