Pages

Thursday, 18 July 2019

Me'Nate - Steak Daging Wagyu



Steak Daging wagyu... 
Satu set ni rm290.. 
Order 2 set.. 1 utk sue dan 1 utk client sue...
Asben ambik set ayam sebab tak makan daging.. 

Cerkira.. Cerkira.. 
Tambah rm150 lagi utk 1 set steak ni.. Dah jadi harga korban.. Arghhh...

Sue tak tahu apa itu daging wagyu.. Kalau daging ayam.. Dgn daging kambing.. Boleh lah sue beza kan...  Bila dah makan tu.. Gigit daging jea daging rasa lembut.. Wowww.. Memang beza wei.. Bezaaaaaa... 

Sebenarnya.. Semua orang mampu mkn daging wagyu ni.. Nak2 utk merasa sekali seumur hidup setiap makanan halal yg Allah ciptakan... Tetapi ia diketegori Membazir dan kehidupan yg mewah jika tiap2 hari makan daging wagyu sehingga tak berminat utk daging lembu biasa.. Sebab harganya terlalu mahal..

Daging wagyu tak ada bau lembu langsung.. Tak pasti lah sebab dah di bekukan punca hilang bau.. Atau dah di perap juga punca hilang bau.. Yang paling tak sangka.. Inilah satu2 nya jenis daging yg sue makan tak masuk celah gigi.. Dan tak sembelit.. Hehehe

Dah lama sue ajak Asben utk try mkn kat sini..
Alhamdulillah... 18 Jul 2019 jadi Rezeki sue dan client dpt mkn daging wagyu kat Me'Nate.. Syukur3  

Dah kenyang tersandar.. Asben tak bagi sue bayar.. Cepat2 Asben pegi bayar.. Sebab harga nya boleh buat sue terkejut beruk.. Muahahaha




Kenapa daging Wagyu tinggi harganya $$$. Fakta yang ke-2 ramai tidak tahu.

Kenapa daging Wagyu tinggi harganya?

Jika anda mencari daging lembu yang terbaik di pasaran, anda mesti memilih 100% Fullblood Wagyu Beef. Ini merupakan baka 100% Wagyu asli tanpa dikacuk dengan baka lain.

Ciri ciri daging ini mempunyai tekstur marbling yang tinggi (lapisan lemak tak tepu di antara dagingnya), rasa yang penuh nikmat, dan khasiat kesihatan yang lebih baik berbanding daging daging yang lain. Oleh kerana kualiti ini yang tiada pada baka lembu lain, lembu ini diternak khas dan dikawal pemakanannya agar berkualiti tinggi dan harganya agak tinggi berbanding daging komersial yang lain.
1.Tekstur Marbling yang menakjubkan.
Daging Wagyu terkenal dengan tekstur marbling yang unik. Marbling ini memberi rasa yang penuh nikmat juga meninggikan nilai potongan daging tersebut. Marbling adalah petunjuk pada kualiti daging wagyu.

Semakin banyak marbling, semakin tinggi skor marbling dan semakin tinggi harga potongan daging tersebut. Marbling adalah lapisan lemak di antara daging yang memberikan rasa lemak dan enak apabila dimasak kepada daging tersebut.

Marbling juga membuatkan daging ini cair dimulut dan lembut apabila dimakan.

2.Faedah kesihatan terbaik.
Daging lembu Wagyu mempunyai faedah kesihtan yang baik. Nisbah monounsaturated fatty acids (MUFA) dalam daging ini adalah lebih tinggi daripada jenis lain. Kandungan MUFA yang tinggi membantu mengawal dan mengurangkan kolesterol LDL tanpa mengurangkan kolesterol “baik” HDL.

Ia juga dikatakan dapat meningkatkan metabolism, lebih mengenyangkan berbanding daging lain, tiada kolesterol, mencegah penyakit barah (kanser) dan juga membantu kawalan insulin (sesuai untuk penyakit kencing manis atau diabetes).

