Demi biya... kakak2nya kena tuisyen di hari sabtu.
pada pendapat sue la... budak2 sekolah rendah tak perlu tuisyen sebenarnya... ibu bapa cuma perlu pantau buat homework sendiri kat rumah. setiap hari ibu bapa perlu monitor anak2 buat latihan paling sikit jawab 10 soalan setiap malam.. hari ni matematik jawab 10 soalan... esok bahasa inggeris jawab 10 soalan... begitu lah seterusnya...
buku latihan yg dijual kat kedai buku semua ada jawapan... lepas anak jawab soalan.. kita akan buat semakkan jawapan betul ke tak? kalau salah kita bagi penerangan... andaikata.. ibubapa tak pandai nak bagi penerangan tentang matematik... mintak anak bawak buku latihan matematik ke sekolah.. jumpa cikgu yang mengajar matematik.. mintak cikgu bagi penerangan. Nampak tak penjimatan ni.. duit dan masa tak habis untuk ulang alik hantar anak3 tuisyen.. ini adalah padangan sue sebelum ni...
memandangkan... Biya susah nak serasikan diri dgn persekitaran sekolah... sue terpaksa cari jalan penyelesaian. pikir punya pikir... tergerak dihati sue utk hantar semua tuisyen setiap pagi sabtu kecuali aisar...
Alhamdulillah.. perancangan ni berjaya..
biya nak belajar..tapi.. biya nak kakak dan dekna dalam 1 kelas... aduhhh..
kakak sepatutnya kelas utk tahap 2... dah terpaksa dok sekelas dgn dekna dan biya... kalau kakaknya dok dikelas tahap dua.. biya akan tunggu kat luar keras membatu hingga lah kakak masuk kelasnya.. aduh mak aiiii...
Jadual baru dihari minggu setiap Sabtu..
sue akan keluar hantar diorang tuisyen dan breakfast..
ayahnya jaga aisar sambil buat keje2 rumah... hehehe
iron baju... kemas rumah... sambil basuh baju... sambil buaikan aisar...
lepas hantar diorang tuisyen... jeng jeng jeng...
sue, asben dan aisar.. keluar breakfast bertiga sambil membeli bahan basah utk masak dihari minggu..
Alhamdulillah...biya dah makin banyak bercakap..cuma sebutannya tak jelas lagi...
Tahun depan.. Kiraan ikut tahun biya 4thn.. Kalau kiraan ikut bulan 3thn 2bulan..
Terlalu kecil utk sekolah...
Andaikata.. Biya tak nak sekolah lagi tahun depan.. Tak de lah sue risau sgt.. Sebab biya dah tuisyen bersama kakak2nya.. Sekurang kurangnya biya ada pengetahuan tentang basic persekolahan..
Tata.. Titi.. Tutu...
No comments:
Post a Comment