Pages

Wednesday, 27 November 2019

Cable Car terpanjang di dunia, Phu Quoc, Vietnam

World's Longest Cable Car the Ride - Phu Quoc, Vietnam

Okey... Sue nak cakap kannn.. Kalau korang dtg sini tak naik cable car memang rugi besar.. Mulanya Sue takut nak naik.. Seghiau nak naik sebab cable car tak berhenti kat stesen.. Dia cuma perlahankan utk naik dan turunkan penumpang.. Sue takut tercicir anak2 jea.. Tp Asben yakin boleh.. Sue pun ok jea laaa...

Bila tengok cable car tu dari bawah.. Hadoiii.. Halusnya tali.. Takut putus laaa... Memang mengucap panjang lah sepanjang lah nak naik cable car. Sekali bila dah naik.. InsyaAllah.. cable car tu stabil dan kukuh.. tak terhuyun hayang pun..

1 cable car boleh muat 30 org penumpang... Memang besar... Ini cable car kedua yg sue naik selepas naik kat Langkawi pd tahun 2007..













Memang nak tercabut nyawa naik benda ni.. Ingatkan sekali jalan jea Naik cable car.. Turun di 1 pulau utk istirahat di tepi pantai utk lunch.. (pakej termasuk)... Tp kitorang tak berani nak makan.. Sebab tak yakin halal.. Alhamdulillah.. Sue bawa travel food yg panaskan guna air mineral shj.. 

Setiap diorang offer makanan.. Dekan akan tanya.. Halal tak? 

Travel meal tengah mendidih tu.. 
Nampak plastik bag travel meal tu tengah kembang sebab wap panas.. 


Sue cakap kat Asben.. 

"abg.. Ayg dah beli travel meal.. Tak perlu masak kalau nak makan kat luar.. Panaskan guna air mineral jea.." 
Asben jawab.. "canggih sangat teknology Malaysia boleh panaskan nasi dgn air mineral..." 

Rupa2nya..  Pack pemanas yg digunakan tu sama spt teknik nak bekukan ais krim baskin roobin... 

Dah siap makan boleh lah main pelampung atas laut tu... Kitorang tak mandi pun sebab leceh nak tukar baju anak2.. Masa yg dibagi cuma sejam jea.. Lebih baik lepak santai2 jea menikmati suasana pantai drp habiskan masa dgn tukar baju. 






Dah selesai main pantai.. Balik semula naik cable lagi sekali..

Trip ni ada singgah kat muzium penjara..  Kat sini kitorang tak turun van.. Sue Google penjara ni.. Alamak.. Tak sampai hati sue nak tengok keadaan penjara diorang.. Kejam sungguh diorang menguruskan pesalah.. Kalau betul2 buat kesalahan besar spt membunuh ok la.. Kalau org tahanan difitnah.. Aduhhh... Kesiannya.. Gambaran Penyeksaan diorang dlm penjara boleh buat sue trauma berminggu2... Lebih baik rehat dlm van yg ada aircond jea laaa... 

Keluar pagi balik petang... 

Sampai jea resort terus masak Maggie.. 

Dah siap makan Maggie semua terjun kolam malam buta... 

Sue pulak layan Aichan dalam resort sampai Aichan tertido... 

Sblm tido masak pulut makan dgn sardin dan serunding daging... 

Cash yg kitorang bawak memang khas utk sewa kereta shj.. Nak membeli jajan kat luar pun was2.. Sebab tak ada tanda halal Vietnam pun.. Ke vietnem ni tak ada agensi halal ke?.. Wallahuaklam.. 

Jadi.. Korang yg plan nak dtg sini... Bawak lah jajan byk2.. Bekalan mesti cukup... 







No comments:

Post a Comment