Pages

Monday, 22 April 2019

Hibah Amanah Bersyarat sebelum didatangi Malaikat Maut



Sue bukanlah punyai harta yg byk.. Bukan lah ada duit berjuta.. Tp jika tidak di hibah apa yg sedikit ini... Takut2 jadi pergaduhan.. Kerana kita tidak tahu sejauh mana tahap keimanan pewaris selepas kamatian kita.

Pernah tak korang jumpa.. "Org yang paling warak pakaiannya.. Itu lah paling tamak dgn harta pusaka.."


http://sueperbmama.blogspot.com/2016/09/surat-wasiat-di-pejabat-agama-islam.html

Entry sebelum ni sue ada menulis tentang wasiat... tp wasiat itu tak kuat rupanya... jika salah seorang pewaris tuntut di Mahkamat utk pembahagian ikut faraid.. maka gugurlah wasiat yg sue buat tu.


Membuat wasiat atau hibah.. Tak perlu harta berjuta.. Harta yg sedikit pun perlu buat hibah bagi mengelak waris yg hidup berkelahi yang mengundang iri hati... 





MasyaAllah... Siapa sangka kan... Kawan adik sue adalah perancang harta pusaka sue.. Masa adik sue dan Shahirah sekolah rendah dulu... Sue garang dgn diorang.. Garang mcm kak ros layan upin ipin.. Muahahaha.. 

Lafaz Qabul

Lafaz Ijab

Untuk lebih terjamin masa depan #the_sufi_familly ... kali ni sue labur kan utk buat Hibah Amanah di Pusaka Kuds Sdn bhd.. sebelum ni ada agensi offer buat hibah utk harta yg cash sahaja. kat pusaka kuds ni... hibah boleh dibuat kat harta yg masih ada loan dengan syarat ada MRTA. Zaman skrg mana boleh beli harta secara cash.. Kalau mampu beli sekali pun.. Hari ni kita bayar rm200k utk kedai secara cash.. Esok sampai lah lhdn datang utk buat pengiraan dari mana dtg nya rm200k.. Kebanyakan org kaya pun beli aset secara hutang pastu ambik MRTA.. 

Mengurus dan merancang harta adalah sangat digalakkan di dalam Islam. Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Umar : Rasulullah S.A.W bersabda:

“Bukanlah seorang Muslim yang sebenar yang mempunyai harta untuk diwasiatkan untuk tidur dua malam kecuali wasiatnya sudah tertulis dan disimpan di bawah kepala”

Sblm harta kita menjadi harta pusaka.. Lebih baik kita buat wasiat hibah amanah bersyarat.. bagi mengelak anak2 kita merempat terbuang akibat drp orang yg mengambil harta mengikut faraid tetapi tidak mengambil tanggungjawab menjaga anak yatim.

Ingat satu perkara.. sebelum kita ada anak.. gaji kita berapa sen sgt kan? cukup2 utk mkn, bayar kereta, bayar rumah sewa.. habis sebulan habis lah gaji.. dengan hadirnya setiap anak.. hadirlah rezeki kita berlipat kali ganda... disebabkan kecuaian kita.. sikap sambil lewa kita... kita mati tanpa membuat wasiat/hibah... ke mana mengalirnya rezeki yg hadir bersama dgn anak2 kita tu.. adakah anak2 kita masih dpt menikmati selepas kematian kita atau harta tersebut sudah mengalir kpd waris yg lain tanpa mereka merasainya...


