Pages

Monday 30 December 2019

Rakaman Asma Alhusna 99 di studio UNIC


Telatah #the_sufi_familly #the_sufi_sisters di musin cuti sekolah December 2019..











Awal bulan December 2019.. Kakak dan dekna mintak sue beli kan kereta remote.

Sue tenung tajam mata diorang sorang2.. Sambil jawab.. Boleh!! Tapi dgn syarat..

Kakak dan dekna terkejut sambil bertanya.. "apa syarat nya?"

"korang kena berdakwah.."

"haaaa.. Berdakwah??? Mcmana tu? Kitorang kecik lagi lah mama..."

"Nak berdakwah tak perlu tunggu dah tua bangka... Masa kecik lah kena berlatih buat kerja2 yg berfaedah.. "

"okey.. Kitorang akan ikut cakap mama.."

"tugasnya sgt mudah.. Korang kena hafal asma al husna dgn gaya gerakan terjemahan yang mudah ingat.."

"Apaaa????"

Muahahaha.. "Nak kereta remote tak?"

"Naaakkkkkkkk..."

"Jom berlatih..."

Korang ni tahu mintak jea.. nak itu.. Nak ini... Cuba belajar buat perkara yg berfaedah sikit...

Plan asal.. Sue nak hantar diorang kem di masjid  sepanjang cuti sekolah... Tapi.. Bila di pikir balik.. Tak pe lah.. Sue luangkan masa 1 bulan utk mengenali.. Mendidik anak2.. Dan merasai aktiviti seorang suri rumah.

Setiap hari sue akan latih diorang nasyid 3 kali pagi.. 3 kali petang.. 3 kali malam... Lebih kurang mcm tu laaa... Pada mula Sue rasa tak mungkin diorang dpt hafal 99 nama2 Allah Masa rakaman nanti.. Tengok pada gaya diorang tu.. Confirm akan tengok kertas masa buat rakaman...

Alhamdulillah..  2 minggu sebelum rakaman.. Diorang dah hafal keseluruhan..

Hari ni dah siap buat rakaman di Studio UNIC...

Sekarang sue tengah survey kereta remote kat lazada utk tunaikan janji... Murah sikit... Ngeng3.. Alaaa.. Bagi mainan yg Murah2 jea.. Diorang tu nak lepaskan gian jea.. Perasaan ingin tahu tentang kereta remote jea.. Lepas main 3 hari kang... Bosan lah tuuuuu....

Terima kasih yang tak terucap pada cikgu2 sekolah Pra Jais Sepang kerana mencukil bakat Nur Sufi Dhiahanna.. Terima kasih lagi sekali pada cikgu ain (cikgu nasyid) dan cikgu Neesa selaku guru kelas 6 Gemilang.. Yang tidak jemu dgn kerenah mengada2 dhiahanna.. 😁


Semoga cikgu2 PRA Jais diberkati dan diredhai Allah di dunia dan di akhirat.. Amin3 




No comments:

Post a Comment