Pages

Friday, 31 January 2020

#the_sufi_sisters_and_aichan di Madinah 2020



Bila kita plan nak buat umrah... Maka itu bukan suatu istirehat buat kita... 
Persediaan mental dan fizikal ketika solat di Majidil Haram dan Masjid Nabawi sangat penting... Tambah lagi bagi yang bawa anak2... Fizikal dan Mental kena kuat!!

Nak2 bagi pasangan yg berdikari macam kami ni.. Kena kuat sepenuh masa... Sue pegang kata2 mutawif.. Jgn tunggu sakit baru mkn ubat... Sakit tekak sikit jea terus makan panadol 2 biji... InsyaAllah... Bila kita sihat.. Kita tak mengganggu jemaah yg lain.. Memang lah sakit itu penghapus dosa.. Tp kita kena ikhtiar utk sihat spy kita dapat beribadah dgn sempurna dan dpt jaga anak2...

Kat madinah suhunya cecah 4'c.. Sejuknya sampai ke tulang...

Ketika di Majidil Haram.. Kami dapat solat bersebelahan dgn tempat lelaki.. Dapat masuk pintu yang sama.. Tak ada masalah untuk bawa anak2.. Biasanya sue mintak kakak jaga Aichan.. Dekna jaga beeya.. Sue dan Asben solat berjemaah jika Aichan tak meragam.. Kalau Aichan menangis mengantuk... Sue akan suruh kakak.. Dekna.. Beeya yg solat berjemaah... Setiap kali Asben selesai solat berjemaah.. Asben akan datang kat sue tanya dah solat ke belum... Kalau sue tak sempat solat berjemaah.. Asben akan jaga Aichan.. Sue solat sendirian..

Bila di masjid Nabawi.. Kitorang terpaksa bergilir utk solat dalam masjid Nabawi.. Lelaki wajib solat berjemaah... Confirm lah sue kena solat bersendirian... Cuaca terlalu sejuk.. Ruang solat perempuan terpisah jauh dgn lelaki... Kalau sue nak solat berjemaah di masjid nabawi... Dari pagar masjid sampai ke dalam masjid Nabawi Sue kena dukung Aichan tak boleh bergilir... Cuba bayang.. Jika sue dpt masuk dlm masjid Nabawi.. Tiba2 tak dpt solat sebab Aichan meragam.. Sue nak kena beratur keluar tu dah cukup utk senget bahu.. Nak heret #the_sufi_sisters lagi... Huhuhuhu.. Tak lepas.. Tak lepas..

Jadi, kami ambik keputusan utk bergilir dlm hotel.. Tak boleh tunggu dab bergilir di dataran masjid.. Sebab cuaca terlalu sejuk dan kering.. Nanti badan anak2 jadi dihidrate... Setiap waktu solat mesti solat dalam masjid. Bila azan Asben pegi solat berjemaah.. Sue dan anak2 tunggu dlm bilik... Asben dah siap solat bergegas balik bilik utk tukar shift... Hehehe...

Setiap kali habis waktu solat.. Mesti balik hotel utk tukar pempers dan paksa diorang ke tandas.. Buang apa yg patut... Yg ni kena betul2 disiplin...

Rasulullah Saw sudah jelaskan... Solat wanita yg lebih baik adalah di bilik... Tetapi.. Kita sebagai hamba Allah yg sentiasa merasa diri banyak dosa... Jadi kita akan sentiasa mencari tempat solat ygpahala yang berganda.. Asalkan tidak melampaui batas.

Bagi ibu2.. Atau nenek yang tak ada tanggungjawab... Bila pegi ke mekah dan madinah... Cuba lah solat berjemaah sepenuh masa di kedua2 masjid yg berakah ini dalam apa jua keadaan... Kerana.. Lagi kita bersusah payah.. Lagi banyak pahala.. InsyaAllah..
hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud yang menyatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

صَلاَةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلاَتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهَا فِي بَيْتِهَا
Maksudnya: “Solat seorang wanita di rumahnya adalah lebih baik daripada solat di halaman rumahnya dan solat di bilik tidur / bilik persendirian adalah lebih baik daripada solat di rumahnya”.
(Hadis riwayat Sunan Abi Daud, No. 570)
(Imam Nawawi menilai sanad hadis ini adalah sahih mengikut syarat imam Muslim)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Ummu Humaid Al-Sai’idi iaitu isteri kepada Abu Humaid datang bertemu Nabi SAW dan berkata:

يَا رَسُول اللَّهِ إِنِّي أُحِبُّ الصَّلاَةَ مَعَكَ، فَقَال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قَدْ عَلِمْتُ. وَصَلاَتُكِ فِي بَيْتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي حُجْرَتِكِ، وَصَلاَةٌ فِي حُجْرَتِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي دَارِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي دَارِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ، وَصَلاَتُكِ فِي مَسْجِدِ قَوْمِكِ خَيْرٌ لَكِ مِنْ صَلاَتِكِ فِي مَسْجِدِ الْجَمَاعَةِ.قَالَ : فَأَمَرَتْ فَبُنِيَ لَهَا مَسْجِدٌ فِي أَقْصَى شَيْءٍ مِنْ بَيْتِهَا وَأَظْلَمِه ، فَكَانَتْ تُصَلِّي فِيهِ حَتَّى لَقِيَتْ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ
Maksudnya: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya aku suka solat bersamamu. Baginda menjawab: “Sungguh aku mengetahui bahawa engkau suka menunaikan solat bersamaku, akan tetapi solatmu di bilik tidurmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di bilikmu, dan solatmu di bilikmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di rumahmu, dan solatmu di rumahmu adalah lebih baik dibandingkan solatmu di masjid kaummu, dan solatmu di masjid kaummu lebih baik dibandingkan solatmu di masjidku” kemudian Ummu Humaid meminta didirikan masjid (tempat solat) di tempat paling tersorok dan paling gelap di bilik tidurnya. Maka, beliau solat di sana sehingga bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla".
(Hadis riwayat Imam Ahmad, No. 26550)
(Hadis ini dinilai sahih oleh Imam Ibnu Hibban)


