Pages

Wednesday 25 May 2016

Safe Deposit Box


haaaa.... kali ni sue nak kongsi cerita pasal Safe Deposit Box..

sue ada dengar desas desus pasal SAFE DEPOSIT BOX... tp tak reti nak cari kat mana..
sekali tu borak dgn abe ngah sue... dia tlg google... lepas dengar keterangan melalui online tu... sue memang berminat lah...

masa sue cakap kat asben nak sewa SAFE DEPOSIT BOX... asben mcm curiga dan tak berminat..
sue pulak malas nak bercerita "over confident" nih... suh asben dengar sendiri keterangan dari pekerja SAFE DEPOSIT BOX.... haaaaaa.. dah dengar tu... asben terus setuju nak bukak akaun kat situ... hahaha

**************
kat taman perumahan sue ni... ada berlaku pecah rumah 3 buah rumah dlm satu masa... ketiga2 rumah tu dekat dgn surau... waktu pecah rumah antara waktu maghrib dan isyak... waktu tuan rumah ke surau solat maghrib berjemaah di Surau Al Islah...

kes pecah rumah menjadi2 sekarang ni... sue galakkan kpd pelabur2 emas... tlg simpan emas di Safe Deposit Box... jgn simpan emas di rumah... setakat nak simpan dlm periuk letak kat celah dapur... simpan kat bilik dlm almari.. dalam peti ais.. mesin basuh... para pencuri dah lali dah tempat persembunyian brg berharga kat situ... sekali diorang pecah rumah... memang kena selongkar habis lah... bukan pecah pintu jea... semua perabut pecah di kerja kan diorang.... sofa2 diorang koyak jea...


ada banyak cara utk menjaga harta.... 
1) guna anjing yg terlatih
2) bayar Security Guard
3) Camera CCTV yg ada pusat kawalan
4) Bela Toyol... hahaha
5) Safety Box kat rumah
6) Safe Deposit Box

1) sanggup tak korang nak bela anjing.... kucing pun sue takut.. inikan anjing!
2) Nak bayar pengawal keselamatan... byk sgt ke harta sehingga nak kena ada pengawal.
3) Camera CCTV hanya mampu rekod perkara yg dah berlaku... senang nk kesan sape pencuri... 
4) Bela Toyol... aduhaiii.... Haram yg terang lagi bersuluh..
5) Safety box kat rumah? pencuri letak pisau dileher mintak password... hmmmm... habis gitu jea..
6) Safe Deposit Box... -----> yg ni mcm bagus sebagai ikhtiar...

Pelabur2 emas sentiasa keluarkan topik... "kat mana nak simpan emas?"... sue faham, ramai readers yang busy, dan tak ada masa nak round cari  safe deposit box ni, so untuk memudahkan korang.. 

ini company yg pernah sue survey harga.... 

ROYAL SAFE DEPOSIT BOX
Address : Mentari Business Park, No.42A, Jalan PJS 8/6, Bandar Sunway, 46150 PJ.
Tel : 03-5631 0110 / 012-2381 222

MY SAFE DEPOSIT BOX
Address : No.25, SR 1/9, Tmn Serdang Raya, 43300 Seri Kembangan.
Tel : 03-8941 3228 / 016-2166 352 / 016-2166 353

korang kena register dan bayar sewa safe deposit box.. nanti korang akan dpt kunci mengikut penama yg korang register.. hanya penama shj yg boleh bukak safe deposit box.

nak bukak kotak tu... kena ada 2 kunci... kunci pengguna dan kunci dari syarikat safe deposit box..
salah satu kunci tak ada... memang tak boleh bukak... maknanya... pekerja SAFE DEPOSIT BOX tak boleh bukak peti customer sesuka hati... dan customer tak boleh bukak SAFE BOX tanpa kunci dr pihak syarikat....

kadar sewa terletak pada saiz kotak... kalu emas seketul yg mcm sue ni... sewa yg paling kecik jea lah kannnn... hahaha

pastu ada insurans setiap kotak tu.... 


