Pages

Monday, 30 August 2021

Daun Serai Kayu atau Daun Samok untuk Nasi Kerabu Original Kelantan



Serai Kayu atau Daun Samok.. Luar dari Kelantan ramai yang tak kenal ulam ni... Bila pegi ke nursery pokok.. Diorang akan offer pokok daun salam atau daun Bay. Kalau korang nak tahu pasal daun ni.. rasa dan bau daun serai kayu ni lain sangat dengan daun salam.. Sue yang memang dibesarkan dalam keluar peniaga nasi kerabu selama 33thn terdedah dgn bau daun serai kayu...  Jadi sue dpt beza antara bau daun serai kayu dan daun salam. Anak pokok hanya ada dijual nurseri di Kelantan dan Terengganu jea.. 


Ulam ni adalah ulam utama dlm ulam nasi kerabu, atau laksam selain daun kesum, kacang pjg. Tapi kan.. Selama 16thn Sue kat pantai barat ni... Sue tak pernah jumpa petani jual daun ni.. Asben sue kenal daun tenggek burung jea.. Rupa sama dgn daun serai kayu... Tapi rasa lain..



Di Klang Valley ni.. Semua pengusaha nasi kerabu dan laksam jadikan kubis sebagai ulam utama.. Original nasi kerabu di kelantan gunakan kubis dan kacang panjang sebagai ulam sampingan dan dihiris nipis utk cantikkan ulam. Itu yg rasa nasi kerabu di Selangor tak akan sama dengan nasi kerabu di Kelantan kerana perbezaan pilihan ulam nasi kerabu di Selangor ni.. Semua ulam yang tak berbau wangi... Ulam sekadar ulam.. Lebih parah lagi letak kobis purple dan carrottt aduuuhhh... Ngeng3... Kubis purple tu tak de rasa dan tak ada bau wangi... Carrot tu.. Potong halus pun tetap rasa keras.. Sebab sifat carrot tu kan kerassss... Korang Tahu takkkkk.. Bau daun serai wangi tu sangat special.. Baunya akan buat aroma nasi kerabu sama sebijik di klate. Ulam nasi kerabu main peranan penting utk rasa original nasi kerabu.. 



Pokok serai kayu ni kena selalu potong.. Potong ala2 pokok bongzai.... Nanti keluar pucuk daunnya hijau muda utk dibuat ulam... Daun tua warna hijau tua... Kena rajin letak baja lebat kan daun. 


Kalau Sue teringin nak makan nasi kerabu tapi tak sempat nak buat nasi kerabu sendiri... Sue akan petik pucuk, mayang halus dan tabur atas nasi kerabu yg beli kat kedai.. Waaaa... Sedap nya... 😁 😁 😁 😁 

3 comments:

  1. nama pun xpenah dengar, serai wangi biasa. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang luar kelantan terengganu tak kenal daun ni...

      Delete
  2. thunder titanium lights at Tioga Casino
    thunder titanium lights citizen super titanium armor at Tioga Casino. Tioga Casino is a Native mens titanium rings American Casino titanium earrings hoops in Las titanium properties Vegas, Nevada. Click here for info and ford edge titanium 2021 great benefits.

    ReplyDelete