Banyak kelemahan pengalaman yang lepas.. Kali ni kami sgt berhati2... Kami bawa periuk nasi.. Beras wangi utk buat bubur.. #the_sufi_sisters_and_aichan memang tak berapa suka mkn beras basmati... Diorang ni.. Dpt mkn bubur kosong tu... Nikmat lah diorang... Malam terakhir di Airport madinah... Dekna rela makan bubur kosong drp makan nasi ayam mandy... Huhuhuhu.. Bagus dekna.. Syabas... Penjimatan yg macam ni sgt dialu-alukan... Nanti Kita menabung lagi.. InsyaAllah dpt buat umrah lagi... Amin3..

Perkara yg wajib.. Vitamin utk sekeluarga. Bukan setakat Vitamin utk anak2... Vitamin utk sue dan Asben sekali... Haaaa... Hambek kauuu... Nak pastikan semua sihat dan boleh uruskan anak2... Ikhtiar biar lebih...
Buka takut mati.. Tp elak kan diri drp menyusahkan org lain...

Nak pergi ke raudah.. Jgn sekali2 pakai baju rambu rambai mcm ni... Pakai punjabi jea... Tudung segera
Kalau boleh.. Masa pegi ke raudah tu pegi lah berdua... Sorang tolong depa kan tangan bagi ruang utk kawan solat dulu.. Pastu bergilir.. Cara ini dapat elakkan diri dari kena pijak.... Takut2 time sujud org arab jatuh atas belakang kita kita boleh menyebabkan kemalangan maut atau cedera tulang belakang... 

Jgn sekali2 diet kat sini.. Nak2 dtg bawak anak ramai... Makan biar kenyang.. InsyaAllah.. Badan jadi sihat... Baru lah boleh urus anak2 dgn aman...

Kulit kena jaga betul2.. Kena rajin sapu lotion.. Mandi losyen terus.. Cuaca kat mekah dan madinah.. Panas kering.. Sejuk kering..

Baju anak2 hendaklah lain dari kebiasaan org Arab.. Warna pink.. Tujuannya spy mudah kenal.. Sepanjang di madinah #the_sufi_sisters pakai baju pink ni sebagai jaket kat luar..baju tidur belah dalam...  Org sekeliling mudah kenal diorang ni anak2 kami.. Ada masa tu... Sue beriktikaf di masjid dari asar hingga Isyak.. Beeya suka berlari ke tempat Asben dan ke tempat sue solat... Tiba2 org arab tak nampak beeya.. Dia dtg kat sue.. Buat isyarat tangan.. Mana sorang lagi? Hahaha... Sue tunjuk... Ada kat Asben... Dia pegi intai kat Asben sambil senyum... Haaaa... Betul beeya ada kat Asben.

Kami tak join aktiviti bas... Tak nak anak2 penat.. Sepanjang di madinah dan mekah.. Kami cuma ulang alik hotel dan masjid... Sekali sekala singgah di pasaraya bin daud utk beli jajan anak2... Itu pun Asben cakap...
"Kat sini cepat betul waktu solat..."

Sue gelak... "bang.. Ooo bang... Bukan waktu solat kat sini cepat... Kita selalu solat asar lambat... Pukul 6. 30pm solat asar... So.. Kita rasa waktu zohor tu panjang"

"ayg perli abg.."

Muahahaha..

Ingat satu perkara... Bila pergi umrah bersama suami dan anak2... Kita tak boleh nak enjoy dan  Seronok nak beribadah dgn kengkawan... Kita kena sentiasa dgn keluarga kita... Bila ke masjid Kena pastikan suami dpt solat berjemaah... Isteri jaga anak2.. Sekiranya anak2 seronok bermain... Kita solat berjemaah sekali... Kalau Aichan menangis... Kita mengalah... Tak perlu nak bergaduh suami isteri utk kejar pahala... Kerana Allah lebih mengetahui berapa byk pahala yg kita dpt dalam setiap keikhlasan beribadah. Ibaratnya.. Setengah org bekerja keras menggunakan kudrat... Berpeluh dari pagi sampai ke malam.. Tapi hasilnya sedikit... Setengah orang.. Kerja sedikit spt org yang kerja dalam ofis2.. Tapi hasilnya banyak.. Begitu lah Ibaratnya... Pahala kita hanya Allah yg tahu...

Latih anak2 dgn tanggungjawab Masing2...
Kakak kena sentiasa galas bag kasut... Hik2.. Ajk selipar.  Dekna pegang kad bilik... Beeya?kalau tak meragam tu dah satu rahmat... Huhuhuhu










Bila anak2 dah pegang tanggungjawab.. Baru lah kita boleh jalan lenggang kangkung sambil melibas abaya madinah ni... Ngeng3... 


Ada gaya lady boss tak? 
Dikelilingi 3 org personal assistant.. 











Nampak tak diorang pegang handbag Masing2... Dalam tu diorang kena jaga accessories Masing2.. Dekna jaga kad bilik... Kakak bahagian ajk kasut.. Muahhahaha... Keluar jea bilik.. Dia mesti galas bag utk letak kasut.  Hik3








Amboiiii chan.. Kemain citarasa yea.. 
Usha anak org arab Kew... 
Berangan free chan oiiii... 

Semoga kita sama-sama dpt menunaikan umrah lagi... Amin3... 





No comments:

Post a Comment