Matlamat sue utk buat hibah amanah bersyarat.. utk mengelakkan anak2 meminta2... bukan tak nak bagi kepada adik beradik... adik beradik ada kudrat utk bekerja... jadi bekerjalah... anak yatim tak mampu bekerja.. kos pembelajaran pun tinggi... patut ke.. saudara mara joli katak dengan harta pusaka... sedangkan anak yatim terpaksa merempat di rumah anak yatim... harapkan sedekah dan sumbangan org ramai?? Terpaksa jual kelendar utk hidup di rumah anak yatim.. Akibat drp kecuaian ibu bapa dlm menguruskan harta sebelum mati.. 

bagi orang lelaki yang berharap harta pusaka.. pasti akan jawab... ehhh... hukum kata.. aku anak lelaki dpt harta byk... hukum faraid kata... anak yatim perempuan tak banyak dpt harta... itu dah takdir hidup anak yatim perempuan... nak buat macamana??? jika ada ahli waris bersikap begitu... cepat2 buat hibah amanah bersyarat. Kasihani lah anak yatim.. Kasihanilah penjaga harta anak yatim. 

Wasiat / Hibah - bukan kerja percuma di dunia ini.. Tapi ia merupakan pekerjaan yg hasilnya kita dpt di akhirat kelak "Pahala Senyap" . Kita sibuk bekerja kumpul duit utk "silent money" tp Kita juga boleh buat "silent pahala". Ramai org islam takut utk kaya.. Sebab takut di hari pembalasan kelak di soal oleh malaikat setiap harta yg ada... Andaikan kata.. Kita mati dlm keadaan sudah harta dihibah.. Itu bermakna kita mati dalam keadaan selesaikan perbalahan.. Lepas jea kita mati.. Automatik harta jadi hak milik si pewaris. Andaikata kita mati tanpa hibah.. Pewaris yg bau2 belacan pun turut berebut sekali menyebabkan kita terseksa dgn harta yg kita ada.

Ingat satu perkara!!! .. Hanya Org yg ada harta shj memiliki pahala sedekah.. Pahala zakat.. Dan pahala wasiat.. 

MASA buat hibah ni.. Sue tengah pregnant anak ke 4.. Dan dah scan dpt boy.. Sue tetap buat keputusan untuk buat hibah.. Sebab sue nak semua anak dapat sama rata.. Nak harta lebih kerja sendiri.. Sue tak nak anak lelaki berada di zon selesa.. Sentiasa berharap utk dapat lebih drp adik beradik yang lain.

KENAPA PERLU MERANCANG HARTA ANDA?


1. Supaya harta tidak beku - ingat tauuu... bila sijil kematian kita sudah sampai ke balai polis... secara automatik harta si mati sudah beku. contoh : jika si suami sempat mengeluarkan duit dr akaun isteri yg meninggal secara cash/transfer online selepas jam / tarikh kematian.. waris yang lain (adik beradik arwah si isteri) boleh dakwa si suami.

2. Hutang dibayar dengan cepat

3.Hak dan kebajikan waris terbela.

4. Supaya harta dapat digunakan oleh waris.

5. Harta dapat diuruskan dengan cepat dan mudah.

6. Harta dapat dipindahkan mengikut hasrat org mati

7 Hak anak bawah umur dan kabajikan anak kurang upaya terpelihara.

KITA KENA SELAMATAKAN HARTA HAK MILIK WARIS KITA.

- 80 Billion harta orang mati terbeku.
- Banyak hutang orang mati tidak dibayar.
- 900,000 Geran tanah masih nama si mati
- Akuan bank dan ASB beku setelah pemilik akaun meninggal dunia
- Waris bergaduh berebut harta pusaka
- Mertua bolot rumah dan duit arwah anak lelaki
- Isteri dan anak arwah dihalau dari rumah dan dibiar hidup susah.
- Bapa ambil semua harta pusaka arwah isteri dan mengabaikan anak kandung.
- Waris terpaksa bayar kos yang tinggi untuk menguruskan harta pusaka.
- Kereta dan motor tidak dpt diperbaharui cukai jalan kerana masih nama orang simati.