3. Keunikan.

Sememangnya 100% Fullblood Wagyu Beef adalah kategori potongan daging mewah. Ini kerana, kuantiti daging ini hanya boleh didapati secara terhad. Sebagai contoh, daging wagyu dari ladang ternakan Blackmore Wagyu Australia, hanya 30 ekor lembu wagyu disembelih sebulan untuk pasaran seluruh dunia termasuk Malaysia.

Hanya satu pembekal sahaja dilantik di Malaysia untuk pasaran di sini. Bayangkan stok yang masuk ke Malaysia terhad dan stok yang sama dibahagi bahagikan antara restoran dan hotel.

4. Penjagaan yang sangat teliti.
Ternakan lembu Wagyu ini memerlukan penjagaan khas dan kesabaran. Baka khas ini dilahirkan dengan ‘marbling gen’ iaitu komponen unik DNA untuk membentuk tekstur marbling  pada daging.

Untuk pembentukan yang sempurna, ternakan ini dibesarkan dengan teliti, mengurangkan tekanan terhadap ternakan sebanyak mungkin, dijaga oleh penternak yang pakar, dan diberikan diet khas. Wagyu hanya diberi makan bijiran berkualiti tinggi, protein sayuran, dan makanan ternakan khas.

Diet khas ini menuntut kos yang agak tinggi berbanding ternakan lembu konvensional yang lain yang selalunya diberi makan jagung.

Rupa rupanya keadaan tenang, penjagaan yang baik dan persekitaran tidak stress adalah kunci utama pembentukan marbling yang baik.

Sue tak reti apa itu daging wagyu.. Pada sue simple jea.. Bau lembu itu daging lembu.. Bau kambing itu daging kambing.. Senangkan? 

Bila masuk Me'Nate ni.. Baru sue tahu harga berbeza mengikut jenis daging.. 

Asben rekeman ambik 2 set daging wagyu.. Siap makan tu.. Asben cepat2 bayar kat kaunter.. Dia tak bagi sue bayar.. Sebab harga nya boleh buat sue terkejut beruk kat situ.. Muahahaha


Daging Wagyu ni.. Memang jauh mahal dari harga daging biasa.. Sekilo boleh cecah ribuan ringgit... 
*********




Pertama kali sue jumpa client sue yang ni.. pada tahun 2005..

Masa tu sue buat sale medical naik bas.. Galas bag besar.. Masa naik turun bas Sue pakai selipar tumit nipis.. Bila sampai depan pagar hospital sue pandang kiri kanan pastu tukar pakai kasut tumit tinggi yg dlm bag. 

Jumpa client hospital pakai baju punjabi yg belajar kat KUSZA dulu.. Sebabnya sue tak pandai dressing ala2 sale rep.. Masa tu tak reti langsung pakai baju keje.. 

Naik teksi dari rumah emak kat kemahang turun di tanah merah.. Sampai tanah merah.. Tukar bas utk ke kota Bharu... Dah sampai stesen bas di kota Bharu.. Sue jalan kaki ke hospital . Sebab nak jimat duit rm5. 

Bila sampai jea kota Bharu.. .. Mesti sue cari client ni dulu.. Sebab client ni support dan bagi maklum balas yg positif utk org baru spt sue. 

Soalan pertama yg Sue terima dgn client ni dulu.. 

"you jual ventilator ni.. Ada teknikal support ke?" 

Sue tak tahu nak jawab ape.. Tulis kat buku nota.. Pastu Balik opis tanya boss soalan boss tu.. 

Boss gelak.. "jual alat mestilah ada teknikal support." . Hahahaha 

Sampai ke hari ni sue rasa lagi kebodohan tu.. Ngeng3.. 

Maklumlah.. Baru habis kat kusza belajar bahasa Arab.. Hafaz ayat Al Quran dan Hadis.. Tiba2 join company medical.. Mau tak sangap Mula2 tu.. 

ALHAMDULILLAH.. Allah bagi merasai nikmat daging wagyu..




No comments:

Post a Comment