Pages

Thursday, 3 September 2015

Wanita Dan Lelaki - Ada Tanggungjawab Masing-Masing..

Terdetik dihati.. tergerak jari jemari ingin menari di keyboard... memaparkan tentang...

DUHAI SUAMI FAHAMILAH ISTERI...
DUHAI ISTERI FAHAMILAH SUAMI...

Semalam sue ada borak dgn sorang sale rep medical yg dibuang keje... kesian sgt.. pd usia hampir 40.. dpt separuh gaji dari yg sebelum ni kerana kerja diluar bidang... berkhidmat utk syrkt selama 11thn... kereta dah lunyai utk jaja product sana sini... pastu dibuang keje begitu jea...

kita yg masih punyai rezeki ni... teruslah berdoa semoga diberkati rezeki itu hingga ke syurga...

hari ni sue tersentap lg sekali... bila keruntuhan rumahtangga sorang kawan sue... bila dengar luahan dipihak perempuan... semua menceritakan keburukan lelaki... bila dengar dipihak lelaki, semua menceritakan keburukan isteri... hanya Allah shj yg tahu siapa salah siapa benar...

kita yang punyai keluarga bahagia ni... bersyukurlah... bersyukurlah... bersyukurlah... semoga dgn syukur itu membawa kita ke syurga...

seorang kerani bergaji rm1500 kena sara anak 4 org.. isteri tak bekerja... perghhhh... besar sungguh dugaan keluarganya dlm menghadapi cabaran ekonomi skrg ni.... mesti anak2nya nak beli jajan rm0.30 pun kena marah... 100% ekonomi keluarga terletak dibahu suami...

sue tersentap dgn peristiwa rakan taulan... menjadikan sue muhasabah diri... melayari internet mencari kata2 hikmah... hingga lah terjumpa Page Kata Tok Guru...

1) Dipetik dari Page Fb Kata Tok Guru Link Kata Tok Guru
Hari ini, dalam zaman yang serba canggih, pantas, moden dan maju, hati kita turut tersentuh melihat
betapa ramai lelaki bernama suami telah lari daripada peranan sebagai seorang suami dalam erti kata
yang sebenarnya . Ramai isteri makan hati kerana suami seorang yang ego, panas baran dan tidak
bertanggunjawab.
Ingatlah... Tatkala anda memilih untuk menunjukkan ego sebagai seorang lelaki dan menyalahgunakan kuasa seorang suami dalam mendidik dan mendampingi isteri, maka anda sebenarnya telah melakukan pilihan yang salah. pilihan itu tidak akan membawa kepada kebahagiaan tetapi boleh jadi sebaliknya.
***********************
---> sue tak nafikan... jika isteri yang baik, suka mengalah... suami akan tunjuk sikat ego...
jika isteri yg panas baran... sudahnya dgn perpisahan...

Datin Tuan sabariah pernah bercerita bahawa semasa dia berkahwin dengan tok guru, dia tidak pernah melihat tok guru secara live kecuali melalui gambar sahaja. gambar tu pula, masa tok guru baru nak bertolak belajar ke India sedangkan ketika Tok Guru nak kahwin, umur tok guru sudah melepasi 30 tahun.

Semasa tuan Sabariah nak berkahwin, bapanya, Tuan Ishaq berpesan tiga perkara, kalau nak pastikan suami sayang;
1- Jaga tempat tidurnya
2- Jaga makan minumnya
3- Jaga pakaiannya.

cerita tuan sabariah, dia berusaha jaga tiga perkara ini, sehinggakan pernah tok guru cakap kat dia, "kita ni tua dah, tp rasa macam pengantin baru".

*****************************
semua isteri ingin menjadi suri rumah dlm dunia ni... semua isteri ingin menjaga tempat tidur suami... kalau boleh, suami balik jea rumah... nak selak kain kat pintu kereta lagi... bukan kat depan pintu rumah... itulah impian sorang isteri yg takut pada Allah... 

tp zaman sekarang... masalah kekangan ekonomi yg tinggi... kebanyakan isteri pilih jalan utk bekerja meringankan beban suami... boleh beli pakaian cantik utk pandangan suami tanpa meminta duit suami... bila isteri berkerja... tolak ansur dr pihak suami sgt penting... suami tak boleh nak harapkan layanan terlalu istimewa spt suri rumah... isteri balik kerja... kejar masa utk ambik anak2... bila sampai rumah... nak bukak tudung pun tak sempat... anak dah tunjuk taring manjanya sebab seharian tak jumpa... nak susu la... nk bukak karton la.. nak kencing berteman lah... terjerit sana sini... 
isteri sabar layan kerenah anak2... dlm kepala otak dok pikir, 
"mlm ni nak masak apa utk suami tersayang erk.... "

dok 5 minit suami balik... dgn rambut gerbang... dgn kembang gantung nak sambut suami...
org yg penat bekerja(isteri)... nak sambut org yang penat bekerja (suami)... camana tu?????
isteri ni... bila suami balik dgn senyuman... penat nak patah pinggang pun... tetap boleh riba kepala suami sampai ke subuh... biarlah kepalanya sandar kat dinding tandas time mandi sebab kepenatan... itulah istimewanya WANITA...