HADITH BERKENAAN :
"Tinggalkan anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan mereka meminta-minta."
Adakah hadith di dalam poster itu sahih?
Jawapan :
Ada hadith tersebut diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dalam Sahih Bukhari, lafaz Arabnya:
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُنِي وَأَنَا بِمَكَّةَ وَهُوَ يَكْرَهُ أَنْ يَمُوتَ بِالْأَرْضِ الَّتِي هَاجَرَ مِنْهَا قَالَ يَرْحَمُ اللَّهُ ابْنَ عَفْرَاءَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أُوصِي بِمَالِي كُلِّهِ قَالَ لَا قُلْتُ فَالشَّطْرُ قَالَ لَا قُلْتُ الثُّلُثُ قَالَ فَالثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ
Daripada Sa'ad bin Abi Waqqas radiallahu 'anhu, beliau berkata: Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam datang menziarahi ku ketika ku di Mekah. Baginda tidak suka untuk mati di tempat yang baginda berhijrah daripadanya. Baginda berkata: Semoga Allah merahmati Ibn 'Afra'. Aku berkata: Ya Rasulullah, aku mewasiatkan harta ku kesemuanya. Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Separuh? Baginda menjawab: Tidak boleh. Aku berkata: Sepertiga? Baginda: Ya, sepertiga, dan sepertiga itu sudah banyak.
إِنَّكَ أَنْ تَدَعَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَدَعَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ فِي أَيْدِيهِمْ وَإِنَّكَ مَهْمَا أَنْفَقْتَ مِنْ نَفَقَةٍ فَإِنَّهَا صَدَقَةٌ حَتَّى اللُّقْمَةُ الَّتِي تَرْفَعُهَا إِلَى فِي امْرَأَتِكَ وَعَسَى اللَّهُ أَنْ يَرْفَعَكَ فَيَنْتَفِعَ بِكَ نَاسٌ وَيُضَرَّ بِكَ آخَرُونَ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ يَوْمَئِذٍ إِلَّا ابْنَةٌ
Sesungguhnya jika engkau meninggalkan waris engkau dalam keadaan kaya itu lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta kepada manusia. Sesungguhnya engkau akan membelanjakan harta engkau dan ia akan sesungguhnya adalah sedekah hatta makanan yang engkau suapkan ke mulut isteri engkau. Allah akan memanjangkan umur engkau lalu orang ramai akan mendapat manfaat daripada engkau dan sebahagian orang (iaitu musyrikin) akan mendapat mudharat daripada engkau. Beliau tidak memiliki waris kecuali seorang anak perempuan.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Wasoya, hadis no: 2591].
# admin
Page Dr Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith

Hukum faraid jelas dan sempurna.. Yg tak sempurna nya ialah manusia yg menerima faraid.. Kenapa sue cakap mcm tu?

Contoh : kos proses naik turun mahkamah.. Waris mintak bayar sama banyak tidak kira lelaki atau perempuan.. Contohnya rm200 setiap adik beradik. Pembahagian Harta mengikut faraid byk pada pihak anak lelaki.. Cuba bayang.. Anak perempuan.. Itu kalau dapat harta sikit.. Kalau dah diwasiatkan itu ini utk anak lelaki.. Anak perempuan tak dpt apa pun.. Dah lah tak dpt apa.. Kena kongsi sama byk kos mahkamah pulak.. Kenapa kos mahkamah tidak mengikut faraid? Sepatutnya org yg terima harta jea lah yg bayar kos mahkamah.. nasib baik anak perempuan zaman skrg bekerja... boleh lah bantu bayar perbelanjaan mahkamah... bagaimana pulak nasib jika anak perempuan yg tak bekerja. dah lah tak dpt harta... kena mintak duit dgn suami utk bayar kos mahkamah pulakk. tujuan faraid yg Allah tetap kan spy tidak membebankan anak perempuan... jika tidak dpt harta.. maka tidak ada lah kos perbelanjaan mahkamah. jika sudah ada disekeliling kita.. ada sikap yang suka ambil tetapi tidak pandai mengeluarkan.. maka cepat2 lah buat buat wasiat Hibah Amanah bersyarat. kalau tak... kita ibarat spt mengabaikan hak yg sebenar...

