Pages

Monday, 26 September 2016

Surat Wasiat di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang


Jom kita berfikir diluar kotak sejenak....



Ramai org ingat... asal jea ke pejabat agama... mesti masalah rumahtangga...
sebenarnya byk lg kemudahan yg disediakan oleh pejabat agama tentang hal2 berkaitan hak2 org islam...

Diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar; Rasullullah S.A.W bersabda:
“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diWasiatkan untuk tidur dua malam kecuali Wasiatnya sudah tertulis dan disimpan dibawah kepalanya.”
PETIKAN DARI SAHIH AL-BUKHARI (VOL IV P.1)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”
-Riwayat Ibnu Majah-

APA ITU WASIAT? Surat Perlantikan wasi untuk memudahkan proses tuntutan dan pentadbiran harta pusaka.  Hanya berkuatkuasa selepas kematian. penerima wasiat akan membayar hutang dan seterusnya mengagihkan baki harta kepada waris-waris si pewasiat.

Alhamdulillah... Allah gerakan tangan dan kaki sue utk membuat WASIAT... kerana mati tidak mengenal usia...

Puan nak buat wasiat?
Iye...
Siapa penerima wasiat?
2 anak perempuan saya shj utk buat masa ni... InsyaAllah penerima wasiat akan dtg menjadi 3 org...
Puan tak nak buat wasiat utk suami?
Suami saya sebagai pemegang amanah shj... sekiranya suami sy layak utk dpt 1/4... boleh lah sebab dikira sebagai harta sepencarian....

nampak muka org pejabat agama kepelikan sikit...hahaha

CONTOH ASET RUMAH
sue wasiatkan hanya utk anak2 shj... dan suami hanya pemegang amanah?

sekiranya sue meninggal dunia... lepas umur anak sue 18thn aset akan jatuh ke tangan anak2 perempuan bukan suami.. bukan ibu dan ayah sue... dan bukan adik beradik sue...

contohnya rumah teres skrg... Rumah dikira harta sepencarian... krn sue beli rumah atas nama sue... asben yg bayar bulanan... :)

selepas sue meninggal dunia... sekiranya suami berkahwin lain... emak tiri anak2 sue jgn perasan nak mengaku rumah yg sue tinggalkan itu haknya... emak tiri dikira sebagai penumpang bagai melukut ditepi gantang shj... hak milik rumah tu sebenarnya bukan hak milik suami tetapi hak milik anak2 sue... jika sue wariskan kan pada suami.... emak tiri kpd anak2 berhak utk tuntut mengikut faraidh... yg paling kesian adalah anak2 perempuan sue... dah lah hidup beribu tiri... rumah dirampas kuasa hak milik pulak... bila ditenung wajah anak2 ketika tidurnya... lebih baik sue mewasiatkan sebelum ajal menjemput sue...

bila wasiat sudah ditulis... hmmmm... si ibu tiri yg meterialistik akan berdepan dgn nasib spt dlm lagu nih... hik3









Contoh adik beradik pulak...
cuba bayang... sue meninggal dunia skrg ni.. secara automatik rumah skrg akan jd "cash". tiba2 adik2 beradik sue yg lelaki dan perempuan dtg menuntut hak pusaka... tang ting tung... tang ting tung.... ada yg mengatakan rumah sue skrg ni ada hak mereka... saudara sue masuk duduk sekali dgn anak2 sue membawa anak lelakinya... anak2 perempuan sue terpaksa hidup sebumbung dgn sepupu lelaki... terpaksa pakai tudung dan menutup aurat 24 jam... di mana ada keselesaan??? belum kira bab berselisih faham dlm rumah tu lg... jika kita mewasiat... adik beradik sue tak berhak utk menuntutnya... apatah lagi anak lelakinya....

Kedua2 contoh di atas adalah contoh semata2.. jgn korang imagine betul2 pulakkkk...

Kebajikan anak2 mesti dijaga selepas kita mati...


Perbezaan prosedur dan jangka masa yang ditunjukkan di atas, kita dapat lihat kelebihan yang diperolehi dengan membuat wasiat, di antaranya:

i) Dapat mengelakkan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan pertikaian keluarga dalam mencari pentadbir harta dan mencapai persetujuan bersama dalam pembahagian harta;

ii) Menjimatkan masa - semakin lama masa yang diambil, semakin tinggi risiko waris yang ada meninggal dunia, semakin rumit masalah yang bakal dihadapi.


ini yg paling bagus jika kita meninggalkan wasiat... ialah ada org akan membayar hutang kita jika kita mati mengejut.... zaman sekarang.. kita tak boleh lari drp berhutang... hutang kereta... hutang rumah... dlm lain2...

sue pernah jumpa org yg tak mahu berhutang....

