Alhamdulillah.. Rezeki yang tak disangka2 Aichan mewakili sekolah dalan pertandingan hafazan surah Alfatihah dan Annas serta terjemahan nya.
First Aichan bawak balik Kertas kena hafaz.. Sue ingat hafazan utk silibes sekolah.. Rupa2nya pertandingan ke Peringkat KAMIL SAN.. Allahu.. Sue gosok dada "Ujian Apakah yang sue dapat ni.. Nak latih budak yg tak reti duduk diam ni!!!" ππ.. Melompat drp sofa ke sofa.. Dibuat mcm mai. Trumpolin. Main basikal lipat dalam rumah.. Melipat basikal keliling rumah tu.. Tak yah cakap lah.
Nak tolak rezeki.. Sue sebagai ibu. Kadang2 kita tak nampak kelebihan yg ada pada Anak2.. Pada sue.. Pandangan cikgu tu lebih tepat laa.. Kalau cikgu kata Aichan tu mampu.. Maknanya mampu lah tu..
Ini lah cikgu akmar... Yg memilih Aichan utk wakil sekolah dalam acara Hafazan dan Terjemahan Surah Alfatihah dan Annas.
Bermula lah episode Sue buat hafazan dgn Aichan.. Aichan ni.. Dia boleh duduk diam bila ada ayahnya masa mengaji berjemaah lepas maghrib jea.. Tang lain... Hancusss... Jadi Sue layan lah dia.. Hafazan sambil dia melompat atas sofa.. Bermain basikal dlm rumah.. Sambil dia bergurau dgn kembar... Sue ikut jea sampai Aichan ingat.. Ok... Sue buat sampai Aichan hafaz shj.. Selepas tu.. Sue serah kat cikgu... Cikgu akan bentuk mengikut standard pertandingan lah.
Bila Aichan wakil tunggal... Iaitu persembahan perseorangan.. Ya Allah risau nya sue.. Kena jaga Kesihatan laaa... Kesian kat cikgu laaa... Penat2 latih.. Penat2 bagi kepercayaan... Tiba2 tak dpt hadir pertandingan.. Naye laaa.. Sue akan start kontrol la... Tak boleh makan Durian seminggu terakhir nak bertanding.. Tak bg main kat luar rumah.. Takut sakit tekak.
Kalau pertandingan berkumpulan.. Sue tak cuak tauuu... Bila wakil tunggal niπππtakut weiii.. Takut kecewakan byk pihak...
Tapi biar lah Aichan hadap sendiri situasi ni utk pengalaman pertama nya ke pentas. Cikgunya cakap... Aichan pendiam di sekolah.. Sue pun krik3... Pendiam kat mana pulakπππ.. Habis tu kat rumah buas macam ketam tu.. Melompat dr sofa ke sofa... Cuba bayang.. Utk keselamatan Anak2.. Sue tak letak coffee table depan sofa.. Memang bagi lapang jea utk diorang main.
Hari ni.. Semua ibu2 dan Cikgu2 tak berhenti berdoa utk anak2 menang.. Semua doa sampai kepada Allah yang Esa.. Yg tinggal hanya lah Rezeki menang itu hak milik siapaπ
Bila duduk dalam barisan menunggu giliran.. Cikgu ya cerita.. Aichan mengadu.. "saya rasa nak menangis.." aaaa.. Sudaaa... Ketar lutut Sue dengar oiiiii... πππ... 2 org lagi nak sampai giliran dia.. Dia cakap lagi kat cikgu "cikgu... Saya pening kepala la.." cikgu pun cuakkk laaaπ
Sue baru tahu.. Cikgu mawar cakap.. Aichan dan bieya Pergi sekolah awal setiap hari.. Jadi Bieya akan train Aichan setiap pagi sebelum sesi pembelajaran... Ya Allah.. Tak sangka betul.. Bieya betul2 nak adiknya menang... Disebabkan bieya ada sikap seorang kakak yg bertanggungjawab.. Bieya pun sue bagi hadiah jugak... π
Ini lah wajah seorang kakak yang byk bantu adiknya utk berjaya... Terima kasih Bieya.
Ini cikgu Adha..
Pernah melatih Dekna nasyid..
Latih bieya menari...
Alaaaa.. Lupa nak ambik gambar dgn cikgu kelas Aichan... cikgu mawar dan cikgu iffah...
Dekna... Dekna.. Dekna.. Nak tercabut Jantung nak didik dekna baca buku sblm exam. Dia punya tahap malas tu..
Asben Sue siap Cakap... "Dekna tak boleh sekolah agama.. Dia tak mampu bawak nanti.. Dia malas menghafaz."
Sue cakap.. "kita belum berada di garisan penamat lagi bang.. Peluang utk cemerlang masih ada.. Ingatan dekna ni kuat.. Cepat menghafaz.. Kita kena didik buang sikap malas dia jea"
Ujian bertulis UPKK ada 6 paper
Exam pertengahan tahun tu.. Siap ada gagal!!!
Exam percubaan dapat 4A
Exam akhir tahun... Markahnya lagi teruk drp exam pertengahan tahun.. Kena panggil dgn ustazahnya.. Dia malu sendiri..
Exam Gerak Gempur kali kedua dpt 6A (tak semua sekolah buat exam ni.. Sekolah Dekna ni.. Cikgu2 nya sangat rajin dan seronok tengok pelajar cemerlang)
Drp tahun 1 hingga tahun 4 dia kelas pertama.. Masuk tahun 5 dia turun kelas kedua.. Exam pertengahan tahun dia turun kelas 3... Dengar2 cerita nak turun kelas lagi tu.. Sue biar jea dia turun kelas.. Dekna mengadu.. Geng turun kelas semua muka sendu. Pastu ustazah pujuk laa.. "awak tak payah lah sedih.. Kelas no berapa tak penting.. Yg penting bersungguh exam upkk nanti.