*************************


Sebuah keterangan dalam Kitab Fatawa, Isma’il Zain menegaskan bahwa:
“Menjaga kebun dengan sihir tidak diperbolehkan karena menggunakan sihir secara mutlaq hukumnya adalah haram. Sedangkan menjaganya dengan doa-doa atau dengan anjing yang terlatih maka hukumnya boleh.”
Kelebihan org yg berharta ni :
1) Memiliki pahala sedekah
2) Memiliki pahala zakat
3) Memiliki pahala doa menjaga harta

tak dinafikan... org berharta ni akan banyak dihisab... ketiga2 di atas Allah sediakan pahala khas buat org kaya... jadi... tlg jangan takut utk jd kaya..


Abdurrahman bin Auf – Saudagar Kaya yang Masuk Surga dengan Merangkak



Wahai putera Auf, sesungguhnya engkau orang kaya raya, dan engkau akan masuk surga secara perlahan (dengan merangkak), maka pinjamkanlah harta kekayaanmu itu pada Allah SWT, niscaya Allah akan meringankan langkah kakimu. (al-Hadits)

Abdurrahman bin Auf termasuk kelompok delapan yang mula-mula masuk Islam; termasuk kelompok sepuluh yang diberi kabar gembira oleh Rasulullah masuk surga; termasuk enam orang sahabat yang bermusyawarah (sebagai formatur) dalam pemilihan khalifah sesudah Umar bin Khattab r.a.; dan seorang mufti yang dipercayai Rasulullah saw. untuk berfatwa di Madinah selagi beliau masih hidup di tengah-tengah masyarakat kaum muslimin.

Namanya pada masa jahiliah adalah Abdu Amru keturunan Bani Zuhrah lahir tahun 580 M, 10 tahun sebelum tahun gajah. Bentuk fisiknya putih kulitnya, lebat rambutnya, banyak bulu matanya, mancung hidungnya, panjang gigi taringnya yang bagian atas, panjang rambutnya sampai menutupi kedua telinganya, panjang lehernya, serta lebar kedua bahunya. Setelah masuk Islam Rasulullah saw. 

memanggilnya Abdurrahman bin Auf. Kemudian Rasulullah saw. menggantinya dengan Abdurrahman. Lengkapnya ialah Abdurrahman bin Auf bin Abdi bin Al Harits bin Zuhrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Lu’aiy. Kuniyahnya ialah Abu Ahmad
Inilah kisah hidupnya. 