Kes pertama : hidup di rumah sewa... setiap 3 thn rumah sewa naik sewa bulanan... hidupnya menjadi tertekan...belum kira bab kena halau dgn tuan rumah lg... dah terpaksa hidup berpindah randah... sedangkan sue beli rumah dgn bank... harga sewa beli dgn bank tetap RM650 seumur hidup...
jika Allah memberi kesempatan kewangan utk kita beli rumah flat... terus beli rumah flat... jgn pulak... kemampuan hanya utk beli rumah flat tp nak beli rumah Semi D... itu yg sampai ke tua tak boleh beli rumah....

Tak nak berhutang kereta... haram... pastu ulang alik kampung naik bas, kereta api, kapal terbang atau tumpang kereta saudara mara... maaf sue nak bertanya... syarikat bas beli bas itu cash ke? kereta adik beradik tu cash ke? kapal terbang itu cash ke? kereta api itu cash ke? semua berhutangkan???? maknanya org yg menumpang itu sudah membebankan ke atas org yg sudah terbeban.... dia cuma ingin selamatkan dirinya dr hutang... biar org lain berhutang... pastu dia guna kemudahan???? nak jadi mcm tu?

andai kata beli kereta cash la... paling mampu pun beli kereta yg bernilai RM20k cash... kereta yg berusia 9thn... persoalan sue... mampukah kereta itu utk bermusafir sehingga 9jam perjalanan ke pantai timur? belum kira jem musim perayaan boleh cecah sampai 20jam...

itulah pentingnya wasiat.... bila kita mati mengejut... ada pihak yg selesaikan hutang piutang kita... keje kita skrg ni... sediakan wang simpanan utk langsaikan hutang yg jenis sewa beli dgn bank...

Bersyukurlah pada org yg Allah Takdirkan dgn penyakit yg matinya mengambil masa yg lama.. iaitu penyakit kanser... strok... dll... golongan ini mempunyai masa utk selesaikan hutang piutangnya sebelum kematian... sedangkan kita yg sihat ni asyik berjalan ke hulu ke hilir.. makan dan minum dgn megahnya... lupa yg ada lg satu cara kematian yg sgt ditakuti... iaitu MATI MENGEJUT!!

Waktu Wasiat Sah Menjadi Milik Penerimanya
Wasiat itu tidak menjadi hak dari si penerima kecuali setelah pemberinya mati dan hutang-hutangnya dibereskan. Apabila hutang-hutangnya menghabisi semua peninggalan, maka orang yang diberi wasiat itu tidak mendapatkan sesuatu. Yang demikian itu karena firman Allah:                
مِنۢ بَعۡدِ وَصِيَّةٍ۬ يُوصِى بِہَآ أَوۡ دَيۡنٍ‌ۗ
[Pembagian-pembagian tersebut di atas] sesudah dipenuhi wasiat yang ia buat atau [dan] sesudah dibayar hutangnya....(Q.S. An-Nisa: 11).



PEMBAYARAN HUTANG:
Nabi SAW bersabda :- 
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين 
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud : 

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”. 

utk mengelak Roh kita tergantung... maka pemengang amanah mestilah org yg jujur...
jika kita tidak melantik pemegang amanah... atau penerima wasiat...
takut2... mereka lupa senarai hutang kita.... hutang rumah... hutang kereta... hutang bil tel... hutang tnb...
bila kita senaraikan harta... pewaris tahu di mana utk tuntut dan selesaikan hutang...


inilah kami... musim org cuti... kami masih lg bekerja...
anak2 sue... kecik2 dah di ajar bekerja...
memang kesian.... sambil2 balik kampung... kami akan penat sama2...
wlpn si kakak umur 5thn... si adik umur 3thn...
diorang tetap akan merasa penat lelah teman sue bekerja....
kadang2 kena angkat brg sekali... hahaha
bg kotak kosong jea... 

lepas sue habis kerja... diorang akan di upah....
beli mainan apa yg diorang suka..
kali ni diorang paw Lego rm50 sorang...
pawww duit ayahnya... tp buat keje mama punya... muahahaha..
kalu mintak upah dgn sue... jom masuk kedai RM2... hik3

makan sama2 selepas penat bekerja 
org lain seronok menikmati cuti... kami masih bekerja...
sudah menjadi lumrah dan prisip sue...
sue takkan bebankan ibu bapa sue atau mertua utk jaga anak2 sue diwaktu sue bekerja...

jadi... sudah semestinya... pewaris generasi kedua adalah Bidadari kecil kami...