Puas tekan.. Puas bebel... Puas marah... Puas bersilat... Stopkan training ping pong utk dia fokus kat UPKK..
Korang pernah jumpa tak budak perempuan.. Malam nak exam tido pukul 9malam di meja study? Tak kannn... Haaa.. Ni lah budak nya...
Hari ni Sue bebel.. Esok dia pegi sekolah.. Dia study last minit Setengah jam sblm exam dan dia dpt keputusan A.. Nampak tak... Dia boleh pegi kat akedemik.. Dia boleh dlm hafazan Tp malas nya.. Allahu... Allah saje yang tahu.. Sue tak nak dekna duduk asrama sebab Sue takut dekna hanyut dgn tido yg lena tanpa gangguan bebelan Mamanya.
Kengkawan nya semua pelajar cemerlang... Dia sorang jea kejap cemerlang.. Kejap tercorot... Tak consistant.. Pening Sue dgn budak ni... Malam nak exam.. Dia tido pukul 9pm.. Ko rasa??? ππ
Sue tercongok kat meja study tunggu dia nak ajar matematik.. Dia boleh tido!!! π
Pernah Sue ajar dia pasal jam dlm bhs arab sblm Exam percubaan.. Dia buat muka blur.. Mengantuk.. Tak fokus... Sue surrender... Sue cakap
"mama minta maaf.. Mama tak boleh ajar dekna selagi dekna bawa raut muka malas study kat mama.." keluar keputusan dapat C utk bhs arab.. 2 hari nak exam sebenarnya baru dia dtg kat Sue nak belajar jam dlm bhs arab dan Alhamdulillah dia faham.. Tp tak masuk exam lah pulak pasal jamπ
Bila exam gerak Gempur.. Sue tak masuk campur jugak.. Sue biarkan dia hanyut dgn kehendak tidonya.. Dia study sendiri... Ada dengar dia hafaz jam dlm bhs arab.. Nampak lah usaha tu ada... Keluar result sengih2.. Dapat A bhs arab... Sue belek tulisan nama kat muka depan Kertas exam.. Tak percaya punya pasal.. Takut dia bawak balik Kertas org lain pastu dia tukar nama kat depan... ππ.. Sue tanya dekna.. Macamana boleh dpt A bhs arab sedangkan tak pandai Jam dan Nombor dlm bahasa arab?? Dekna jawab.. "Dekna hentam.. Semua betul..." pastu dia gelak.. Ko rasa??? ππAda berani nak letak harapan straight A kat budak ni??? ππππ
Hasbunallahawanikmalwakil.. Mama hanya mampu berdoa... Mama serahkan segala urusan hidup dan mati.. Rezeki.. Jodoh pertemuan hanya pada Allah SWT..
Malam tadi dekna buat homework matematik dengan Sue.. Ayahnya seorang yang sgt garang.. Kata2 nya setajam mata pedang, dekna cukup takut kalau tak dapat straight A sampai tak berselera nak makan sahur.
Sue nasihatkan dekna "Biar lah ayah cakap apa pun.. Dekna diam jea.. Dalam hati terus berdoa spy Allah susun jalan kehidupan yang terbaik utk Dekna.. (dekna tunduk sambil menyapu air matanya)
Dekna imagine jea.. Saat seronoknya kita makan Sama2 kat damarkus tu.. Seronoknya ayah suap dekna makan.. Jgn simpan dalam hati ayat2 ayah yg tajam tu.. Yg penting dekna masih ada ayah yg boleh gelak tawa nak banding dgn org lain ayahnya kaki pukul semua tu.. " Dekna angguk tanda faham.
Tak dinafikan... Dekna anak yg paling banyak kena marah.. Sebab nak betul kan sikap malas dia tu.. Bukan satu hal yg mudah.. Cuba bayang.. Asal buka buku.. 5minit kemudian dia tido di meja study. Ko rasa??? Sikap dia tak nampak langsung kesungguhan utk cemerlang..π
Sudah jd kebiasaan sue.. Seminggu nak exam Sue akan bagi soalan rambang utk test.. Semua dia tak boleh jawab.. Dia buat muka blur.... Dia garu kepala... Malam nak exam Sue cakap kat dekna.. "mama tak nak soal apa2 kat dekna.. Jawapan dekna tu buat mama malu nak berdoa pada Allah sebab usaha dekna terlalu sikit utk jd pelajar cemerlang.
Tapi result Dekna hari ni buat mama terkejut beruk.. πππ.. Skrg ni mama nak happy pun malu.. Nak sedih pun maluπππ
Yang pasti Rm270 terbang Ngeng3 π
Ayahnya hadiah kan laptop utk tuisyen online.
Dekna minta hp.. Sue dan asben tak akan tunaikan permintaan itu sehingga habis SPM.
"12" SPEED POWER INTERNATIONAL OPEN TEAKWANDO CHAMPIONSHIP 2025
Alhamdulillah.. Tahniah Bieya.. Dapat no 3 bersama...
Semi final... Mula2 seri.. Dlm game penentu utk ke final Bieya tarik diri.... πππ
Sue ni..
Kalau bab bagi semangat kat budak2.. Budak yang dah terjatuh tergolek patah semangat.. boleh bangun bangkit berlari dan menang!!.. - (ni cerita anak murid masa Sue jd cikgu Tadika dulu laaaa...)
Tapi... Tang anak sendiri.. Sue jerit nak tercabut anak tekak... Dia buat dekkkkk jea.. π¬π¬π¬.. Dia buat macam mama nya tak de di belakang dia... Dia rasa nak tarik diri.. Dia tarik diri jea.. Alahai budak bertuah!!! π¬πππ