ANGIN AHMAR
Pada satu ketika semasa Nabi Sulaiman A.S. di atas singgahsana kerajaannya di hadapan manusia, jin dan juga binatang, ia merasai bahawa ia berkuasa memerintah semua makhluk Allah di dunia ini. Dalam keadaan demikian itu, tiba-tiba datang satu Lembaga yang besar lagi dasyat rupanya. Nabi Sulaiman merasa takut dan gementar melihatnya. Lalu ia bertanya siapakah sebenarnya Lembaga itu dan apakah tujuan kedatangannya.
Lembaga itu menjawab, ia bernama ” Rihul Ahmar”. Satu penyakit yang merbahaya diantara lain-lain penyakit. Allah mencipta dirinya sedemikian rupa dan diberi kuasa mendatangkan kesakitan kepada anak-anak Adam. Ia boleh meresap di tubuh manusia seperti darah mengalir di dalam urat saraf. Tatkala Allah hendak memberi azab kepada sesiapa yang dikehendakiNya ia memberi kuasa kepadanya supaya masuk ke dalam badan. Jika ia masuk ke dalam otak hilanglah akal seseorang itu. Kalau ia masuk menerusi hidung maka akan lahir penyakit bengkak-bengkak, sembam dan sehingga binasalah keseluruhan anggotanya.
Mendengar itu Nabi Sulaiman memerintahkan mereka yang berada di sekelilingnya membunuh dan membakar Lembaga itu. Rihul Ahmar menjawab bahawa tidak ada seorangpun yang dapat menghalangnya berbuat demikian kerana Allah telah menjadikannya sedemikian rupa dan melanjutkan umurnya.
Kemudian Lembaga itu pun ghaib hingga ke zaman Rasulullah S. A.W. Telah diriwayatkan bahawa cucu Rasulallah Al-Hassan Bin Ali telah mengidap sakit rongga dan keluar darah daripadanya. Apabila Rasulullah dan sahabat-sahabatnya menerima khabar tersebut Malaikat Jibrail pun datang dan memberitahu bahawa cucu baginda itu terkena sakit Rihul Ahmar.
Bila ditanya tentang ubatnya malaikat Jibrail mengatakan ada, lalu ia ghaib sebentar kemudian datang kepada Rasulullah. Jibrail mengatakan bahawa Allah S.W mengurniakan satu hadiah doa yang mustajab kepada sesiapa yang membacanya satu kali seumur hidupnya. Insyallah ia akan selamat daripada penyakit Rihul Ahmar.
Rasulullah pun membacanya untuk cucunya. Tiba-tiba ia sembuh ketika itu juga dan bangun berdiri dalam keadaan yang cukup sihat.
Rasulullah telah bersabda kepada sahabat-sahabatnya supaya mempelajari doa tersebut dan mengajarnya kepada umatnya yang lain supaya mereka mendapat manfaat serta terpelihara diri dari serangan penyakit Rihul Ahmar (Angin Ahmar). Insyaallah.
Minggu lepas adalah satu mimpi ngeri buat sue... bila sue bersiap utk keluar keje... tiba2 terima panggilan dari menangis teresak2 dan pelat... sue amati suara itu... rupa2nya itu suara ayah kandung sue... sue terus menangis dan cancle 4 appoitment pd 22 oct 2015...
sue tel asben... sue tahu asben tengah sibuk utk settlekan closing tender... tp sue lebih kesian kan ayah... telefon asben... sue bercakap sambil menangis...
"abg... ayah kena stroke... kesian ayah..."
asben sue dengar... sue sebut "ayang"... sebutan tak jelas sebab sue menagis teresak2...
asben bergegas balik bawak kete mcm lipas kudung... sampai kat muka pintu... asben tanya...
"ayang ok???"
"arggggghhhhh... bukan ayang yg sakit... ayah kelantan yg sakitttttt..... hadoiiiii..."
sejam sue mengemas pakaian... tp tak kemas2... ke depan tak kena.. ke belakang tak kena... ambik bag pakaian tak kena... jemur baju tak kena.... dlm kepala sue, mustahil ayah sue boleh kena stroke..
sebab ayah sue seorang jaga solat dan selalu baca Al Quran...
tapi... sape lah kita utk mengata kan mustahil jika Allah sudah TAKDIR kannya...
pukul 1pm bertolak balik.... tiba2 abang kandung sue cakap nak tumpang sekali... kami dah sampai tol KLIA, patah balik ke bangi utk ambik abang ngah pulak... delay memang delay....
nasib baik adik sue otw balik kelantan...
bila adik sue sampai pukul 4pm... emak dan ayah berkeras tak nak ke hospital... nak berurut secara kampung... adik ipar sue tak hiraukan kehendak emak ayah sue... terus telefon ambulance... tekan darah sudah naik 186.. tak berani nak bawa masuk kereta...
sue pulak mintak nasihat dari kawan setaman sue yg ada pengalaman kena stroke... kak mek cakap, kena ke hospital dulu... turunkan tekanan darah baru berurut....