tolak ansur suami sgt diperlukan... pertama sekali... suami jgn harapkan isteri yg bekerja melayan seindah isteri suri rumah... kerana masa yg isteri bekerja tu terlalu sedikit di rumah jika dibanding dgn masa isteri suri rumah...

kalau isteri memasak... suami jaga anak...
kalau suami memasak... isteri jaga anak... mengemas rumah... basuh kain... kemas baju.... bla3..
maklum lah... sama2 penat bekerja... sama2 lapar... kena sama2 SABAR...

si isteri yg seharian bekerja utk membantu ekonomi keluarga (baru lepas kena marah dgn boss... kena hentam dgn client... kena halau dgn client..)...balik jea rumah dlm mental tengah tersungkur, terus kena pikir utk menjadi suri rumah pulak... terus pikir menu masakan... silap masak suami tak makan... terkurang garam suami marah...

pasal jaga pakaian pulak... hmmm... penat2 seorang isteri, dia tetap akan basuh dan kemaskan pakaian keluarga... jgn lah berharap sgt utk isteri pikirkan baju color apa utk suami pakai esok... sbb isteri pun pening kepala nak pikir pakaian keje utk esok...kalau salah fesyen kena kutuk ngan suami... pakai baju mcm badut... tudung merah, baju kuning, handbag hijau, kasut biru.... itu kutukan depan dalam rumah... masuk pejabat kena kutuk lagi sekali dgn bos... "ko pakai baju elok sikit boleh tak? tlg jaga image syarikat!!) sama2 keje.. sama2 lah pikir sendiri utk pakai baju ape yea... 

Itu lah teganya hati WANITA BERKERJAYA ni... kena hentam kiri kanan pun masih boleh bekerja spt biasa... 

bezanya masa seorang suri rumah dgn wanita yg bekerja ni...

SURI RUMAH - dlm kepalanya cuma pikir 3 perkara shj... 
1- Jaga tempat tidurnya
2- Jaga makan minumnya
3- Jaga pakaiannya.
so, si suami balik terus ke meja makan... terus bilik tido... bangun pagi esok terus hulurkan kaki utk isteri sarungkan stokin... siap!!

suami bekerja... isteri pun berehat utk simpan tenaga dan bergurau senda dgn suami mlm nanti... itulah rutin harian suri rumah...


ISTERI YG BEKERJAYA
dia kena pikir hal2 keje spt org lelaki keje...penatnya seperti org lelaki penat...kadang2 tak cukup duit nak isi minyak kereta  spt org lelaki pikirkan... pastuuuuuu... kena tambah lagi 3 perkara keje2 suri rumah tu... so, pikirlah sendiri... besarnya tanggungjawab sorang wanita yg bekerjaya... 

pesanan sue buat kaum adam... jika punyai isteri yg tidak pernah merungut "penat" lepas balik kerja dan mampu laksanakan keje2 suri rumah... maka beryukurlah... bersyukurlah... bersyukurlah....

so... pada kaum adam yg bujang... sebelum diijab kabulkan... solat istikoroh dulu... nak isteri suri rumah atau isteri yg bekerjaya...

pada yg kaum hawa pulak... pastikan bakal suami inginkan anda inginkan anda suri rumah atau wanita bekerjaya.. kalau nak yg bekerjaya... pastikan ada tolak ansur selepas waktu keje...

banyak sue perhatikan dlm fb... Kata Tok Guru yg no satu byk di "share" oleh kaum hawa...
Kata Tok Guru yg no dua... byk di share oleh kaum adam...

tiba2 tersentap dgn komen seorang wanita hamba Allah tu..
"hmmmm... semua laki dok tag kat bini masing2... korang wahai suami2... sudah sempurna ke laksanakan nafkah ZAHIR DAN BATIN utk isteri korang????

hambekk kauuuu... terus xde org tag dah letak tu... hahahaha

Lagu ini khas buat semua WANITA di dunia...

lagu ini khas buat semua LELAKI di dunia ini...

kenapa lagu WANITA dinyanyikan oleh lelaki?
kenapa lagu LELAKI dinyanyikan oleh wanita?

KENAPA?????????

kerana... kerana... kerana...

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan diantara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)

kerana... kerana... kerana.... hanya wanita yg mengagumi lelaki dan hanya lelaki mengagumi wanita...
kalau lelaki mengagumi lelaki... takut2... jd guy pulak yea... hahaha... begitu lah sebaliknya...


kalau isteri bekerja... suami kena doakan murahkan rezeki isteri jugak tauuu...
bagi isteri yg ada kemahiran... maka laksanakan kemahiran yg dikurnia oleh Allah dgn syukurnya...

suami isteri  balik rumah dgn senyuman ada tujuan...

haaaaaaa.... otak dah blues lah tu.... 

semua tujuan kerana Allah SWT...


cikidout duluuuuu...
pong... pong... bagi laluan... bagi laluan...












No comments:

Post a Comment