Balas jasa.. Zaman skrg anak perempuan pandai cari duit sendiri.. Org tua akan berharap anak lelaki dan anak perempuan balas jasa mereka.. Maknanya.. Tidak kira lelaki atau perempuan.. Kena berbakti pada org tua..

Zaman dulu yea.. Anak perempuan tak ada pendapatan.. Harapkan duit suami.. Bila dah kahwin.. Ibubapa lepas tangan terus terhadap anak perempuan.. Zaman skrg tidak.. bukan mcm zaman dulu.. zaman dulu orang bangga dapat anak lelaki sebab boleh tumpang serba sedikit hasil titik peluh anak lelaki. zaman sekarang... ada sesetengah tu... rezeki anak perempuannya jauh lebih murah dari anak lelaki... jauh lebih kaya dari anak lelaki... orang tua pun tak rasa segan silu nak mintak duit dengan anak perempuan dah sekarang... contoh kawan perempuan sue, emaknya sedih anak perempuannya nak berkahwin awal, sebabnya.. dah kahwin dah tak boleh bagi duit kat emaknya dah... sedangkan anak lelaki ramai...

ada satu cerita lagi tu : anak perempuan jaga emaknya yg uzur.. pembahagian harta mengikut faraid.. harta dpt kat anak lelaki... boleh dikatakan tak ada utk anak perempuan, alasannya anak perempuan dah kaya. bukan ke.. dpt harta pusaka itu seiring dgn tanggungjawab menjaga org tua atau menjaga anak saudara yang yatim piatu sekiranya pewaris mengambil harta pusaka.

Apa itu harta Harta Batil? 

Dipetik dari fb 
Zie, Perancang Harta Pusaka 

As-Salihin Trustee Berhad

Harta batil...memakan atau mengambil hak orang lain...jom baca kisah2 benar

Kisah 1:
Ali mati mempunyai 5 anak...yg sulung lelaki....rumah pusaka masih atas nama si mati...rumah disewakan atas persetujuan semua dan setiap tahun buat kenduri adik beradik dgn duit hasil sewaan. Selepas beberapa tahun...tiada lagi kenduri adik beradik....duit pun tidak diagih pada waris...si abg hanya diam membisu....inilah dinamakan memakan harta batil...

Kisah 2 :
Hassan mati meninggalkan 2 anak dari isteri A. Dan 6 anak dari isteri B. Si isteri B mengagihkan harta si mati kepada anak2nya sahaja. Dan anak isteri A tidak mendpt hak mereka. Di sini isteri dan 6 anaknya sudah memakan harta batil.

Kisah 3 :
Jalil mati. Sebelum kematiannya beliau telah bercerai dan mempunyai anak tunggal lelaki. Penama KWSP adalah ibu Jalil. Selepas mengambil 100% duit KWSP Jalil..si nenek berjumpa bekas menantunya dan menyatakan arwah dah wasiatkan duit KWSP keatas namanya jadi katanya duit tu haknya...1 sen pun dia xakan beri pada anak lelaki tunggal simati. Si ibu si mati dah mengambil hak anak yatim....memakan harta batil...

Kisah 4 :
Haji Kassim mati meninggalkan 8 anak. Dan mempunyai 15 relung tanah bendang. Tanah diurus si anak sulung. Permulaan dgn persetujuan waris duit hasil sewaan tanah bendang rm12k setahun digunak utk baiki rumah pusaka. Selepas selesai baiki rumah pusaka...hasil sewaan si kakak tidak agihkan kepada adik beradiknya...bila ditanya katanya disedekahkan kepada masjid tanpa berbincang dgn adik2nya....Disini si kakak dah pun mengambil hak org lain....