BUKTI KEDERMAWANAN ABDURRAHMAN TERHADAP ISLAM DAN RASULULLAH

Abdurrahman bin Auf pernah mendengar bahwa suatu hari Rasulullah saw bersabda :
Wahai Ibnu Auf, engkau termasuk orang kaya, dan engkau akan masuk ke dalam surga secara perlahan-lahan (dengan cara merangkak), maka pinjamkanlah harta kekayaanmu itu kepada Allah, niscaya Allah akan meringankan langkah kakimu.
Sejak itu, ia meminjamkan harta kekayaannya itu kepada Allah dengan sebaik-baiknya, dan Allah melipatgandakan hartanya sebanyak-banyaknya. Ia juga menginfakkan lima ratus ekor kuda untuk pasukan kaum Muslim, dan pada hari yang lain ia menginfakkan seribu lima ratus hewan tunggangan bagi kaum Muslim.
Puncak dari kebaikannya kepada orang lain, ialah ketika ia menjual tanah seharga empat puluh ribu dinar, yang kemudian dibagikannya kepada Bani Zuhrah dan orang-orang fakir dari kalangan muhajirin dan Anshar. Ketika Aisyah mendapatkan bagiannya, ia berkata,
”Aku mendengar Rasulullah bersabda, tidak akan memperhatikan sepeninggalku, kecuali orang-orang yang bersabar. Semoga Allah memberinya air minum dari mata air Salsabila di surga.”
Menjelang wafatnya, ia mewasiatkan lima puluh ribu dinar untuk diinfakkan di jalan Allah, empat ribu dinar bagi setiap orang yang ikut Perang Badar, hingga Khalifah Utsman pun memperoleh bagian wasiatnya. Ketika mengambil (bagian)-nya, Utsman berkata: “Sesungguhnya harta Abdurrahman ini halal lagi bersih, dan makanan yang diberikannya mengandung ‘afiyah dan berkah.”
Sedemikian dermawannya Abdurrahman bin Auf, sampai dikatakan: “Seluruh penduduk Madinah (pernah) berserikat dengan Ibnu Auf dalam kepemilikan hartanya. Sepertiga harta itu dipinjamkannya kepada mereka, sepertiga lagi digunakan untuk membayar hutang-hutang mereka, dan sepertiga sisanya diberikan dan dibagikan kepada mereka. ” Ia juga meninggalkan warisan harta berupa emas yang sangat banyak. Harta itu harus dibelah dengan kapak hingga melepuh tangan orang-orang karena keletihan membelahnya.
Beliau juga terkenal senang berbuat baik kepada orang lain, terutama kepada Ummahatul Mukminin. Setelah Rasulullah wafat, Abdurrahman bin Auf selalu berusaha untuk memenuhi kebutuhan-kebutuhan mereka. Menyertainya apabila mereka berhaji, yang ini merupakan suatu kebanggaan tersendiri bagi Abdurrahman. Dia juga pernah memberikan kepada mereka sebuah kebun yang nilainya sebanyak empat ratus ribu dinar.

Note : ada yg komen.. hadis ini lemah... kita cuma ambil sejarah sebagai pengajaran shj...
jauhkan perkara yg merosakkan akidah... tetapi org yg menyatakan tentang hadis ini lemah... dia sendiri tak tahu tentang hadis... dia sendiri tak boleh buktikan hadis ini lemah... jika kita berhenti menyebarkan sejarah islam... maka nama2 org islam di zaman nabi akan pupus ditelan kepercayaan dan prasangka manusia zaman kini.... wallahula'lam


tata.. titi.. tutu....



Monday 23 May 2016

Program Lawatan Anak2 PASTI Kids BBST

Belum terlambat sue nak ucapkan Selamat Hari Guru...



Masa hari guru... sue bg peluang kat kakak dan adik bg hadiah kpd guru masing2..
nampak tak si adik tunjuk kat kucing  hadiah yg bakal nk bg kat techernya.. dgn bangganya dia menunjuk2 kat opok dan utih... hahahaha
"ini utk teacher zam... ini utk teacher nor"

haishhhh... mama dulu umur 6 thn tak pandai menulis lg.... zaman skrg... Sekolah Tadika dah ada exam.... dahsyat sungguh perkembangan IQ anak2 zaman skrg...

dah habis exam... PASTI Kids anjurkan program lawatan sambil belajar....
inilah barisan pelajar umur 5 dan 6 tahun...

cikgu tlg kakak bagi makan daun kat kambing...
kalu cikgu tak tolong tuh... sampai ke sudah tak dekat dgn kampbing....

kalu pegi dgn family... kakak akan mula merengek...
"ishhh... panas lah... busuk lah... jom kita pegi kat tempat yg ada aircond..."
arghhhhhh... pegi ngan cikgu boleh jea layan kambing tuh...

amboi kakak... siap naik kudaa.... 
bagus betul cikgu2nya melayan kerenah pelajar yg ramai...

ramai kanak2 pilih naik kuda... mungkin sebab kuda dah biasa pada pandangan diorang...
selalu tengok cerita kartun Alice.. Pricess Sofia... kartun2 tu ada kuda...
diorang pun dok pendam nak rasa naik kuda.... 
Alhamdulillah... program ni dpt tunaikan hasrat si kakak nak naik kuda... hahaha..


Ini fiazzz... nama yg selalu menjadi sebutan di mulut kakak...

ini Haifaa... pun sama... bercerita jea mesti keluar nama2 best freindnya...

hanya yg berani jea nak naik burung unta...
burung unta diorang tak pernah tengok dlm cerita kartun... apatah lg kat tepi jalan...
comfirm ramai yg takut....