Firman Allah S.W.T.:
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.”
SURAH AL-BAQARAH (AYAT 180)

Jika Aset Tidak Alih... contoh sue ada "Pawah Lembu"
Semua ternakan lembu itu.. sue wasiatkan khas utk org tua sue.... kenapa? sebab idea utk ternak lembu bermula di zaman sue bujang lg... tiada sangkut pauk dgn suami sue... hehehe..

***************
"Emak tak putus2 doa spy kak cik dpt anak lelaki.."
"tak pe mak... kalu dpt 3 anak perempuan... Allah jaminkan syurga..."
Image result for 3 anak perempuan surga
"kenapa emak nak sangat kak cik ada anak lelaki? sedangkan emak dah ada 3 cucu lelaki?"
"emak kesian... hasil usaha dan jimat cermat kak cik dan abg cik selama ni... akan jatuh ke tangan adik beradik yg lain jika tak ada anak lelaki... kita org islam kena ikut hukum faraidh.. bagi emak... org yg rajin patut merasai hasil kerajinannya... org yg malas patut merasai kemalasannya..."
"Ooo.... emak jgn risau... islamkan suruh kita buat wasiat... kak cik sudah wasiatkan semua kpd Daina dan Hanna... lepas bayi perempuan dlm perut ni keluar... wasiat tu akan ditambah lg... kak cik dah buat kat Pejabat Agama Islam Daerah Sepang... bila wasiat dah ditulis... pembahagian mengikut Faraidh dah terbatal... adik beradik dah tak boleh tuntut lg... :) kesemua anak perempuan kak cik tak perlu bersedih dan bersusah payah utk memperjuangkan hak mereka selepas ni..."
"oooo... kalu buat wasiat tak perlu ikut faraidh ke?"
"Faraidh akan dilaksanakan sekiranya org yg mempunyai harta tidak sempat mewasiat sebelum meninggal dunia.."
"Laaaaa... Emak ingat... kalu tak ade anak lelaki... harta mesti jatuh ke adik beradik lelaki belah perempuan... kalu mcm tu... beranak lah ramai2... tak kisah lah lelaki ke... perempuan ke.... emak pun nak buat wasiat jugak lah... emak nak buat sama rata jea... tak kiralah anak lelaki ke... anak perempuan ke... bila kak cik nak balik? kita pegi pejabat agama sama2.." hahahaha


ini contoh borang wasiat di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang...
nak submit borang ni RM318 shj...
setiap penambahan dokumen aset dan dokumen pewaris tidak dikenakan bayaran...

kalu korang buat wasiat dgn swasta boleh cecah ribuan ringgit mengikut nilai aset yg korang ada....
part yg paling tak best.... consultant private ni akan kira nilai aset kita... haaaaa... itu yg tak best tu....
kalau buat kat PAID-sepang... kita cuma serahkan dokumen yg nak diwasiatkan shj....


ini satu lagi contoh pengajaran yg boleh di ambil iktibar...

Kenali hati budi ahli keluarga anda... 

Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya...iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki...bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya..

Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Mari kita berfikir akan kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah, adikberadik tak pernah menjenguk, apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan membeli sebuah rumah teres. Tak lama kemudian, si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank, sebuah rumah dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada, isteri dan anak2 tak lah susah mana, ada tempat bergantung, ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.

5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 org anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan, adik beradik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki, so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

8. Tak sampai seminggu si mati meninggal, datanglah adik beradik bertandang kerumah, siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid, bahagian utk isteri, anak2, ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit, lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih, dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran. Kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu, atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10. Nak cari mana 150k? nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut rumah dijual, dapatlah bahagian sibalu dan anak2 dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat mustahil dpt cari rumah baru.

Bermula lah episod merempat si anak2 yatim, berpindah randah, menyewa situ sini, jgnkan sibalu, si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri, duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris. Harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali. Waris2 semua lesap lepas dpt bahagian masing2.

Walaupon berhak pada harta simat tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri..ya tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum, tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum.

Jika kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni berubahlah dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

Ambil pengajaran saudara saudari, sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar, bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh, wajib bg walinya mengikut turutan wali sebelah simati menyediakan nafkah utk anak simati. Kalu tidak diambil peduli, menanggunglah diakhirat kelak.

Hukum faraid itu sgt adil dan indah, diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya, kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn  diberi juga kepada adik beradik simati? Jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

INGAT YEA..! dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru, shopping atau melancong dulu, tapi tunaikan dulu tanggungjawab si anak yatim.

Wallahu'alam

Copy/paste

sekian sudah perkosian tentang wasiat...
yg baik itu wajib diikuti... yg buruk itu wajib diabaikan....
tata.. titi... tutu...







No comments:

Post a Comment