Kisah 5 :
Anak sulung Haji Bakar mati dlm kemalangan dan meninggalkan anak bawah umur. Haji Bakar adalah penjaga harta cucunya. Semua duit cucunya Haji Bakar simpan di dalam Tabung Hajinya. Tanpa memberitahu kepada anak2nya yg lain. Selepas kematiannya...semua harta termasuk duit cucu di dalam tabung haji telah di agihkan kepada anak2 Haji Bakar. Di sini semua anak2 Haji Bakar dah pun mengambil hak anak yatim....

Kisah 6:
Milah kematian suami dan mempunyai seorang anak pompuan. Fuit insuran atas nama bapa si mati. Selepas kematian...puhak insurans telah membayar pampasan kepada bapa si mati. Ibu si mati telah agihkan duit insurans tu kepada suaminya...dirinya dan semua anak2nya tanpa memberi pada isteri si mati dan anak tunggal pompuan. Di sini adik beradik simati bukan waris faraid tapi dah mengambil hak waris faraid. 

Kisah 7 :
Hajjah Peah meninggal. Mempunyai 1 anak pompuan dan 3 anak lelaki. Salah sorang menantu perempuan telah mengambil periuk dan set pinggan mangkuk yg cantik tanpa pengetahuan anak2 simati. Di sini menantu telah mengambil hak org lain. 

Kisah 8 :
Haji Dolah mempunyai 7 anak....seorang dari anaknya suka meminjam wang dari Haji Dolah tanpa memulangkan semula...apabila Haji Dolah mati si anak yg meminjam duit hanya diam tanpa memberitahu pada adik beradiknya yg dia meminjam duit arwah. Hutang tersebut menjadi sebahagian dari harta pusaka si mati. Maka hidupnya berterusan dalam memakan harta batil.

Dan banyak lagi kisah2 yg saya perolehi dari Client2.
Disebabkan TAMAK...JAHIL DALAM FARAID...TIADA PESANAN ATAU WASIAT BERTULIS....

Waris memakan harta batil....bukan waris mendapat hak waris faraid. Semua nilah di panggil memakan harta batil.

Terus terang saya katakan terlalu ramai org kita hidup dlm memakan harta batil...HARTA HARAM...MAKA ROSAKLAH SELURUH KETURUNANNYA DEK KERANA HARTA BATIL...

Renung2...dan fikir2kan lah...
Allah membalas dosa memakan harta batil di dunia lagi. Jika keluarga anda selalu mendapat pelbagai musibah...duduk sejenak....renung....apakah anda TERGOLONG DALAM GOLONGAN MEMAKAN HARTA BATIL???
Jika ya...jangan malu...PULANGKANLAH HAK WARIS yg teranianya...
Balasan bukan hanya diri anda tetapi seluruh keturunan anda bakal menerima musibah...mungkin berat rezeki....mungkin mendapat sakit....mungkin berat jodoh...semua tu rahsia Allah....



Renung2 lah.. Adakah kita sudah adil sebelum kita berhijrah ke Alam Kubur?


Hamba yg hina ini.. Memohan maaf sekiranya sepanjang penulisan hamba ada yg terguris hati... 

Terima kasih auntie shira bagi hadiah baju kat aisar.. 


Thursday, 4 April 2019

Menu berpantang 2019


Menu berpantang ni mengikut kesihatan diri Masing2 . Setengah orang alah dgn telur.. Kalau makan telur nanti luka cepat bernanah.. Setengah orang untuk elak sembelit kena minum kopi..  Setengah org minum kopi boleh jadi sembelit... Jadi.. Setiap orang ada alahan Masing2..

Jangan ikut menu berpantang orang lain.. Ikut lah kekuatan diri sendiri.. Contohnya.. Emak dan kakak sue berpantang lauk dengan ikan selar kuning.. Sue pulak alah dgn ikan selar kuning.. Utk sembuhkan luka.. Hanya ikan haruan  Jea yg serasi dgn sue.