"hari ni kakak nak pegi tengok UNTA.."
mama pun bukak balik program lawatan... UNTA??? burung unta laaa...
kalu mama tegur confirm bergaduh.... jadi biarlah kakak belajar sendiri nanti...
mana UNTA... mana Burung Unta...hahaha

ada aktiviti pegang telur burung unta...
bagus utk kanak2... sblm ni diorang kenal telur ayam jea... 
sekarang diorang dpt pegang telur gergasi...
confirm diorang teruja punya...

lawatan ke Muzeum Alam Semulajadi di Putrajaya..

lawatan ke Kilang Kek Lapis Serawak...
kakak memang suka tengok Astro AFC...
masak2 kek... dan kakak pun suka kek warna warni...
memang layan lerr dpt ke situ...
pastu dpt hadiah kek lapis warna coklat... habis kat kakak sorang jea... hahaha



amboiii berselera makan dgn kawan2... kalu kat rumah puas pujuk ler nak makan...

hambeekkk kauuu.... dia buat mcm dlm kereta mama dia jea... hahaha
dah biasa naik kereta sebaris kerusi sorang satu...
naik bas pun buat mcm naik kerete sendiri ler...


si adik yg rindukan kakaknya...
biasanya setiap hari sabtu dan ahad... mesti berempat jalan2..
kali ni kakak tak de...
termenung adik dlm kereta.... tido tak nak... bercakap tak nak..
haishhhh... kesian sungguh... nampak sgt airmukanya sedih...

"ayah, adik nak beli spek utk kakak... adik nak beli baju utk kakak... adik nak beli seluar utk kakak"
dok dlm kete 5 minit...
"ayah mana kakak... kita nak gi ambik kakak ke?"
"adik ni... suka buat ayah touching... kakak belum balik lagi laa..."



ibu bapa mana tak risau lepaskan anak umur 5thn pegi lawatan..
manalah tahu... tiba2 budak 5tahun merajuk buat haluan sendiri... tiba2 tercicir bas...

tp kita kena yakin dgn kepakaran guru tadika..
guru2 tadika memang dilatih utk menguruskan kerenah anak2 yg berumur 4, 5 dan 6thn...
guru2 nih dah faham... apa kehendak anak2... bila waktu diorang nak ke tandas...
jalan pun jln barisan... naik bas kira pelajar... turun bas kira pelajar...
masuk muzeum kira palajar... keluar muzeum kira pelajar...
haaaaa.... gitu lah gamaknya...

ayahnya pesan...
"kakak bawak makanan ringan... bawak seluar spare takut terkencing... bawak towel takut termuntah.."

tak payah bang... semua cikgu dah standby... cikgu tak bagi bawak apa2...
janji pakai baju sukan , kasut sukan, stokin dan tudung jea... utk budak lelaki kopiah pun tak payah... kang tercicir kopiah time naik burung unta... pastu kena tahi burung unta.... hadoiiii... jenuh cikgu  kena complain pulak.... hahaha

kalu bawak brg... nanti hilang lg menyusahkan cikgu... 
"cikgu... tuala goodday anak sy ada ternampak tak?

haaaa... kena ibu bapa yg mcm tu... tak ke pening kepala cikgu.... hahaha

sepanjang program tu...
cikgu2 banyak update perkembangan anak2 dlm group wasap PASTI Kids BBST...
hilanglah perasaan risau si ibu bapa ni...

Terima kasih buat Cikgu Lia, Cikgu Ally, Cikgu Ain, Cikgu Aza dan cikgu Emy..
kerana menjayakan program lawatan sambil belajar utk PASTI Kids BBST...





Wednesday 18 May 2016

Cameron Highland

Minggu lepas kami jln2 ke cameron highland utk bawak anak2 makan angin... saje utk bagi anak2 berkembang dan berfikiran terbuka dgn dunia luar... biar boleh berfikir diluar kotak..