dalam kepala sue semua nak express... nak bawak ayah ke hospital private... adik sue dan suaminya pulak, ada pengalaman keje di hospital private.... diorang tak sokong bawa ke private sebab ini kes emergency... kes emergency lebih baik masuk hospital kerajaan katanya... kalau ke private... kes kritikal sgt akan tendang ke hospital kerajaan jugak...
sue takut ayah tak selesa... adik ipar sue pun explain...
kalau kes emergency yg melibatkan nyawa... pihak hospital kerajaan akan ambik tindakan cepat... kita nampak jea pesakit bersesak2 kat emergency.... doctor sentiasa pantau tekanan darah ayah sejam sekali.. kalau kita bawa ke hospital swasta... tindakan diorang pun sama jugak.... tp rugi sebab charges diorang melampau bagi pesakit yang tak ada insurans.... tambah lagi jika charges yg di kenakan tak berkaitan tp dimasukkan jugak dlm bil... kita nak ziarah dan jaga ayah ke kota bharu pun susah... kalau kat tanah merah senang nak ulang alik...
abg kandung sue bincang dgn doc... supaya percepatkan CTG scan otak... ayah sue dimasukkan ke ambulance utk scan di H.kuala Krai, abg kandung sue naik ambulance sekali tinggalkan anaknya kat kitorang... nasib baik lah Amru (anak sulung abg kandung) sue ni jenis yg senang dijaga.... tak menangis wlpn kena tinggal....
ini amru yg suka makan... hahaha..
suap jea.. dia bukak mulut... makanan tak habis dlm mulut... amru akan simpan makanan kat pipi...
haaaaa... gelembung pipi tu... hahaha
tergelak sue tengok asben jaga anak buah lelaki... asben cakap....
"haaaahhh! nak sangat anak lelaki... nak tercabut kain sarung tak larat nak kejar amru panjat sana panjat sini...fuhhhh... anak lelaki memang lasak..." kikikiki...
pagi2 kami akan ziarah ayah....
abg kandung sue jaga ayah 24 jam di hospital... dia tak mintak pun bergilir2 utk jaga ayah...
penatnya tak pernah merungut...
ayah sue orang yg tak pernah sakit... tak pernah cek darah kat hospital...
tak pernah org ziarahnya dlm keadaan terlantar...
padanya... deman itu bukan sakit... setakat deman sikit2 tu...tido adalah ubatnya....
sekali terkena stroke... ayah memang sensitif...
setiap kali sue sampai ditepi katilnya...
Sue akan bagi salam.. "Assalamualaikum ayah..." (memberi salam adalah doa)
ayah terus menangis teresak2...
"ayah dah tak boleh buat keje dah lepas ni... "
"ayah... habis dah masa utk ayah keje... ni masa utk ayah berehat dan beribadat... skrg ayah tak perlu pikir pasal keje... tak perlu pikir apa yg org sekeliling cakap... dalam hati ayah... cuma ingat Allah, Rasul dan Zikir..."
abg kandung sue bawa ayah jalan2 di kawasan hospital...
3 beradik sentiasa bagi sokongan moral pada ayah...
sue, abg kandung dan adik kandung...
abang ngah mandikan ayah... ambilkan wuduk utk ayah...
ayah solat di atas kerusi roda...
saudara mara dtg ziarah...
tunggu ayah keluar wad... nasib baik lah ada katil hospital parking sini... dptlah asben dan anak2 berehat...
selepas 5 hari berada di wad... darah tinggi dah turun...
ayah dah boleh balik rumah utk berubat cara kampung pulak...
iaitu beurut...
Urut utk stroke...
idea ni dari adik dan abg sue...
Pakcu tu tabib cina... tersohor di klate pasal urut utk org stroke...
abg ngah uruskan solat hajat utk mohon pd Allah spy ayah kembali sembuh spt sediakala...
abg ngah buat mandian 6 jenis herba utk ayah... ini pakej dari tukang urut...
sebagai ikhtiar utk sembuh...
abe ngah sediakan tali senaman kaki utk ayah...
bila tengok pada pengorbanan abe ngah menjaga ayah disaat ayah sakit...
serius sue cakap... sue teringin sgt nak anak lelaki...
sue pikir... andai kami uzur sebelum temui kamatian... sekurang2nya...
ada anak lelaki boleh jaga kami nanti...
anak perempuan takkan mampu utk angkat seorang ibu dan ayah...
kita hanya mampu ingin kan itu... inginkan ini... segalanya sudah ditakdirkan oleh Allah...
apa pun... kami tetap bersyukur dikurniakan 2 puteri sebagai amanah...
HasbunaAllahawanikmal wakil....
Terima kasih untuk maklumat. Kami menyediakan pemulihan untuk pesakit strok. kita menggunakan dua kaedah iaitu gabungan rawatan fisioterapi dan akupunktur. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di 0124520077
ReplyDelete