Korang nak berpantang boleh lah Google jenis lauk dan menu masakan.. Tp kena tengok pd keserasian dgn badan sendiri..  Kalau korang Google tentang menu berpantang.. tempe dan tauhu tak boleh dimakan... Katanya angin.. Tp sue makan jea.. Alhamdulillah.. Tak berangin dgn badan Sue.

Dalam tempoh 1 hinggi 10hari Sue cuma mkn nasi putih + sayur sawi + sup ikan haruan. Ramai yg viral ikan haruan bahaya.. Lendir nya boleh buat perut bersimpul.. Sini Sue nasihatkan.. Kalau nak makan ikan haruan.. Cuci ikan haruan bersih2 . Buang semua lendir dgn tepung gandum.. Sikit pun jgn ada lendir... Sue guna span basuh pinggang.utk buang lendir yg dah siap ditabur dgn tepung gandum. Sental mcm basuh kasut sekolah gitu.. Bila dah masak tu.. Makna isi ikan shj.. Jgn mkn kulit ikan sebab kat situ ada lendir.. Ini link Sup ikan haruan ..

Kat bawah ni menu selepas sembuh luka bersalin.. Iaitu lebih kurang selepas 10hari lah.

Sup brocoli + nasi putih + ikan bilis goreng.. 

Nasi putih + kentang goreng + sup kentang dan sawi.. 

Tempe goreng dgn bawang putih garing.. 

Sup sawi + tempe goreng + nasi putih

Kentang goreng dgn bawang putih garing.. 

Percubaan makan ikan selar singgang.. Gagal.. Tiba2 rasa sakit bahagian beranak.. Okey.. Stop!! 
Tauhu goreng dgn bawang putih garing.. Tabur garam atau lada sulah.. Memang sedap!! 

Ini nasi goreng.. Tumis bawang putih + garam... Hmmm... Sedap!! 
Aroma bawang putih yg menaikkan selera.. 
Pada masakan berminyak sgt penting.. Sue masak guna minyak zaiton.. Minyak bagus utk elak sembelit.. 

Masuk hari ke 20... Hmmm... Boleh lah curi ayam masak lemak yg Asben masak utk anak2 kannn.. Pahit tekak lah asyik mkn sup masin jea.. Errrr.. Sayur pun dah Tersangkut kat tekak dah tauuu... Kena tonyoh dgn sudu nak telan sayur.. Huhuhuhu 

Hari ke 21 - 30.. Boleh lah try masak lemak sayur... 

Hari ke 31 - 45.. Boleh lah makan semua makanan kecuali yg gatal dan pedas.. Sebab  takut beri kesan sampingan pd kulit baby bagi ibu yg menyusu badan. Lagi satu.. Tak boleh makan pedas sgt.. Takut baby cirit birit... Sebab perut baby masih lagi muda... 

sue dah boleh masak sendiri pd hari ke 10.. 



Emak sue dtg ziarah cucu barunya pd hari ke 14.. Terkejut tengok sue dah boleh masak sendiri... 

"hari ke 14 dah boleh masuk dapur... Org zaman dulu hari ke 14, muka pucat.. Jalan terbongkok pegang perut.." 

"org dulu2 tu mak... Lambat sihat bukan sebab sakit bersalin.. Tp tak cukup zat.. Mkn nasi putih.. Ikan kering.. Air kosong secawan 3 kali sehari.. Sepanjang 44hari..Mcmana nak sihat?? Mcmana tak jalan terbongkok2.. Nak berdiri pun berpinar mata sebab pening tak cukup zat dlm badan... Org dulu2 bersalin tak koyak . Sepatutnya 3hari dah boleh berjoget kat dapur dah Kalu ambik makanan berkhasiat mak oiii "


Okey.. Bye!! 
Try sikit2 menu baru.. Kalau badan boleh terima.. Esok try byk pulak... Muahahaha...