"mama... kat school.. adik tanam pokok... nanti pokok jd besar mcm pokok tuuuuu..."
sambil tunjuk pokok kat tepi jalan.... hahaha



hari ni teacher adik bg hasil tanaman adik kat mama...
elok subur jea hasil keje amali adik yea...
pokok yg adik tanam yg tengah2 tu... ala2 pokok tauge tuuu...
sue pun tak tahu apa nama pokok tu... hik3..
umur 3 tahun dah ada silibes tanam pokok bunga...
sangat bagus utk perkembangan si kecil...

************************zassssss   habis iklannnn....

otw naik atas tu... byk org asli jual petai... asben sue beli 100 tangkai RM80...
kami suka buat petai jeruk... adik hanna suka makan petai jeruk sejak umurnya 1tahun 5bulan...
masa tu... adik hanna masih lg confius nak sebut...
"waaaa... tupai... sedapnyaaaa... adik nak tupai..."
"adikkkk... bukan Tupai... Petai... Peee.... Taiiii... Petai..."
hehehe... adik sengih malu...

adik hanna akan makan petai jeruk mcm makan kacang Welnut... hahahaha


bila sampai ke destinasi... kami ambik hotel dekat dgn pasar malam brinchang.
mandikan anak2 sekejap... pastu terus ke pasar mlm utk cari bahan2 keperluan mkn mlm...

kali ni kami tak petik buah strawbery...
sebab mahal dan pengalaman petik buah tu dah bosan kot...
kami beli kat pasar mlm RM15 utk setengah kilo..
asben mintak pilih sendirii... hahaha
nasib baik tokey tu layan jea...

pastu... pusing2 cari sayur segar pulak...
kat pasar mlm ni... susah betul nak dptkan sayur segar....
sayur kat giant dan tesco lg segar...

dah puas belek2...
alih2.. belilah ketiak jagung dan terung...

hahaha... jemari tu... jemari kakak daina tauuu... bukan jari hantu..
memangkan kami suka makanan kampung...
asben pun cerewek.... byk kali dtg cameron... habiskan masa mencari kedai mkn jea..
kali ni kami bawak periuk nasi.... masak nasi sendiri... pastu celur sayur...
asam pedas tu beli kat Restoran Shada di simpang 4 Dengkil... hahaha..

agak kecewa sikit... sebab sue lupa nak bawak budu.... arrghhhh...
dah habis makan nasi separuh... dah sendawa kali pertama...
asben pun cakap...
"ayang... kita terlupa satu lagi ulam.... petaiiii.."
"alamakkkkk.... "

cepat2 sue tambah nasi... ambik petai... belasah lagi....
kenyang tersandar laki bini... hahaha

esok pagi... malas nak buang masa mencari kedai mkn...
asben turun beli nasi lemak kat gerai bawah hotel...
nasi lemak mkn ngan petai... sungguh menyelerakan... wakakaka..

dah habiskan masa kat hotel... anak2 pun dah puas melompat dlm hotel...
kami pun teruskan destinasi ke Cactus Point..

bawak anak2 kenal cactus...
adik punya lah teruja... jenguk2 tercucuk duri kat dahi... hahaha
tu tengah gosok pedih lah tu....
over excited.....



ayah megajar nama2 bunga kat kakak dan adik..

"waaaaaa... comelnya bunga ni... warna warni..."
kakak teruja...

ayah bg hadiah utk kakak dan adik bunga cactus sorang satu...
RM7 sepasu kecil...

kemain seronok lg diorang...


selesai sudah pembelajaran mengenai alam sekira buat kanak2 preschool ni...


okeyyyy... sue chauuu duluuuu.... tata.. titi.. tutu...









