Pages

Sunday, 20 March 2016

Oyen, Opok dan Utih

haaaaaa... ini dia 3 ekor pets tuuuu...

sekarang musim group wasap... tiba2 ada sorang jiran sue offer... sape nak anak kucing... dia hantar gambar yg kucing tu... bulunya comel tp bertahi mata.... tanya asben sue... asben cakap ambik lah ketiga2 ekor tu... kesian nk pisahkan...

bila kitorang pegi ambik.... alamakkkkk... anak2 kucing ni belum lepaskan susu.... kelengkapan kucing dah beli... bekas mobile kucing saje rm75.. makanannya rm20... pasir utk jambannya rm20...

time kitorang nak ambik.. ibunya marah... kalu kitorang tak ambik.... kesian jugak... sebab anak2 kucing ni demam... selsema... dan sakit mata...

setelah berkejar2 dgn ibunya... kitorang ambik jugak anak2 kucing ni...
dah bawak balik rumah... dah siap cuci matanya...
asben ajak beli rumah kucing rm295...
haaaaa... terkejut beruk kejap....
mahal kotttttt...kalu kucing ni mati... tak ke membazir...
asben cakap... kalu kita tak sediakan tempat yg elok utk kucing ni... nanti kita berdosa krn menganiayakan dia.... terpaksa lah beli... tawakkkal jea lah kucing ni hidup ke tak....
malam2 buta... kitorang bergegas ke kedai jual perkakas kucing di Cat Zania BBST...

pastu beli botol susunya RM12, susu kambing utk kucing rm12, bekas utk air+makanan+ jambannya rm40... haipppp... tingginya kos bela kucing yea....

perut kitorang lapar tak yah cakap lah...maklumlah, baru balik keje...
 tp  kehidupan kucing ni kena settlekan dulu...
 tangan sue menggigil bukan sebab lapar... tp geli kat kucing... hahaha...

ni rumahnya dah siap pasang... Alhamdulillah... kucing2 ni selasa..
esokkannya... sue bawak jumpa doctor vaterina...
doc cakap... kucing ni demam.. selsema... dan sakit mata...
kena bagi ubat titis dan ubat makan....
utih dan opok pandai makan... si uyen merajuk tak nak makan...
doc cakap... bagi makanan kucing yg basah dlm tin... baunya lebih kuat...
Oyen yg tengah merajuk tu... sue letak kat depan hidungnya...
hahaha... oyen mula keluarkan lidahnya tak tahan terliur... 
Alhamdulillah ketiga2 ekor tu dah pandai makan....

Disiplinkan kucing berak dlm pasirnya: 
Tips yg pertama dari mak cik jual nasi di medan selera....
 kurungkan kucing tu kat atas pasir... biar dia berak sekali atau 2 kali atas pasir... InsyaAllah pasni dia takkan berak bersepah dah...

tips yg kedua drp doc veterina... boleh letak kucing dlm rumahnya... kalu dia berak bersepah... kena kutip tahi kucing tu... masukkan dlm pasir... air kencingnya kena lap dgn tisu pastu masukkan tisu dlm bekas najisnya... nanti kucing tu akan tahu kat mana kawasan najisnya.... 

InsyaAllah kucing2 akan disiplin....


ini kitorang didik Kakak & Adik sukakan binatang kesayangan Rasulullah...
sebenarnya... sebenarnya... sue sendiri tak riba kucing mcm ni... geli siukkkk...
tp ngan anak2 kena ajar lah kan... wakakaka
setiap kali nak cuci mukanya... sue akan bedung kucing tu... 
spy kuku kakinya tak kena tangan sue... hahaha..

kakak yg excited... firstime pegang kucing...



gelagat kakak pegang kucing... hahaha

adik yg cuba berani mcm kakak... tp gagal.... menjerit sebab geli katanya... hahaha



gelagat adik yg geli dgn kucing.. hahhaha

aduhaiii... sue.. sue..
org tambah staff dlm pejabat spy company lagi mantap...
engko tambah tanggungjawab kat kucing pulak yea... hahahha

tak pe lah.... moga2 bertambahnya Berkat dgn mengikut sunnah Rasulullah... Amiinnnn...


Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu..
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).”[HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhukuntukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.”Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci..
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)



No comments:

Post a Comment