Wednesday, 22 February 2023
Mengaji Al Quran Berjemaah bersama The Sufi Sisters and Aichan
Alhamdulillah.. Bacaan Al Quran berjemaah memang buat anak2 seronok..
Daripada 2018 latih kakak dan dekna mengaji bersama sama.. Drp diorang menangis kerana kena paksa.. Menangis kena marah.. Baca AlQuran sambil teresak2 sambil sapu air mata kena marah sebab baca perlahan...
Bermula dgn paksaan sehingga menjadi kebiasaan.... Bermula dgn pelbagai alasan.. Sehingga lah mengaji dgn kerelaan hatinya...
Lepas solat maghrib kakak dan dekna akan susun rihal dan kerusi mengaji spt dalam kelas kat luar.. Diorang pun seronok sambil panggil ayahnya Ustaz.. Hahaha
Tuesday, 14 February 2023
Hari Kecemerlangan di sekolah Pra Jais BBST dan SKTS- The Sufi Sisters pada tahun 2023
Terima kasih cikgu Ida kerana calon Beeya utk menari... Terima kasih cikgu Adha kerana berjaya melatih Beeya utk berani di atas pentas... Ini memang sue sangat kagum.
Penerima Anugerah Kebersihan Terbaik.
Semoga beeya bertambah selera makannya... Biar nampak chubby sikit..
Beeya bukak semua coklat tu.. makan dengan kengkawan dia😁😁😁..
Amboiii... Kemain bergaya yea.....
Guru kelas sekolah agama tahun 5
Ini sijil masa pertandingan di MSSS 2022...
Kesian kakak... Sepatutnya sijil sama seperti Dekna sebab diorang tempat ketiga bersama... Tp kakak cuma dpt sijil penyertaan... Ini Kesilapan kat pihak pengurusan MSSS Sabak Bernam... Sue dah sampaikan Hal ni ke wakil Daerah Sepang iaitu Cikgu Ero... Harap2 ada lah rezeki kakak dapat sijil setimpal dgn hasil yang diusahakan.. Amin3...
Sue dah malas nak fight lebih2 utk Bab Hal keduniaan ni... Bila sue perhati kehidupan orang sekililing... Ada yg dpt PhD tp keje penghantar makanan... Ada yg hebat dlm sukan.. tp tak dpt masuk university.. pada sue.. kejar sesuatu Biarlah berpada2... Spy tak kecewa dimasa hadapan... Tapi.. jangan terlalu berserah diri tanpa berbuat apa2 sehingga ketinggalan zaman.
Ingat pesan mama wahai #the_sufi_sisters
Bersyukur lah pada Allah... Berserah lah Takdir rezeki pada Allah... Kita teruskan berdoa dan bertawakal..
Jgn sekali2 bangga diri dengan pencapaian hari ni... kehidupan ini seperti roda.. sekejap diatas... Sekejap dibawah.. nak dpt anugerah lagi... Kena usaha lebih lagi utk 2023... Sebab pemain baru semakin mantap skrg ni..