Tuesday 10 May 2016

Kisah Adik Hanna yang sangat sayangkan kucing...


haaaa... ini riaksi adik hanna yg sgt suka kan kucing...
masa adik hanna baby dulu... dia lah yg paling panakut dgn kucing...

pernah sekali tu.. makan kat Gerai Mee Celup di Rantau panjang... sue dah start cakap loghat kelantan... supaya tak kena ketuk harga...
"Mee celup berapo riyaaa... bihun celup berapo riyaaa... donat berapo butir seriyaaa...?"

tengah dok syok2 hirup sup... adik hanna yg umur 1thn 2 bulan... menjerit sekuat hati sebab takut kucing yg bermain kat bawak kerusi sue ni....
secara spontan sue terkeluar cakap KL lah pulakkkk...
"Abangggg... tlg halau kucing ni... adik hanna takut niiii..."

habis satu gerai pandang sue....confirm kena ketuk harga...
donat yg 5bijik singgit... terus jd 3 bijik rm2... hambikkk kauuuu... hahaha
asben sue bayar jea tanpa complain... mungkin tuan gerai tu terdesak nak duit kot.... hahaha

bila adik hanna umur 3thn... minatnya kat kucing lain mcm.. dipeluk... dicium.... dilenyeknya kucing tu.... hadoiiii... kalu tak bagi main tu... manangis lah jawabnya....



seminggu sekali ayahnya mandikan kucing2 tu...
pastu keringkan bulu guna pengering rambut sue... hahaha

sebelum kucing tu keluar rumahnya atau di pegang oleh adik hanna...
sue akan spray keseluruhan badan kucing tu dgn penyembur anti bacterial..
spy kuman yg ada pd kucing tidak berjangkit pada kanak2...

skrg Oyen kesayangan adik dah hilang.... kesian adik hanna...
tercari2 oyen nya...
last tengok oyen menangis2 kat bawah kereta jiran... asben nak pergi ambik segan..
kot2 org kata buat benda bukan2 kat kete jiran pulak...
tunggu oyen keluar sndiri... tunggu dlm sejam...
kereta tu dah tak de... oyen pun dah tak de...


Oyen adalah kucing yg paling kotor masa mula2 ambik... tp yg paling comel bila dah dicucikan...

haaaaa... ini teacher Adik Hanna lukiskan Oyen...

"adik belajar ape hari ni?"
"haaaaa.... jap... " sambil berlari ambik bag sekolahnya...
mulutnya pokpek... pok pek...
"adik buat... hmmmm... buat ape erkk... ish... buat ape erk..."
tangan dok mencari sesuatu dlm bag...

"haaaaaa... jumpa pun... adik buat niiii... sambil tunjuk lukisan oyen"
"waaaaa... sape lukis ni?"
"Teacher adik la..."
"teacher Zam ke... teacher Nor yg lukis"
"teacher Zam..."

"waaaa..... hebatnya... sape warnakan Oyen adik ni?"
"adik lah..."
"iye ke? takkan lah adik color comel mcm ni...
ini mesti teacher yg colorkan?"

adik pun tarik muka merajukkkk... sebab mama mengusiknya... hahaha

Oyen dlm kenangan...

skrg tinggal Opok dan Utih jea... 


Cebisan Nota....

Pupuklah kasih sayang agar kita dapat saling menyayangi sesama makhluk ciptaan tuhan.

2. Tiada halangan dan sekatan agama untuk berjasa pada kucing, malahan ia disukai oleh nabi dan rasul kita   Rasulullah Sallahu’ ’Alaihi Wassalam, sehingga baginda memberi gelaran kepada Abd al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai "Abu Hurairah" yang beerti "Bapa anak-anak kucing" kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing.

3. Besarnya dosa orang-orang yang menyeksa binatang dan menyakitinya dengan memukul dan membunuh. Wanita itu masuk neraka kerana dia menjadi sebab kematian seekor kucing.  Wanita ini diserang oleh seekor kucing di Neraka dengan mencakari tubuhnya.

4. Boleh mengurung binatang seperti kucing, burung, dan sebagainya, jika diberi makan dan minum. Jika tidak mampu atau tidak mahu, maka hendakah melepaskannya dan membiarkannya pergi di bumi Allah yang luas untuk mencari rezekinya sendiri.




sekian sudah coretan kisah Pets Adik Hanna...
Tata.. titi... tutu...